5 SEBAB KENAPA KORANG PERLU MENETAP DI HOUSEBOAT BILA TRAVEL KE KASHMIR - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 5 SEBAB KENAPA KORANG PERLU MENETAP DI HOUSEBOAT BILA TRAVEL KE KASHMIR

19 Mei 2018

5 SEBAB KENAPA KORANG PERLU MENETAP DI HOUSEBOAT BILA TRAVEL KE KASHMIR


Assalammualaikum.

I tak pernah jejak lagi di bumi Kashmir, but I tertarik nak share 5 sebab kenapa kita perlu menetap di houseboat bila travel ke Kashmir. Jujur, I tengah planning pergi Kashmir tahun depan. I nak travel as a backpacker to Golden Triangle. For the next entri, I akan jelaskan apa itu Golden Triangle ye. Doakan supaya my dreams come true.

1. Unik.

Houseboat adalah sebuah penginapan yang berbentuk seperti boat/kapal yang besar dan mempunyai semua kelengkapan seperti korang berada di hotel. Cuma yang berbeza ialah ianya terapung di atas tasik yang terkenal di Kashmir iaitu Tasik Dal atau Nageen. Itulah keunikkan yang ada pada houseboat jika dibandingkan dengan penginapan yang lain.

2. Naik Shikara.

Bila dah tinggal terapung di atas tasik tu, satu-satunya pengangkutan yang menyambung korang dengan darat ialah Shikara iaitu boat kecil yang memuatkan 4-6 orang pada satu-satu masa. Pemandu shikara adalah mendayung dari jeti terus ke houseboat. 

3. Tinggal dengan local people.

Selalunya houseboat ini adalah tempat tinggal owner itu sendiri. Inilah peluang korang untuk merasa tinggal dengan local people of Kashmir yang terkenal dengan hospitality terbaik mereka. Cara hidup mereka memang berbeza dan selalunya memang ada class!


4. Dapat rasa local dishes.

Part ni yang paling best. Bila menginap di houseboat, korang boleh book sekali dengan makan dan setiap houseboat memang ada tukang masak yang akan masak untuk tetamu. Dapatlah korang merasa macam-macam local dish, Mutton Biryani, Dhal, Dosa, Rista dan macam macam lagi. Jangan lupa request for Kahwa Tea. Meman terbaik!

5. Dilayan bak maharaja.

Zaman dulu-dulu, Kashmir terkenal sebagai tempat beristirehat maharaja. Disebabkan itu, kalau koang tengok hiasan dalaman houseboat selalunya diinspirasi umpama dalam istana. Tatkala korang melangkah masuk, pasti terasa maharaja dan maharani itu datang. Layanan yang diberikan pulak selalunya memang kelas A. Siap ada butler khas untuk korang. Inilah masa untuk korang feeling jadi maharaja. Hehehe.

Seronok je baca 5 sebab ni, terasa nak beli tiket flight dan cepat-cepat pergi ke sana. Doakan I supaya dapatkan jejakkan kaki di bumi Kashmir dan merasai sendiri pengalaman menginap di houseboat. Chee wahh...



5 ulasan:

  1. Dah banyak kali tengok orang recommend untuk tinggal dekt boathouse kalau pergi Kashmir.

    BalasPadam
  2. bestnyer. ala alaa how i wish boleh pergi sini nanti

    BalasPadam
  3. Wow.. bestnya.. kita ni entah bila la nak travel.. huhu

    BalasPadam
  4. wow nice sharing. doakan saya ada rezeki dapat ke sana. saya first time datang sini & terus follow sebab suka content blog ni. kalau sudi meh la singgah blog baru saya

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com