04/01/2018 - 05/01/2018 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 04/01/2018 - 05/01/2018
Bagaimana Kita?

Bagaimana Kita?


Aku ada masalah dengan sesuatu 
yang ku tunggu iaitu
HATIMU,

yang dulu selembut salju, 
kini sudah sekeras batu.

Kau ada masalah dengan sesuatu
yang kau cita iaitu
JIWA DIA,

yang dulu setulus kaca, 
kini sudah serabut belantara.

Dia ada masalah dengan sesuatu
yang dia cipta iaitu
CINTA DIA,

yang dulunya pada mu,
kini entah pada siapa.

Dan kita bagaimana?

- saifullah norddin

Ini Semua Sudah Ditentukan.

Ini Semua Sudah Ditentukan.



Assalammualaikum.

Ini semua sudah ditakdirkan sejak azali lagi. I percaya semua ni Allah dah takdirkan. I happy sebabnya doa yang selama ni I minta dah termakbul.

SPM dulu I student of prinsip akaun, I got B+ for that subject. I never expected that I get that results. Sebelum ni I bercita-cita untuk jadi seorang chef. Yes memang lawak tapi I rasa tak sesuai dengan jiwa I. I seorang yang suka kerja di belakang tabir dan tiada paksaan. I tak suka kerja under stresses sebab ianya akan ganggu emosi I. I plan juga sebelum sambung study in diploma, I nak amik culinary art, I apply tapi I macam tak rasa hidup I akan pergi ke arah tu. I dapat rasa kan hidup I lepas habis belajar memang akan jadi seorang yang sibuk.

My mom minta sangat I jadi jururawat. I tolak baik-baik sebab I tak minat nak berhadapan dengan ramai orang dan I not a lovely person. Until now, my mom still give me that hope and her dream will come true. I'm truly sorry mom. Kerja di site will be my destiny! 

I pun daftar kat kolej dengan bangganya ambil diploma in civil engineering. I tak tahu apa apa sangat pasal engineering. Become an engineer memang susah, we need to think how to slove the problem and I not good on that. I cakap lantaklah, kalau rasa tak boleh bawak bidang ni , I nak drop this subject sem ketiga nanti.

But again, Alhamdulilah I mampu buat untuk 1st & 2nd sem. I cant believe that. So I go on je belajar civil engineering and terus graduated as diploma holder. 


So now dah almost 2 years and half kerja di site as a site supervisor. I'm glad that Allah selalu permudahkan urusan I daripada mulanya dapat kerja till now. I dah settle convo dan I menganggur hampir sebulan. My friend pun cari I, dia tanya samada I nak kerja site atau tak. I dah tak pikir apa masa tu. Apa yang I pikir, I nak ada duit & bantu mak abah dan adik-adik. So far, Allah permudahkannya. I got that job on Feb 2016. 

I expect that when I interviewed, mesti banyak soalan manager tu tanya. I dah prepare dah siap siap soalan apa yang dia tanya. I tak sangka, manager tu just tanya,

"You sanggup ke kerja site panas panas? You sanggup korbankan kulit putih you ni?"

I was like, eh ni soalan interviewed ke. Senangnya soalan. I tak pikir panjang, I cakap, Yes I can. Maka bermulalah pekerjaan I. Fuhhh lega. Interviewed yang paling senang I nak hadap. 


So now, here I am. The keys is jangan memilih. Bersyukur je dengan setiap peluang dan jalan yang Allah dah buka untuk kita. Kalau bukan minat, go give a try. Jangan bagi alasan okay?

St Ives Green Tea Scrub Review

St Ives Green Tea Scrub Review

Assalammualaikum.

Today, I'm going to review the St. Ives Green Tea Scrub because it really suitable to my skin yang banyak sangat whitehead di sekitar hidung. Before this I guna St Ives Apricot Scrub (will review soon) then I change to Green Tea pulak. Scrub ni sangat sesuai yang concern dengan white head.


Product name : St. Ives Green Tea
Size : 170g
Price : RM19.90
Availabilty : Guardian, Watsons, Tesco, Giant.

What it claims? 

Its suitable for blackhead-tackling green tea face scrub that unclogs pores dan calms redness for glowing, bump-free skin.



How to use?

