09/01/2017 - 10/01/2017 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 09/01/2017 - 10/01/2017
Segmen Bloglist Oktober by Mya Farisha

Segmen Bloglist Oktober by Mya Farisha




Assalammualaikum.

 Om join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

Om dah join, korang bila lagi?



Giveaway by Alia Farhan

Giveaway by Alia Farhan




Assalammualaikum.

 Om join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

Om dah join, korang bila lagi?



Skincare Rutin (Part 2) | From The Beast To The Beauty ❤

Skincare Rutin (Part 2) | From The Beast To The Beauty ❤

Assalammualaikum.


Selamat pagi semua. Bagaimana pagi korang? Dah sarapan ke? Entri ini adalah sambungan daripada entri yang lepas iaitu Skincare Rutin (Part 1) | From The Beast To The Beauty ❤ . Sebenarnya cara kita menggunakan skincare tu pun adalah sangat penting. Kadang ada je pengguna menggunakan produk dengan cara yang tidak betul. Bila kita cuci muka, tolong jangan gosok sangat macam kita gosok badan. Please don't! Kulit muka kita memang nipis, jadi kena betulkan semula cara mencuci wajah dengan betul.
1. Eversoft Scrub (Blackhead Clearing)
2. St.Ives Apricot Scrub (Fresh Skin)

Siapa peminat scrub? Scrub korang guna 3 kali seminggu and please don't used everyday. Kita scrub muka hari-hari, tipislah kulit muka tu nanti. Bila dah tipis, keserapan toner atau pencuci muka susah nak diserap. Kulit makin sensitif bila scrub hari-hari. Scrub fungsinya untuk tanggalkan sel-sel kulit mati yang terlekat di kulit wajah. Om guna scrub 2 kali je seminggu. Om suka guna St.Ives sebab teksturnya sangat lembut dan wangi. Korang boleh dapatkan di watson atau guardian ya.

1. Nano White Toner
2. Mary Kay Botanical Effect F3 (Toner)

Nak segarkan kulit selepas mencuci muka? Nak cream atau foundation cepat serap? Korang kenalag guna toner. Lepas cuci muka, toner adalah langkah kedua. Toner wajib guna tiap pagi dan malam. Simple thing tapi wajib konsisten pemakaianya. Barulah kulit flawless.

1) Nano White toner, Om tak ingat berapa harga dia. Om pakai toner ni sebab toner Mk dah nak habis. Toner MK mahal sikit tapi bagus. So I choose Nano White, time beli kat watson ada aunty promote dekat Om, kemain suruh beli. Tak elok pulak hampakan hati orang tua, Om pun belilah. Setakat ni, okay je pakai.

2) Toner ni memang bagus. Kulit jadi gebu gebas gittew. Mary Kay Botanical Effect F3 (Toner) Om beli one set. Dekat 300 lebih. Semata-mata nak bebas jerawat.

1) Mary Kay Timewise 3in1 (Moisturizer)
2) Mary Kay Sun Protector SPF 35++
3) Ultimate Serum Melacep Plus by Mary Kay

1) Mary Kay Timewise 3in1 (moisturizer) harga RM90 kalau tak silap. Syu beli ni sebab pelembab MK botanical effects dah habis. Jadi syu cuba untuk pakai pelembap yang ni pulak. Fungsi pelembap, mana yg tak tahu lagi tu, sebenarnya nak tutup pori pori yg dh terbuka. Kalau tak tahu pori itu apa, sila google ye. Disamping nak tutup pori, ha bagus utk melembabkan kulit kita. ☺️ Pelembab kne guna tiaptiap hari pagi dan malam tau!

2) Mary Kay Sun Protector spf 35++, harga RM125. Menangis nak keluar duit banyak tu untk protect my skin dari kne cahaya matahri time keje. Syu tak berapa suka guna sebab nampak sangat berminyak. Tpi tu yg bagus sebenarnya. Pakai sunblock a.k.a sun protector mmg dh jadi rutin org2 korea. Sbb tu kulit org korea memang lawo lawo. Kita geram! Really recommended.

