Rabu, 28 September 2016

Kalau diberi pilihan, belajar, bekerja atau surirumah?

Assalammualaikum.

Sebenarnya, Om stress dengan kerja hari ni. Otak dah letih nak fikir cara selesaikan masalah kerja. Serious, letih. Tiga hari dah pening kepala je, berdenyut-denyut. Mata pun macam tak nak bukak sebab tak tahan sakit. Migrain ke ni?

Kalau diberi pilihan samaada bekerja, belajar atau surirumah? Om tak tahu nak pilih yang mana. Sebab ini berkaitan dengan masa depan. Mak banyak kali cakap, nak masa depan elok hari-hari kena fikir. Jangan terlalu ikut dengan plan.   Kadang, plan kita sendiri pun tak ada yang betul. At least, you have your plan right? Don't just follow the flow.



Kalau belajar, degree is the biggest challenge in studies. Bukan senang tau nak dapat degree tu. Ya bukan senang. Bukan macam masak sayur campur, campak sayur dalam kuali letak perasa dan siap. It's not like that. Apatah lagi, degree in civil engineering. To become as an engineer, banyak cabaran kena hadap. Nak senang, memang kena tatap keadaan susah tu. Degree je dah dekat 45K, mana nak cari? Ptptn? Yes, memang kena amik tapi nak bayar balik hutang tu. Seumur hidup pun belum tentu  habis. Dah nama pun hutang, perlu bayar tau bukan Kat dunia je, akhirat pun kena tuntut. Penat wei fikir pasal belajar ni. Penat!



Kalau bekerja, dugaan seorang pekerja tu tak sama macam seorang pelajar. Istilah malas datang kerja ni memang patut dipupuskan dan ditanam hidup-hidup dalam tanah. Ingat bos kita tu macam lecturer kita dulu ke? Lecturer kata tak ada kelas tu, merdekanya tu macam merdekanya Malaysia. Best sebab dapat cuti. Ni bos kau kata macam tu, nak mampus ke ape? Masa belajar dengan kerja memang tak sama. Serious tak sama. If you know my situation now, you will understand. Every scope in works, memang boss kau akan perhati. Trust me. Perangai kau elok, kerja kau elok, peratus gaji naik tu sangat tinggi. Tapi jangan amalkan konsep bodek membodek ni. Tak elok tau!

Last choice, to be a housewife. Hahhahahaha. Kiranya kawinlah ni. Calon tu dah ada. Macam Om, suka plan awal-awal sebab ia berkaitan dengan hati dan perasaan. Betulkan? Tak suka bagi tahu awal-awal, dahlah bercinta bagai nak rak tapi tak kearah perkahwinan better batalkan niat. Ingat, hati orang ni jangan dibuat main, karma tu ada wei! Itu baru hati. Kau nak hidup dengan future husband kau, it's not for a year tapi sampai kau mati. Nak kawin jangan sebab nafsu! That's a key.

Apa-apa pun, nak buat sesuatu, kena fikir panjang. Kalau terasa keliru dengan pilihan tu, Islamkan mudah. Istikharahlah dan berdoalah. Moga Allah permudahkan segala urusan kita. Amin ya Allah.

Tapi untuk Om, I choose to be a worker for a year. Om nak kutip pengalaman kerja construction. Project Langat 2 bukan senang, macam sekarang ni mana balik kerja lagi. Pergi pagi balik pagi. Penat tapi best! Tak semua orang dapat apa yang Om dapat sekarang ni.

Thanks Allah. You hear my voice.

Ahad, 25 September 2016

Sesi Mengenali Ahli Blogger

Assalammualaikum.

Yes, I am a blogger. Mungkin ada di antara kalian mengenali diri hamba ini.
OmbakBergigi seorang blogger yang mengejar cita-cita untuk menjadi Jurutera dihati awak.
Ceh ayat. Tampar kang.

Sebenarnya Om dah kenal dengan NURNABILA , seorang blogger yang cute miut.
Dulu, Nabila ada invite Om dalam satu group whatsapp, group tu ditubuhkan khas untuk blogger blogger yang famous, cantik dan comel. Tapi, Om terpaksa left disebabkan hal-hal tertentu di tambah dengan keadaan handphone kesayangan rosak. Jadi, lost contact. Huargh sadis.

Jadi malam ni, sengaja stalker blog nabila sebab rindu. Ecehh.
'Nabila, mohon jangan kembang sangat, kak Om mengarut ni'
hahahahahhahaaha.
Om nak join balik that group.
Macam biasa, korang berminat nk join this sesi?
Just klik the banner.



