Hiking Di Gunung Semanggol, Perak. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Hiking Di Gunung Semanggol, Perak.

1 Oktober 2018

Hiking Di Gunung Semanggol, Perak.


Assalamualaikum.

Sabtu 29/9/2018.

I ambil sedikit peluang untuk memenatkan diri dengan hiking. Idea ni datangnya dari future husband I yang nak rasa pengalaman hiking. Sebenarnya, gunung semanggol ni dekat sahaja dengan kampung
future husband I iaitu Kuala Kurau. 

Mungkin korang pernah pergi ke Bukit Merah Lake Town kan?  Ha dah tak jauh dah. Trek hiking ni
betul-betul bersebelahan dengan masjid. I tak ingat pulak nama masjid tu. So, I habiskan almost
1 jam 40 minit untuk sampai ke puncak.

Nak sampai puncak korang kena hadap 4 check point. Check point 1 &2 treknya agak santai tetapi makin nak sampai puncak, trek hiking mencanak naik. Nasib baik pergi bukan musim hujan, if hujan malam sabtu tu memang lecaklah seluar. So far, gunung semanggol ni gunung kedua I hiking. In shaa Allah kalau balik perak, I nak hiking kat Bukit Larut pulak. 


Cantik tak view?

I hiking memang tak bawak air sebotol pun. Bayangkanlah 1 jam 40 minit dok hiking, mesti
rasa haus gila kan? Tapi bila sampai je kat puncak, tak terasa pun haus bila tengok view
yang cantik. Usaha tangga kejayaan macam ni lah. Selagi kita berusaha, in shaa Allah kita akan berjaya. 



4 ulasan:

  1. bestnya! takpernah pergi hikng hahaha teringin jugak nk try sebenarnya

    BalasPadam
  2. cantik view! ^^ terbaik la dear. sihat hiking ni

    BalasPadam
  3. cantiknya.. rabia takut nak hiking bukit.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com