MY NEW SKINCARE ROUTINE | DAY (PART 1) - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: MY NEW SKINCARE ROUTINE | DAY (PART 1)

11 Julai 2018

MY NEW SKINCARE ROUTINE | DAY (PART 1)

2th July 2018

Assalammualaikum

Sebelum ni I ada updated skincare routine SINI kalau nak baca. So untuk entri kali ni, I nak update semula skincare routine I. I buat part 1 & part 2, serious I tak larat nak taip panjang panjang. Hihihi sorry I pun dah banyak tukar produk baru dan tambah step untuk skincare, semenjak dah breakout ni makin bertambah step step. Yes, I dah become a skincare addicted. Tiap-tiap bulan memang wajib ada satu atau dua produk. Hihihi boleh kopak poket I kalau macam ni. Btw, entri ni panjang ye!

Jadi, mari kita mulakan skincare day routine ye.

Cosrx Good Morning Gel Cleanser

Step pertama ialah pencuci muka. 

Of course, bangun pagi mesti kena cuci muka. Kang melekat pulak air liur basi dan taik mata berbakul-bakul. Sebelum ni I guna Naruko Tea Tree Purifying Clay Mask & Cleanser in 1,klik SINI kalau nak baca. Tapi, I dah tukar cleanser baru, I guna cleanser yang mempunyai low pH. I guna Cosrx Good Morning Gel Cleanser. I baru guna dalam 2 minggu macam tu. Soon, I’ll review this product. I baca review memang banyak sangat feedback, why not I cuba kan? Cleanser ni low PH so sesuai sangatlah dengan masalah yang I hadapi.

Step kedua ialah acne patch. 

Sebelum nak guna acne patch, make sure jangan apply moisturizer, toner or anything else. Lepas je cuci muka, terus tepek acne patch. Acne patch ni nak haling dari jari I dok sentuh jerawat. I pakai acne patch pada siang hari and I malas nak guna malam sebab I tidur lasak, mostly memang tercabut. So membazir guna kan? Untuk acne patch ni, I cuba seminggu yang lepas. Hihihi memang berkesan. Jerawat I ni suka timbul tapi tak bernanah so bila nak picit tu memang sakit. Korang mesti ada jerawat yang jenis macam tu kan? Timbul pastu merah-merah, since I guna acne patch, jerawat timbul tu dah makin surut dan sekata dengan kulit. I fall in love with acne patch. Ance patch I guna je mana-mana produk janji berkesan. Later, I nak cuba acne patch from cosrx, katanya banyak feedback.

Naruko RJT Pore Minimizing & Brightening Lotion

Step ketiga ialah toner. 

Toner ni berfungsi untuk buang kotoran yang melekat setelah kita cuci muka, its means kita tak cuci bersih or cleanser tu tak bagus. And also toner ni berfungsi untuk slow down kita punya skin PH. So far, cleanser cosrx memang bagus, and I tak pakai toner untuk siang hari. I ada dua toner dari Naruko. Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Toner, I dah guna almost 3 month then I tukar kepada Naruko RJT Pore Minimizing & Brightening Lotion sebab my pores taknak kecil tau. Hari hari makin besar pulak dia. Stress I !

The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%

Step keempat ialah serum.
 

Part ni memang I gigih. I guna 2 serum, patutnya 3 serum I guna tapi I risau nanti ade effect apa apa kat skin. First serum, I guna The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%, I focus to balance visible aspects of sebum activity. Bila sebum membiak dengan baik, itu yang jerawat kerap tumbuh. Kiranya I nak halang sebum tu membiak. I baca review, niacinamide ni bagus untuk uneven skin tone. Kiranya untuk cerahkan kulitlah, but I tak pasti, I guna almost 3 weeks mungkin ambil masa juga kan? Be patient and later I’ll review produk yang I tak review lagi. Second serum, once again I still guna produk from naruko, I guna Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum. Serum ni I guna about 6 months dan sebanyak 3 botol I berjaya habiskan. Hihihi. Serum ni bagus untuk make your skin glowing and hilangkan parut-parut jerawat. But ada yang kata, serum ni berkesan untuk sesetengah orang je and its work for me. Keep try & error je ye.

Uishh penatnya taip. Fuhh penat sis. Alright I stop sampai di situ, In shaa Allah esok I sambung. Be patient okay. :)

(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)

5 ulasan:

  1. jenama cosrx memang ramai guna. nak2 yang cosrx snail mucin tu. rmai ckp boleh hilangkan parut jerawat tp brg tu cepat je habis sbb viral

    BalasPadam
  2. Nak elokkan skin balik memang ambik masa. I pun baru je elok skin ni.

    BalasPadam
  3. first time baca pasal naruko ni

    BalasPadam
  4. review more pasal the ordinary please

    BalasPadam
  5. sha sekarang guna skincare yang sama je sebab dah ok malas nak tukar karang makin teruk huhuhu

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com