10/01/2018 - 11/01/2018 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 10/01/2018 - 11/01/2018
Tak Suka Jangan Tunjuk.

Tak Suka Jangan Tunjuk.


Assalammualaikum.

Memang ada manusia jenis talam dua muka. Even dia tak suka orang tu
dia still boleh berbaik depan dia.

No,

Actually you're doing right. Even tak suka tak yah tunjuk tak suka.
It define your maturity kalau depan dia nak tunjuk muka
taik or nak cari pasal.

Senyum je sudah, tak yah lebih-lebih. 

APA IMPIAN YANG DAH TERCAPAI?

APA IMPIAN YANG DAH TERCAPAI?

Assalammualaikum 

2018 pun dah nak sampai ke penghujungnya, lebih kurang 2 bulan setengah lagi. Ya, pejam celik pejam celik, eh dah 2019! Masa cepat je berlalu dan umur pun meningkat. Sebut pasal impian, I rasa semua orang ada impian. Betul tak? Ada impian itu dah bagus dah tapi tercapai tak?

Apa impian yang dah tercapai?

I rasa bersyukur sebab tahun ni hampir kesemua impian I tercapai. First impian is loan kereta lulus on my birthday. Siapa je yang tak nak ada kemudahan? Sekarang ni pengangkutan bukan lagi kemahuan tetapi dah jadi keperluan. I kerja dah lebih kurang 3 tahun. First year I keje, I cuba apply loan untuk perodua Bezza. Malangnya tak lulus sebab sangkut dengan PTPTN. Then selang beberapa bulan pada tahun yang sama, I cuba untuk lunaskan tunggakan PTPTN dan cuba sekali lagi kereta perodua saga yang versi lama. Pun masih tak lepas, time tu I memang dah give up sebab nama dah tak cun bila apply loan. 2017, i dah serik nak apply, I biar je setahun tu tak apply loan tapi tahun tu I memang strunggle bayar PTPTN. Tahun ni, I jealous sebab rakan ofis I loan kereta Alza dia lulus. Awal-awal tahun pulak tu, uish rezeki dia memang masuklah. I pujuk hati tak apalah kalau tak lulus lagi bila apply ni, dah jangan pikir pasal kereta. 

Me with abang red.

On Feb 2018, kalau tak silap I, I cuba apply kereta alza but tak lepas juga. I dah down masa tu memang I nak sangat kereta. Yelah, kerja site ni memang hidup nomad, berpindah randah. Takkan nak naik bus lagi hangkut barang? Jadi I cuba sekali lagi on April 2018, masa ni tengah popular & viral myvi baru. So I pun cuba, why not kan? Tak apalah, kecik pun kecik janji senang sikit nak kemana mana. Alhamdullilah, hujung bulan May, bank call kata loan I lulus. Allah, masa tu rasa macam nak nangis sebab berjaya juga berhutang. Hahahaha. So on 3 Jun 2018, kebetulan memang birthday, I ambil kereta ni di Perodua. Dia jadi, kereta birthday lah kan? 

Second impian is merasai musim sejuk. Alhamdullilah, I made it. On Jan 2018, I habiskan seminggu di Beijing, China. Pengalaman bercuti di musim sejuk, memang I takkan lupakan. 
Memang nak repeat lagi, in shaa Allah di tempat yang bersalji pulak. Darah melayu ni mana
tahan sejuk lama-lama, menggigil sampai ke tulang. 


Sampai Beijing masa tu around 5am, train nak ke bandar pun tak buka lagi. Mereput jugakla
tunggu kat airport. Dalam kol 630am, kitorang terkedek-kedek kejar train ke bandar. 
Masa ni mana rasa lagi sejuknya sebab dalam trainkan berhaba. Sampai je kat luar station, 
fuhh baru tahu keluar asap dari mulut sebab terlalu sejuk. Hahahah kelakar pun ada, jakun pun ya.
 Ni belum jumpa salji, mahu berguling kat salji tu. 


Third impian is travel at least 5 negara. Once again, I made it. Since I heartbroken, awal tahun tahun lepas. I nak travel sampai I jumpa someone yang tak kasi dah I pergi travel. Alhamdullilah, 5 negara dah cop dah. Luang Prabang Laos, Beijing China, Ho Chi Minh Vietnam, Phnom Penh Cambodia, Siem Reap Cambodia & Bangkok Thailand. Eh sebenarnya dah terlebih 5. In Shaa Allah hujung tahun ni nak tambah lagi 1 negara, yang dekat-dekat pun dah okay dah. Travel balik kampung abah pun dah cukup dah. Nak ke kampun abah pun berpassport, al maklum kampunng I ni kat sebelah singapore je. 

