03/01/2018 - 04/01/2018 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 03/01/2018 - 04/01/2018
5 Pemenang Segmen Bloglist by Ombak Bergigi

5 Pemenang Segmen Bloglist by Ombak Bergigi



Assalammualaikum.

Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh para peserta. Penat tau Om screenshot sebagai bukti. 
Nak tahu korang di tangga berapa? Boleh cek di komen segmen ye. 

http://sweetepalhijau.blogspot.my/2018/03/segmen-pencarian-bloglist-by-ombak.html
https://byshaz.blogspot.my/2018/03/segmen-pencarian-bloglist-by-ombak.html?m=0

https://shuhaidasaad.blogspot.my/2018/03/segmen-pencarian-bloglist-by-ombak.html

http://www.airahsyahirah.com/2018/03/segmen-pencarian-bloglist-by-ombak.html

http://www.zianaeunos.com/2018/03/segmen-pencarian-bloglist-by-ombak.html?m=1


Jadi inilah pemenang-pemenangnya. Seperti yang dijanjikan, 5 pemenang diatas adalah bloglist Om untuk bulan April & May. 

Tahniah untuk pemenang dan terima kasih kerana menyertai. 

17 Tips Yang Patut Korang Tahu Sebelum Ke Beijing, China Ketika Musim Sejuk.

17 Tips Yang Patut Korang Tahu Sebelum Ke Beijing, China Ketika Musim Sejuk.




Assalammualaikum uolls.

Alhamdulillah, setelah dua bulan pulang kembara ke Beijing, China (13-18 Januari 2018). Om nak kongsikan dengan korang semua tentang Beijing. Satu pengalaman rare yang pernah om rasai ketika musim sejuk. Malangnya ketika Om pergi tu sebutir salji pun tak turun. Sedih dan terkilan juga. Berikut adalah 11 tips yang patut korang tahu sebelum ke Beijing, China.

1. Tiket penerbangan. Buat masa sekarang terdapat 3 syarikat penerbangan yang menawarkan perjalanan secara terus dari KLIA ke Beijing Capital IA iaitu Malaysia Airlines, Air Asia X dan Air China. Perjalanan dari KLIA ke Beijing mengambil masa lebih kurang 6 jam. Korang boleh dapat tiket pergi bali ke sana yang boleh dikatakan murah adalah lebih kurang RM799 (AAX).

2. Visa. Untuk ke China, visa adalah diperlukan untuk warganegara Malaysia. Antara yang paling senang untuk membuat visa adalah dengan pergi sendiri ke tingkat 2, Plaza OSK, Jalan Ampang yang dibuka setiap Isnin hingga Jumaat (9am-3pm).



3. Makanan. Beijing memang sukar untuk temui makanan halal. Bawalah maggi, coklat, roti yang secukupnya. MEmang muak tapi apakan daya. Ketika ni korang akan rindukan masakan Malaysia. 4 hari Om di sana, Om tak boleh terima makanan mereka. Mereka ni makan dengan keadaan big portion. Om makan mee, memang tak habis-habis, padahal lapar sungguh.

4. Pakaian hendaklah selesa mengikut musim. Om berkunjung kesana pada musim sejuk. Jadi pakaiannya mestilah berlapis-lapis. Diingatkan, supaya memakai kasut untuk keselematan terutama ketika mendaki Great Wall.

5. Penginapan. Hostel disekitar Beijing adalah dalam lingkungan Rm50-70 sehari. Boleh dikatakan agak murah. Om cadangkan korang tinggal di kawasan Hutong. Pilih juga kawasan penginapan yang berdekatan dengan subway.

6. Penukaran duit. Di China matawang yang digunakan adalah Yuan atau RMB. Dinasihatkan tukar di Malaysia adalah lebih murah jika dibandingkan dengan disana.




7. Rakyat China ni kebiasaannya sejenis manusia yang tak reti duduk diam. Mungkin juga korang dah lali dengan perarangai mereka ni. Dalam flight, Om perhati dari masuk sehinggalah nak keluar daripada flight memang mereka ni tak diam langsung. Siap beratur di depan toilet! Berhati-hatilah kalau mereka nak buka ruang penyimpanan beg yang berada diatas kepala korang tu. Bertabahlah wahai pramugara dan pramugari yang bertugas.

8. Imigresen China, so far mereka memang sangat mengutamakan keselamatan. Ada limit juga ye sebarang cecair. Kalau rasa tak confident lepas better tinggalkan je. Sila keluarkan semua jenis cecair ketika pemeriksaan. Kalau tidak, keluarlah muka-muka naga mereka. Alhamdulillah Om lepas pergi dan balik.

9. Apa yang Om risau ialah toilet ! Kepada korang yang jenis dah terbiasa buang di tempat yang selesa & bersih tu, sila berhati-hati. Toilet airport, summer palace semuanya bersih. Bring your own wet tissue or bottle.





10. Subway Beijing! Sebelum pergi ke Beijing, sila rajinkan buat homework. Ini kerana subway Beijing adalah subway yang paling pening yang pernah Om naik. Selama ni naik train di KL, tak pernah sepening ini. Jujur, study rajin-rajin bab subway Beijing. Subway Beijing mempunyai 20 line termasuk Changping Line, Fangshan Line, Yizhuang Line and Airport Express. Satu station from 1 line mempunyai 4 exit (A,B,C,D) dan bertambah pening dengan north & south. Om tekankan yang ni korang kena faham!

