5 FAKTA MENARIK TENTANG KOTA LARANGAN, BEIJING CHINA - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 5 FAKTA MENARIK TENTANG KOTA LARANGAN, BEIJING CHINA

20 Mei 2018

5 FAKTA MENARIK TENTANG KOTA LARANGAN, BEIJING CHINA


Assalammualaikum.

I berkesempatan untuk travel ke Beijing China pada bulan Januari yang lalu. I pergi ke sana selama 6 hari. I tak guna agent, I pergi as a backpacker and also with backpacker group. Mungkin ada antara kalian yang pernah dengan Kota Larangan atau dikenali as The Forbidden City. Disini, I nak share 5 fakta menarik tentang Kota Larangan.

1. Pelawat yang makin ramai.

Setiap tahun Kota Larangan ini mempunyai lebih dari 14 juta pelancong yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Pada tahun 1987 UNESCO telah mewartakan Kota Larangan sebagai "World Herritage Site" dan mempunyai koleksi terbesar struktur kayu purba yang dipelihara di dunia. Bila datang Beijing, don't forget to come here.

2. Rumah Maharaja.

Kota Larangan menjadi rumah kepada 24 maharaja selama 491 tahun, dari 1420 hinggalah tahun 1911. Selepas penyingkitan maharaja terakhir (Puyi) pada tahun 1911, Puyi dan keluarganya tinggal di 'Fasting Palace' di dalam kompleks ini sehingga tahun 1924. Kemudian mereka terpaksa meninggalkan Kota Larangan dan dibuka kepada orang ramai. 


3. Patung.

Setiap penjuru bumbung bilik atau dewan akan dihiasi patung. Makin banyak patung disesuatu bilik, makin tinggi taraf bilik tersebut. Paling tinggi jumlah patung adalah di "Hall of Supreme harmony" yang mempunyai 10 patung.

4. Bumbung berwarna kuning.

Hampir kesemua bangunan di Kota Larangan mempunyai bumbung berwarna kuning. Hal ini kerana, pada waktu dulu, kuning adalah warna rasmi untuk Maharaja.



5. Bilik yang banyak.

Cerita rakyat mengatakan jumlah bilik di Kota Larangan adalah sebanyak 9999 buah. Kenapa tidak 10 000 ribu je? Ini kerana orang dahulu mempercayai angka 10 000 buah bilik hanyak layank kepada Dewa Syurga sahaja. Namun jumlah bilik sebenar yang dikira oleh pakar adalah haanya 8707 buah bilik. Bilangan ini termasuk dewan, bilik kecil dan besar, menara dan lain-lain lagi. Jumlah bilik 9999 adalah cerita lagenda semata-mata.








Jadi itulah 5 fakta menarik tentang Kota Larangan. Yes, tempatnya memang sangat besar dan pelancong terlalu ramai. Bila I jejakkan kaki ke sini, I rasa bersykur kerana Allah bagi I peluang tengok lihat dan saksikan betapa hebatnya tamadun China pada suatu ketika dahulu.

Pada korang yang nak ke Beijing tu, jadikan Kota Larangan salah satu destinasi yang wajib korang pergi ye.


2 ulasan:

  1. Teringin nak ke China tapi pasal malas nak urus visa, so tangguh je dulu. hehe

    BalasPadam
  2. wahh..menarik fakta ni..thank you Om !

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com