Pengalaman Snorkeling Daytrip Pulau Mersing, Syok Betul!

Pengalaman Daytrip Pulau Mersing, Syok Betul! | Awal ceritanya, kitorang merancang untuk pergi daytrip pulau Mersing pada 9 sept tetapi disebabkan ada sedikit hal, kitorang 'postponed' pada 16 sept. 

Untuk percutian kali ini, aku cuma menggunakan pakej sehari. Nanti aku sertakan no dan facebook pakej ni ya. Ko mesti pernah dengar Pulau Rawa yang tengah viral tu. 

Sebenarnya, Pulau Rawa berdekatan dengan pulau-pulau yang aku kunjungi. Mersing merupakan nama kepada daerah di timur laut negeri Johor, Malaysia. Daerah ini terletak 128km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru. 

Mersing juga terkenal dengan keindahan pulau-pulau yang berada di sekitar perairan Laut China Selatan. Mersing mempunyai sebuah jeti di Pekan Mersing untuk membawa pelancong dengan feri untuk ke Pulau Tioman dan kesemua pulau-pulau yang berada di daerah Mersing.

Cepat-cepatlah ko join daytrip pulau Mersing. Pasti syok wei!


Daytrip Pulau Mersing


Pengalaman Daytrip Pulau Mersing, Syok Betul!

Ha, cantik tak? Ini salah satu pulau yang berada berdekatan dengan Mersing iaitu Pulau Tinggi. Aku menggunakan pakej Aluha Boat Service. Kitorang bergerak dari Jeti Mersing pada jam 9 pagi. 

Sebelum memasuki jeti ini, dinasihatkan ko membeli tiket untuk ke Taman Negara Johor yang berharga RM5. Wajib beli ya! 

Daytrip Pulau Mersing

Dinasihatkan juga, kepada mereka yang mudah mabuk laut, sila bawa pil ya. Kesian nanti muntah-muntah. Aku ni memang jenis lasak, semua nak cuba.

Untuk trip ini, ko jangan risau tentang makanan. Ko tak perlu nak bawak banyak makanan. Aluha boat service menyediakan makanan untuk sarapan pagi dan makan tengahari. Terbaik giler makanan diorang tau. Sedap! 

Kalau nak bawak extra makanan pun boleh juga, bila dah penat berenang mesti perut akan cepat lapar. Bawalah makanan seperti biskut or roti. Roti tu nanti boleh sedekahkan pada ikan-ikan yang kelaparan. Seronok nanti tau.

Daytrip Pulau Mersing

Pantai Pulau Tinggi, aku rasa pantai ini yang paling cantik. Air lautnya menghijau, pasir pantainya pun halus memutih dan kena pula dengan cuaca yang aman dan damai. Waktu aku datang ke pantai ini, hanya trip boat Kitorang. 

Sangat cun untuk berkunjung bagi menenangkan hati, otak dan badan bila ke sini. Kitorang di pantai ini hanya dalam 45 minit, menghabiskan masa dengan mandi manda.

Untuk apa pergi ke luar negara, sedangkan negara kita dah terlalu banyak pulau yang cantik-cantik. Bermacam-macam pulau di Malaysia, tetapi Pulau Mersing yang masih belum popular lagi. Tak rugi sebenarnya menghabiskan wang ringgit di negara sendiri untuk daytrip pulau Mersing. 

Apa-apa pun di hentian 1 memang best dan satu permulaan yang baik pada hari yang baik.

Disebabkan terlalu seronok, jadi tak ingat berapa hentian yang kitorang pergi. Please jangan terlalu seronok macam aku. Dah tahu nak pergi pulau, please pakai baju yang bersesuaian. 

Daytrip Pulau Mersing

Di Jeti Mersing, ada menawarkan khidmat tempat letak kenderaan. Untuk sehari, RM10 sahaja. Jadi sebelum kaki melangkah ke dalam bot, tinggalkan barang-barang di dalam kereta dan bawa yang perlu sahaja. Tak payahlah bawa baju tukar, maklum kat pulau tiada tempat tukar baju. 

Pemandangan di sekitar Pulau Tinggi, memang cantik-cantik belaka. Ko boleh bawa gadget yang bersesuaian tau. Dikhuatiri jatuh ke laut, dah susah nak ambil semula. Aku memang berpuas hati dengan daytrip Pulau Mersing. 

Snap gambar selagi boleh, aku memang tak gemar sangat berswafoto sebab risau handphone jatuh laut. Aku ambil gambar yang perlu sahaja untuk diabadikan di dalam instagram.

Daytrip Pulau Mersing

Daytrip Pulau Mersing

Naik rentung dah muka tau. Sila pakai sunblock ya. Sesiapa yang kalah dengan panas terik, confirm kulit terasa nipis dan mengelupas. Walaupun dah biasa dengan berjemur dibawah matahari, tapi on that time memang terasa pedih and I was like lepas ni wajib pakai sunblock!

Kesimpulannya, daytrip pulau Mersing bersama Aluha Boat Service memang terlajak seronok. Korang tak rugi pun bila pergi bersama Aluha.  The best moment ever and In shaa Allah, I will come again. Kampung aku dekat je dengan pulau-pulau ni. 1 jam 30 minit dah sampai dah.

Kalau ko nak datang daytrip, ko boleh je cari pulau johor package 2022 di semua social media. Nanti ko jumpa lah tu. 

Daytrip Pulau Mersing



2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama