Photoshoot by Limelight Photography

Mei 08, 2014

Asssalamualaikum wbt.

Serba salah aku jadinya, maklum dah lama sangat tak kemaskini blog aku yang semakin usang ni. Agak-agak masih ada ker manusia yang sudi singgah blog aku ni? Allah. Aku rindu nak berblogging ni. Keadaan yang tak boleh buat aku blogging. Laptop pon jahanam sebab letak software engineering. Menangis.

In Shaa Allah, ada rezeki nanti aku beli lah laptop baru, senang nak buat keje. Tak ada lah pinjam yang kawan punya. Kesian jugak kat diorang.

Alhamdulillah, aku bersyukur. Bersyukur sebab keputusan sem tiga sangat membanggakan dan tak mengecewakan aku. Senyum tak terkata jadinya. 12 may nanti, mula lah sem 4, dan aku bakal bergelar senior engineering. Sukanya. Rasa bertanggungjawab itu dah mula ada dalam diri. Alhamdulilah.

Ehh, tersasul pulak. Baru baru ni, aku ditawarkan photoshoot oleh lecturer aku. Aku kenal dia pun di laman muka buku sahaja. Dia yang mengajak aku.Aku suka. Sebab aku dah mula jatuh cinta dengan dunia modelling tapi biarlah muslimah. Kekal gaya muslimah dalam diri. kan? Itu yang penting. hehehehe.







Aku masih belajar lagi. Ada banyak perkara yang patut aku perbaiki. Photographer ni sebenarnya lecturer kat kolej aku. Aku kenal melalui facebook. Atif Baloch namanya. Nanti kalau ada yang berminat nak bergambar atau untuk majlis apa-apa, boleh lah add facebook dia, murah tau. Gambar_gambar yang dia ambil pun cantik, konfirm korang suka. Tak salah kan kalau saling membantu.

Hehe, aku habiskan cuti sem ni, dengan menuntut ilmu dengan mak aku. Ilmu memasak, hahaha bukan ilmu hitam okay. Banyak benda aku kene belajar, bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri. In Shaa Allah, aku akan kongsikan resipi masakan kat dalam blog ni.

Akhir kata, perbaiki kesilapan diri. Renungi apa yang patut. Buangkan perkara yang tak elok, selitkan perkara positif dalam diri. Bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita jugak.

Assalammualaikum.

Twitter: @ombakbergigi
FB: Ombak Bergigi
Instagram: Ombak Bergigi

You Might Also Like

1 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!