Lepas korang cuci muka guna cleanser, lepas tu apply this scrub. Sapu je dekat muka. Boleh pakai around your nose dan face. I suka tenyeh di kawasan hidung sebab dah banyak sangat whitehead & blackhead yang menyemak di situ. Korang boleh je tenyeh di muka, no hal pun. Dah tenyeh scrub tu, tunggu a few minutes tapi jangan lama sangat. Then, bilaslah sampai bersih.

Korang akan rasa kulit lembut seperti punggung baby. Wuhuuuu!

Packaging ?

A normal squeezable plastic tube. Senang nak picit sampai habis scrub tu.

The Smell?

Green tea of course! I suka bau scrub ni. Its feel like matcha ice cream, rasa nak makan je.

Colour/consistency ?

Green with a very tiny beads.


How I feels : 

I really loved scrub from St. Ives and already used 3 of them. Its very cheaper about RM20 below. The smell erghhh is really good and i feel want to eat that. Biji-biji halus scrub ni langsung tak menyakitkan muka, tenyeh je. No need to worries. Lepas je scrub muka rasa ringan and hilang segala kotoran terutama blackhead tu. 


Recommended? :

Overall this is a very good product & very suitable with my skin. No wonder this is the best seller and star product. I rate this essence 5/5. 

(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)














Travel Ke IndoChina Part 2

Travel Ke IndoChina Part 2


Sambungan daripada Travel Ke IndoChina Part 1 .

Dah siap check in hotel, I decide nak beli tiket bus ke Phnom Penh. I tak ikut planning sebenarnya, patutnya dalam planning tu, I kena bermalam di Ho Chi Minh selama 2 malam tapi I hanya tidur semalam sahaja. Then I find the agent around of Le Lai Street, Alhamdullilah I got it. I pun amiklah tiket bus malam ke Phnom Penh pada 15hb April. Kiranya 16hb tu dah sampai di Phnom Penh. 

I amik bus malam ke phnom penh jam 12 malam yang berharga 14 USD (RM54.86). Lepas dah beli tiket bus semua tu, I bercadang nak ke Chu Chi Tunnel and luckly that agent ade gak trip half day ke Chu Chi Tunnel. I tak lengahlah terus booking dan tunggu mini van depan kedai agent tu. I pun taknak buang masa sebabnya dah nak setengah hari, nanti rugi pulak tak kemana mana. 


Sepanjang di Ho Chi Minh, AIR MASAK the first thing yang I cari & dont worry air mineral yang mereka jual selamat untuk diminum. Bandar HCM, bandar yang sesak dengan motosikal. Tension bila nak lintas jalan, padahal laluan jalan kaki dah hijau tapi dia boleh pulak lalu. Its like not very functional but so far tak berlaku kemalangan kecil pun. Pelik! 

Tunggu minivan pun lambat, I berjalanlah di sekitar Le Lai Street dan I cari halal food around that. Alhamdullilah, I found it! and I baru tahu kawasan tu ramai sangat orang Malaysia. I rasa geram sebabnya tak buat research betul betul. Kiranya dari hotel I ke restaurant halal about 20min by walking. Penat tapi berbaloi!

I found "Kopi Vietnam" yang diorang kat sedap tu! I found it! Berbaloi jalan jauh-jauh dan dapat basah tekak dengan air kopi vietnam. Hihihihi. Harga RM3 je. Sedap dan I percaya apa yang orang kata about this coffee. Around this area, memang banyak sangat kedai makan & tempat membeli belah 100% telekung siti khadijah. Betul betul berhadapan dengan Ben Thanh Market. Korang cari 'Saigon Pink Pink Hotel', search dekat area hotel ni dan korang tak perlu risau bab makanan korang, ianya di depan mata.

Sedap gilor!
To be continued.....














Tak Jangka Bila Benda Ini Berlaku !

Tak Jangka Bila Benda Ini Berlaku !

Assalamualaikum.

I suka juga untuk review produk yang I pakai, Review : Dalacin T Ubat Jerawat Paling Viral ha korang boleh baca tentang produk tu dan I tak jangka yang review ni jadi satu post yang ramai sangat orang tengok.

tak nampak sangat, huhuhu sedihnya!

