JOM SERTAI THE BLOGGER TEAM ❤ - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: JOM SERTAI THE BLOGGER TEAM ❤

23 September 2017

JOM SERTAI THE BLOGGER TEAM ❤


Assalammualaikum.

Pada awalnya, Om memang terfikir untuk tubuhkan satu kelab khas untuk blogger yang berada di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka. Om rasa berkobar-kobar untuk menubuhkan kelab sendiri. Menggigil nak menaip entri ni tahu tak. Om risau jika tiada sambutan hangat daripada kawan-kawan blogger yang dah lama menapak mahupun baru hadir dalam dunia blogger. Yes pasang surut dalam dunia blogger ni Om dah berani nak tempuh. Jadi dengan adanya kelab ini, Om harap kita sama-sama bantu untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. In shaa Allah.

Tujuannya adanya kelab ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim. In shaa Allah, tujuan yang pertama ini Om akan ketengahkan dengan lebih mendalam. Om usahakan untuk mengadakan satu perjumpaan khas untuk blogger-blogger sahaja disamping melakukan aktiviti-aktiviti yang mengukuhkan ukhuwah.

Dengan adanya kelab ini, kita cuba untuk meningkatkan pageviews pada setiap ahli blogger. Blogger mana yang tak mahu pageviews blognya tiap-tiap hari meningkat? Om sendiri pun menangis tau usaha untuk dapatkan pageviews beribu beriban.

Di samping itu, kelab ini akan dapat membantu mempromosikan blog ahli-ahlinya. Siapa yang tak suka kan? Bila blog dah famousd pageviews confirm meningkat. Apa-apa pun kelab ini tidak akan ditubuhkan jika tiada ahlinya. Kelab ini percuma tau! Tak rugi join.

SYARAT UNTUK MENYERTAI :

✿ Wajib mempunyai sebuah blog
✿ Terbuka kepada warganegara Malaysia
✿ Mempunyai sikap suka berkawan dan tidak penting diri sendiri
✿ Berumur 18 - 35 tahun
Mengalu-alukan blogger yang berada disekitar Kuala Lumpur Selangor dan Melaka
Blogger baru atau lama pun boleh join


CARA UNTUK MENYERTAI :

✿  Korang boleh emailkan no hp ke sufiamukhriz@gmail.com atau
✿ Terus ke pages The Blogger Team atau
✿ Komen terus "SAYA MAHU MENJAdI AHLI"


 Ha macam mana? Mudah tak syarat dan cara penyertaan? Jadi Om menyeru kepada korang semua, JOM SERTAI THE BLOGGER TEAM! Om buka untuk 30 orang blogger sahaja! Cepat join!! Sah sehingga 30 SEPTEMBER 2017.








11 ulasan:

  1. wah menariknya tapi sha orang utara lah pulak haha

    BalasPadam
  2. menariknya!tapi gee dari Ganu!hehehe

    BalasPadam
  3. Menarik tu... tp akak dah lebih had umur :)

    BalasPadam
  4. OM Bal nak join. tapi Bal bukan blogger dari KL, Melaka. Bal dari perak. Boleh tak?

    BalasPadam
  5. menarik... tapi tak luar kawasan pula.

    BalasPadam
  6. SAYA MAHU MENJAdI AHLI
    hehehe. Hai Om! Nanti kite send kt email Om..

    BalasPadam
  7. alahai.
    dlm kawasan.
    tapi umur terlebih sudah :(

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com