5 KESILAPAN YANG SELALU DILAKUKAN OLEH TRAVELLER BARU - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 5 KESILAPAN YANG SELALU DILAKUKAN OLEH TRAVELLER BARU

24 Mei 2018

5 KESILAPAN YANG SELALU DILAKUKAN OLEH TRAVELLER BARU

Kouang Si Waterfall, Luang Prabang, Laos.


Assalammualaikum.

First time I travel pada bulan 8 2017. Thats was my first time naik flight dan travel with my friends. Lepas balik dari trip tu, I perasaan I ada buat kesilapan. Memang tak dinafikan, boleh dikatakan hampir semua orang pernah buat kesilapan pada waktu pertama kali mengembara. Bila kita dah buat silap sebenarnya bukanlah sesuatu yang teruk tapi tidak belajar daripada kesilapan tu yang salah.

1. Guna travel agent sepenuhnya.

Yes, I a kind of person yang tak suka dengan schedule. Bila kita pergi dengan agent, semua benda ikut peraturan dan schedule. Betul, guna khidmat travel agent tu tidak salah tapi kalau korang jenis yang nak semuanya disiapkan dan cuma tinggal bawa diri, travel agent adlah pilihan yang tepat untuk korang. Sebenarnya, korang boleh gunakan khidmat travel agent hanya untuk servis-servis tertentu dan bukan sepenuhnya. Contohnya, I guna ketika nak buat visa pergi China. Servis macam ni lagi murah dari buat sendiri.

2. Mangsa scammer.

Scammer? I dah alami, 3 kali kena scam di Beijing, but I assumed itu adalah pengalaman yang tidak akan I kena lagi untuk for the next trip. Ramai je orang yang lebih suka ambil jalan paling mudah dan mereka nilah selalu jadi mangsa scammer. Untuk elak menjadi mangsa si scammer, perkara penting untuk korang tahu adalah buat research sebaiknya terdahulu pada tempat yang korang nak pergi tu. Kita elak selagi boleh elak.

The Independece Palace, Ho Chi Minh, Vietnam

3. Nak lihat semua benda.

I akui kita bukan selalu dapat peluang travel ke luar negara, kalau boleh semua tempat kita nak melawat. Perasaan nak lihat semua benda ni pun sejenis kesilapan semasa travel. Ada beza antra lihat dan rasa semasa travel.

Kalau cuma nak lihat, baik kita lihat di gambar internet je. Lagi senang?  Kita menikmati rasa suasana di satu-satu tempat tu lagi penting. Seeloknya, ambil masa dan nikmati percuti kita ni puas-puasa. Kita boleh ada wishlist tapi jangan dikejar sangat. Enjoy baik-baik apa yang ada di depan mata. 

4. Beli barang yang banyak.

Well, ini adalah perkara yang biasa terjadi pada korang yang pertama kali travel, mesti ada je nak beli souvenir. Kalau boleh semua orang yang kita kenal tu dapat souvenir. Sebaiknya elak untuk terlalu banyak sangat shopping. Membazir duit dan masa. Kurangkan waktu shopping dan lebihkan waktu explore. 

5. Bawa terlalu banyak barang. 

Rata-rata traveller yang I jumpa semua kongsi pengalaman yang sama pada waktu pertama mengembara iaitu bawa terlalu banyak barang. Memang susah sebenarnya nak agak barang apa yang perlu dibwa. Baju tak payah bawa banyak sangat, semasa travel ni bukan ada masa nak tukar-tukar baju. Kau ingat kau Che Ta? Nak elok, satu baju pakai sampai malam.

Eye of Tianjin, Beijing, China

Ingat, peluang travel ni bukan selalu kita dapat. Ada orang ada duit tapi tak ada masa, ada orang ada masa tpi tak ada duit. Ada orang ada masa dan ada duit tapi tak ada kesihatan yang baik. Jadi, maksimalkan peluang yang ada ni sebaik mungkin.






























6 ulasan:

  1. Betul tu!! Pasal baju tu, spare je satu pasang baju tido utk pakai setiap malam masa stay tu :D

    BalasPadam
  2. sha taksuka jugak kena ikut schedule 😂 takbest

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian. masih kumpul duit untuk next trip. moga tips ini bermakna nanti hehe

    | blog aimanabdullah |

    BalasPadam
  4. 1 benda je. apa yg jadi masa kita travel, baik or buruk best or x, tu semua akan jadi kenangan yang paling tak boleh kita lupakan lepas kita balik dari travel. mase tu kita akan cakap, we did it dgn rasa tak percaya

    BalasPadam
  5. Setuju, nak tambah..tak buat research pasal tempat nak pergi. Pastu dah sampai sana baru melongo..haha

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com