05/01/2018 - 06/01/2018 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 05/01/2018 - 06/01/2018
Jom ke Sabah Oriental Hotel !

Jom ke Sabah Oriental Hotel !

Assalammualaikum.


Sabah, Malaysia?

Pernah melancong ke Sabah tak? Apa yang menarik di Sabah?

Kan best kalau dapat peluang bercuti ke Sabah, Malaysia sambil merehatkan minda dan menenangkan jiwa. Lagi best kalau kita dapat pergi bercuti dan bermalam di hotel yang berharga murah dan berpatutan.

Sekarang ni, semua tu bukan masalah lagi. Nak bermalam di hotel yang murah? No problem! 

Macam mana nak dapatkan hotel dengan harga yang murah dan berpatutan?

Senang je, sebab kita boleh bercuti tanpa memerlukan bajet yang tinggi kalau dah booking awal awal menggunakan applikasi Traveloka semasa booking tu! Lebih-lebih lagi, korang boleh download apps Traveloka ni terus ke handphone korang. Download je terus dari google play store untuk android dan Apps store untuk iOS.

So, lepas ni korang bolehlah buat tempahan hotel ataupun tiket penerbangan pada bila bila masa dan dimana jua. Anytime and anywhere!

Opppss! Tajuk utama dia sebenarnya Jom ke Sabah Oriental Hotel kan?

As you all know, Sabah is one of my wishlist. Yes, I tak pernah pergi ke Sabah and of course, Sabah mempunyai tempat-tempat yang sangat menarik. Sabah juga antara salah satu tempat yang selalu dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara.



Kenapa Sabah Oriental Hotel?

1. IMAGO shopping mall.

Korang yang memang dah kaki shopping, don't worry. Sabah Oriental Hotel sangat dekat dengan IMAGO shopping mall, ianya terletak 1.4km dari hotel ni. So inilah peluang untuk korang bershopping, hotel dah dekat dah untuk korang pulang selepas penat bershopping.

2. Pemandangan yang cantik.

Hotel ini juga terletak betul-betul di bandar metropolitan Kinabalu, khazanah bernilai ini mempamerkan pemandangan Gunung Mt. Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Korang bolehlah berselfie dengan pemandangan gunung kinabalu tu. Tak rugi kan?

3. Hotel yang strategik.

Sabah Oriental Hotel mudah untuk dilalui ke semua kawaasan yang terletak kira-kira,
 5 Km dari kawasan perlindungan burung Kota Kinabalu Wetland Center 
 7km dari Masjid Kota Besar Kota Kinabalu
2.3km dari Gaya Street
4km dari Muzium Sabah
7.6km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
0.3km dari Plaza Wawasan

4. Bilik berstyle.

Yes, setiap biliik di sini berkarpet dan mempunyai TV skrin rata. Bar mini dan kemudahan pembancuh teh atau kopi disediakan. Bilik mandi en suite bertab menyediakan pancuran mandian berserta pengering rambut. Bilik-bilik yang dingin dengan dekorasi bergelipan and of course dilengkapi WiFi percuma. Tak rugi kan? Konfrim korang akan rasa teruja.

Apa je yang Sabah Oriental Hotel tawarkan?

Korang ada 3 pilihan untuk menjamu selera dan pusat kecergasan. Bufet sarapan disajikan setiap hari di Cafe Oriental yang di buka untuk makan tengahari dan makan malam. Korang juga boleh layan muzik live di Tapai Lounge. 

Bila dah bercuti lama, korang mesti nak basuh baju kan? Hotel ni pun ada sediakan servis perkhidmatan dobi. Korang dah tak perlu pening kepala nak basuh baju.

Bagi yang menaiki kereta, korang boleh parking berjoki ya.

Untuk abam-abam atau akak-akak sado, korang boleh bersenam di gim dan berehat di sauna yang disediakan.

Kemudahan lain seperti, kolam renang luaran, 2 sauna (1 untuk wanita, 1 untuk lelaki)
ianya sangat bersesua dengan pasangan yang baru berkahwin untuk try check in di hotel ni.

Hotel ni menawarkan enam bilik mesyuarat, kemudahan multimedia terkini dan pusat perniagaan dengan perkhidmatan kesetiausahaan.

