Site Visit at Morib.

Februari 07, 2014

Assalamualaikum wbt dan selamat petang.

Rasanya sudah mendekati setahun bergelar mahasiswi kolej di Petaling Jaya dan sudah 2 tahun meninggalkan alam persekolahan, aku rindukan saat itu. Masa itu datang dan pergi,namun kenangan, sekali datang tak mungkin akan berganti. hahahhaha.

Sem 3, aku rasa masih berlenggang lagi. Tak macam kawan-kawan architecture aku, semuanya sibuk dengan studio design mereka. Aku? rasa macam biase jer, pergi balik kolej jarang dapat banyak assignment. Apa-apa aje la...

Minggu lepas, fakulti architecture, engineering dan built environment ada buat site visit di Morib,Banting. Bayaran sebanyak 160 ringgit malaysia, dan diwajibkan hadir. Mulanya malas nak pergi sebab tak ada duit sangat, cukup untuk tampung hidup jer. Tapi atas desakan Tasha, aku ikutkan jugak. Kawan, biaselah... aku ikhlaskan jugak.

Aku sangkakan kem site visit tu bosan sebab tempat penginapan itu langsung tak menarik perhatian. Katanya tepi pantai, tapi? hahaha, tertipu rupanya. Di kem, aku dah mula kenal senior engineering aku, yang sombong, yang gila-gila, yang pendiam, semuanya dah aku kenal. Tak sangka,Hafiz tu sebenarnya classmate aku waktu principle of electricity... hahaha.. aku yang tak perasan. Aku sedar yang aku ni seorang yang sombong dan mereka menganggap begitu.

Majoriti yang pergi site visit adalah lelaki, kali pertama aku sertai kem yang banyak lelaki daripada perempuan. hahaha. kelakar. Aktiviti yang menarik, jungle trekking tengah malam dalam kawasan paya bakau yang penuh dengan lumpur. Lumpurnya belum tahan dalam, bukan aras betis tapi paha. Gila! tapi aku suka sebab dari situ aku kenal dengan lebih rapat, nurul natasha bin abdullah dan juga erti kerjasama yang sebenar.

Bak kata Tasha, aku ni manusia yang tiada perasaan bila aku join flying fox dan aktiviti-aktiviti sebelum flying fox tu, rasa tak gayat dan relax bila aku aku sertai flying fox tu. hahaha. tasha tasha. Aku memang macam ni la weiii! Tasha ajar aku guna kayak, aku tak reti tapi dia ajar sampai aku reti guna. Lenguh tangan tapi best sebab tasha ajar.  hahaha. zaman aku sekolah dulu, mak abah tak bagi aku sertai kem yang lasak-lasak sebab aku ni lemah semangat dan mudah nampak makhluk halus dan mula masa tu aku histeria. aishhh nasib badan.

Malam terakhir di Morib, uishhh gilaa... best best best! Nak-nak kumpulan aku dan kumpulan 6,7,9, bergabung buat persembahan "flash box", aku pun tak tahu lah. Dan aku? Jadi pelakon untuk persembahan tu, popular kejap aku. Sekurang-kurang aku tak malu nak buat semua tu dan aku berani sahut cabaran si avatar tu. hahaha. aku suka waktu joget "gentleman" song. hahaha. kelakar dorh.

Melalui kem tu, aku dah kenal senior engineering aku, senior-senior bidang yang lain, pensyarah-pensyarah aku,, dan jugak classmate aku. Aku kalau boleh nak kenal dengan semua orang dan buang sikap penakut dan sombong aku ni.

Untuk tasha,  terima kasih sebab kau bukankan hati aku untuk sertai kem ni. Sayang kau dorh.

 student of architecture, engineering, foundation art and interior design.

 geng soabe

my lolipop, tasha.

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!