Impian keempat is muka bebas dari jerawat. Setahun lebih jugaklah dok tepek & beli skincare. Semangat berkobar-kobar nak hilangkan jerawat. Tension kot bila jerawat dok bertepek kat muka. Nanti orang geli pulak, nak salam sambil cium pipi pun geli geleman. Macamlah jerawat ni penyakit berjangkit. Haishh I cannot brainlah with that people. 


The last one of apa impian yang dah tercapai is menuju ke arah membina masjid Allah. Do you know what I mean right? I ni dok kira bulan je. Betul, setan ni memang setan. Suka letakkan rasa was-was dalam hati bila nak bina masjid Allah. Setan betul perangai. Buat & percepatkan benda baik ni memang banyak sangat dugaan. I rasa semua orang yang nak kahwin mesti rasa apa yang I rasa kan? was-was, tak pasti semualah. Sabar je kunci untuk semua benda. Allah ada kan?

Itulah,

2018 ni banyak sangat tuah. Alhamdullillah. Ada jugaklah 2-3 impian yang I tak dapat capai, sakit perasaan ni nak hadap. Apa apa pun doakan I untuk dapat capai semua impian-impian I. Korang macam mana? Dah capai impian korang?








Chill & Go Rest.

Chill & Go Rest.

Assalammualaikum 

I tahu ramai antara korang yang sekarang ni,
tengah serabut dengan kehidupan. I feel it. Terlampau banyak benda
yang harus dilakukan dan diselesaikan.

I tahu dan its okay, benda itu adalah perkara biasa.

Cuma dalam kesibukan korang dalam work hard di dunia ni, 
jangan lupa untuk jaga diri korang baik-baik.
Kerana anugerah paling mahal, yang
diberikan kepada seorang hamba adalah kesihatan yang baik.

So bila ada masa rehat dan free, go rest and don't
push yourself too mush. Korang kena
ingat, manusia perlukan rehat dan manusia yang tak rehat,

itu bukan manusia.

Itu sia-sia namanya. 
The Ordinary Skincare

The Ordinary Skincare


Assalammualaikum.

The Ordinary Skincare.

Sebenarnya brand memang dah lama popular tapi sejak kebelakangan ni, produk ni jadi kegilaanlah.
I memang dah jatuh cinta dengan produk ni. Produk ni berasal dari Canada. I punyalah cari info
pasal produk ni tahu tak. It was first launched by Deciem pada September 2016.

I terjumpa and  jadi gila dengan The Ordinary sebab instafemes ada guna. On that time, I nak 
guna &cuba produk ni. Sebelum ni I tak yakin nak guna produk luar negara. Risau sebab
tak berkesan dan boleh merosakkan lagi muka.

Alhamdulillah,

I using this The Ordinary almost 5 months with 5 product of them. Banyak kan? In shaa Allah I nak perbanyakkan lagi sebab murah dan berkualiti.

I recommend untuk korang pakai produk ni. Rate 5/5.

The Ordinary Alpha Arbutin 2% + HA Review

The Ordinary Alpha Arbutin 2% + HA Review

Assalammualaikum.

Today, I'm going to review the The Ordinary Alpha Arbutin 2% + HA. This is my third product from The Ordinary. I dah consume almost 3 weeks. Lets read.



Product name : Alpha Arbutin 2% + HA
Product Brand : The Ordinary
Product Type : Serum
Size : 30ml 
Price : RM30 -RM 40 (its depends on the seller)
Availabilty : I normally order from ig shops, #theordinarymalaysia

I purchase serum ni dari ig shops tapi korang boleh beli di Lazada sebab I selalu tengok hanya Lazada yang jual dengan harga rendah. Korang selalulah buat survey before buying. Semak e-merchant mana yang jual paling murah dan juga rujuk review mereka yang pernah beli dan pastikan 100% ORIGINAL.

What it claims? 

Alpha Arbutin, it is a know whitening agent similar tohydroquinone. It has been seen to be a much safer alternative as it has natural origin from a plant called bearberry. It works by inhibiting the enzymes that stimulate production of melanin and has been proven to lighten dark spots and hyperpigmentation

Kenapa 2%? This product contains a good concentration of 2% which makes it very effective. But usually, the concentration considered safe is 1% to 4% most alpha arbutin products come with 1%.

How to use?

I just drop dekat muka dan apply into the whole my face. I pakai after TO Niacinamide I biasanya akan guna pada AM routine. Tapi jangan apply banyak sangat nanti pilling. Pilling ni, dia akan jadi warna putih bila apply banyak sangat, lagi lagi kalau apply dengan skincare lain.