Jadi apa tunggu lagi? Mesti korang tak sabar dan excited untuk pergi bercuti ke Sabah, Malaysia ni kan. Cepat-cepat download applikasi Travelok tu ke smart phone korang untuk menikmati harga hotel yang lebih murah daripada biasa, bukan tu je tau biasanya ada banyak promotion yang ditawarkan dalam applikasi Traveloka ini dan salah satunya ialah Sabah Oriental Hotel. Jangan menyesal bila tak grab peluang yang ada di depan mata. Download cepat-cepat tau!

Jom ke Sabah Oriental Hotel Kota Kinabalu !










5 KESILAPAN YANG SELALU DILAKUKAN OLEH TRAVELLER BARU

5 KESILAPAN YANG SELALU DILAKUKAN OLEH TRAVELLER BARU

Kouang Si Waterfall, Luang Prabang, Laos.


Assalammualaikum.

First time I travel pada bulan 8 2017. Thats was my first time naik flight dan travel with my friends. Lepas balik dari trip tu, I perasaan I ada buat kesilapan. Memang tak dinafikan, boleh dikatakan hampir semua orang pernah buat kesilapan pada waktu pertama kali mengembara. Bila kita dah buat silap sebenarnya bukanlah sesuatu yang teruk tapi tidak belajar daripada kesilapan tu yang salah.

1. Guna travel agent sepenuhnya.

Yes, I a kind of person yang tak suka dengan schedule. Bila kita pergi dengan agent, semua benda ikut peraturan dan schedule. Betul, guna khidmat travel agent tu tidak salah tapi kalau korang jenis yang nak semuanya disiapkan dan cuma tinggal bawa diri, travel agent adlah pilihan yang tepat untuk korang. Sebenarnya, korang boleh gunakan khidmat travel agent hanya untuk servis-servis tertentu dan bukan sepenuhnya. Contohnya, I guna ketika nak buat visa pergi China. Servis macam ni lagi murah dari buat sendiri.

2. Mangsa scammer.

Scammer? I dah alami, 3 kali kena scam di Beijing, but I assumed itu adalah pengalaman yang tidak akan I kena lagi untuk for the next trip. Ramai je orang yang lebih suka ambil jalan paling mudah dan mereka nilah selalu jadi mangsa scammer. Untuk elak menjadi mangsa si scammer, perkara penting untuk korang tahu adalah buat research sebaiknya terdahulu pada tempat yang korang nak pergi tu. Kita elak selagi boleh elak.

The Independece Palace, Ho Chi Minh, Vietnam

3. Nak lihat semua benda.

I akui kita bukan selalu dapat peluang travel ke luar negara, kalau boleh semua tempat kita nak melawat. Perasaan nak lihat semua benda ni pun sejenis kesilapan semasa travel. Ada beza antra lihat dan rasa semasa travel.

Kalau cuma nak lihat, baik kita lihat di gambar internet je. Lagi senang?  Kita menikmati rasa suasana di satu-satu tempat tu lagi penting. Seeloknya, ambil masa dan nikmati percuti kita ni puas-puasa. Kita boleh ada wishlist tapi jangan dikejar sangat. Enjoy baik-baik apa yang ada di depan mata. 

4. Beli barang yang banyak.

Well, ini adalah perkara yang biasa terjadi pada korang yang pertama kali travel, mesti ada je nak beli souvenir. Kalau boleh semua orang yang kita kenal tu dapat souvenir. Sebaiknya elak untuk terlalu banyak sangat shopping. Membazir duit dan masa. Kurangkan waktu shopping dan lebihkan waktu explore. 

5. Bawa terlalu banyak barang. 

Rata-rata traveller yang I jumpa semua kongsi pengalaman yang sama pada waktu pertama mengembara iaitu bawa terlalu banyak barang. Memang susah sebenarnya nak agak barang apa yang perlu dibwa. Baju tak payah bawa banyak sangat, semasa travel ni bukan ada masa nak tukar-tukar baju. Kau ingat kau Che Ta? Nak elok, satu baju pakai sampai malam.

Eye of Tianjin, Beijing, China

Ingat, peluang travel ni bukan selalu kita dapat. Ada orang ada duit tapi tak ada masa, ada orang ada masa tpi tak ada duit. Ada orang ada masa dan ada duit tapi tak ada kesihatan yang baik. Jadi, maksimalkan peluang yang ada ni sebaik mungkin.






























Matangkah Kamu?

Matangkah Kamu?


Assalammualaikum.

