Skincare Rutin (Part 3) | From The Beast To The Beauty ❤ - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Skincare Rutin (Part 3) | From The Beast To The Beauty ❤

28 Oktober 2017

Skincare Rutin (Part 3) | From The Beast To The Beauty ❤

Assalammualaikum.
 
Selamat pagi. Om ni dah macam chipsmore, kejap ada kejap tak ada. I'm really sorry sebabnya kekekangan masa dan kerja yang menghimpit Om. Stressnya. Entri kali ini adalah sambungan daripada entri Skincare Rutin (Part 1) | From The Beast To The Beauty ❤   dan Skincare Rutin (Part 2) | From The Beast To The Beauty ❤ . Terima kasih kerana ada followers di instagram yang masih bertanyakan perkembangan wajah Om. Happy jugaklah sebab ada lagi manusia yang ambil berat tentang Om. Terima kasih awak.
 
 Untuk entri sebelum ni, Om kongsikan skincare yang Om gunakan sepanjang muka berjerawat dan Alhamdulillah Om masih gunakannya sampai sekarang. Cuma om nak berpesan pada korang yang tengah bermasalah jerawat tu, please please and please jangan guna sembarangan produk. You need treat them carefully sebabnya bahaya dan boleh memudaratkan lagi kulit korang. Mana tahu one day nanti korang terkena kanser kulit disebabkan oleh produk-produk yang bahaya like local product. Om bukan nak banned local product. Yes ada je local product yang bagus tapi please directly to pakar-pakar, try get their consultation.
 
 
 
 
Penggunaan masker memang tersangat bagus. Masker wajah merupakan bahagian daripada perawatan wajah berkala dan boleh dibuat dengan bermacam-macam bahan. Ianya tergantung pada jenis dan masalah kulit seseorang. Masker wajah untuk kulit kering yang bertujuan membantu menghidrasi dan mengembalikan kelembaban kulit, atau masker bervitamin untuk membantu mencerahkan kulit kusam. Masker tidak harus digunakan setiap hari, cukup 1-2 kali saja setiap minggu.
 
2 jenis mask yang Om guna untuk tanggalkan whitehead n blackhead.

1) MK botanical effects F3 mask. Kenapa F3 sebab my skin mmg berminyak dan sensitif. Harga RM80, too expensive but never mind untuk my skin. Om suka mask ni sebab sambil dia hilangkan whitehead, mask ni boleh hilangkan parut jugak. I love it. Kulit korang macam baby tau nanti, tak percaya?

2) Mask Himalaya Peel-off berharga RM25+...+ pernah viral dulu. I can't remember siapa yg viralkan. Boleh dapatkan di watson or guardian. Om cuba produk ni yup I'm fall in love sebab 100% hilangkan whitehead. Tapi I tak recommend korang guna bila jerawat still ada on ur face. Sbb sakit bila nk tanggalkan. Trust me, Om pernah buat dulu

Mask Om hanya guna 3 kali seminggu. Tak elok pakai tiap2 hari kang nipis pulak kulit tu. Istiqamah memakai in shaa Allah memang cantik kulit.
 
Taraaaa!! Inilah hasilnya. Korang kne istiqomah untuk dapatkan kulit yang sihat dan peloles. Hihihihi
 

Cantik tak kulit Om?
Jadi macam mana? Korang puas hati tak tengok perubahan kulit Om? Om faham mungkin ada yang tak mampu nak memiliki set Mary Kay but its okay, korang kena pandai pilih di drugstore. Himalaya produk organic yang sangat sesuai dengan kulit. The Face Shop pun korang boleh dating dan lihat-lihat produk yang sesuai dengan kulit korang. Produk mahal pun belom tentu dapat elokkan wajah kalau kita sendiri tak istiqomah dalam pemakaiannya. Betul tak? Beli produk mahal pakainya hmmm boleh kira sebab korang sayang nak guna.
 
Untuk sebarang pertanyaan, korang boleh je email Om sufiamukhriz@gmail.com. Manalah tahu korang nak tanya tapi malu malu. Tak pun komen murni je dibawah ni, In shaa Allah Om akan reply satu persatu.
 
Nak cantik nak kulit sihat? Ha perbanyakkan buat research dan membaca ye. Jangan lupa minum air mineral yang secukupnya. Ha barulah kulit cantik. Jom kita berjemaah jadi cantik!!
 
 

 


4 ulasan:

  1. Salam singgah sini dik...tahniah adik salah seorg pemenang first giveaway akak...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kulit Om dah cantik dah... teruskan rutin kecantikan tu dan betul tu minum air kosong mau cukup. Tidur pun mau jaga ya.. ;)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah makin cantik kulit om sekarang. insyaAllah konsisten akan buahkan hasil + produk yang kita pakai xda negatif effect.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com