Packaging ?

Transparent streamlined packaging with a large dropper bottle. Korang tengok macam kaca kan? Tapi sebenarnya plastic. I dah terjatuhkan banyak kali tapi tak pecah-pecah pun. Always selamat.



The Smell/Colour/consistency ?

The product has a clear and viscous essence serum consistency. There is no scent whatsoever to the product. I bau zink tapi tak tahulah korang.

How I feels : 

Since I guna niacinamide, alpha arbutin ni just back up untuk mempercepatkan lagi hilangnya dark spot and scars. Texturenya lagi ringan berbanding niacinamide. Tapi, bila pakai serum The Ordinary make sure kena tepek banyak sikit sunscreen.

Recommended? :

Overall this is a very good product very suitable with my skin. I'll purchase later!

(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)
Kenapa Dengan Aku Ni?

Kenapa Dengan Aku Ni?


Assalammualaikum.

Betul ke? 
Bila kawan atau tempat luahan kita ni dah kawin, hubungan tu akan automatik jadi renggang.

 Betul ke?
Bila diri kita ni nak ke arah membina masjid perkahwinan, kita akan selalu rasa was-was dengan bakal pasangan sehidup semati kita.

Betul ke?
Kita hidup ni bukan untuk puaskan hati orang lain?

Dan,

Betul ke?
Lebih baik berdiam diri dan pendam everything even dengan benda-benda kecik?

Aku pun tak tahu dah kenapa dengan diri aku ni.

Tapi,

Betul ke?
Roti Gardenia sungguh enak dimakan begitu sahaja. Eh itu punchlinelah.


Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai

Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai




Assalammualaikum.

I join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

I dah join, korang bila lagi?



The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% Review

The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% Review

Assalammualaikum.

Today, I'm going to review the The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%. This is my second product from The Ordinary. I dah consume almost 3 months something. Lets read.


Product name : Niacinamide 10% + Zinc 1%
Product Brand : The Ordinary
Product Type : Serum
Size : 30ml 
Price : RM30 -RM 40 (its depends on the seller)
Availabilty : I normally order from ig shops, #theordinarymalaysia

I purchase serum ni dari ig shops tapi korang boleh beli di Lazada sebab I selalu tengok hanya Lazada yang jual dengan harga rendah. Korang selalulah buat survey before buying. Semak e-merchant mana yang jual paling murah dan juga rujuk review mereka yang pernah beli dan pastikan 100% ORIGINAL.

What it claims? 

Niacinamide (Vitamin B3) is indicated to reduce the appearance of skin blemishes and congestion. A high 10% concentration of this vitamin is supported in the formula by zinc salt of pyrrolidone carboxylic acid to balance visible aspects of sebum activity.

How to use?

I just drop dekat muka dan apply into the whole my face. I biasanya akan guna pada AM routine. Tapi jangan apply banyak sangat nanti pilling. Pilling ni, dia akan jadi warna putih bila apply banyak sangat, lagi lagi kalau apply dengan skincare lain.

Packaging ?

Transparent streamlined packaging with a large dropper bottle. Korang tengok macam kaca kan? Tapi sebenarnya plastic. I dah terjatuhkan banyak kali tapi tak pecah-pecah pun. Always selamat.



The Smell/Colour/consistency ?

Like you see, warna putih tapi texture is quite thick. Bila tepek kat muka, rasa berat je. Slightly melekit macam gel tapi bila pakai dia absorbs dengan cepat. Jangan apply banyak sangat nanti it will pill up with other skincare.

How I feels : 

To be honest, motif I beli this skincare, sebab I jatuh cinta dengan packaging. Small and cute. But at the same time, my aim is for kurangkan acne scars, for glowing/brightening dan reduce the appearance of my pores. Yes, my pores mmg besar-besar sebelum I pakai niacinamide tapi bila dah almost 3 months consume, memang nampak perubahan.

Tapi, ada juga yang breakout sebab pakai niacinamide. Kulit I memang oily skin, but now makin kurang oiliness. Its depends on your skin sebenarnya. Jadi marilah kita beli dan try sendiri. Berteka-teki dengan kulit sendiri. Selagi korang tak cuba, macam mana korang nak tahu sesuai ke tak dengan kulit. Sila beli dan try sendiri or try sample or mintak kawan sikit.

First impression, bau memang tak ada atau I yang tak normal. I think it just llike bau natural zinc. Bau besi gitu, quite sticky, melekit dan pakai sikit je memang cepat absorb. Bila lepas apply, korang boleh rasa kulit akan lembut je.