Bila kau lihat balik segala apa yang Allah beri kau rasa hari ini,
ketika itu kau akan nampak,

segala kata,
segala kekecewaan,
segala cacian, 
segala kejatuhan,

Semuanya membawa kau ke fasa yang lebih baik daripada sebelumya.
Mungkin dahulu kau panas baran,
sekarang kau dah okay sikit.
Mungkin dulu kau jarang solat,
kini kau sudah tahu takut jika tertinggal solat.

Kenapa Allah duga?
Mungkin sebab Allah nak kau jadi semakin matang dan
maju ke peringkat seterusnya.
Proses matang itu tidak mudah tapi bila kau sudah matang 
dari sebelumnya, kau akan rasa lebih
bahagia berbanding dulu-dulu.

Matang tidak diukur dengan berapa banyak umur
kau sekarang tapi ianya diukur dengan
berapa kerap kau sabarkan diri ketika segala
apa yang kau minta,
mula tidak munculkan diri. 




Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com

Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com


Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com | Giveaway simple ini dianjurkan khas bagi meraikan bulan ulangtahun pernikahan AS dengan suami iaitu bulan Mei. Syarat untuk join giveaway ni sangat mudah. Korang cuma perlu jawab soalan di bawah ni dan siarkan entri giveaway kat blog korang dengan cara copy-paste template coding yang AS bagi tu, ke dalam new post blog korang dalam mod HTML.

parenting blogger malaysia
Giveaway akan tamat pada 31 Mei 2018.


Sekeping syiling ¼ Dinar bakal di giveaway kan bagi yang bertuah! Tudia, tatabahasa kelaut!.hahaha

Korang dibenarkan teka seberapa banyak yang korang nak tapi dengan syarat, setiap jawapan mesti disertai dengan satu entri. 

Bermakna jika korang teka tiga tarikh yang berlainan, maka korang akan ada 3 entri giveaway ni kat blog korang.

Jelas?

Bagus. 

Ok. Untuk pemilihan pemenang.

AS akan pilih berdasarkan jawapan paling tepat dan paling hampir.

Pemenang akan dimumkan pada 1 Jun 2018 nanti.

So selamat berjaya ye korang!

  • Soalan : AS menyambut uangtahun perkahwinan yang ke?

              
  • Jawapan : AS akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 6 pada 27 Mei 2018.


Jangan lupa tinggalkan link entri korang kat ruangan komen ye?! Kalau rajin, korang follow la sekali blog ni. Takde lah nanti korang terlepas update pasal pemenang giveaway ni  ^_^


Thank You For 700 Followers.

Thank You For 700 Followers.



Assalammualaikum.

Alhamdulillah, I nak ucapkan jutaan terima kasih kepada para blogger yang sudi follow blog OmbakBergigi. Dekat 5 tahun berbakti dalam dunia blogging, akhirnya followers blog 1capai 700followers. In shaa Allah I akan rajin blogwalking dan follow blog newbie or blog otai otai.

Target followers Om lepasni ialah 800 followers. 


Thanks korang. 
5 FAKTA MENARIK TENTANG KOTA LARANGAN, BEIJING CHINA

5 FAKTA MENARIK TENTANG KOTA LARANGAN, BEIJING CHINA


Assalammualaikum.

I berkesempatan untuk travel ke Beijing China pada bulan Januari yang lalu. I pergi ke sana selama 6 hari. I tak guna agent, I pergi as a backpacker and also with backpacker group. Mungkin ada antara kalian yang pernah dengan Kota Larangan atau dikenali as The Forbidden City. Disini, I nak share 5 fakta menarik tentang Kota Larangan.

1. Pelawat yang makin ramai.

Setiap tahun Kota Larangan ini mempunyai lebih dari 14 juta pelancong yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Pada tahun 1987 UNESCO telah mewartakan Kota Larangan sebagai "World Herritage Site" dan mempunyai koleksi terbesar struktur kayu purba yang dipelihara di dunia. Bila datang Beijing, don't forget to come here.

2. Rumah Maharaja.

Kota Larangan menjadi rumah kepada 24 maharaja selama 491 tahun, dari 1420 hinggalah tahun 1911. Selepas penyingkitan maharaja terakhir (Puyi) pada tahun 1911, Puyi dan keluarganya tinggal di 'Fasting Palace' di dalam kompleks ini sehingga tahun 1924. Kemudian mereka terpaksa meninggalkan Kota Larangan dan dibuka kepada orang ramai. 


