pindah atau tak?

Mei 28, 2014

Assalamualaikum wbt.

penghujung bulan mei dah menjengah, tak lama dah bulan jun, bulan puasa untuk umat islam. idea nak menaip diari online ni makin hari makin pupus. tak tahu lah sebab apa boleh jadi macam ni. aku menaip ni pun, mengikut kata kata hati. hurghhh.

macam nilah, straight to the point, dah setahun lebih aku tinggal dengan abang aku yang sulung. dia dah berkahwin dan belum mempunyai anak. apa yang aku nak kata kat sini, aku tak nak duduk sebumbung lagi. ada sebab sebab tertentu sebenarnya, tapi aku tak kan luahkan disini. sangat aib. kan tak elok tu.

nak berpindah duduk luar dengan kawan, dah lama aku pikir! sampai naik stress! sakit sakit badan pikir benda ni. kawan baik aku ajer yang paham keadaan aku sekarang ni. dia yang lebih mengerti. mak aku tak nak aku duduk luar sebab takut aku sosial, risau katanya. hurghhh. lelah aku mcam ni.

hati mak lagi patut aku pikir, tapi kemahuan aku? takkan aku abaikan macam tu, kurang lagi setahun aku dah tamat pengajian, dan dah mula practical. bayangkan dari setiawangsa ke sunway? jauh kan! so far. tak mungkin la nak naik lrt, kos hidup tinggi la.

sebab nak pindah pun, kolej aku dengan tempat yang bakal aku duduki tu bukannya jauh. tambang bus pergi balik baru habis dua ringgit. aku buntu. patut pindah atau pun tak? aku betul betul buntu.

aku tak ada pengalaman duduk serumah dengan kawan, aku nak rasa susah senang bersama kawan aku. tapi aku rasa tak mampu pulak. buntu......

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!