And ALHAMDULLILAH, its work on me. Parut jerawat pun dah kurang, I rasa kulit I pun makin glowing. Tapi tulah, dah nak habis. I nak repurchase lagi.


Recommended? :

Overall this is a very good product very suitable with my skin. I'll purchase later!

(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)
St.Ives New Product

St.Ives New Product


Assalammualaikum. 

St.Ives, produk scrub yang paling I suka. Now, dah berwajah baru tapi I tak purchase lagi
sebab bila I sampai watson, this scrub memang sold out. I dont know why always sold out. 
  
So korang guna yang mana satu?

1. Hitam (Blackhead Clearing/Green Tea)

I think this one yang paling laris sebab viral. I suka their texture for old version. I tak sure
untuk yang version baru ni. Korang boleh check & read for scrub yg old version


2. Biru Muda (Acne Control/Apricot)

Untuk jerawat, ada BHA untuk kurangkan jerawat. Deep exfoliating.

3. Coklat Terang (Energizing/Coconut + coffee)

Biasanya scrub kopi ni ramai guna untuk badan tapi kat muka pun boleh guna for deep exfoliating.

4. Pink (Radiant Skin/ Lemon + Mandarin)

For those yang ada masalah kulit kusam/uneven skin tone, boleh cuba this scrub.
In shaa Allah berseri muka tu. Moderate exfoliating.

5. Coklat Muda (Gentle Soothing/Oatmeal)

Untuk kulit kering dan tak sekata. I recommend untuk muka yang tak ada masalah sangat

6. Biru Muda (Fresh Skin/Apricot)

Untuk jerawat dan jeragat. Its very universal & deep exfoliating.


So,

Which one yang korang pernah cuba?

How To Choose Right Cleanser

How To Choose Right Cleanser

Assalammualaikum.



Korang tahu tak bila kita pilih pencuci muka yang sesuai sangat penting untuk kesihatan kulit?
This one product can make or break your entire skincare routine! Cleanser jugak boleh jadi punca if
your skin tiba-tiba jadi bermasalah.  

Here,

1. Elakkan pakai cleanser yang buat kulit korang rasa tegang or kering lepas cuci muka.
It means your moisture barrier terganggu so jadilah dehydrated skin.

2. Make sure your cleanser mampu buat kerja dia which is Cleansing! Kalau lepas cuci
muka, pakai toner then tengok kat cotton pad tu still berdaki, it means your cleanser tu tak cukup bagus. Maybe tu punca you still ada clogged pores/

3. Cari cleanser yang sesuai with your skin type. Not too drying or too rich.
Contohnya, oily skin maybe tak sesuai sangat pakai cleanser jenis tak ada buih macam milk or lotion sebab rasa tak bersih. Dry skin may be tak sesuai pakai cleanser for acne treatment sebab too stripping. Both ada potential untuk buat your skin jadi lebih teruk.

4. Preferably untuk cari cleanser with low pH (5.5-7) untuk protect skins natural pH and again its about skin barrier. A high pH cleanser boleh menyebabkan skin barrier rosak & mulalah timbul masalah macam-macam.

I do believe tugas cleanser hanyalah untuk mencuci muka. Thats why I tekankan untuk cari low pH & non-stripping. Bukannya fokus untuk cari cleanser nak putih. There's no such thing sebab cleanser is meant to be wash off. Active angredienrs dapat contact dengan kulit dalam few seconds je, so rasa macam sangat sikit possibility untuk ada significant effect just by using a cleanser.

Good luck.

Life Is Boring?

Life Is Boring?


Assalammualaikum.

Life is boring?

of courselah tidak. Life korang akan jadi boring disebabkan kau berhenti cari apa yang
boleh membahagiakan korang. Mungkin korang lakukan macam tu sebab korang
terlampu jaga hati orang, terlampau takut untuk cuba sesuatu yang baru dan terlampau selesa
dengan kehidupan sekarang then end up, korang give up.

Tapi,

Sampai bila nak rasa yang tidak enak dan biarkan orang lain je yang indah-indah dalam kehidupan.
Apabila kita berhenti kejar apa yang membahagiakan kita, ketika itulah hidup
kita akan mula boring. Dan akhirnya kita percaya, kita hanya layak lihat orang bahagia.

Hidup itu suatu pilihan. Dan berapa ramai antara kita yang pilih untuk hidup, sehidupnya?
Expectation Sebelum & Selepas Bercinta/Berkahwin.

Expectation Sebelum & Selepas Bercinta/Berkahwin.