3. Patung.

Setiap penjuru bumbung bilik atau dewan akan dihiasi patung. Makin banyak patung disesuatu bilik, makin tinggi taraf bilik tersebut. Paling tinggi jumlah patung adalah di "Hall of Supreme harmony" yang mempunyai 10 patung.

4. Bumbung berwarna kuning.

Hampir kesemua bangunan di Kota Larangan mempunyai bumbung berwarna kuning. Hal ini kerana, pada waktu dulu, kuning adalah warna rasmi untuk Maharaja.



5. Bilik yang banyak.

Cerita rakyat mengatakan jumlah bilik di Kota Larangan adalah sebanyak 9999 buah. Kenapa tidak 10 000 ribu je? Ini kerana orang dahulu mempercayai angka 10 000 buah bilik hanyak layank kepada Dewa Syurga sahaja. Namun jumlah bilik sebenar yang dikira oleh pakar adalah haanya 8707 buah bilik. Bilangan ini termasuk dewan, bilik kecil dan besar, menara dan lain-lain lagi. Jumlah bilik 9999 adalah cerita lagenda semata-mata.








Jadi itulah 5 fakta menarik tentang Kota Larangan. Yes, tempatnya memang sangat besar dan pelancong terlalu ramai. Bila I jejakkan kaki ke sini, I rasa bersykur kerana Allah bagi I peluang tengok lihat dan saksikan betapa hebatnya tamadun China pada suatu ketika dahulu.

Pada korang yang nak ke Beijing tu, jadikan Kota Larangan salah satu destinasi yang wajib korang pergi ye.


Siapa Ada Masalah Seperti Saya.

Siapa Ada Masalah Seperti Saya.

Assalammualaikum.


Salam ramadhan yang keempat dan selamat pagi. Tengok gambar kat atas tu. I tak faham kenapa "Admin Bokep" selalu komen kat chat box I. I sarankan korang jangan bukak sebab laman web tu mengandungi video lucah. I terus tutup cepat-cepat.

I tak tahulah apa masalah dia ni tau. Tiap kali I blogwalking ke blogger-blogger lain mesti ada dia ni. Bengang pulak. Dia ni mengganggu kesejahteraan blog I tau. So ada sesiapa tahu delete or block that laman web?













5 SEBAB KENAPA KORANG PERLU MENETAP DI HOUSEBOAT BILA TRAVEL KE KASHMIR

5 SEBAB KENAPA KORANG PERLU MENETAP DI HOUSEBOAT BILA TRAVEL KE KASHMIR


Assalammualaikum.

I tak pernah jejak lagi di bumi Kashmir, but I tertarik nak share 5 sebab kenapa kita perlu menetap di houseboat bila travel ke Kashmir. Jujur, I tengah planning pergi Kashmir tahun depan. I nak travel as a backpacker to Golden Triangle. For the next entri, I akan jelaskan apa itu Golden Triangle ye. Doakan supaya my dreams come true.

1. Unik.

Houseboat adalah sebuah penginapan yang berbentuk seperti boat/kapal yang besar dan mempunyai semua kelengkapan seperti korang berada di hotel. Cuma yang berbeza ialah ianya terapung di atas tasik yang terkenal di Kashmir iaitu Tasik Dal atau Nageen. Itulah keunikkan yang ada pada houseboat jika dibandingkan dengan penginapan yang lain.

2. Naik Shikara.

Bila dah tinggal terapung di atas tasik tu, satu-satunya pengangkutan yang menyambung korang dengan darat ialah Shikara iaitu boat kecil yang memuatkan 4-6 orang pada satu-satu masa. Pemandu shikara adalah mendayung dari jeti terus ke houseboat. 

3. Tinggal dengan local people.

Selalunya houseboat ini adalah tempat tinggal owner itu sendiri. Inilah peluang korang untuk merasa tinggal dengan local people of Kashmir yang terkenal dengan hospitality terbaik mereka. Cara hidup mereka memang berbeza dan selalunya memang ada class!


4. Dapat rasa local dishes.

Part ni yang paling best. Bila menginap di houseboat, korang boleh book sekali dengan makan dan setiap houseboat memang ada tukang masak yang akan masak untuk tetamu. Dapatlah korang merasa macam-macam local dish, Mutton Biryani, Dhal, Dosa, Rista dan macam macam lagi. Jangan lupa request for Kahwa Tea. Meman terbaik!

