Hidayah Milik Allah. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Hidayah Milik Allah.

31 Oktober 2018

Hidayah Milik Allah.


Assalammualaikum.

Kadang-kadang terkejut kita, apabila melihat perubahan yang mendadak
dalam diri seseorang. Tak perlu terkejut sangat. Hidayah Allah tu, Allah
boleh bagi kepada sesiapa je yang Dia nak bagi.

Bila Allah telah hidupkan nur di hati seseorang siapalah kita untuk cuba 
memadamkannya. Masa lalunya dia sendiri sudah harungi jerih pedihnya.
Siapalah kita untuk membuka cerita lepasnya.
Kita sendiri tak suka dilukai. Usahlah jadi peluka hati.

Kepada yang nak dan baru berhijrah,
malah sudah berhijarah tapi seringkali tersungkur.
Hadam kata-kata ni.

Andai tak mampu berlari, berjalanlah.
Andai habis kudrat untuk berjalan, merangkaklah.
Jika sudah hilang kekuatanmu untuk merangkak,
maka mengesotlah.

Jangan pernah berhenti, sekalipun luka berlumur darah keringat.

3 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com