7 Jenis Kawan Yang Tidak Boleh Dibuat Kawan

Jun 30, 2013

Assalammualaikum w.b.t.

Hai awak..awak..awak sekalian, bertemu kembali. Ciss,merepek je Sufi niey. Macam mana dengan kehidupan awak,awak,awak semua? Harap baik-baik aja ya...

Secara tiba-tiba,semangat untuk menulis blog datang kembali. Dan seperti biasanya,internet macam kura-kura menari. Terlalu lembap. Sakit jiwa yang teramat sangat. Rasa macam nak baling aje laptop ini ke dinding. Sabar je la.

Semua orang di dunia ini memiliki kawan. Seorang kawan sudah cukup untuk melengkapi kehidupan tanpa kawan hidup terasa sepi dan sunyi. Ehh sepi dan sunyi,sama kan? Apalahh... Tapi,korang perlu tahu jenis kawan yang tidak boleh dibuat kawan.

Tajuk entri kali ini sebenarnya,aku ubahsuai. Tak percaya,tengok majalah UJANG. Aku,ambil isi-isi penting dan Sufi kembangkan agar  nampak lebih menarik.

7 jenis kawan yang tidak boleh dibuat kawan,

Pertama, TALAM DUA MUKA. Ehhh,bukan kuih talam tau ! Kawan macam ni depan kita punyalah baik, bak kata pepatah,pijak semut pun tak mati. Tapi,belakang kita bukan main lagi kutuk mengutuk kita. Siap memaki hamun lagi. Kawan macam ni seelok-eloknya,kita kene cover apa yang kita kata. Tak sampai 5 saat,zasss ! Berita tersebut akan sampai ke telinga pihak ketiga,keempat,kelima,keenam,ketujuh dan seterusnya.Harus dielakkan.

Kedua,KUAT TOUCHING. Mudah tersentuh bila kita kutuk ataupun bergurau dengan dia. Sekali-sekala touching tu okey la kan. Tapi kalau sikit-sikit nak touching,mana boleh tahan. Kalau setakat touching 5 minit tu okey la kan,then kembali pulih. Tpi,kalau sampai call,message pown tak nak angkat. Memang melampaulahh...

Ketiga,CAKAP BESAR. Pernah perasan tak,ada kawan kita yang suka cakap besar? Dia sorang lah yang paling hebat. Apa yang orang lain buat,mesti tak bagus dimata dia. Ada aje yang tak kena. Semua benda dia tahu daripada A sampailah Z.Orang yang jenis macam niey,dia tak boleh tengok orang lain lebih daripada dia. Ade aje yang tak kena.

Keempat,SUKA MENIPU. Memang dah berlambak dah,jenis macam ni. Susah sangat ke nak cakap benda yang benar. Kalau sekali-sekala,memang lah boleh dimaafkan. Tapi,kalau dah selalu,memang tak terpakai punya kawan.Kawan macam ni memang confirm tak dibantu,sebab dah di cop sebagai penipu.

Kelima,SUKA MENGUNGKIT. kawan macam niey,baik dibunuh terus. Dalam persahabatan,ada masanya kita mestila berkorban sikit. Tak perlulah nak berkira ataupun mengungkit.Kita yang ada duit niey,hulurlah sikit. Kawan bantu kawan. Bukannya kerja nak mengungkit aje.

Keenam,BATU API. Kawan yang macam ni,sangat-sangat dielakkan. Amat berbahaya. Kawan yang suka menghasut niey,memang sangat ditakuti. Mereka niey jenis tak nak mengalah dan nak menang aje. Dia akan pastikan kawan yang dia benci tu jatuh terduduk dan sampai tertindih tangga pulak tu.

Terakhir,TIKAM BELAKANG. Kawan yang suka tikam belakang,memang berlambak dekat dunia ni. Orang yang suka tikam belakang ni kita memang tak boleh expect gerak-geri dia. Diorang ni nampak je baik depan kita di belakang kita Allah je yang tahu macam mana perangai dia sebenarnya. Mengalahkan zionis jahatnya.

Apa-apa pun,Aku nasihatkan mencari kawan tu biar memilih sikit. Bukan apa,untuk kesenangan kita sendiri. Nanti tak de la,kita yang susah kan. hehehhe...

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!