3) Ultimate Serum Melacep Plus by Mary Kay berharga RM350. Serum pemutih no 1 dunia. Banyak majalah dah review tentang serum ni. Syu beli semata nk cerahkan sikit kulit yang teruk kne sunburn. Dh bertahun keje baru nak putihkan kulit, yup memang take time. Syu percaya giler kat serum ni. 3 minggu memang cerah. Adui. Maaf sebab xde gmbr compare. Now syu tak guna dah sebab dh habis satu hal, nak beli? Ha nantilah dulu. Serum ni kalau konsisten pakai berbulan, yup memang cerah. Trust me ☺️

Macam mana? Korang mesti fikir Om ni kaya, pakai yang mahal-mahal. Tak sebenarnya! Om cari bagai nak mati duit untuk beli produk ni. Alhamdulillah sesuai dengan kulit. Hopefully entri ini membantu korang semua ya. Kita sambung lagi untuk part 3.

Komen yang murni ya!




SEGMEN : NAK OM REVIEW BLOG ?

SEGMEN : NAK OM REVIEW BLOG ?



Assalammualaikum.

Berita baik untuk bloggers sekalian! Buat ketiga kalinya untuk tahun ini, Om ingin melancarkan 
satu segmen untuk blog Ombak Bergigi. Om berharap agar segmen ini mendapat sambutan yang meriah dari semua blogger. Segmen ini adalah percuma. Huhuhu gurau.

Segmen ini akan bermula pada 28 Sept 2017 (Khamis) sehingga 13 Oct 2017 (Jumaat). Segmen ini dijalankan selama dua minggu. Seramai 3 orang peserta yang bertuah dan layak untuk Om review blog mereka. 

Syarat Untuk Menyertai

1. Follow Blog Ombak Bergigi

2. Follow IG @ombakbergigi

3. Buat satu entri di blog korang bertajuk "SEGMEN : NAK OM REVIEW BLOG ?"

4. Any suggestion untuk Om mencantikkan blog? 
jawab dengan jujur, jika tiada jawapan anda akan DISQUALIFIED

5. Letakkan banner segmen dan link kan ke blog ini

6. Comment link entri penyertaan di bawah


Nota kaki : kepada newbie, yang masih tidak arif untuk backlink banner segmen, boleh tengok toturial dibawah ini.




Jangan lepaskan peluang tau! "Untung sabut timbul, untung batu tenggelam."

10 Pemenang Segmen Pencarian Bloglist By Ombak Bergigi

10 Pemenang Segmen Pencarian Bloglist By Ombak Bergigi



Assalammualaikum.

Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh para peserta. Penat tau Om screenshot sebagai bukti. 
Nak tahu korang di tangga berapa? Boleh cek di komen segmen ye. 

http://mummysupplementshop.blogspot.my/2017/09/segmen-pencarian-bloglist-by-ombak.html
http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/09/segmen-pencarian-bloglist-by-ombak.html

http://farhannajafri.blogspot.com/2017/09/segmen-pencarian-bloglist-by-ombak.html

https://messarah.blogspot.my/2017/09/segmen-pencarian-bloglist-by-ombak.html

http://www.sisgee.com/2017/09/segmen-pencarian-bloglist-by-ombak.html

https://cikash.blogspot.com/2017/09/segmen-pencarian-bloglist-by-ombak.html

http://www.aimisyahirah.com/2017/09/segmen-pencarian-bloglist-by-ombak.html

http://aztieyshana.blogspot.my/2017/09/segmen-pencarian-bloglist-by-ombak.html
https://salatulzarida.blogspot.my/2017/09/segmen-pencarian-bloglist-by-ombak.html
http://www.bajuwarnacoklat.com/2017/09/segmen-pencarian-bloglist-by-ombak.html


Jadi inilah pemenang-pemenangnya. Seperti yang dijanjikan, 10 pemenang diatas adalah bloglist Om untuk bulan Oct & Nov. 

Tahniah untuk pemenang dan terima kasih kerana menyertai. 








