Khamis, 17 November 2016

Giveaway Miniature Photography by Waza Studios

Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Klik banner untuk join.

Segmen Jom Exchange Follower Twitter dan Instagram

Assalammualaikum dan salam sejahtera.


instagram : ombakbergigi_

twitter : ombakbergigi

Rabu, 16 November 2016

Before And After? MashaAllah!!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera.



Yes, I am already 10 month works as site supervisor at Water Treatment Plant Langat 2, Hulu Langat. Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Awalnya hanya seorang pelajar yang tidak tahu membaca drawing plan sehinggalah berjaya membaca. Wahh, that's was very unbelievable experience that I have! Mula-mula masuk kerja memang macam tikus yang takutkan kucing tapi sekarang dah macam singa yang sedia untuk membaham mangsa.

Rata-rata ada yang tahu, Om memang mengalami masalah sunburn yang teruk. Tidaklah sampai masalah kritikal. Muka Om sebelum masuk kerja, memang bersih. No pimple wei! Tapi, sebulan je kerja, jerawat berserta kaum kerabatnya memang tak nak berpindah pulak. Makin beranak-pinak ada lah. Geram wei. That time, confident level memang down giler. Bayangkanlah, muka yang selama ni dijaga dengan elok habis hancur lebur. Punah ranah wei hati.



Tapi, ada hikmah sebenarnya. Allah tu nak Om belajar bersyukur. Bersyukur yang Om masih ada muka lagi. Bayangkan orang lain yang mukanya bermasalah macam terkena asid. Ha bayangkan. Orang tu mesti down giler! Kan? I feel that! Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yes I believe that.

Muka Om ni bukan je penuh dengan jerawat je tapi pakej dengan kulit berminyak. Susah nak kontrol sebenarnya. Ditambah dengan muka yang gelap gelita, lagi lah malas nak jaga. Bila keluar dengan kawan-kawan yang cantik secara automatic confident tu terus jatuh merundum. Serious ni! Om tak tipu. Sejak dari tu, Om berazam nak cantikkan balik kulit muka ni. Mak Om perli, gaji banyak tapi nak beli pencuci muka pun kedekut. That time, rasa macam kena tampar berkali-kali. Pedih!





Sebenarnya, sebagai perempuan ni kita wajib ambil berat tentang penjagaan diri, tak kesahlah penjagaan badan ke muka ke. Kita kene jaga. Taknaklah nanti orang level kita ni sebagai pengotor pulak. Think and think. Jadi, berbeza tak muka Om sebelum dan selepas? Korang nak tahu Om pakai product ape? Stay tuned okay!

GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT

Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Klik banner untuk join.

Ahad, 13 November 2016

PROGRAM MUDAH KURUS BERSAMA DR. MALINDA




Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum Om terangkan program #DRMalinda #mudahkurus20 #jomcepatkurus, Om nak korang semua tahu bahawa masalah obesiti di Malaysia sangat membimbangkan. Kepada sesiapa sahaja tak kira lelaki ataupun perempuan yang nak kurus, jom baca program ni sehingga habis! Nak kurus kena usaha bukan makan produk je, produk sekarang pun macam-macam kimia ada. Nanti lama-lama, bukan kurus tapi dapat banyak penyakit. 


JOM KENALI OBESITI. 

OBESITI adalah sejenis ‘penyakit’. Obesiti adalah masalah dunia moden. Ia hampir tidak wujud 50 tahun dahulu. Antara penyebab yang menyebabkan fenomena ‘Obesogenic’ adalah – Pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti fizikal. Metabolisme kacau. Hormon tak seimbang. All haywire. Pengurangkan kalori sahaja pun kadang-kadang tidak dapat membantu menurunkan berat badan yang terus meningkat naik. Peperangan Alaf Baru!

Hasil carian imej untuk obesity

Obesiti adalah peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu.

Anda dikatakan obese apabila :
Wanita : Peratusan lemak badan >32%
Lelaki : Peratusan lemak badan >25%

Siapa kata obesiti ni tak bahaya? Meh angkat tangan?

BAHAYA OBESITI

Obesiti berkait rapat dengan pelbagai jenis penyakit :

-          Diabetes (Kencing manis)
-          Hipertensi (Darah Tinggi)
-          Kolestrol Tinggi
-          Penyakit jantung koronari
-          Stroke (Angin Ahmar)
-          Batu hempedu
-          Kanser Payudara
-          Kanser Prostat
-     Dan sebagainya.

KENALI JENIS-JENIS LEMAK.


LEMAK OH LEMAK!!

Sebenarnya, tak semua jenis lemak itu sama. Ada 3 jenis lemak dalam badan kita :

1) Lemak Untuk Struktur (Structural Fat)

Lemak pun ada yang baik. 'Lemak baik' ini sangat pentind untuk melindungi organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.