11. Jika perlu, utamakan tempat lawatan yang berdekatan dengan hotel korang. Contohnya jika korang duduk di center of Beijing, pergilah ke Tiananmen Square, The Forbidden City. Tempat ni betul-betul di tengah bandar. Jika korang tak mahir dengan subway dan nak pergi ke tempat yang jauh, ianya sangat mencabar masa dan tenaga. Badan penat, perut kosong, hati pulak frust maka bertapalah korang di hotel.



12. Bahasa! Ini cabaran pertama yang akan korang alami. Nak menangis pun ye, nak marah apatah lagi. You're so lucky if can meet chinese people who can spoke english fleuntly. You are so lucky baby! Belajarlah sikit-sikit bahasa china seperti "Wo Yao CHi Fan (Saya nak makan nasi), Bu Yao (Taknak), Dui Ma (betul ke)"

13. Dah tahu bahasa mereka sukar untuk difahami, sila download google translator or apa jua translator yang boleh translate bahasa mereka. Senang dan korang pun bercuti dengan aman dan damai.

14. Bagi korang yang sejenis manusia yang tak boleh hidup tanpa internet, sila download VPN siap-siap dari Malaysia! Tak pun buat data roaming luar negara. Kerana apa? Kerana kedai telco mereka sukar untuk ditemui. Satu je yang Om nampak, itu pun di airport. Tapi memang mahal. Tak recommend untuk beli sim kad dan nak memudahkan korang, buatlah data roaming.

15. Musim sejuk memang cepat gelap. Om pelik sebabnya jam 5.30 dah maghrib. Maklumlah pertama kali jejak kaki di musim sejuk. Hampir kedai di Beijing tutup awal dan buka lambat. Om pernah keluar seawal pagi di lingkungan 6-7 pagi, satu kedai susah nak buka macam tu. BErtuah sungguh punya kedai!



16. Bab makan! Beijing memang sukar untuk temui makanan halal. Bawalah maggi, coklat, roti yang secukupnya. MEmang muak tapi apakan daya. Ketika ni korang akan rindukan masakan Malaysia. 4 hari Om di sana, Om tak boleh terima makanan mereka. Mereka ni makan dengan keadaan big portion. Om makan mee, memang tak habis-habis, padahal lapar sungguh.

17. Adab orang china Beijing memang suka meludah merata-rata. Berhati-hati bila korang berjalan ye. Semoga tak terpijak ludah mereka tu. Geram je rasa! Ingatkan ludah je merata, hingus pun pakai sembur. Thats whylah China kerap ada virus-virus berbahaya.

Maka berakhirlah 17 tips yang patut korang tahu sebelum ke Beijing. Pengalaman 3 kali terkena scam di Beijing, sanagt membuka hati Om untuk jangan percaya pada sesiapa ketika travel. 3 kali berturut-turut tau, satu pengalaman pahit yang sukar untuk dilupakan.

Jujur Om katakan, trip Beijing ni membuka hati Om untuk terus bersyukur sebab dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Baik buruk negra kita, kita kena terima. Jauh mana kita melangkah, percayalah you'll miss your own country.

Kesimpulannya, this had been the craziest wildest and the most wonderfull journey of my life.




P/s: Bulan depan nak cover 3 negara, doakan semuanya baik baik ye.
BIRTHDAY GIVEAWAY BY MRS PIP

BIRTHDAY GIVEAWAY BY MRS PIP




Assalammualaikum.

 Om join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

Om dah join, korang bila lagi?



Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi

Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi



Assalammualaikum.

Berita baik untuk bloggers sekalian! Buat pertama kalinya untuk tahun ini, Om ingin melancarkan 
satu segmen untuk blog Ombak Bergigi. Om berharap agar segmen ini mendapat sambutan yang meriah dari semua blogger. Segmen ini adalah percuma. Huhuhu gurau.

Segmen ini akan bermula pada 17 Mac 2018 (Sabtu) sehingga 23 Mac 2018 (Jumaat). Segmen ini dijalankan selama seminggu. Seramai 5 orang peserta yang bertuah dan layak menjadi bloglist Ombak Bergigi.

Syarat Untuk Menyertai

1. Follow Blog Ombak Bergigi

2. Follow IG @ombakbergigi

3. Buat satu entri di blog korang bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi"

4. Letakkan banner segmen dan link kan ke blog ini

5. Comment link entri penyertaan di bawah


Nota kaki : kepada newbie, yang masih tidak arif untuk backlink banner segmen, boleh tengok toturial dibawah ini.




Jangan lepaskan peluang tau! "Untung sabut timbul, untung batu tenggelam."

Segmen : Cari Bloglist Sebulan by Airah Syahirah

Segmen : Cari Bloglist Sebulan by Airah Syahirah




Assalammualaikum.

 Om join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

Om dah join, korang bila lagi?



Cash Giveaway by FarhanaJafri

Cash Giveaway by FarhanaJafri




Assalammualaikum.

 Om join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

Om dah join, korang bila lagi?



Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends




Assalammualaikum.

 Om join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

Om dah join, korang bila lagi?



OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com