Movie Review | Kingsman : The Golden Circle

Movie Review | Kingsman : The Golden Circle


Assalammualaikum & selamat pagi semua! Movie review kali ini Om ingin mengulas sebuah filem aksi, komedi dan pengembaraan iaitu filem 'Kingsman : The Golden Circle'. Filem ini telah ditayangkan pada 21 September 2017 dan telah mendapat sambutan hangat di kalangan penonton.



Sinopsis Kingsman : The Golden Circle

Filem Kingsman : The Golden Circle yang berdurasi selama 2 jam 20 minit ini mengisahkan tentang agensi perkhidmatan rahsia iaitu Kingsman telah diperkenalkan pada dunia.  Kingsman merupakan sebuah agensi perisikan antarabangsa, bebas yang beroperasi pada tahap tertinggi bicara. Kingsman yang bermatlamat utama untuk menjaga dunia dengan selamat. 

Untuk siri Kingsman kali ini, menceritakan tentang ibu pejabat mereka telah dimusnahkan dan dunia adalah tebusan. Di dalam perjalanan pengembaraan mereka, mereka telah dipertemukan bersama organisasi perisik bersekutu di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai negarawan. Dimana kedua-dua kumpulan ini ditubuhkan pada tarikh yang sama. Dalam pengembaraan baru yang menguji ejen-ejen mereka kekuatan dan kecerdasan. Kedua organisasi rahsia yang elit ini bersama-sama untuk mengalahkan musuh biasa yang kejam bagi menyelamatkan dunia.
sumber : cinema.com.my Kingsman : The Golden Circle


REVIEW

So far, filem-filem Kingsman memang tidak menghampakan termasuk Kingsman : The Secret Service. Ye la, ramai sangat orang cakap cerita ni best, kita pulak yang tak sabar nak pergi tengok. Tak sangka pulak filem ni yang boleh buat korang gelak dan penuh aksi, ada scene bunuh membunuh hahahah cerita aksi kan. Ade scene berlawan dann saat-saat geting pun masih nak berlawak. Watak 'eggsy' memang sangat cool. Siapa yang minat filem aksi+spy+komedi, inilah filemnya. Puas dan berbaloi. Jadi tunggu apa lagi?

RATE

Dengan ini Om memberi 4.5/5 bintang.






Giveaway Birthday Tuan Dan Blog Anugerah Terindah

Giveaway Birthday Tuan Dan Blog Anugerah Terindah



Assalammualaikum.

Selamat pagii. Om join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.


menarik kan?

Inilah hadiahnya, menarik tak?

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas sekali ye!

Om dah join, korang bila lagi?



Percaya!

Percaya!

Jika hari ini kau rasa tidak enak dan segala
perkara yang kau laku,
semuanya serba tidak kena,
tarik nafas sebentar dan lepaskannya perlahan-lahan.
Kosongkan minda kau, solat
dan rehat.
Jangan bersedih dan jangan ikut hati.
Kau akan okay.
Percaya pada rancangan Allah ya!


- thefaizibrahim-

Segmen Blogwalking bersama Atiah

Segmen Blogwalking bersama Atiah




Assalammualaikum.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

Om dah join, korang bila lagi?



JOM SERTAI THE BLOGGER TEAM ❤

JOM SERTAI THE BLOGGER TEAM ❤


Assalammualaikum.

Pada awalnya, Om memang terfikir untuk tubuhkan satu kelab khas untuk blogger yang berada di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka. Om rasa berkobar-kobar untuk menubuhkan kelab sendiri. Menggigil nak menaip entri ni tahu tak. Om risau jika tiada sambutan hangat daripada kawan-kawan blogger yang dah lama menapak mahupun baru hadir dalam dunia blogger. Yes pasang surut dalam dunia blogger ni Om dah berani nak tempuh. Jadi dengan adanya kelab ini, Om harap kita sama-sama bantu untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. In shaa Allah.

Tujuannya adanya kelab ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim. In shaa Allah, tujuan yang pertama ini Om akan ketengahkan dengan lebih mendalam. Om usahakan untuk mengadakan satu perjumpaan khas untuk blogger-blogger sahaja disamping melakukan aktiviti-aktiviti yang mengukuhkan ukhuwah.

