Type Of Mask. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Type Of Mask.

12 Julai 2018

Type Of Mask.

Assalammualaikum

Hari ni I nak ajar korang pasal mask pulak since ramai yang confuse dengan jenis jenis mask. Even benda tu ada tulis kat label and instruction cara pakai dah terang terang ada kat belakang packaging. But it’s okay, I’ll tell you again. Sharing is caring right?

Jadi, ada jenis mask yang kena pakai before/after cuci muka, ada juga yang kena pakai after apply toner or others. Ada yang kena bilas, ada yang tak and ada jugak yang boleh bawak tido. Tu yang buat korang confuse kan?

Lets start. 




1. Clay/Mud Mask

Basically untuk absorb excess sebum, bersihkan pori & detox kulit. Dulu clay mask selalunya untuk 
oily skin & combination. Mud mask untuk normal/dry/all skin types. But nowadays ada jugak clay
 mask untuk hydration, soothing, brightening and others. So normal & dry skin pun boleh pakai. 
Zaman dah moden, guys!


How to used : Apply before/after cuci muka, tak kesahlah pagi ke malam ke janji muka korang bebas dari segala mekap atau whatever things yang ada di muka korang. So kalau nak apply before cuci muka dengan cleanser macam gritting method tu, make sure korang dah remove makeup (kalau ada) guna micellar/cleansing water. Pakai beberapa minit tu ikut arahan packing. Jangan biarkan lebih dari masa yang ditetapkan. Pastu, bilaslah dan proceed with cleansing routine (kalau pakai clay mask before cuci muka).

Frekuensi : 1-2x seminggu. Tkyah lebihlah kot sebab nanti your  skin jadi dehydrated.

Extra tips : The best way untuk pakai clay mask adalah jangan biarkan clay mask tu kat muka sampai kering merekah! Agak-agak dah separuh kering atau bertukar warna, terus pergi bilas. Sebab clay mask ni drying, so kita nak reserve our skin’s moisture. Taknaklah dia sedut semua kelembapan kulit kita.


2. Wash-off mask.

Yang ni fungsi dia macam macam depends on the product itself. Tak ade fungsi yang specific.

How to used : Lepas cuci muka, apply wash-off mask ni dan biarkan dalm 10-15min (ikut arahan kat packaging). Lepas dah cukup masa, bila the proceed with your regular skincare routine.

Frekuensi : 1-2x seminggu. Kalau nak pakai everyday pun tak de masalah.


3.Peel-Off Mask.


Basicallly untuk gently exfoliate, instant radiance & refine pores.

How to used : After cuci muka, apply peel-off mak ni pastu biarkan lah sampai kering dan agak 
agak dah boleh cabut tu tarik slow-slow. Jangan tarik laju pulak, kang tercabut kulit muka baru tahu. Sensitive skin janganlah pakai.


Frekuensi : 1x seminggu. Irritate nanti kulit korang.

Extra tips: Before apply peel-off mask ni, maybe korang boleh buat face steaming dulu. Pastu bila time nak cabut tu, start from dahi dulu pastu cabut belah pipi kiri & kanan, then dagu pastu baru cabut yang kat area hidung. Lepas cabut, bilas muka dengan air untuk bersihkan sisa-sisa yang ada.


4.Sheet Mask

Basically it for intense hydration sebab sheet mask ni merupakan mask yang direndam dalam essence/serum. But at the same time it provides other extra benefits contoh macam brightening, soothing, anti aging & many more. Pandai-pandailah pilih.

How to used: Lepas dah apply toner/essence/serum, apply shee mak ni the biarkan kat muka for 15-20mins (ikut arahan kat packaging). Janganlah mengada nak pakai lelama sebab syoklah apalah or bawak tido sebab sheet/paper tu bila you biarkan lama or sampai kering dia akan absorb your skin’s moisture. Nak glowing sangat kang breakout yang dapat. Lepas dah tanggalkan tu, dap dap essence tu sampai absorb then proceed with moisturizer or sleeping mak. Taknak pakai pape after that pun tak apa.
Frekuensi : Tak kesah. Nak pakai everyday pun takde masalah.

Extra tips : Lebihan essence yang ada dalam packaging sheet tu jangan buang pulak ye. Korang boleh simpan untuk buat DIY sheet mask or letak dalam cosmetic bottle untuk dijadikan essence korang. Jimat kan?


5.Sleeping mask.


Fungsi: Untuk provide extra hydration & repair your skin masa kita tengah tidur. 
Ada yang bentuk krim, ada yan bentuk gel.


Cara pakai: After dah pakai segala korang punya PM skincare routine, pakai sleeping mask ni last sekali. Kalau dah pakai ni, kena pakai moisturizer lagi ke? Ikut keselesaan korang. As for me, tak payah sebab sleeping msk ni fungi lebih kurang cam moisturizer but a lil bit more than that.

Frekuensi : 2x seminggu tapi nak pakai everyday pun tiada masalah.

Extra tips : If korang still nak pakai moisturizer jugak before apply sleeping mask ni, my tips korang buat PM skincare routine macam biasa dulu. Time nak tido nanti baru apply sleeping mask, So takdelah sleeping mask tu bergumpal or tak boleh nak absorb.

So,

Macam mana? Dah faham kan? Ha cepat beli mask and tepek lah kat muka.

(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)

5 ulasan:

  1. lama dah pakai mask...hehehe..

    BalasPadam
  2. ejulz xtau sgt pasal mask ni. tp kdg2 wife ejulz yg rajin 'mask'kan muka ejulz ni. hehe

    BalasPadam
  3. singgah sambil klik iklan google sini :)

    BalasPadam
  4. This is so useful! Thank youuuuuuuuuuuu.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com