2) Lemak Normal (Normal Fat Reserve)

'Lemak baik' ini ada disekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperluka. Fungsi seperti Tangki Tenaga.

3) Lemak Abnormal (Abnormal Stored Fat)

'Lemak tidak berapa nak baik' pun ada, lemak ni dikenali sebagai 'tisu adipose'. Ia adalah lemak yang tidak diperlukanm oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai Tangki Spare. Lemak ini akan kelihata 'membuncit' dan 'berlipat-lipat' di tubuh korang !

Ia sangat AKTIF mengeluarkan toksik chemical dan hormon 'estrone' yang akan mengganggu sistem tubuh adnda. Lemak ini TIDAK digunkan sebagia sumber tenaga utama. Hanya dalam keadaan tubuh yang hampir 'kebuluran' sahaja. Lemak ini akan dibakar & mula digunakan sebagai tenaga!

Jadi, macam mana nak menggerakkan lemak jenis 3 yang degil tu?

APA ITU hCG?

HCG adalah HUMAN CHORIONIC GONADOTHROPHIN, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil. Ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan. hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan 'kebuluran' dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1500 - 4000 kalori sehari sebaga tenaga.
BAGAIMANA hCG ITU BERFUNGSI?

Rawatan hCG ini telah dimulakan oleh Dr.Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.
Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan. Ia boleh mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan.

PROGRAM DIET HCG Dr MALINDA.

 Program ini boleh disertai oleh mereka yang benar-benar ingin turunkan berat badan. Program ini amat mudah untuk diikuti dan dilaksanakan iaitu dengan menggunakan HCG Diet. Sekiranya korang mengikuti program ini, korang akan berada di bawah pemerhatian Dr Malinda serta diberikan panduan pemakan dan manual program yang lengkap.

SIAPA Dr MALINDA?

Dr Malinda merupakan Pakar Penuan Sihat dan Obesiti daripada Future Wellness Sdn Bhd, Health & Training Consultantcy. Beliau mempunyai pengalaman 15 tahun sebagai doktor perubatan dan memberi coaching untuk Program Hcg selama 4 tahun serta berjaya membantu lebih 300 pelanggan mecapai berat badan idaman. Beliau juga menjadi speaker untuk lebih 1000 jam ceramah dan seminar kesihatan anjuran swasta dan kerajaan. Selain itu juga menjadi panel jemputan untuk segmen Penuan sihat dan di Wanita Hari Ini dan Nasi Lemak Kopi O. Dr Malinda juga merupakan penulis artikel kesihatan dalam Majalah i-Sihat.

SELAMAT KE HCG DIET?

Safeweightlossalternative? Ya, ianya selamat. Bagi memastikan Program Diet hCG ini sentiasa selamat, anda akan sentiasa berhubung dengan doktor. Jangan risau, semua aturan yang mudah untuk diikuti.

BERKESAN KE?

Safeweightlossalternative? Ya, ianya selamat. Dengan penggunaan hCG ini korang perlu mengambil pemakanan berkalori serendah iaitu 500 cal sehari. Walaubagaimanapun, jangan risau korang tidak akan berasa lapar. Kombinasi antara rawatan hCG dengan pengambilan pemakan tambahan yang akan doktor syorkan akan membuatkan korang tidak akan rasa berbeza dengan hari biasa! Kesannnya dalam masa 21 hari sahaja.....

TESTIMONI YANG TELAH BERJAYA?

Program ni memang dah ramai yang berjaya. 

PUAN FARAH FARHANA.




BERMINAT UNTUK MENYERTAI?
Whatsapp : 
017-5084430
Emails : 
drmalinda@gmail.com
Blog :
Facebook :

#DrMalinda #MudahKurus20 #JomKurusCepat







Selasa, 8 November 2016

3 Tips Untuk Bangun Awal Pagi Setiap Hari




Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hi korang! How your day's? Everything are going smoothly right? Malam ni Om nak kongsikan 5 tips untuk korang semua bangun awal pagi setiap hari. Waktu awal pagi adalah bukan waktu kegemaran Om sebenarnya. Om tak nak tipu dengan korang tau! Tetapi, ianya pada zaman belajar dulu. Sekarang dah bekerja, mesti bangun pagi-pagi tau! Kerja pun start jam 8, itu pun kena sampai ofis awal setengah jam tau. Ha rasakan! 3 tahun kot bermasalah nak bangun pagi. Ya, sekolah dulu mak Om yang suka kejutkan tapi bila dah berjauhan dengan mak, ha rasakan, padan muka.

