engineering drawing part 1

by - Mei 27, 2013

Assalammualaikum w.b.t

ehem..ehem..ehem.. semalam sedih menyelubungi diri. Sedih sebab selalu di anggap jahat dimata kawan baik sendiri. Kenapa lah jadi macam ni? Kalau tak suka, cakap je la tak suka! Biarlah Allah yang tahu !

Hari niey kelas bermula jam 10.50 pagi... lambat 20 minit. Sakit hati sufi bila menunggu. Hari ni subjek Engineering Drawing. Belajar basic aje. Spm dulu pown,sufi kelas Akaun dan Addmath. Tapi,bila belajar kat kolej niey. Subjek yang dulu sufi amik kat sekolah,jauh menyimpang kat kolej niey. Macam macam.


korang paham ke? lecture sufi pakai lukis aje dan dia cakap buat kat A3 ! famous sekejap nama Jacob! Jacob ialah kawan sufi. Dia satu bidang dengan sufi. Dalam kelas,sufi seorang aje perempuan. Dalam kelas, Sufi cuma ada 4 orang kawan yang terdiri daripada lelaki. 

Rasa nak nangis,bila tengok kawan kawan sufi yang sama bidang dengan sufi. Kesian kan. Terasa kera sumbang pulak dan sufi rasa maca sufi niey tergolong dengan orang lelaki pulak. Makna taknye, im just only girl in class. Malu tau tapi sufi akan buktikan. Engineer bukan untuk lelaki je. Perempuan mampu untuk menjadi Engineer.



naik juling mata sufi, garis garisan tu. Sakit mata tau. kene banyak bersabar,confident dan peka terhadap apa yang kita buat. Jangan leka sebab nanti kena buat baru pulak.





taraaa...inilah hasilnya. Tidak berapa kemas la,sebab buat kelam  kabut sangat. heheh..sebenarnya tak da  la susah sangat, simple things je.



Alamak,sufi terlupa lah na letak entri tentang barang barang yang digunakan semasa melukis. So,senang la kan. Sebab nanti sapa yang berminat amik bidang kejuruteraan awam boleh la beli skali. 

sufi rasa dah mula merepek dah niey. okey la, sufi nak tidoo. Assalammualaikum w.b.t

You May Also Like

1 0000 orang comment sini

  1. Kak sufi , nak tanya.. ak sufi maik engineering apa? Susah tak bljar engineering.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!