Ahad, 10 April 2016

Cara Menyemak Baki Pinjaman Pembiayaan Ujrah PTPTN.

Assalammualaikum.

Dengan rasa segala hormatnya, Om nak bagitahu, entri malam ni adalah entri yang paling penting sepanjang 3 tahun bergelar blogger otai. Cehh.. Gurau je.

Siapa dah habis belajar? Sila baca entri ini tau. Malam ni Om gatal tangan nak tengok berapa banyak hutang Om pada PTPTN. Sekali tengok, aiyooo Om baru 21 tahun dah berhutang sebanyak tu. Tepuk kepala tanya hati. Siapa suruh sambung belajar kan? Rasakan hutang sebesar tu. Allah 10 tahun baru habis bayar tau. 

PTPTN ini hutang yang paling wajib DIBAYAR tau. Siapa yang berangan tak nak bayar tu, mehh Om sekeh kepala tu. Dah pinjam, pandailah bayar. Om cadangkan korang jangan menangguh nanti makin lama makin bertambah jumlah surcaj pinjama korang. I called that bunga. Heheheee. Tiap tiaap bulan bayar RM100 pun, lama lama nanti dah tinggal sikit. Betul tak? Marilah sama sama kita semak baki pinjaman kita ye.

Langkah dibawah adalah langkah mudah untuk menyemak baki PTPTN:

1) Pergi ke laman web : http://www.ptptn.gov.my/gateway/login.jsp


Jika korang terlupa kata laluan, sila klik pada Terlupa Kata Laluan? dan korang hanya perlu isi no kad pengenalan dan diminta memasukkan abjad / angka yang dipaparkan.


Kemudian, PTPTN akan hantar kata laluan baru ke alamat emel korang yang digunakan semasa mengemaskini maklumat Ujrah.

2) Setelah korang berjaya login, paparan di skrin korang adalah seperti gambar di bawah :




Korang boleh memilih untuk melihat Penyata Baki atau Penyata Baki Terperinci. Korang juga boleh menukar kata laluan dan alamat emel.

Jadi, di bawah ini adalah contoh Penyata Baki Pembiayaan Ujrah Om setakat 10 April 2016.


Jadi, jika korang ada sebarang pertanyaan, korang komen lah ye...


Sabtu, 9 April 2016

Mini Giveaway By Niena Annisa

ASSALAMUALAIKUM


*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.



HADIAH :






Shawl chiffon x 2 pemenang

Bila Orang Tegur Kau Makin Hitam.

Memaparkan DSC_1893.jpgMemaparkan DSC_1893.jpgAssalammualaikum.

Entri yang pertama di bulan April, Allah makin hari, Om makin sibuk dengan kerja.  Om tiada masa nak buat entri, apatah lagi nak makan. Sangat sibuk. Inilah dikatakan manusia, tak pernah nak bersyukur. Bila zaman belajar dulu sibuk berkata, bilalah nak kerja ni tapi bila dah mula bekerj, haishh bilalah nak belajar ni. Penat bekerja. Ya Allah tak pernah berssyukur! Allahurabbi.

Dua bulan bekerja, memang ketara beb, muka Om. Sunburn teruk. Berbelang macam zirafah. Tak pe, end of this project, Om nak cuba makan qu puteh qu puteh barulah puteh. hahahahaha... Nak dijadikan cerita, seorang surveyor mula tegur ketaranya perubahan kulit. Bacalah perbualan di bawah:

Surveyor, Abg Rezza (bukan nama sebenar) ternampak wallpaper Om di telefon.

Abg Rezza: eh syu, muka kau ke tu? mehh abang tengok gambar kau.

Om: Haah, ini muka syu sebelum keje. 

Abg Rezza: Yeje muka kau ni, lainnya. 

Om: Lah betullah bang, ini muka syu, original tau, no hitam no jerawat, sekarang je problem.

Abg Rezza: Hahahahahaa (gelak besar) Dulu lawa, sekrang dah macam orang bangla, ini kalau abg masuk minang kau ni, tolak duit hantaran sebab kes penipuan. Gambar lain, tengok depan depan lain. Molek molek bagi 15K, terus bagi 5K. hahahaha

Om: Speechless!


Sabarlah wahai hati.. Hitam pun ada orang sayang gittew.