Hasil carian imej untuk bangun pagi
sumber: google

Sebenarnya, waktu pagi adalah waktu yang  aman, damai dan waktu yang paling menenangkan. Waktu in sangat sesuai untuk membaca, menulis dan menumpukan perhatian kita terhadap ibadah kerana fokus kita tidak mudah terganggu. Jadi kepada korang yang bermasalah nak bangun awal tu, meh baca dan amalkan tips Om ni.

1) Tetapkan penggera untuk waktu tidur.

Ha, bohonglah kalau telefon korang tak boleh nak set penggera untuk waktu tidur. Penggera ni bukan untuk bangun pagi je tapi boleh buat untuk waktu tidur jugak. Memang bangun pagi tu sangat susah, Om dah rasa setiap pagi tapi apa yang lagi susah tu, bila korang tak dapat nak tidur pada waktu yang sepatutnya. Jadi, jangan lengahkan waktu tidur! Cara terbaik adalah tetapkan penggera setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan diri kita bahawa asudah sampai masa untuk merehatkan diri.

2) Jangan lupa mandi.

Om ni kadang agak lemah sikit bab mandi, hahahahaa sebabnya penyakit malas ni susah sangat nak diubati. tapi tak adalah sampai tiap-tiap hari tak mandi. Eh Om ni kerja site tau, mesti mandi tiap-tiap malam. Wahai Om, janganlah pengotor sangat. Opps! Jangan skip mandi tau! Mandi ni boleh menurunkan suhu badan kita ke beberapa darjah dan proses penyejukan badan selepas mandai akan menyamai suhu badan pada waktu petang secara semulajadi.

3) Bangun dari tempat tidur.

Ya, Om akui tips terakhir ni adalah bahagian yang paling sukar. Kadang, bila kita terjaga 5 minit sebelum waktu penggera berbunyi, apa yang korang buat?

Tidur semula untuk 5 minit kan? Bohonglah kalau tak pernah buat. Tidur semula untuk 5 minit itu adalah sangat membazir dan secara tak langsung akan membuatkan korang tidur lebih lama, ni lah masalahnya! Semakin sukar nak bangun pagi dan setiap kali jam loceng berbunyi.

Apa yang terbaik adalah bangun tanpa banyak alasan dan berfikir tentangnya. Please, jangan ikut sangat hati tu sebab waktu nilah syaitan paling kuat bekerja untuk memujuk kita tidur semula. Jadi, letakkan penggera korang jauh sikit dari tempat tidur, supaya korang terpaksa bangun untuk mematikan penggera tersebut.

Kesimpulannya, bangun awal pagi itu sebenarnya bagus untuk mendisplinkan diri korang. Kalau tak boleh juga amalkan tips di atas, sah korang ni bermasalah mental!

Ha lagi satu, jangan lupa untuk minum segelas air masak supaya otak korang tu berfungsi sikit! eh tak! Supaya otak kita dapat oksigen selepas bangun dari tidur dan menghilangkan mamai kita secepat mungkin.

Selamat beramal!

Birthday Giveaway by KasihkuAmani


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hi korang :)

Jom join Birthday Giveaway by KasihkuAmani.

Klik banner tau!

Hadiah best akan menghantui hari anda.

Segmen PENCARIAN BLOGLIST by Murni Alysa


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Jom korang kita ramai-ramai serbu segmen Kak Murni.

Klik banner untuk join!

Pencarian Bloglist November & December


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Klik banner untuk join segmen di atas.

Rugi tak join tau!!

Ahad, 6 November 2016

Tutorial: Letak Banner Giveaway Di Sidebar

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hasil carian imej untuk toturial blog

Malam ni Om nak share satu toturial macam mana nak letak giveaway atau apa jua di sidebar. Bila kita klik pada banner di sidebar, ianya akan terus ke page tersebut. Okay let's start!

1) Pergi ke LAYOUT.

2) Klik ADD GADGET.

3) Kemmudian klik pada HTML/JAVASCRIPT.

4) Copy dan masukkan kod di bawah.

<center><a href="LINK ENTRY"><span style="width: 300px; height: 300px;"><img style="width: 300px; height: 300px;" src="URL GAMBAR" /></span></a><center></center></center>

5) Sila ubah link entry dan  url gambar. Kaler merah tu, korang boleh adjust mengikut kesesuaian blog korang.

6) Save!

So, macam mana? Jadi ke tak? Simple kan. Om harap korang dapat belajar toturial yang mudah ni. Bila dah jadi tu, ha apa lagi komen lah deras!

Kalau korang nak toturial lagi, pun boleh komen jugak!

Mega Giveaway By Blogger's Family 2016


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Yes, I am one of blogger's family and I also sponsor this mega giveaway. Guys, If you're joined this giveaway, you will get my present. I just give one of my notebook collection. 

So, let's join this giveaway. 

Klik banner untuk join.

ig : @ombakbergigi_

tag: YOU!!