Its about 11487 paparan. Wow! I tak jangka benda ni akan berlaku. Thank you pada korang yang baca tentang produk tu. In shaa Allah, I akan lagi bersemangat untuk berada di platform blogger ni.

Doakan ye!
Bio-Essence 24K Bio-Gold Rose Water Gold Review

Bio-Essence 24K Bio-Gold Rose Water Gold Review


Assalammualaikum uolls.

I nak review satu product yang sangat berkesan since I'm using about 5 months ago. To be honest, I jarang nak guna product from drugstore like watson &guardian. Before this, I pakai mary kay skincare and I tak larat nak beli mahal-mahal sampai 400 lebih. So I pun decided nak guna product yang ada di watsons.

For those yang ada masalah jerawat yang teruk, you should never skip our skin daily routine like applu toner, moisturizer, essence and else. Dulu I memang tak tahu langsung, apa itu essence. I try buat search sikit, sampailah I jumpa this product. First impression bila I tengok product ni, 'Wah, cantiknya' , kebiasaannya product ni memang ada sale, thats why I'm grab that.



About the product : 
Product name : 24K Bio-Gold Rose Water Gold
Product brand : Bio-Essence
Suitable skin type : All skin types
Price : RM 21.90 (30ml) & RM79 (150ml)
Origin : Singapore
Available : Watson, Sasa or Guardian

What it claims :

Hydration 
Moisture is constantly restored and locked into the skin for long hours to keep it well-hydrated while skin takes on a soft & supple radiance for a youthful complexion

Fine lines
Infused with 24K Bio-Gold which contains powerful anti-oxidanr properties that help to slow down the formation of fine lines for youthful looking skin

Pore Reduction 
 Tightens enlarged pores and regulates moisture and sebum balance for fine & smooth skin

The Packing :
Its come with 30ml & 150ml, botol warna gold rose but I tak suka coz of bila dah nak habis mesti tinggal sikit je baki that water, so bila nak habis sampai licin sangat susah. Hihihii.




The ingredients :

Water, Glycerin, Ceramide 3, Colloidal Gold, Fragrance, Sodium Oxide, Calcium Oxide
(Can check on the packing)

The colour/texture :
Texture water like with gold beads (24K Bio-Gold).


How to use :
Guna dua kali sehari, pagi dan malam. After cleansing, pour sufficient amount onto palm, apply evenly on face and neck & pat gently until fully absorbed. Btw, Its suitable for all skin types.

How I feels : 
Sebenarnya, this is my first essence. I never try daily routine skincare correctly, so I decided to used this essence. So far its really good to my skin & I consistent to using till now.

What I love about this essence is how the essence absorbed to my skin. I suka their texture too. Citarasa I pelik sikit. But I loved it. 

Recommended? :

Overall this is a very good product & very suitable with my skin. No wonder this is the best seller and star product. I rate this essence 5/5. 

(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)

Segmen Bloglist 2018 ShuhaidaSaad

Segmen Bloglist 2018 ShuhaidaSaad




Assalammualaikum.

I join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

I dah join, korang bila lagi?



Travel Ke IndoChina Part 1

Travel Ke IndoChina Part 1

Assalammualaikum.



Its better to look back on life and say 'I can't believe I did that' , than to look back 
and say, 'wish I did that'

I nak kongsikan pengalaman I travel ke 3 negara sekaligus. I cover ke negara yang di panggil IndoChina iaitu Vietnam, Cambodia & Thailand. But last year I dah cover Laos untuk 4 hari 3 malam. Alhamdulillah, trip kali ni sangat memberikan kenangan yang cukup manis dalam hidup I. I bersyukur kerana Allah bagi peluang untuk I membuka mata & minda untuk melihat ciptaanNya.



Trip ni I bermula dari Senai, Johor Bahru. I beli tiket flight Senai - Ho Chi Minh berharga RM116 on 7.20am (14hb April 2018). Trip IndoChina I buat selama seminggu dari 14hb - 20hb April 2018. Perjalanan trip IndoChina I adalah sperti di bawah :

  1. Senai - Saigon, Ho Chi Minh (Flight)
  2. Saigon, Ho Chi Minh - Phnom Penh, Cambodia (Sleeping Bus)
  3. Phnom Penh, Cambodia - Siem Reap, Cambodia (Sleeping Bus)
  4. Siem Reap, Cambodia - Bangkok, Thailand (Bus)
  5. Bangkok, Thailand - KLIA, Kuala Lumpur (Flight)


Travel partner I memang sangat best dan satu kepala, walaupun usia membezakan kami tapi sikit pun tak menjejaskan sepanjang trip. Kami sebenarnya mula-mula bertemu ketika trip Beijing bulan Januari yang lalu dan In shaa Allah for the next trip, she will be my travel partner again.

