A Sweet Sour Memories. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: A Sweet Sour Memories.

22 September 2018

A Sweet Sour Memories.

Imigresen vietnam to go cambodia.

Assalammualaikum.

I tak tahu nak mulakan cerita ni dari mana tapi I still nak cerita based on my experience. 

Ceritanya macam ni,

Bulan April 2018, I buat trip travelling jelajah 3 negara IndoChina (Vietnam,Cambodia & Thailand). I bermula dengan Ho Chi Minh, Vietnam. I dah habiskan masa I 2 hari di Vietnam, so malam nak masuk hari ketiga I gerak pergi ke Phnom Penh, Cambodia mengikuti jalan darat dengan menggunakan bus. Alhamdullilah still berjalan dengan lancar.

But, 

I rasa annoying gila bila I beli 2 tiket untuk bus tido siap katil but I dapat 1 je katil. I share with my travel partner. Serious dengan tempat kecik pastu nak sumbat dua orang. Sorry, I tak ada picture untuk katil dalam bus tu. Tapi I cukup bengang, geng mat salleh boleh pulak dia bagi one person one bed. Like what the hell ! I habiskan masa I dekat 9 jam dalam bus tu, nak tido pun tak nyenyak disebabkan driver always give hon to motocycle. 

Ya, memang annoying. I thought kitorang boleh sampai dalam masa 6 jam. Sebab before I beli tiket I check arriving time dari Ho Chi Minh to Phnom Penh. Tapi apa jdi lambat? Driver tu boleh pulak dok angkat warga warga dia naik sekali dengan bus kitorang ni. Seriouslah dah macam prebek sapu. Setiap 15 min driver akan on off bus untuk ambil warga warga dia. Menyemak wei.

Temple pun renovate!

Setibanya di Phnom Penh, Cambodia, Fuhh memang lega tapi kitorang tak mandi almost one day. Bayangkanlah. Dok pusing-pusing bandar Cambodia dengan tak mandi. Kiranya I habiskan masa satu hari di Phnom Penh dan malamnya I gerak ke Siem Reap pulak. Daerah kedua Cambodia, sebab time tu nak sangat tengok Angkor Wat.

Pergh, 

I cannot brain kenapa I nak sangat travel yang teruk macam ni. Rasa homeless tahu tak. Masa I pergi tu, sebenarnya I tak jangka pun Phnom Penh tengah sambut merdeka diorang. I tak sure merdeka or majlis agama. Tapi I tanya dengan orang cambodia, dia kata merdeka day. I don't know but memang I tak nampak langsung orang Malaysia. Dan masa tu, mostly tempat pelancongan tutup sebab diorang sambut merdeka.

Arghh, dugaan lagi. Time tu pikir nak cari baju & toilet untuk mandi. Serious tak jumpa. Bertahanlah kitorang dengan peluh melekit lekit kat badan. I terus kata dalam hati,

Ya Allah, kenapa aku buat semua ni? Menyusahkan diri. 


So I pun gerak nak pergi ke bus station tapi bukan bus station pun. Dia macam tempat agent jual tiket bus macam tu lah. Bus I gerak dalam kol 10 malam. Kol 6 petang I dah tersadai kat tempat agent tu. I check toilet diorang, O Allah! Tak selera aku nak kencing nak berak apatah lagi nak mandi. 4 jam tersadai. LAst-last tawakkallah cari kedai 7E or yang macam 7E sebab nak lepak & nak internet time tu. Alhamdullilah jumpa, sebelah-sebelah lot je pun. 

So I habiskan 4 jam tu dengan mandi & membuta kejap. Luckly toilet kat situ bersih. Tapi I mandi macam tak mandi lah. Mandi gitu-gitu je janji hilanglah peluh and nak rasa lega sikit. 


Maka,

Bermulalah perjalanan ke Siem Reap, Cambodia di malam hari yang ke 4. I lega sebab boleh tido puas puas even di tempat yang sempit. Tak ada hal janji boleh rehat kejap. Nak dijadikan cerita, kitorang boleh terlajak one hour dari bandar Siem Reap tu. Patutnya kitorang arrived Siem Reap around 3 am tapi I tengok jam kol 4 pagi.

Serious!

Rasa dah jauh dah. Sebab bus yang I naik tu dia terus ke Bangkok tapi kawan I dia tak masuk Bangkok. I je yang teruskan travel sampai ke Bangkok. I bangun dengan gelabah, takut dan segala rasa. Dah lah time tu pagi pagi buta kot. Dengan gelapnya lagi, I terus kejut kawan I. Dia pun tak sedar dan rupanya driver bus pun tak panggil pun.

"Siem Reap, Siem Reap"

Arghh celakanya driver ni. Tengok-tengok driver tu, lah driver yang sama. Celakalah kamu. I cuak terus marah & bebal dekat driver tu. Dia berhentikan kitorang kat tempat gelap dan suruh kitorang balik jalan kaki ke bandar Siem Reap. Kau gila ke? Kitorang berdua ni perempuan, to be honest I dah turun dah dari bus tapi kawan I cakap, jangan turun kat situ. Kita turun kat the next station. Yelah mana taknya, keliling gelap gelita. Dengan anjing menyalak lagi, takut kot. 


I pun turun dekat tempat next station tu. Kol 5 pagi cari bus pulak dah nak ke Siem Reap. Mana ada orang kol 5 pagi. Cuma ada kereta prebet sapu je. Argh cilaka. I cuba kuatkan semangat. I pasrah dan korbankan duit dollar I untuk ke Siem Reap. Arghhh menangis wei. Menggigil nak keluar duit dollar dah lah bawak tak banyak. Lain kita plan, lain jadinya.

Sampai je kat Angkot Wat, Siem Reap, Eh apahal ramai orang ni dengan hias-hias bagai. Oh Allah, once again. Diorang sambut majlislah. Aduhh dugaan lagi. 

In front of Angkor Wat. 

I boleh katakan trip ke cambodia ni banyak masalah tapi Allah permudahkan. Banyak kali I mengeluh and give up untuk teruskan. Tapi rugilah tak rasa experience. I belajar something daripada trip ni.

I belajar untuk selalu bersyukur dengan apa yang I ada. Mungkin ada orang yang lagi susah dan berat masalah daripada I. I belajar jugak untuk jadi seorang yang tak kesah dengan apa jua suasana. Hidup ni kita yang bagi ruang untuk mencuba dan letakkan diri untuk terus berdikari. Kita sendiri je yang tak tahu kelebihan dan kekurangan diri kita. I percaya, setiap yang bermusafir Allah permudahkan segala urusan dan benar, doa seorang musafir Allah makbulkan. 


My travel partner, kak far.


Semoga perjalanan musafir kita ni baik-baik dan diberkati. 

Keep going, gurl.

Thank you for reading.

4 ulasan:

  1. alahai bab driver bas tu pun i boleh panas hati baca, anyway may Allah ease everythings

    BalasPadam
  2. alolohh kenapa pulak driver bas tak kejutkan. hihi tapi takpe. its part of the journey!! baru adventure sikit :D

    BalasPadam
  3. Allahu... dugaannya.. Panas hati baca pasal driver bas tu..

    BalasPadam
  4. TAHNIAH pemenang GA by zati..
    Boleh tengok sini
    https://z3tty.blogspot.com/2018/09/tahniah-pemenang-giveaway-zati-yang.html

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com