Jumaat, 29 Januari 2016

Segmen Bersama Leya Yeolly

Assalammualaikum.

Leya,, Om join segmen Leya. Om sentiasa support segmen leya even Om lambat sikit nak update. heheheheh.. Sorry tau.

Sebab utama kenapa Om nak leya edit blog Om secara percuma adalah Om nak blog Om 100% cantik macam blog leya.. Hihihiii... Om dah tersuka tanpa sengaja dengan design blog leya.. warna yang menarik. haishhh jelesnya Om.

Dengan secara sadisnya, Om nak tag :

1) WANA

Isnin, 25 Januari 2016

A Big Thank You.

Assalammualaikum.

I would like to say a big thank you to RRAI.

I'm a blogger from Kota Tinggi, Johor. Orang johor sila komen, hehehhehe gedik. Om suka betul dengan design rrai. Sangat cantik, rasa macam nak print dah tepek pada dahi. Hahhahhaa.. Rugi tau siapa yang tak join segmen rrai hari tu. Korang memang rugi. Hehehehhee.. Don't be jealous okay?

Thanks again, RRAI.

Jumaat, 22 Januari 2016

Teringin Nak Jadi Backpackers.

Assalammualaikum.

Penat kerja tak habis lagi, Om dah bertapa depan lappy. Minggu depan dah convocation, arghhh takut dan berdebar pulak. Om tak prepare lagi baju convo. Hahahahaha biarlah dulu, sempat lagi nak beli. Om sekarang ni tengah kumpul duit untuk travel, backpackers. Hati ni dah macam nak cari dan lihat sesuatu yang baru. 3 tahun belajar, menghadap buku. Otak pun dah letih. Om kerap bekerja, hamba duit katakan. Siapa yang pernah jadi pelajar dulu, memang akan rasa bagaimana kehidupan korang bila tiada duit. Takkan nak susahkan mak abah kan?

Untuk tahun ni, Om azam nak jelajah beberapa negeri di Indonesia like Lombok, Bali, Bandung dan macam macam lagi. Hajat memang nak travel satu Indonesia dalam masa sebulan dengan badjet 3 ribu ringgit. Om harap sangat dapat capai hajat ni. In shaa Allah, moga Allah permudahkanlah segala urusan Om.

Can't wait !

Rabu, 20 Januari 2016

Wordless Wednesday.

Hari rabu, "Wordless Wednesday" jadi tak boleh nak cerita panjang-panjang.

Tengok gambar atas, ha itu masa majlis perkahwinan sepupu Om di Indonesia, tahun 2013. Jadi dekat 2 tahun jugalah tak balik sana. Entah bila nak ziarah keluarga besar di sana. Nak jumpa nenek, nak jumpa paman-paman Om. Rindu kot.

Untuk tahun ni, Om tengah planning nak ke Lombok, "backpackers". Kalau korang ade yang berminat nak join dengan Om boleh email Om tau,

sufiamukhriz@gmail.com

Nanti Om akan update about 'Travel Partner'

Stay tuned, Assalammualaikum.

Selasa, 19 Januari 2016

I Love Chinese Song, You?

Assalammualaikum.

Setelah 8 hari bekerja, jadi hari ni adalah hari 'off day'. hahahhaa.. Letih tahu tak. Layan kerenah pelanggan yang cerewet. Kerja sebagai pembantu jualan memang akan jumpa berbagai jenis manusia. Kalau dapat yang cerewet, ha matilah kau. Om ni pulak, bukan jenis penyabar. Pantang kena marah, ha confirm pelanggan tu kena marah juga. Sesukahati nak marah om tapi ada bagusnya sebab kita boleh uji kesabaran kita ni. Om harap Om sentiasa bersabar melayan kerenah pelanggan. hahahahahaa...

Korang dah dengar lagu kat atas tu? Hihihihi kenapa lagu chinese? Untuk makluman korang, Om memang nak belajar bahasa ketiga, iaitu bahasa mandarin. Bahasa cina bukan senang nak belajar tau. Rasanya bahasa inggeris lagi senang nak belajar berbanding bahasa inggeris. Sekarang Om tahu some words like WO HEN AI NI, WO CHI FAN.

Saya suka makan = Wo Ai Chi Dong Xi
Makan apa? = Chi shen me?
makan nasi la = Chi fan la.
Kenapa = Wei shen me.

HAhahhahaha... Om faham lah sikit sikit. Kelas mandarin pun bukan murah. Nak belajar kan? Kenalah berkorban, senang untuk masa depan, ye dok? Nanti bila orang cina marah marah kita ni dalam bahasa diorang, dah tentu kita faham. Lagi satu, kalau nak bekerja dengan cina mesti tahu bahasa cina ma! Penting tau!

Lagu lagu cina pulak belum tentu kita ni boleh hafal, kadang nak hafal pun boleh berbelit lidah. Yelah lain bahasa kan. Setakat ni Om dah hafal lagu atas tu, Tong Hua. Ambil masa seminggu juga nak hafal, mula mula memang berbelit lidah tapi sekarang, hmmm tutup mata pun dah boleh nyanyi. hahahah berlagak gila. Lagu bawah ni pula, Om baru nak hafal sebabnya Om suka rentak laju, tak nak rentak slow. Boleh sleepy bila dengar.