5. Dilayan bak maharaja.

Zaman dulu-dulu, Kashmir terkenal sebagai tempat beristirehat maharaja. Disebabkan itu, kalau koang tengok hiasan dalaman houseboat selalunya diinspirasi umpama dalam istana. Tatkala korang melangkah masuk, pasti terasa maharaja dan maharani itu datang. Layanan yang diberikan pulak selalunya memang kelas A. Siap ada butler khas untuk korang. Inilah masa untuk korang feeling jadi maharaja. Hehehe.

Seronok je baca 5 sebab ni, terasa nak beli tiket flight dan cepat-cepat pergi ke sana. Doakan I supaya dapatkan jejakkan kaki di bumi Kashmir dan merasai sendiri pengalaman menginap di houseboat. Chee wahh...



Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan

Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan




Assalammualaikum.

I jadi salah satu sponsor untuk Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan. Syarat-syaratnya sangat mudah dan hadiah dah tentu menarik.

Jadi korang tunggu apa lagi?

Jom join. 


Blog Berwajah Baru.

Blog Berwajah Baru.

Assalammualaikum.

Mungkin ada yang perasan I dah lama tukar template blog. Hehe. Hari ni baru I nak kongsikan dengan korang. Dulu, I guna free template dan I malas nak edit coding tu semua. I pernah habiskan masa 8 jam semata-mata nak betulkan coding template. So, I decide nak minta orang lain buatkan template yang sesuai dengan citarasa I. 


I choose pink + grey as a my template theme. Hehe. Warna pink juga yang sesuai untuk blogging. Sebenarnya I hired someone to do design my template. Serious! Header sangat lawa. I minta dia buatkan template simple, tema bunga dan ada warna pink + grey. I tak kesah nak design macam mana, janji ada critirea yang I nak pun dah cukup.

So far, I berpuas hati dengan template yang didesignkan oleh KAK MAI dengan headernya haish geram rasa nak makan. I suka sangat sangat. Header simple diserikan lagi dengan bunga-bungaan yang menarik perhatian pembaca. Alhamdullilah, bayaran pun memang setanding dengan hasilnya.
Terima kasih Kak Mai.

Pada korang yang nak design blog, bolehlah roger Kak Mai ye. In shaa Allah, hasil kerja beliau setanding dengan harga dan citarasa korang. 

Ramadan Kareem.

Ramadan Kareem.


Assalammualaikum.

1st of Ramadhan today, I nak ucapkan selamat berpuasa kepada to all bloggers yang selalu singgah ke blog I ni. Pagi ni I hadap PC sampai petang, al maklum pekerja semuanya ambil cuti sempena hari pertama puasa. Maka site I pun sunyi sepi, no more bunyi orang bekerja.

Untuk tahun ni, I harap I perbanyakkan lagi buat amal. Siapa je yang tak nak rebut pahala di bulan puasa kan? Kita rebut pahala amal lagi banyak daripada ibadah kita. 
I doakan untuk korang juga ye.


Tahun ni juga tahun ketiga I berpuasa di site. Semoga iman I tak lemah sebab I tahu kerja di site memang penat dan cuaca yang panas. Tahun pertama je berapa banyak hari I tak puasa sebab tak larat dan banyak sangat kerja. Serious malu wei! 2nd year pulak, I boleh hadap lagi dan I tak tahu untuk tahun ni.

Semoga my pekerja or bangla tak offer I roti or air. Hehehehe.

Psst, I nak bagi kad raya to 3 orang blogger. Siapa nak? Meh bagi nama & alamat di sufiamukhriz@gmail.com



BLOGWALKING BERSAMA CIKGU AYU | 2018

BLOGWALKING BERSAMA CIKGU AYU | 2018




Assalammualaikum.

I join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

I dah join, korang bila lagi?



Shuhaidasaad.com 2nd Giveaway

Shuhaidasaad.com 2nd Giveaway




Assalammualaikum.

I join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

I dah join, korang bila lagi?



Misi Naikkan Pageview.

Misi Naikkan Pageview.

Assalammualaikum.

100K only !

Misi I bulan May ni ialah untuk meningkatkan pageviews dan menambahkan lagi 'total unique visitor'. I jealous gila dengan blog yang dah cecah 1 juta pageviews. Geram kot. I nak sangat blog I ni dapat pageviews macam blog-blog lain. 