Dengan adanya kelab ini, kita cuba untuk meningkatkan pageviews pada setiap ahli blogger. Blogger mana yang tak mahu pageviews blognya tiap-tiap hari meningkat? Om sendiri pun menangis tau usaha untuk dapatkan pageviews beribu beriban.

Di samping itu, kelab ini akan dapat membantu mempromosikan blog ahli-ahlinya. Siapa yang tak suka kan? Bila blog dah famousd pageviews confirm meningkat. Apa-apa pun kelab ini tidak akan ditubuhkan jika tiada ahlinya. Kelab ini percuma tau! Tak rugi join.

SYARAT UNTUK MENYERTAI :

✿ Wajib mempunyai sebuah blog
✿ Terbuka kepada warganegara Malaysia
✿ Mempunyai sikap suka berkawan dan tidak penting diri sendiri
✿ Berumur 18 - 35 tahun
Mengalu-alukan blogger yang berada disekitar Kuala Lumpur Selangor dan Melaka
Blogger baru atau lama pun boleh join


CARA UNTUK MENYERTAI :

✿  Korang boleh emailkan no hp ke sufiamukhriz@gmail.com atau
✿ Terus ke pages The Blogger Team atau
✿ Komen terus "SAYA MAHU MENJAdI AHLI"


 Ha macam mana? Mudah tak syarat dan cara penyertaan? Jadi Om menyeru kepada korang semua, JOM SERTAI THE BLOGGER TEAM! Om buka untuk 30 orang blogger sahaja! Cepat join!! Sah sehingga 30 SEPTEMBER 2017.








Skincare Rutin (Part 1) | From The Beast To The Beauty ❤

Skincare Rutin (Part 1) | From The Beast To The Beauty ❤


Assalammualaikum.

Hi. I'm back again. Om gembira sebabnya ada seorang blogger yang mengikuti perkembangan wajah Om yang bermasalah sehinggalah bersih. Terima kasih awak. Hari ini Om berbesar hati nak berkongsi penjagaan wajah Om sehari-hari. Mesti ada yang nak tahu, Om guna skincare apa? Sejak bila guna? Bagus ke skincare yang Om guna?. Om sedia menjawab segala pertanyaan diminda korang mahupun di komen ya. In shaa Allah Om akan jawab satu persatu. Korang jangan tak komen tau!

Sebelum ni, Om ada review satu produk yang berjaya menghapuskan segala jerawat yang berada diwajah Om. Korang boleh klik SINI tau. Jemput baca. Om mempunyai kulit yang berminyak dan sangat sensitif. Om ni pula jenis yang suka pedas, coklat dan sambal belacan. That was my favourite. Benda tu semua Om dilarang makan untuk sementara waktu tapi Om peduli apa. Hahahahahah. 

 

Ha korang boleh bezakan perubahan muka Om. Sangat ketarakan? Cuma sunburn je belum hilang sepenuhnya. Tak elok juga bila kita biarkan kulit kita terkena cahaya matahari pada satu masa yang lama. Dinasihatkan korang mesti pakai sunblock or sun protection supaya kulit kita terhalang daripada cahaya matahari. Jangan jadi macam Om. Dah terbakar teruk baru nak rawat.

Elakkan makan makanan yang berminyak seperti gorengan. Yes memang sedap tapi kesannya mendalam. Susahnya nak rawat ya ampun. Before nak guna mana-mana produk local, better pergi berjumpa doktor kulit. Om risau je kat korang yang dah memang tengah bermasalah jerawat tu. Spent sikit duit tu nanti teruk boleh jadi kanser kulit. Mencegahkan lagi baik daripada merawat wahai sayangku semua.

the best product ever!

Tak nak banyak pulak pencuci muka. hahahahha

Om jatuh cinta dengan semua produk Cetaphil. Ini adalah pencuci muka yang Om takkan skip menggunakannya. Gentle Skin Cleanser by Cetaphil. Ianya sangat sesuai dengan segala jenis kulit. Harga berpatutan tau. Tak rugi grab this product as your skincare collection. 

