Perubahan?

Mei 19, 2014

Assalammualaikum wbt.

Oke macam ni, straight to the point! Aku nak bagi tahu yang aku makin lama makin berubah. Jeng jeng jeng...

Perubahan itu sebenarnya penting untuk setiap manusia. Hanya orang yang berani sahaja mampu melakukan perubahan. Tak caya? tengok pada diri anda? Apa yang berubah? Mata ke? Telinga ke? Hidung ke?
Macam-macam la korang boleh berubah, bukan pada fizikal tapi juga pada mental.

Apa yang aku rasa sekarang ni, hmmm aku dah berubah banyak. Sejak bergelar pelajar kolej, seratus peratus enam lima lapan peratus, aku dah berubah. Berubah dari segi apa?

Berubah dari semua segi.

Pertama, aku makin kurus. Terakhir aku timbang berat, 2 tahun lepas, waktu sekolah dulu. Berat aku waktu tu 55kg, sungguh berat tapi aku rasa macam sama jer. But sekarang 2014, berat aku mendadak turun sebanyak 11 kilo. Woww.. sungguh terkezut aku dibuatnya. Masa nggak percaya, lihat aja lahh berat ku udah 44 kilo. Oh my gusii...sangat banyak turunnya.



Kedua, aku dah pandai bergaya. haha. nggak percaya? lihat di facebook ku, kalian harus percaya! dulu aktu zaman sekolah, korang ingat aku ni nak sangat ke pakai tudung yang banyak lilit-lilit kat kepala. arghhh aku rimas, masa tu. tapi sekarang, 10 lilit aku sanggup. sebab nak nampak kasual. kasual ke? whatever la... aku dah pandai suaikan baju, biar nampak cool. ohhh tak sangka... aku dah pandai bergaya dorh...



Ketiga, aku dah mula bercinta dan berjinak-jinak dengan agama. Aku takut dosa tapi aku nak pahala yang banyak. Aku tak sempurna, tapi aku cuba untuk berubah. Berubah menjadi muslimah. Berubah dengan perlahan-lahan bukannya drastik! Nanti, pelik pulak orang sekeliling aku pandang. Tak nak lah, nanti ada mulut tempayan yang bercerita pasal aku. Tak nak tak nak!


Akhir kata, peduli lah apa orang nak kata. Perubahan yang berlaku itu nanti untuk diri aku. Be happy. Allah kan ada.

Assalammualaikum.

FB: Ombak Bergigi
Twitter: @ombakbergigi
INSTAGRAM: Ombak Bergigi

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!