5 SEBAB PERLU SAMPAI AWAL DI AIRPORT. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 5 SEBAB PERLU SAMPAI AWAL DI AIRPORT.

24 Jun 2018

5 SEBAB PERLU SAMPAI AWAL DI AIRPORT.


Assalammualaikum.

Untuk korang yang newbie, yang tak tahu lagi procedure naik kapal terbang. Korang kena baca entri ni, yes untuk tambah ilmu tentang travel. Memang tiap tiap bulan AirAsia akan buat promosi harga tiket flight. Bila kita dah siap tempah dan get ready before fly, korang jangan terlalu seronok kerana dikhuatiri korang akan terlupa tengok masa dan tarik penerbangan dengan teliti. Ini BAHAYA!

Jom baca sebab apa korang WAJIB sampai airport awal.

1. Chill & Relax.

Seminggu sebelum sampai masa penerbangan korang, seeloknya awalkan waktu untuk packing barang barang keperluan korang. After that, sehari sebelum fly korang just double check sahaja barang-barng yang korang dah packing. Like usually, bertolaklah awal dari rumah untuk elakkan kesesakan lalu lintas dan perkara yang tidak diingini berlaku. Jadi bila dah sampai di airport, korang akan rasa tenang.

2. Check-In Flight.

Jangan ingat hotel je boleh check in. Untuk newbies, korang boleh guna kiosk dan sila tanya dengan petugas yang ada di situ. Jangan malu! Kalau malu, korang boleh terlepas waktu untuk check in. Kang tiket burn, menangis pulak tepi bucu katil. Kalau nak check in by kaunter, korang kena datang awl untuk elakkan korang beratur panjang. Jika dalam keadaan suntuk, korang boleh pergi ke kaunter ekspress. Jangan malu tu je.

3. Penalti atau Ticket Burn.

Confirmlah korang akan sakit hati bila korang dah beratur lama lebih dari masa yang sepatutnya, tiba-tiba sampai di kaunter, petugas kata sistem untuk check-in dah tutup! Untuk tukar masa perjalanan bagi sesetengah penerbangan, korang hanya perlu bayar penalti. Tapi ada je flight yang tak kenakan penalti tapi dia terus burn ticket korang. Baik bayar penalti dari burn terus, kan?

4. Masa pelepasan dan nombor gate.

Selalunya bila dalam keadaan clumsy, masa berlepas dan nombor gate yang korang akan tuju pun akan jadi isu. Dalam keadaan macam ni, korang akan terlepas pandang masa pelepasa. Tapi tak apa, mesti ada petugas yang akan panggil nama korang untuk panggilan terakhir menaiki flight. Dalam kejar masa untuk sampai gate , pastikan nombor gate tu betul ye!

5. Kesesakan trafik.

Bukan jammed di jalan raya je yang korang ingat. Kesesakan trafik untuk selesaikan urusan untuk check in dan penyimpanan bagasi juga korang kena ambil kira. Jangan sampai ngam-ngam pada masa yang ditetapkan. 3 jam awal itu pun tak termasuk untuk beratur uruskan hal-hal yang lain. Korang boleh juga booking bus or van 2 weeks before pergi ke KLIA, if korang pergi beramai-ramailah. Korang boleh je terus booking di https://www.busbest.com/ , so nanti tak adalah korang mengalami kesesakan lalu lintas. Rancang perjalanan korang dengan baik.

Jadi korang kena sentiasa beringat, datang awal untuk menguruskan urusan check in. Bila dah settle hal check in, korang boleh flight dengan tenang dan selamat bercuti. 





















5 ulasan:

  1. Nice sharing.. sy sekali ja naik flight hahaha~ Hopefully dapat travel lgi

    BalasPadam
  2. pernah terlepas flight tau dulu sbb lambat. duit je fly bersama air asia. huhuhu

    BalasPadam
  3. hampir2 terlepas flight sbb kul 7 pg... huuuu

    BalasPadam
  4. tq for sharing. sgt bagus ilmi ni :)
    lama sudah tak naik kapal terbang.
    tak ingat last skali bila.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com