Jadi untuk gambar kedua. Om ada 4 jenis pencuci muka termasuk cetaphil ya. Its depens on my skin. For those yang belum kenal Om, yes my day memang fully dekat site. Panas mendung hujan kilat petir memang Om akan hadap tiap-tiap hari. Untuk cleanser, Om guna depends pada kulit Om. 

1) Mary Kay (cleanse) Botanical Effects Formula 3, Om guna F3 sebab kulit Om bermiyak. Produk MK Om memang tabiklah even terlalu mahal tapi sangat membuahkan hasil. Korang boleh dapatkan produk ini dengan consultant yang dipercayai sahaja. Ada di IG tau. MK tak dijual dimana-mana kedai. Untuk clease ni berharga RM80 something erghh tak ingat.

2) Clease Himalaya Lemon Face Wash. Om guna produk ni bila muka terlalu berminyak. Setakat ni, this is my best clease yang pernah Om ada. Mencuci sambil skrub muka korang. Buang segala sel-sel mati. Om beli pencuci ni botol kecik je, harga RM10.90 jer.

3) Mary Kay Timewise 3in1 Cleanser berharga RM80. Pencuci ni tiada buih langsung. Korang yang sangat bermasalah jerawat tu, boleh cuba pencuci ni.

Okay lets stop here. Penat nak taip panjang-panjang. Om sambung esok ya.



Salam Maal Hijrah 2017/1439H

Salam Maal Hijrah 2017/1439H


Om ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1439H. Om doakan semoga kita semua:

✿ dipanjangkan umurnya
✿ diluaskan rezekinya
✿ ditetapkan keimanan
✿ dikurniakan akal yang baik
✿ kesihatan yang baik
✿ berjaya didunia dan diakhirat
✿ sentiasa dirahmat olehNya
✿ diampunkan dosa kita

Semoga silaturrahim sesama kita akan berkekalan selamanya hingga ke syurga 


First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤

First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤




Assalammualaikum.

Cepat-cepat join. 

20 September 2017 - 20 October 2017



Untuk penyertaan boleh klik banner di atas ye!

Om dah join, korang bila lagi?



COMEBACK GIVEAWAY

COMEBACK GIVEAWAY




Assalammualaikum.

Selamat pagii.  Terima kasih sebab adakan comeback giveaway paling gedik. Om join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.


Inilah hadiahnya tau, rugi tak join.



Untuk penyertaan boleh klik banner di atas sekali ye!

Om dah join, korang bila lagi?



Giveaway Paling Gedik

Giveaway Paling Gedik




Assalammualaikum.

Selamat pagii. Welcome back to my favourite blogger, RRAI. Agak lama juga RRAI menyepi daripada dunia blog. Terima kasih sebab adakan giveaway paling gedik. Om join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.


Inilah hadiahnya tau, rugi tak join.


Untuk penyertaan boleh klik banner di atas sekali ye!

Om dah join, korang bila lagi?



Travel (Mersing,Johor) | A Day Trip With Aluha Boat Service.

Travel (Mersing,Johor) | A Day Trip With Aluha Boat Service.


Assalammualaikum.

Awal ceritanya, kitorang (Om dan rakan ofis) merancang untuk pergi 'day trip' pulau pada 9 sept tetapi disebabkan ada sedikit hal, kitorang 'postponed' pada 16 sept. Untuk percutian kali ini, Om cuma menggunakan pakej sehari. Nanti Om sertakan no dan facebook pakej ni ya.

Korang mesti pernah dengar Pulau Rawa yang tengah viral tu. Sebenarnya, Pulau Rawa berdekatan dengan pulau-pulau yang Om kunjungi. Mersing merupakan nama kepada daerah di timur laut negeri Johor, Malaysia. Daerah ini terletak 128km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru. Mersing juga terkenal dengan keindahan pulau-pulau yang berada di sekitar perairan Laut China Selatan. Mersing mempunyai sebuah jeti di Pekan Mersing untuk membawa pelancong dengan feri untuk ke Pulau Tioman dan kesemua pulau-pulau yang berada di daerah Mersing.