Trip ni I rancang dengan rapi. Tiket flight & hotel I booking 2 bulan sebelum pergi. Itinerary I buat di www.inspirock.com , nanti I tunjuk macam mana nak buat iti di laman web tu. Sebenarnya I bajet trip ni RM1600 termasuk semua, makan minum tiket bus, fee entrance, shopping & others. And Alhamdullilah sekali lagi I berjaya.


I sampai di bandar Ho Chi Minh, Vietnam dalam jam 9.20 pagi waktu Malaysia. I terus ke Le Lai street by Bus (airport), Le Lai Street ni dekat sangat dengan Ben Thanh Market. Kawasan Ben Thanh Market memang dah famous sebabnya ramai gila warga Malaysia yang tengah syok bershopping sampai I terjebak tau! Dah kena hangkut baju & tudung sampai ke Bangkok. I cannot brain betapa lemahnya I bila bershopping.

To be continued....




LAZADA BIRTHDAY FESTIVAL BLOGGER CONTEST

LAZADA BIRTHDAY FESTIVAL BLOGGER CONTEST




Assalammualaikum uolls.

Lazada Birthday Festival Blogger Contest | Tahun sebelum ni, I ada join contest Lazada but luckly I tak menang. But its okay, I tetap nak join juga contest daripada Lazada. Mana tahu ada gak rezeki I nanti. Lazada Malaysia merupakan tempat membeli belah secara online akan menyambut ulang tahun yang ke 6 dan akan mengadakan jualan Birthday Festival.

Bermula 25 sehingga 27 April , lebih daripada 1,000 flash deal , dan potongan sehingga 90% kepada banyak barangan dan jenama, boucer eksklusif dan banyak lagi kejutan.

Maka, pihak Lazada juga telah mengadakan sebuah peraduan khas untuk blogger iaitu Lazada Birthday Festival Blogger Contest di mana akan memberikan hadiah yang menarik. Oleh itu, I pun tak nak lepaskan peluang keemasan ni untuk turut serta. Jadi apa tunggu lagi?Jom, kita sama-sama memeriahkan lagi contest Lazada. Ada yang tak tahu apa syarat-syarat penyertaan, boleh klik [SINI SINI SINIDengan lafaz BISMILLAH, I join contest ini. 

a. Which location would you pick for Lazada's birthday party?

Flora Cafe, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.




I bercadang untuk mengadakan party di Flora Cafe, Jalan Ampang di Kuala Lumpur. Flora cafe menyediakan makanan "Malay Cuisine" with primary attention towards those who love southern Malaysian cuisine. Ianya sangat menepati citarasa I yang suka sangat dengan Malay cuisine. Cafe ini bertemakan bunga-bungaan and I love their decoration.

b. Choose a party theme and pick one or several products on Lazada to decorate the venue.

Untuk tema parti, I memang mengidam sangat dengan "floral theme" and I will pick some products on Lazada to decorate the venue.





c. Which birthday cake will be served and which porducts on Lazada can help you prepare it?

I want to be served will floral cake like below. Looks so nice & beautiful. I dah fall in love with this cake. Sangat terinpirasi. In my life, I dapat cake 2 kali sahaja, on my 20th & 21th birthday. I jarang nak sambut birthday with party, put on a dress. I nak sangat someone suprises me with birthday party.


On the top of my cake, I will put 'Happy Birthday Cake Topper Design 3 (Gold/Silver)' from Lazada. It will be the greatfull birthday cake ever. 




d. Time to shine, pick your outfit on Lazada!


For outfit, and once again I will pick up floral dress. Alamak, I dah terobses dengan floral theme. Semuanya nak floral, from the venue till the outfit. Dress from Lazada memang dah cukup cantik untuk digayakan pada birthday party I nanti. 