I berazam bulan ni at least I dapat 120K pageviews. I baru sedar makin lama kita blog bukan sebab nak kejar followers tapi kita nak dapatkan pageviews yang tinggi. Bila pageviews tinggi, maka banyaklah job-job yang akan kita dapat.

Kenapa baru sekarang I sedar? Geramnya! 

total view & unique on last week

So far, I boleh simpulkan minggu ni I banyak update entri. At least 2 entri per day. I terkejut sebab total views this week banyaklah juga berbanding last week. But untuk total unique agak merundum ye disitu. I jarang nak blogwalking to blog-blog newbies. 

I don't know why I malas nak blogwalking. Rasanya I kne blogwalking jugak. Suka atau tak I kne buat sebab I dah berazam.

Doakan azam I termakbul ye. ><


Mitos Tentang Pori.

Mitos Tentang Pori.


Assalammualaikum.

Pori? 
Ni yang korang panggil pori-pori terbukala, tersumbatlah, ha itulah pori. Jadi I nak kongsikan mitos tentang pori.

Mitos 1 : Pori terbuka dan tertutup.

Kita punya pori ni sebenarnya mana ada otot nak buka tutup buka tutup ni. Apadah! Bila buat steam treatment it will open your pores and basuh dengan air sejuk will cloese your pores. Well, itu semua mitos belaka! The size of your pores is the size of your pores. You can't open or close it.



Mitos 2 : Your nose is covered in blackheads.

Hehehe. Inilah yang orang selalu salah anggap. Sebenarnya bintik hitam yang ada di T-zone area tu bukan blackheads! Itu adalah sebaceous filaments or SFs. SFs ni campuran sebum, bakteria, dead skin cell and a single hair (bulu roma) yang tersumbat or terkumpul dalam pori. Bila korang picit, macam taik nasi tau. My mom's call it. heheh sorry.

Mitos 3 : Pores can be 'shrunk'

I sure ramai orang kat luar sana yang pakai peel-off mask yang kononnya boleh keluarkan blackhead/whitehead dari pores. Yes I know it feels to use one. You can't physically shrink the actual size of your pores. 

Jadi next entri I'll share some tips to clean your pores. Pori bersih nanti takdelah blackhead/whitehead semua tu. Stay tuned. 




Jangan Ikutkan Hati.

Jangan Ikutkan Hati.

Assalammualaikum.

Jangan terlampau ikutkan hati,
kerana kadangnya kau hanya perlu sabar dan
tidak terikut dan melayan
perasaan yang kurang enak dan bukan-bukan.

Kadangnya melepaskan rasa kurang enak itu 
dari minda lebih nikmat dan bijak,
dari bermarahan dan sakit hati.

Marah dan sakitnya hari itu hanya buat kau 
mati secara perlahan-lahan dan tarik
kau dari bahagia yang sepatutnya
kau terima.

Hormat diri kau.
Kau bukan dilahirkan untuk diseksa
dan dipergunakan macam patung.



Double Cleansing Method.

Double Cleansing Method.


Assalammualaikum.

Korang tahu tak tentang double cleansing method? I sebenar baru tahu dan amalkan sejak 2 bulan yang lalu. Alhamdullilah dengan method ni I berjaya kurangkan jerawat so far 2 biji per month itu pun sebab period. 

Apa itu double cleanser?

Double cleanser ini kita guna dua jenis cleanser yang berlainan iaitu oil cleanser & foaming cleanser.

Oil-based cleanser
Untuk cuci oil-based impurities macam makeup dan juga minyak yang berlebihan di muka.

Water-based cleanser 
Ni pulak pencuci muka yang korang pakai tiap hari tu dan tujuannya untuk cuci kotoran yang melekat di kulit kita seperti debu dan pelu

Jadi, oil cleanser ni tarik oil kat muka and water-based cleanser tarik peluh debu dan segala jenis kotoran dimuka.

Penting ke double cleansing ni?

Penting ya kawan-kawanku! Sebenarnya muka kita ni ada dua jenis kotoran, oil-based impurities and water-based impurities. Kita pakai normal cleanser tu cuma untuk bersihkan debu dan peluh. So macam mana dengan kotoran minyak? Sebab tu kita kena guna oil-based cleansing untuk bersihkan minyak yang berlebihan. Jadi nanti pori-pori tak tersumbat dan bebas daripada jerawat.

