Travel Ke IndoChina Part 1 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Travel Ke IndoChina Part 1

23 April 2018

Travel Ke IndoChina Part 1

Assalammualaikum.



Its better to look back on life and say 'I can't believe I did that' , than to look back 
and say, 'wish I did that'

I nak kongsikan pengalaman I travel ke 3 negara sekaligus. I cover ke negara yang di panggil IndoChina iaitu Vietnam, Cambodia & Thailand. But last year I dah cover Laos untuk 4 hari 3 malam. Alhamdulillah, trip kali ni sangat memberikan kenangan yang cukup manis dalam hidup I. I bersyukur kerana Allah bagi peluang untuk I membuka mata & minda untuk melihat ciptaanNya.



Trip ni I bermula dari Senai, Johor Bahru. I beli tiket flight Senai - Ho Chi Minh berharga RM116 on 7.20am (14hb April 2018). Trip IndoChina I buat selama seminggu dari 14hb - 20hb April 2018. Perjalanan trip IndoChina I adalah sperti di bawah :

  1. Senai - Saigon, Ho Chi Minh (Flight)
  2. Saigon, Ho Chi Minh - Phnom Penh, Cambodia (Sleeping Bus)
  3. Phnom Penh, Cambodia - Siem Reap, Cambodia (Sleeping Bus)
  4. Siem Reap, Cambodia - Bangkok, Thailand (Bus)
  5. Bangkok, Thailand - KLIA, Kuala Lumpur (Flight)


Travel partner I memang sangat best dan satu kepala, walaupun usia membezakan kami tapi sikit pun tak menjejaskan sepanjang trip. Kami sebenarnya mula-mula bertemu ketika trip Beijing bulan Januari yang lalu dan In shaa Allah for the next trip, she will be my travel partner again.

Trip ni I rancang dengan rapi. Tiket flight & hotel I booking 2 bulan sebelum pergi. Itinerary I buat di www.inspirock.com , nanti I tunjuk macam mana nak buat iti di laman web tu. Sebenarnya I bajet trip ni RM1600 termasuk semua, makan minum tiket bus, fee entrance, shopping & others. And Alhamdullilah sekali lagi I berjaya.


I sampai di bandar Ho Chi Minh, Vietnam dalam jam 9.20 pagi waktu Malaysia. I terus ke Le Lai street by Bus (airport), Le Lai Street ni dekat sangat dengan Ben Thanh Market. Kawasan Ben Thanh Market memang dah famous sebabnya ramai gila warga Malaysia yang tengah syok bershopping sampai I terjebak tau! Dah kena hangkut baju & tudung sampai ke Bangkok. I cannot brain betapa lemahnya I bila bershopping.

To be continued....




6 ulasan:

  1. Wah.. Dengan bajet sebanyak tu OM berjaya buat Trip IndoChina ini.. respek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah berjaya jugak Om.. Nanti boleh try sis.

      Padam
  2. bestnyaaa
    baru taw ada website leh wat Itinerary.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada. nanti awak cubalah, in shaa ALlah sye tunjuk cara nak guna.

      Padam
  3. atiah tak pernah pergi vietnam dan cambodia lagi, nanti share lah itinerary.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alright atiah... nanti I share itinerary ye.

      Padam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com