Agak-agak tercabar tak pada blogger yang belum join contest ni? Kita tak tahu rezeki kita ni, mana tahu ada rezeki dengan contest Lazada, ha rugi je kepada yang tak join tu. So apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ni ye!

Boleh klik [SINI SINI SINI] untuk penyertaan.



JENIS-JENIS PLUG DI SELURUH DUNIA.

JENIS-JENIS PLUG DI SELURUH DUNIA.



Assalammualaikum.

I biasanya akan bawa  universal adapter, korang boleh kat Lazada. Universal adapter ni you can use all around the world. So settle satu masalah. Of courselah bila travel, this thing will be the important thing ever. For those yang tak tahu tu, boleh tengok kat bawah ni jenis-jenis plug di seluruh dunia.

Sebelum travel tu, sila check plug jenis yang macam mana di tempat yang korang nak pergi tu. Tak adalah kelam kabut nanti.

Good luck korang.
Amerika, Canada, Mexico & Japan
Amerika, Canada, Mexico & Japan

TYPE C

Negara-negara Eropah, Amerika Syarikat & Asia

TYPE D

India

TYPE E

France, Belgium, Poland, Slovakia, & The Czech Republic

TYPE F

Eropah & Russia, kecuali UK & Ireland

TYPE G

United Kingdom, Ireland, Malta, Malaysia & Singapore

TYPE H

Israel & Gaza

TYPE I

Australia, New Zealand, China & Argentina

TYPE J

Switzerland, Liechtenstein, Rwanda

TYPE K

Denmark & Greenland

TYPE L

Italy & Chile

TYPE M

Afrika Selatan

TYPE N

Brazil


Thailand

CARA SERTAI LAZADA BIRTHDAY FESTIVAL BLOGGER CONTEST 2018

CARA SERTAI LAZADA BIRTHDAY FESTIVAL BLOGGER CONTEST 2018




Assalammualaikum uolls.

Cara Menyertai Lazada Birthday Festival Contest | Alhamdulillah, I dapat emel daripada LAZADA untuk menyertai contest. Lazada ni memang baik hati tau! Rajin sangat buat contest khas untuk blogger. Hadiah pun kemain menarik tau. Yes! Untuk contest Lazada yang ini, In shaa Allah I akan menyertai. Gonna be excited! I tengah menyiapkan entri contest ni dan tak sabar nak post dan submit kepada Lazada. I tidak akan lepaskan peluang kali ni! Berkobar-kobar nak join tau. Hihihihi. 

Contest ini dianjurkan selama 18 hari  tau! Bermula dari 10th until 27th April 2018. Semakin ramai yang join, semakin tinggi peluang untuk menang? Ha betul ke? Ya! Dah semestinya! Semakin ramai blogger yang menyertai semakin banyak hadiah yang akan dimenangi. Contest ini terbuka kepada SEMUA BLOGGER SELURUH MALAYSIA. I dah lama menapak dalam blogger tapi ini kali kedua I asertai. Korang ada blog dan pernah membeli di lazada, itu pun sudah cukup untuk melayakkan diri untuk menyertai. 

Hadiah untuk di menangi : 

Winners will receive a voucher along with 3 more vouchers for 3 friends tagged on Facebook or Instagram!

1. More than 100 participants (RM3,100 to 22 winners and their friends)
1st Prize : 1 x RM300 + RM100 for each friend 
2nd Prize : 8 x RM60 + RM30 for each friend 
3rd Prize : 1 x RM40 + RM20 for each friend 

2. More than 200 participants (RM6, 200 to 43 winners and their friends)
1st Prize : 1 x RM500 + RM200 for each friend 
2nd Prize : 18 x RM60 + RM30 for each friend 
3rd Prize : 24 x RM40 + RM20 for each friend 

3. More than 300 participants (RM9, 200 to 65 winners and their friends)
1st Prize : 1 x RM700 + RM300 for each friend 
2nd Prize : 24 x RM60 + RM30 for each friend 
3rd Prize : 40 x RM40 + RM20 for each friend 

Cara untuk menyertai : 

1) Buat satu artikel yang bertajuk LAZADA BIRTHDAY FESTIVAL BLOGGER CONTEST

2) Jawab keempat-empat soalan dibawah ini. Soalan ini boleh ditukarkan ke bahasa melayu.

a. Which location would you pick for Lazada's birthday party?
b. Choose a party theme and pick one or several products on Lazada to decorate the venue.
c. Which birthday cake will be served and which porducts on Lazada can help you prepare it?
d. Time to shine, pick your outfit on Lazada!