Untuk oily skin pulak macam I, oil cleanser sangat penting sebab dia boleh tarik minyak yang berlebihan dimuka. Oil cleanser tak buat korang berminyak pun tau. Itu semua mitos yang mempengaruhi minda korang. Oil cleanser ni masuk ke dalam pori-pori kita dan bersihkan semua minyak dan kotoran yang ada dalam pori. 

Berapa kali kena guna?

Oil cleanser ni guna 2x sehari macam pakai daily cleanser. Tapi kalau malas pakai sehari pun boleh. Korang pakai waktu malam, lagi sesuai sebab kita tak nak tidur dengan kulit yang kotor tu.

Macam mana buat double cleansing method?

First, cuci muka korang dengan oil cleanser dan urut secara bulatan dan pastikan muka korang kering time korang cuci guna oil cleanser ni. 

Second, bilas sampai bersih.

Third, cuci muka guna your daily cleanser.

Fourth, bilas sampai bersih.

Fifth, you're done with double cleasing method.


Tak susah pun kan? Rajin or malas je. Nak cantik kena rajin ye!


















Makna SPF & PA.

Makna SPF & PA.



Assalammualaikum.

Korang pernah noticed tak di botol sunscreen ada tulis tentang PA+++ rating? Apa beza SPF dan PA? Mungkin ada yang tidak tahu lagi, meh baca meh!

Apa itu SPF?

SPF means Sun Protection Factor iaitu protect skin kita daripada UVB (ultraviolet burning)

Apa itu PA?

PA means Protection grade of UVA rays iaitu protect kulit kita daripada terkena sinaran UVA (ultraviolet aging)

PA ada level ke?

Of course ada level ! PA+, PA++ & PA+++. The more plus sign, the more protection from UVA rays.

PA+, the sunscreen can provide UVA protection with factor of Persistent Pigment Darkening (PPD) between two to four hours.

PA++, can provide moderate protection againts UVA rays with a factor of PPD between four to eight hours. It is ideal untuk kulit normal individual exposed to medium UV radiation.

PA+++, is designed for normal skin that expose to very strong UV radiation. It provides good UVA protection with a factor of PPD of more than 8 hours.

Untuk capai tahap maksimum protection form both UVA and UVB, always look for broad spectrum sunscreen that contains zinc oxide or titanium dioxide. Apply sunscreen setiap 2-3 jam ye!

Faham ke tak faham?


















Mary Kay Sun Protector SPF 35/PA+++ Review

Mary Kay Sun Protector SPF 35/PA+++ Review

Assalammualaikum.

Today, I'm going to review the Mary Kay Sun Protector SPF 350/PA+++. I already used this sunblock since last year and I don't know why not finish yet. Mungkin I ni jarang pakai sunblock kot. Hehe.

Perghh sampai tak nampak tulisan dah ><

Product name : Mary Kay Sun Protector SPF 35/PA+++
Size : 59ml
Price : RM125
Availabilty : Mary Kay Consultant sebabnya product mary kay tak jual di pasaran ye. 
Jangan beli kat Lazada or online, dikhuatiri ianya fake. 

What it claims? 

Its suitable for all type of skin dan juga untuk protect our skin daripada sinaran UVA/UVB. Ianya sebagai perlindungan dari jeragat/sunburn & kulit kusam. Product ni dah diuji pada kulit orang Asia like us and sangat bagus pengunaan sehari-hari.

How to use?

Used after pakai your skincare. Pump out and apply to your face except eye's area. Pakai tiap kali nak keluar rumah.



Packaging ?

A small bottle and suitable to bring anywhere you like.



Colour/consistency ?

Bila dah apply into your face, muka akan nampak berminyak but its okay, lama lama nanti ianya akan serap to your face. Eh lupa! Don't too much bila pump out nanti makin berminyak muka tu. Apply sikit je dah cukup.

How I feels?

I tak berapa suka pakai sunblock before this tapi semenjak kulit I breakout, so I decide to use sun protector. I pun kerja 12 jam dekat site, so memang kena pakai! Bila dah apply kat muka, memang nampak berminyak tapi lama-lama akan neutral back. No worries. Sunblock is very important ye kawan-kawanku. I bought this from mary kay consultant, korang boleh cari di instagram. I nasihatkan jangan beli di website online, nanti apa-apa jadi kat muka, no one yang boleh u salahkan. Better beli dengan consultant, diorang akan guide but its quite expensive tapi tapi berbaloi beli kerana tahan berbulan-bulan.

Recommended? 