Ha, cantik tak? Ini salah satu pulau yang berada berdekatan dengan Mersing iaitu Pulau Tinggi.  Om menggunakan pakej Aluha Boat Service. Kitorang bergerak dari Jeti Mersing pada jam 9 pagi. Sebelum memasuki jeti ini, dinasihatkan korang membeli tiket untuk ke Taman Negara Johor yang berharga RM5. Wajib beli ya! 

Dinasihatkan juga, kepada mereka yang mudah mabuk laut, sila bawa pil ya. Kesian nanti muntah-muntah. Om memang jenis lasak, semua nak cuba.



Untuk trip ini, korang jangan risau tentang makanan. Korang tak perlu nak bawak banyak makanan. Aluha boat service menyediakan makanan untuk sarapan pagi dan makan tengahari. Terbaik giler makanan diorang tau. Sedap! Kalau nak bawak extra makanan pun boleh juga, bila dah penat berenang mesti perut akan cepat lapar.

Bawalah makanan seperti biskut or roti. Roti tu nanti boleh sedekahkan pada ikan-ikan yang kelaparan. Seronok nanti tau.



Pantai Pulau Tinggi Om rasa pantai ini yang paling cantik. Air lautnya menghijau, pasir pantainya pun halus memutih dan kena pula dengan cuaca yang aman dan damai. Waktu Om datang ke pantai ini, hanya trip boat kami. Sangat cun untuk berkunjung bagi menenangkan hati, otak dan badan bila ke sini. Kami di pantai ini hanya dalam 45 minit, menghabiskan masa dengan mandi manda.

Untuk apa pergi ke luar negara, sedangkan negara kita dah terlalu banyak pulau yang cantik-cantik. Bermacam-macam pulau di Malaysia, tetapi Pulau Mersing yang masih belum popular lagi. Tak rugi sebenarnya menghabiskan wang ringgit di negara sendiri. 

Apa-apa pun di hentian 1 memang best dan satu permulaan yang baik pada hari yang baik.


 

Disebabkan terlalu seronok, jadi tak ingat berapa hentian yang kitorang pergi. Please jangan terlalu seronok macam Om. Dah tahu nak pergi pulau, please pakai baju yang bersesuaian. Di Jeti Mersing, ada menawarkan khidmat tempat letak kenderaan. Untuk sehari, RM10 sahaja. Jadi sebelum kaki melangkah ke dalam bot, tinggalkan barang-barang di dalam kereta dan bawa yang perlu sahaja. Tak payahlah bawa baju tukar, maklum kat pulau tiada tempat tukar baju. 

Pemandangan di sekitar Pulau Tinggi, memang cantik-cantik belaka. Korang boleh bawa gadget yang bersesuaian tau. Dikhuatiri jatuh ke laut, dah susah nak ambil semula. Snap gambar selagi boleh, Om memang tak gemar sangat berswafoto sebab risau handphone jatuh laut. Om ambil gambar yang perlu sahaja untuk diabadikan di dalam instagram.

   
     



Naik rentung dah muka tau. Sila pakai sunblock ya. Sesiapa yang kalah dengan panas terik, confirm kulit terasa nipis dan mengelupas. Walaupun dah biasa dengan berjemur dibawah matahari, tapi on that time memang terasa pedih and I was like lepas ni wajib pakai sunblock!

Make sure diri korang tu stabil bila buat pose macam ni. Hahahahahaha

How's the view? Interesting right?


Inilah hasil daripada 4 buah boat yang dinaiki. Ramai lelaki kan? rambang mata pulak kita ni, hikhikhiks

SubhanaAllah the view!

Bukan rentung dah ni tapi hangit! 

This is my day trip partner. 
Kesimpulannya, day trip bersama Aluha Boat Service memang terlajak seronok. Korang tak rugi pun bila pergi bersama Aluha.  The best moment ever and In shaa Allah, I will come again. Kampung Om dekat je dengan pulau-pulau ni. 1 jam 30 minit dah sampai dah.




DAY TRIP ALUHA BOAT SERVICE 




OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com