3) Korang kena mention Birthday Festival  (https://www.lazada.com.my/birthday-sale/) yang bermula dari 10th until 27th April 2018.

4) Make sure artikel mesti ada SCREENSHOTS product yang korang planning (mentioned in point 2.b, 2.c & 2.d)

5) Share post korang di Facebook or Instagram & tag 3 orang kesayangan yang patut join di party korang nanti!

6) Blog korang kena ada at least 3 existing posts.

7) Sila submit link artikel korang ke email contest@lazada.com.my bertajuk : LAZADA BIRTHDAY FESTIVAL BLOGGER CONTEST . 

8) Untuk bahasa di artikel, english atau bahasa melayu diterima. 

9) Pemenang dipilih secara random! 

Jadi apa tunggu lagi? Dah nak habis tempoh baru nak join? Melepaslah nanti korang. Korang boleh klik di banner di atas untuk penyertaan ya.

I join nanti, stay tuned! and good luck pada yang menyertai. 


SPM Result Giveaway

SPM Result Giveaway


Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Bersempena dengan keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada 15 Mac 2018 lalu, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati dengan secara rasminya melancarkan SPM Result Giveaway. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Pertama: Domain DotCom X 1 pemenang
Hadiah Kedua: Kopi Pak Belalang X 2 pemenang
Hadiah Ketiga: Tudung X 1 pemenang
Hadiah Keempat: Novel Baharu X 3 pemenang
Hadiah Kelima: RM20 X 1 pemenang
Hadiah Keenam: RM10 X 1 pemenang
Hadiah Ketujuh: Topup RM10 X 4 pemenang
Hadiah Saguhati: Topup RM5 X 2 pemenang untuk peserta terawal dan terakhir!

Kesemuanya 15 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog penganjur dan penaja-penaja berikut:

2. Follow instagram berikut

3. Like Facebook berikut:

4. Follow Google Plus berikut:

5. Langgan saluran YouTube * Pokucu *

6. Buat entri bertajuk 'SPM Result Giveaway'.

7. Salin dan tampal kod HTML di bawah:

8. Cuba teka berapa unit/aggregat yang Abam Kie perolehi semasa menduduki SPM tahun 1990 lalu. Sebagai 'clue', Abam Kie dapat Pangkat 1 (6 - 24 unit). Jadi pandai2lah teka, ye? Pemenang akan dipilih berdasarkan tekaan yang tepat. Sekiranya lebih daripada seorang peserta membuat tekaan yang tepat, maka peserta terawal akan memenangi hadiah berkenaan diikuti oleh peserta seterusnya. Pemenang seterusnya akan dipilih berdasarkan tekaan yang hampir tepat

9. Terbitkan.

10. Tinggalkan pautan entri giveaway dan tekaan anda di ruangan komen entri di SINI sahaja.

11. Siap!

Jika nak join GA ini sila klik di SINI atau banner di atas. Peraduan berlangsung sehingga 11.59 malam, 22 April 2018. SEKIAN. TERIMA KASIH.
Winter in Summer Palace, Beijing.

Winter in Summer Palace, Beijing.

Assalammualaikum.


Winter in Summer Palace, Beijing | Korang pernah dengar atau pergi ke Summer Palace tak? Summer Palace ialah Istana Musim Panas (Yihe Yuan) yang terletak di pinggir bandar Beijing, China. Kira-kira dalam 15km mengikut lebuh raya dari ibu kota Beijing. Salah satu tapak warisan dunia UNESCO, ianya salah satu taman terbaik (well-preserved) di dunia dan paling terbesar di China.

Istana ni mula dibina pada tahun 1750 oleh Kaisar Qianglong. Gaya seni bina Istana ni adalah untuk membuat orang lain percaya bahawa ianya adalah tidak bersalah. Pada 1860 & 1900, ia dimusnahkan oleh penceroboh dan 1912 ia dibina semula oleh kerajaan Dinasti Qing. Pada tahun 1924, Istana ini mula terbuka untuk para pelancong.