Of course its really recommended! Overall this is a very good product & suitable with my skin. I rate this sun protector 4/5

(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)














Pemenang ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI

Pemenang ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI

Assalammualaikum.



Dah tiba masanya untuk I umumkan pemenang 
'ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI' , 

First of all, I nak ucapkan tahniah kepada 43 peserta yang berjaya mencuri sedikit masa untuk menyertai giveaway I yang tidak seberapa. Korang boleh cek di bawah ni ye, klik the link!


So, korang dah tengok no peserta kan?  I pilih menggunakan random.org. I kekurangan masa untuk membuat cabutan undi secara manual. I am sorry for that. 


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang diatas. Diharap dapat emelkan butiran berikut ke contact
sufiamukhriz@gmail.com

No peserta :
Nama penuh :
Alamat lengkap :
No handphone :

Alhamdulillah, selesai sudah giveaway ini. Terima kasih atas sokongan yang diberikan. In shaa ALlah, I akan buat lagi giveaway akan datang. Stay tuned okay. (^_^)

(Disclaimer: Lebih seminggu dari tarikh post pemenang, dah tak boleh claim hadiah ye. Thank you)




6 Sebab Kenapa Perlu Travel Alone.

6 Sebab Kenapa Perlu Travel Alone.

Assalammualaikum.

TRAVEL ALONE?

Korang berani atau tidak, itu depends on yourself. Tapi bagi I, I lebih prefer to travel alone. Last month, I travel to Bangkok from Siem Reap, Cambodia. I anggap itu satu pengalaman manis dalam hidup I. I boleh buat kenapa tidak korang? Jadi ini 6 sebab kenapa perlu travel alone.

1. Kau memberanikan diri untuk bercakap.

Ada masa agak sukar bila kau minta tolong tunjuk arah atau nak suruh local tolong ambilkan gambar kau tapi apabila kau travel alone ia memaksa kau untuk melakukannya. Strangers ni selalunya baik belaka dan peramah orangnya. So jangan risau. 


2. Belajar untuk berhibur dan makan seorang diri.

Ini I dah selalu buat. I tak pernah rasa sunyi sebab I dah terbiasa makan sorang dan pergi shopping sorang without friends. Pada korang mesti benda ni pelik apabila masuk restoran dan mintak meja untuk seorang, hahahah! Tapi I rasa orang sekeliling tak kisah pun dan rasa kagum sebab korang boleh lepak dan makan seorang diri. So no worries!

3. Kelemahan kau.

Apabila kau travel alone kau akan kenal dimana kelemahan kau untuk menyelesaikan masalah yang ada di depan mata. Dengan siapa kau patut minta tolong melainkan minta tolong dengan diri sendiri. Kau mesti berdepan dengan kelemahan kau. Lagi banyak kau travel aone, lagi cekap kau menyelesaikan masalah dengan tenang. Yes, I lemah bila nak ber'speaking' dengan strangers sebab I tak berapa bagus bila bercakap in english. Lama-lama I dah berani nak speaking. Hihihiii.

I am at Wat Arun, Bangkok, Thailand.

4. Seronoknya apabila kau travel alone.

Agak sukar kau untuk mencari rakan yang satu kepala dengan kau, dia nak ke tempat ni dan kau nak ke tempat lain. Apabila kau seorang diri kau boleh tentukan masa dan tempat kau dengan sesuka hati tanpa ada gangguan. Kau boleh ikut rentak kau sendiri.

5. Kekuatan kau.

Kau sedar dari sudut mana kekuatan kau. Bijak dengan menguruskan trip kau, bijak dari segi menguruskan perbelanjaan kau. Dari itu kau sedar bahawa kau ada kekuatan dalam diri yang kau pun tidak sedar. 

6. Kau akan belajar untuk lebih 'open minded' dan belajar bahasa baru.

Cara kau berfikir akan lebih lain dari orang sekeliling. Minda kau terbuka untuk berfikir dan lebih luas lagi. Idea-idea akan keluar dengan tidak sengaja. Berfikiran positif adalah jalan yang terbaik, elakkan gangguan minda. 

Dengan travel alone ni, I dapat perbaiki english yang too bad. Dengan keberanian, I berani untuk bercakap dengan foreigners lain. Even mulanya cara I bercakap dengan tidak sempurna tapi mereka tak kesah asalkan point apa yang nak disampaikan itu jelas.

So macam mana? Nak ke travel alone? Good luck!











OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com