5 Toiletries Yang Wajib Dibawa Oleh Traveller Wanita. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 5 Toiletries Yang Wajib Dibawa Oleh Traveller Wanita.

16 Julai 2018

5 Toiletries Yang Wajib Dibawa Oleh Traveller Wanita.

Assalammualaikum.

Selalunya orang perempuan ni macam-macam barang yang nak dibawa masa travel. Nampak remeh, tetapi selagi tak beli selagi tu lagi I pikir apa barang yang tak cukup. Hahaha. I rasa, orang lelaki senang dan sempoi je. Tapi tak boleh cakap macam ni, memang tak menanglah lawan alasannya .

 Jadi ni listnya barang yang wajib ada dalam satu bag yang mudah dicapai.

Mungkin barangan ini nampak simple. Tapi, ia melibatkan soal keselamatan, kesihatan dan keperluan kita juga. Jangan lupa check barangan anda sebelum packing ya

Sumber : MR Google

1. Sanitizer

I memang akan bawa sanitizer ni everywhere, sampaikan dalam kereta I pun ada. Sanitizer ni digunakan untuk elakkan bakteria atau kuman melekat pada tapak tangan. Nak nak lepas keluar dari tandas atau lepas makan. Korang boleh je beli hand sanitizer yang saiz comel supaya senang untuk korang bawa dan senang nak letak dalam handbag or gantung je kat bag korang. Bila dah apply di tangan, korang tak payah nak bilas dan tak rasa melekit pun bila guna. Selamat dan membunuh kuman dengan mudah. 

2. Wet Tissue.

This one, memang benda wajib yang ada dalam handbag. Tak kiralah travel or pergi jalan jalan. I memang tak suka tangan bau busuk especially lepas makan. Uishh lagilah tak nak! Bagi I, bila I travel I prefer to bring botol. Sebab wet tissue ni sekadar syarat je. I tak selesa basuh kencing or berak guna wet tissue, hahahaha. Cukuplah sekadar lap tangan. Korang bawa je extra, in shaa Allah berguna bila travel nanti.

3. Botol minuman.

Rasanya, ramai je yang bawa botol minuman. Bila travel luar malaysia, jangan terkejut bila pili dan air tak disediakan. Hanya ada mangkuk tandas dan tisu terutama negara mat salleh. Takkanlah lepas membuang nak lap lap gitu je. Tak geli ke? Nak solat pun nanti dah tak boleh, sebab najis tak bersih dengan betul. 

4. Pelapik Jamban.

Tak semua negara ada tandas cangkung terutama negara maju. Dekat malaysia pun ada je orang guna pakai cangkung kat atas mangkuk tandas tu. Hahaha. Korang boleh beli kat Daiso, rasanya kat watson pun ada. Nak murah bukak je kat Lazada.

5. Shampoo, shower foam, berus gigi, ubat gigi & pencuci muka.

Bawa je yang asas tu. Barangan tu lagi penting kan? I cadangkan korang letak dalm botol botol kecik, boleh cari kat Daiso. So senang bila tak lepas imigresen, boleh buang terus dan tak perlu nak menyesal sebab kita buang sikit je.

So korang dah ready ke nak travel? 


4 ulasan:

  1. terbaek. bila tgk ni teringat kat shopping complex. kebanyakan tandas xda paip.. sakit hati.. hehe

    BalasPadam
  2. pssst !! ada sesuatu untuk anda disini

    http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/07/pemenang-pemenang-giveaway-souvenirs-by.html

    BalasPadam
  3. info baik dikongsi bersama hehe

    BalasPadam
  4. sanitizer tu dalam semua beg ada, kat meja kerja, purseeeee, beg jalan hahaha. tisu basah pun!!

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com