Ahad, 22 Mei 2016

Isteri Berkerjaya, Sebab Apa?

Assalammualaikum.

Selamat pagi semua. Setelah berhempas pulas di dunia nyata, aku kembali ke alam maya. Hahahaa lama juga aku tinggalkan.

Aku ada tanya dengan beberapa kawan lelaki aku. Aku tanya "Korang suka tak dengan perempuan yang berkerjaya ni?" Mereka kata "aku tak berapa suka, nanti susah nak urus rumahtangga aku" 

Dan lagi sadis ayat kawan aku ni, "Takkan kau nak anak kau membesar dalam gelap. Pagi pagi  kau dah keluar keje, tengah malam baru balik. Lama lama nanti anak kau dapat mak yang kedua, sanggup ke bermadu?"

Mimpi ngeri wei bermadu ni, kongsi barang pun aku kedekut apatah lagi berkongsi suami. TAK NAK!

1) Gaji suami kecik, kena kerja nak tampung keluarga.

Suami gaji kecik, nak bagi isteri cantik cantik sikit, itu pun kena kontrol perbelanjaan. Kau rasa gaji suami kau yang 2000 tu cukup ke nak tanggung kau sekeluarga. Ditambah anak kau yang 4 5 orang, bukan tak bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Tapi kalau tak saling membantu, memang tak tahulah. Hidup di zaman yang hampir ke 2020, memang duit tu sangat penting. Tak ada duit bye bye lah. Tapi tak tahulah kalau dapat laki yang gaji 7 8 ribu, aku pun tak pasti cukup ke tak. Tapi kalau kau nak kerja jugak tolong suami kau, kerja sampingan pun dah cukup. Jual kerepek ke, jual barang online ke. Zaman dah maju. Think think and think.

2) Belajar tinggi tinggi sampai PhD, takkan nak bazir.

Bila isteri ada ijazah ke master ke Phd ke, takkan tak kerja. Rugi sebab belajar pun dah beratus ribu habis takkan nak rugi macam tu. Orang dulu dulu cakap, belajar tinggi tinggi ke dapur jugak nanti. Tapi sekarang mentaliti tu dah lapuk dah. Tak kerja nanti tak makanlah kau. Malaysia ni dah gawat dah. Dengan gstnya, minyak naik, harga barang pun boleh tahan. Apa apa pun kata suami kena ikut jugak. Nanti tiada syurga bagi mu.

Jadi, aku cadangkan kepada semua perempuan yang tengah bekerja ni, sebelum jodoh korang sampai. Kumpul duit tau. Sebulan 200 kau simpan pun dah cukup. Senang untuk masa depan kau. Lagi satu, kumpul harta juga. Macam basikal, senang nak kemana mana lepas kawin nanti.





sumber: google

Isnin, 9 Mei 2016

Dah 3 Bulan Ke?

Assalammualaikum.



Selamat petang. Ya, saya masih bekerja di projek Langat 2 sebagai 'site supervisor'. Alhamdullilah, rezeki masih di negeri orang. In shaa Allah tahun depan, akan pulang ke kampung sendiri, berbakti pada negeri Johor. In shaa Allah, moga dipermudahkan. Selama 3 bulan bekerja, macam macam pengalaman terjadi, kena marah dengan bos, berjumpa dengan manusia yang pelbagai kerenah dan paling aneh, muka ni boleh rilek lagi bila sesuatu berlaku. Hahahahahaa.

Kerja dalam pembinaan ni, hati memang kena kering. Sado sado, tahu sado? Bukan tak pernah menangis, pernah. Sampaikan ada sorang bangla ni siap pujuk, 'kakak, jangan nangis. Jangan sidih sidih, nanti saya banyak sidih tengok kakak'. How's funny they are. Lap airmata sampai tergelak gelak. Bertuah punya bangla.

Lagi dasyat, bila marah je mesti lepaskan pada makanan. Maksudnya, marah sikit makan. Bengang sikit makan. Sampaikan satu hari, 6 kali makan. Ya memang dasyat. Badan kecik je, tak pernah nk gemuk gemuk. Makan tu mengalahkan orang yang tak dapat makan Afrika tu. Astagfirullah.

Alhamdullilah, pagi tadi Mr.Khang a.k.a Boss No 2 panggil, dia cakap gaji Om naik. Wahh happynya. Rezeki untuk raya ni. Jadi, kepada korang yang bergelar pekerja, rajin rajin kerjanya. Hehehehee kot kot naik gaji.

Selasa, 3 Mei 2016

Rupanya Dua Minggu Demam Disebabkan....

Assalammualaikum.

Lama tak menaip, jadi rindu jadi kangen. Memang berazam seminggu sekali mesti post entri tapi masa memang cemburu. Itu yang jadi tangguh dan tangguh. Haisshh geram. Om cuma nak berpesan kepada korang semua, ni musim panas janganlah korang berjemur macam ikan kering. Om ni pun sebab kerja. Kadang tengahari dari kol 12-3 memang nak duduk pondok je, dan pada waktu itu memang tidak ada inspection, Alhamdullilah.

Disebabkan dah dua minggu demam, kejap sihat kejap tak, Om amik keputusan nak buat medical checkup. Haishh risau juga. Entah entah penyakit lain pulak. 


Rupanya dua minggu demam disebabkan darah berkuman. Darah pun kurang, air dalam badan pun kurang juga. Dr. nasihatkan untuk makan bayam, hati ayam sebab nak tambah darah. Patutlah demam je, rupanya kurang darah. Ini kalau mak tahu, matilah kene bebel. Cukuplah telinga ni dengar along membebel. 

Klinik Famili dah nama pun klinik swasta kan caj untuk 20 minit cecah 200 ringgit jugak! haishh stress jugak. Nak complaint pun tak guna, janji Om sihat. Jadi harap korang semua sihat ye.
Memaparkan DSC_0002.jpg
Memaparkan DSC_0002.jpg

Pencarian Bloglist OmbakBergigi 1 jam. TAMAT.

Assalmmualaikum.
Yeay, blog dah berwajah baru. Dengan bersusah payah Om buat selama 7 jam, haish lenguh sudah punggung Om ni. Cantik tak blog Om? hihihihi.. Gigih Om siapkan blog Om ni. Disebabkan blog ini dah bertukar wajah, Om dengan berbesar hati nak mencari bloglist terbaru selama 1 jam sahaja!
Satu jam je!!
Jadi, kalau korang berminat nak jadi bloglist Om ha syaratnya mudah mudah mudah dah dah.. Korang cuma letak korang punya link blog di kotak komen. Mudah kan? Siapa cepat dia dapat. Satu jam tau.
2,30 petang tamat okay.

Mini Segmen by Syaidah Seha


Assalammualaikum.

Click banner untuk join.