Assalammualaikum.

Secara jujurnya, ramai manusia dekat dunia ni sentiasa terbayang-bayang dan teridamkan
relationships golas seperti yang mereka lihat di drama-drama mahupun kdrama. Ramai orang ingat,
bercinta dan berkahwin itu, sentiasaa perkara indah all the time. Kentut pun wangi.

But, mereka salah semuanya.

Actually bila korang mula ada pasangan (bercinta) and then kau mula ke arah perkahwinan, yang kau
ada hadapi adalah drama dan cabaran. Dan ketika itu, yang diukur adalah bagaimana caranya kau dan dia handle masalah itu. Sama ada dua-dua bincang elok-elok dan take timue untuk
repair mana yang rosak ataupun dua-dua jenis tak matang dan lepaskan sahaja hubungan tu.

Jadi,

Sebelum kau sedia untuk jadi pasangan seseorang ataupuun kau sedia untuk jadikan
seseorang itu pasangan kau, kau kena jadi lebih matang dan tak boleh fikir "AKU". Kau kena lebih fikir, "KITA". Sebab, relationship itu adalah tolak-ansur dan urusan dua orang.


Jika kau boleh tolak ansur, sabr dan tak emosi. In shaa Allah reward dia adalah,
"Kau akan bahagia ketawa bersama pasangan kau, walau teruk mana keadaan korang bersama."
So akhir kata, relationship dan bersama seseorang itu, tidak pernah senang serta
perlukan banyak pengorbanan. Tapi jika kau sabr dan lihat kebaikan dia, In shaa Allah
kau dan dia akan sentiasa "jatuh cinta" everyday.

Kau tak perlukan sebuah relationship yang sempurna. Tapi kau yang perlukan adalah
cuba untuk menyempurnakan mana yang kurang demi sebuah relationship, yang
kau sayang dan kasihkan. 

GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM

GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM




Assalammualaikum.

I join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Boleh tak kalau tukar header yang lain? Bagi header tu menarik sikit, header yg sekarang ni
rasa macam kurang tertarik. Lain-lain semua dah okay.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

I dah join, korang bila lagi?



Hiking Di Gunung Semanggol, Perak.

Hiking Di Gunung Semanggol, Perak.


Assalamualaikum.

Sabtu 29/9/2018.

I ambil sedikit peluang untuk memenatkan diri dengan hiking. Idea ni datangnya dari future husband I yang nak rasa pengalaman hiking. Sebenarnya, gunung semanggol ni dekat sahaja dengan kampung
future husband I iaitu Kuala Kurau. 

Mungkin korang pernah pergi ke Bukit Merah Lake Town kan?  Ha dah tak jauh dah. Trek hiking ni
betul-betul bersebelahan dengan masjid. I tak ingat pulak nama masjid tu. So, I habiskan almost
1 jam 40 minit untuk sampai ke puncak.

Nak sampai puncak korang kena hadap 4 check point. Check point 1 &2 treknya agak santai tetapi makin nak sampai puncak, trek hiking mencanak naik. Nasib baik pergi bukan musim hujan, if hujan malam sabtu tu memang lecaklah seluar. So far, gunung semanggol ni gunung kedua I hiking. In shaa Allah kalau balik perak, I nak hiking kat Bukit Larut pulak. 


Cantik tak view?

I hiking memang tak bawak air sebotol pun. Bayangkanlah 1 jam 40 minit dok hiking, mesti
rasa haus gila kan? Tapi bila sampai je kat puncak, tak terasa pun haus bila tengok view
yang cantik. Usaha tangga kejayaan macam ni lah. Selagi kita berusaha, in shaa Allah kita akan berjaya. 



Misi Naikkan Pageviews #4

Misi Naikkan Pageviews #4



Assalammualaikum.

Bulan September, I already post about entri Misi Naikkan Pageviews, klik SINI kalau nak baca. Once again, misi I bulan October ni ialah untuk meningkatkan pageviews dan menambahkan lagi 'total unique visitor'. I jealous gila dengan blog yang dah cecah 1 juta pageviews. Geram kot. I nak sangat blog I ni dapat pageviews macam blog-blog lain. 

So far, I boleh simpulkan minggu ni I banyak update entri. At least 2 entri per day. Since Sept till today pagviews I dah hampir 119 005, not bad jugak. But I jarang nak blogwalking to blog-blog newbies. I don't know why I malas nak blogwalking. Rasanya I kne blogwalking jugak. Suka atau tak I kne buat sebab I dah berazam.

Doakan azam I termakbul ye. 

#120000 pageviews to go! Fighting!
OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com