Syarat untuk menyertai pun sangat mudah.

1. Buat satu entri "Sesi Mengenali Ahli Blogger" dan impian anda terhadap blog anda.
2. Buat biodata anda sikit dalam entri tersebut.
3. Ajak ahli blogger lain untuk join.
4. Dalam entri mesti diisi nombor telefon * ikut pada diri nak letak atau tidak*, laman sosial yang korang ada ( Instagram, Twitter dan Facebook )

Mudah kan? Masih nggak ngerti caranya gimana. Kalian bisa klik banner di atas ya. 
Jangan lupa.

Impian Om terhadap blog ini.

Om cuma berharap blog ni sentiasa korang ingat dan rajin stalk blog ni. Tapi paling nak sangat, nak follower banyak-banyak pastu nak masuk dalam surat khabar, pastu nak tubuhkan kelab blogger sendiri. Pastu, nak jumpa rakan-rakan blogger. *mula dah mengarut* Korang baca yang bold tu je selebihnya dah tak betul dah tu. Haipp niat kene betul tu.

Biodata Om.

Copy paste je lah. Hehehehehe. 
My name is Raja Shuhada but I will comfortable if you call me as Om. Because OM is the unique name in this blogging world. I am twenty one years old and I'm work as site supervisor at Water Treatment Plant Langat 2 Project. I came from small village in Kota Tinggi, Johor but now I live at Bandar Mahkota Cheras, Selangor.

Baca lebih lanjut  di SINI SINI SINI SINI.

Om nak ajak korang yang tengah baca entri ni. Jangan tak join. Rugi tau. Mungkin korang boleh famous too. Ecehh..

Untuk kenal Om dengan lebih rapat, boleh ke :

Facebook : OmbakBergigi

Instagram : ombakbergigi_

I'm Looking For Travel Buddies.


Assalammualaikum.

Hi guys, I hope you all still stalk my blog. After one month and half, I'm lost for awhile.Yes, I know may be half of you still miss me right? hahahah I miss you too. 

Tapi rasanya untuk hari ni je Om menaip. Esok dan hari seterusnya, Om sibuk dengan kerja. Om tak boleh nak bagi 'fully comittment' untuk blog ni. I hope you will understand my situation.


* nah gambar, untuk hilang rindu hehehehee *

Okay guys, sekarang ni dalam facebook dah terlalu banyak sangat manusia manusia kaki travel ni post diorang punya itinerary. Om jealous gila kot! Dah lama kerja tapi tak ada masa nak travel. Om nak curi masa kerja dalam 3-4 hari untuk pergi tenangkan fikiran buat seketika. Ecehh. 

Om plan nak pergi bercuti this November tapi Om tak nak pergi sorang. Bukan sebab takut tapi better ada geng, kan? Om tengah cari 2 - 3 orang travel buddies. If korang berminat boleh whatsapp Om , 01136223656. Betul betul interested je tau! Hangat-hangat tahi ayam Om tak nak!! Jangan whatsapp!

Lets say, If korang nak join, better kita mulakan di dalam Malaysia. Om teringin nak pergi Langkawi tak pun Sabah. Ehh lupa, Om tak kesah lelaki atau perempuan. Janji korang tak ada buat hal time travel. Hehehehee. Om lagi suka if rakan-rakan blog Om, join this travel.
   
Let's travel.


* gambar daripada google *

Pencarian Bloglist Oktober-Disember 2016 by Cik Ummi


Assalammualaikum.

Macam biasa, klik banner untuk join.

Giveaway by BusyraTakiyudin


Assalammualaikum.

Tuliskan kekurangan blog ini (dari segi penulisan / halaman blog / ataupun apa saja yang membolehkan aku perbetulkan apa yang kurang di blog ini ) *tak perlu panjang, satu ayat dah mencukupi*

Hi Kak Busyra.

Bagi Om blog Akak dah semakin perfect, apa kata akak tambah background blog. Lagi meletop. 

guys, lets join.

Macam biasa klik banner untuk join.

Giveaway by Cik Purple


Assalammualaikum. 

Kepada kawan-kawan yang sedang menjadi 'burung hantu' pada masa sekarang ni,
 jom kita join giveaway by Cik Purple.

Macam biasa, nak join kan, korang boleh klik pada banner di atas.

Selamat men'join'.