Macam mana nak pergi by train?
Korang boleh naik Line 4 ke Stesen Beigongmen (North Gate). Tambang subway dalam CNY5.

Cara nak masuk ke Summer Palace?
Nak masuk sini ada banyak gate : utara, barat, timur dan yang terbaru di bahagian selatan-timur. east Gate ialah pintu masuk utama dan terus ke Court Area. Ramai juga pelancong masuk ikut gate ni tetapi kalau korang nak masuk East Gate, kena turun di stesen Xiyuan, satu stesen sebelum Beigongmen.

I masuk ikut gate belah utara (Beigongmen Stesen). Bila dah sampai di stesen Beigongmen, keluar ikut exit D. Dalam stesen ada tulis Exit C Summer Palace tapi exit D lagi dekat. Dua-dua exit boleh keluar sebenarnya. 



Summer Palace ni sangat besar kawasannya. Luasnya 742 ekar, terbahagi kepada kawasan darat dan tasik yang luas, Kunming Lake. Kawasan darat ada 3 bahagian iaitu Front Hill, Rear Hill & Court Area. Tak semua bangunan terbuka kepada orang ramai. Korang akan lihat jambatan yang melengkung, promenade yang cantik serta tasik yang sangat luas. 

Korang boleh dapatkan maps summer palace di entrace gate,
harga dalam CNY10, boleh buat kenangan tau. Rugi tak beli.

Berapa harga untuk tiket entrance? 
Ketika ni I pergi musim sejuk, harga untuk tiket Summer Palace CNY20 (Nov-March), 
pada musim sejuk mana mana tempat pelancongan akan turun harga. I suggest korang semua datang bukan musim sejuk untuk view yang cantik. 

Apa aktiviti yang boleh korang buat bila di Summer Palace? (musim sejuk)
Sayang pada musim sejuk hanya ada aktiviti di atas tasik beku dan bertambah sedih masa ni I pergi tak ada salji. Sedih terbawa-bawa sampai sekarang. Korang boleh cuba aktiviti yang ada di tasik beku, seperti di bawah. I tak pasti namanya apa but harga dalam CNY35, main sampai lebam.



I'm so sorry sebabnya tak sempat nak snap apa aktiviti yang boleh korang main kat atas tasik ni. I tengah excited nak main benda alah tu. Aiyoo, I never do this again when I'm travelling. 

Best giler, simple je cara main benda ni. Dont worry, polis akan ada dan berpusing dekat dekat dengan korang je, siap bawa pelampung tau. Polis-polis ni nak pantau sama ada orang akan jatuh ke dalam ais atau tak. 



Sepanjang I teroka dalam Istana Musim Panas ni, I jatuh cinta dengan design bangunan istana ni. Mana-mana tempat yang I pergi, I akan tengok dan pikir macam mana diorang buat bangunan sebesar-sebesar alam, sebabnya dulu tak ada kemudahan macam sekarang. I terpikir maacam mana diorang nak angkat batu yang besar, nak pikul pasir-pasir, kayu kayu tu semua. Serious terpikir. Cara diorang ukir pun luar dari kemampuan otak kita berpikir. Hebat jugaklah orang lama ni. 

Apa yang I nampak, bangunan lama di China memang banyak sangat bilik dan pintu utama yang hubungkan bilik-bilik. Kiranya Raja 1st satu pintu utama, raja 2nd satu pintu utama dan seterusnya. Diorang suka dan taksub dengan patung-patung singa, diorang mesti akan letak di setiap penjuru bilik diorang. Mungkin sebab singa ni lambang kekuatan. 

 

 



Korang boleh habiskan setengah hari di Summer Palace. Ikut atas kemampuan dan kekuatan kaki korang untuk berjalan ke tempat sebesar ni. Oh ya untuk musim sejuk tempat ni buka dari jam 9.00am till 5.00pm. Musim sejuk 5.00pm dah macam 7.00pm ye. Rugi jika korang tak singgah ke tempat seindah dan sehebat ni. 

Nah, I cuci mata korang dengan gambar-gambar I di Summer Palace. Maaf ye jika terbuat korang geram. 








(Disclaimer: In shaa Allah, next post I will share about my trip to Beijing. Doa-doakan jari I rajin untuk menaip ye. Thank you for reading.)




OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com