Tips Untuk Tidak Mudah 'Down'. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Tips Untuk Tidak Mudah 'Down'.

4 Mei 2018

Tips Untuk Tidak Mudah 'Down'.


Assalammualaikum.

I nak share tips untuk tidak mudah 'down'. 

Contohnya : Kita down bila kawan-kawan suka merendahkan kemampuan kita untuk melakukan sesuatu atau mengutuk atau menyindir diri kita dan tak kesahlah apa jua situasi yang boleh buat korang down.  I selalu juga down bila kawan menyindir itu ini. I pun manusia yang ada hati dan perasaan.

So macam mana kita nak tangani ?

First, jangan mengeluh dan menyalahkan takdir! 

Mak I suka pesan tak baik kita mengeluh dan bunyi 'hurgh' bila ditimpa dugaan. Seolah-olah kita tak bersyukur dan menikmati tiap dugaan tu. Siapa yang nak hadap dugaan kan? I pun tak nak tpi lumrah kehidupan dan itulah perjalanan kita. Ikhlaskan dan menyalahkan takdir. Allah takkan uji hambaNya tanpa sebab. Percayalah Allah nak bagi kita satu pengalaman yang manis.

Second, senyumlah selalu. 

Bukan ke awak lagi manis bila tersenyum? Kita tak rugi apa pun bila lemparkan senyuman. Senyum itu sedekah. Kita yang dapat pahala. Awak tak nak pahala yang banyak ea? Senyumlah walaupun ketika kamu rasa hendak menangis. Trust me, I pernah menangis sambil senyum. Lawak jugalah bila dikenang semula. Too manis!


Third, jangan balas apa yang orang buat pada kita. 

Yes! Part ni dulunya I memang tak boleh nak kontrol. Jujur, I tak mampu nak tahan marah I, then I post kemarahan I di status facebook. I nak semua orang tahu I tengah marah dengan orang dan I nak orang yang I marah tu rasa apa yang I rasa. Tapi bila kita dah makin meningkat dewasa, I rasa I was a dumbness person ever! I tak dapat apa pun bila I buat macam tu. I tak happy!

Kita jangan sesekali balas apa yang orang buat pada kita even ketika tu orang tengah sindir, hina, kutuk or fitnah kita. Percayalah, sampai tahap nanti kita dah tak kesah orang nak kata apa sebabnya bila kita balas, kita dengan dia tu sama je! Biarlah dia nak buat apa pun janji kita tak balas. Lama-lama nanti orang tu sedar juga, dia buat macam tu dia tak dapat apa. 

Fourth, jangan berputus asa.

Bila kita down jangan rasa putus asa dengan apa yang kita lalui. Korang kena anggap ada orang diluar sana tengah alami masalah yang lagi besar daripada kita. Kita kena mind set, selalu positif. Jangan mudah berputus asa.

Fifth, abaikan orang yang tak penting dalam hidup.

Semenjak I amalkan sikap abaikan orang yang tak penting dalam hidup I, I lagi happy & bahagia dengan hidup I. I dah tak perlu pikir, orang nak kata apa sebab diorang tahu menghukum bukan merasai apa yang kita rasa. Jadi buat korang, sebelum nak rasa down tu, abaikan orang-orang ni dulu. Orang yang suka down kan semangat kita memang patut dijauhkan!

So bagaimana? Agaknya tips  ni membantu korang tak? Komen sikit..


















6 ulasan:

  1. Setuju. My mum pun tak suka bila saya mengeluh sebab nampak macam tak bersyukur sangat T_T

    BalasPadam
  2. Sangat setuju dengan semua tips Om ini..

    BalasPadam
  3. setuju sangat. abaikan mereka.

    BalasPadam
  4. thank you for this awesome reminder! bukan tak tahu. tapi kadang2 tenggelam dengan emosi sendiri. contohnya, hari ni. thanks again :)

    BalasPadam
  5. haiii... saya follow sini semula :)

    BalasPadam
  6. setujuuuu. thanks for the tips om..

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com