Lain orang, lain minat. Ada yang minat lagu jepun, ada yang minat lagu korea. Macam macam. Nak pandai belajar mandarin, ha kenalah istiqomah.

Ye dok?

Isnin, 18 Januari 2016

No Life.

Assalammualaikum.

Mungkin korang tertanya-tanya kenapa Om menghilang selama seminggu?
No post no blogwalking kan. Alaaa... Om tahu korang rindu Om kan? Hahahahahah...
Jangan rindu rindu tau. Om tak ada masa nak update entri. Ini pun Om curi masa padahal jap lagi nak pergi kerja. Yes, I'm miss my blog too. Om rindu nak blogwalking blog korang semua. Untuk sebulan ini, Om tak boleh bagi perhatian yang sepenuhnya untuk blog ni. Harap korang faham.

Seminggu direct, Om kerja non stop tau. Semuanya shift petang, letih. Tapi apakan daya, Om ni hanya hamba duit. Hari hari nak buat duit. Duit penting untuk kita. Tarak duit tarak boleh hidup ma. Percayalah. Ini pun taip entri laju gila. hahahahah dah macam marathon.

Om sekarang kerja as sales assistant di Nagoya Textiles. Dimana? ahahahah biarlah rahsia. Nanti korang jumpa Om, confirm Om malu. Lagi satu, hadiah untuk pemenang blog terkemass pun Om belum pos lagi. Om minta maaf sangat. Om tak ada masa nak pergi pos. nanti Om akan inform korang tau.

I'm really sorry about that.

Okaylah, got to go. Nak mandi nak pergi kerja. Harap ketiadaan Om ni, korang jenguk jenguklah belog Om tau. Sayang korang.

Memaparkan DSC_1073.jpg
Memaparkan DSC_1073.jpg
Memaparkan DSC_1073.jpg
Memaparkan DSC_1073.jpg

Ahad, 10 Januari 2016

Turmeric Mask.

Assalammualaikum.

Hai korang. Lama jugalah tak memanjakan wajah Om ni, jerawat timbul tak nak kalah pulak. Haishhh geram. Kat dahi dah penuh jerawat siap berparut. Rasanya sejak kebelakangan ini muka Om banyak masalah, dulu tak berminyak sekarang dah berminyak. Stress!

Sebelum practical dulu, Om memang rajin scrub muka, pakai masker lah itulah inilah. Hari hari Om buat, siap beli timun tepek dekat mata. Ni dah masuk zon 21, wajiblah jaga penampilan kan, ye dok? Takkan nak selekeh je? Hehehehehee tapi jangan terover sudahlah.

Korang pernah dengar turmeric mask?
Turmeric atau dalam bahasa melayu ialah kunyit. Kunyit yang kita pakai untuk goreng ikan, ayam tu. Kalau korang nak tahu, orang India diorang gunakan kunyit ni sebagai mask. Selalunya diorang akan pakai mask kunyit sebelum majlis kawin. Nak bagi muka flawless katanya... ><

Om buat sikit je, suku daripada botol. Bertahan untuk 2 minggu. Om pakai 3 kali seminggu. Tak kesahlah hari apa korang nak pakai. Janji pakai, nak muka cantik jangan malas. Sekarang memang banyak produk nak cantikkan wajah, tapi terfikir tak, bahaya? Beauty is pain.

Cara nak buat mask kunyit ni sangat mudah. Korang gunakan serbuk kunyit tu letaklah dalam mangkuk. Korang campurkan dengan madu, yogurt atau susu. Kalau tidak ada, korang boleh letak dengan air. Kacau sampai sebati. Sebati? Ha bolehlah sebati, tapi janganlah cair. Nanti meleleh pulak dah. Kotorlah baju tidur korang. Make sure biar sederhana jangan cair sangat tau.

Antara khasit kunyit ialah bagus untuk kulit kering, menghilangkan sel mati, bersihkan kulit wajah, buat kulit lebih bersinar dan dapat menghilangkan jerawat. Nak buat apa beli produk mahal-mahal yang banyak kimia? Pilihan ditaangan korang, Om tak paksa.

Bila nak cuci mask tu, korang janganlah sekadar cuci dengan air je. Kalau tak memang kuninglah muka korang. Tapi tak adalah kuning sangat. Om lepas je cuci muka, Om terus cuci dengan pencuci muka, Om guna safi. Gosok sampai bersih. Om nak tukar pakai barangan yang Face Shop jual. Kawan Om kata, kat situ bagus dan berkualiti. Nak try lah nanti.

Om puas hati guna mask kunyit ni, korang nak cuba?

Dah cuba baru tahu.

Have a nice day :)

Memaparkan DSC_1049.jpgMemaparkan DSC_1049.jpg

Shopping Online Di Zalora.

Assalammualaikum.

Selamat malam kepada yang sedang lena dibuai mimpi dan kepada kalian si burung hantu, sila habiskan membaca entri ini. hihihihihii.

Korang pernah shopping online? Membeli-belah secara talian. Order hari esok tengahari dah sampai. Laju kalah pos laju. Untuk setakat ni, Om lebih percayakan Zalora berbanding Lazada. Tetapi tidak tahulah mungkin satu hari nanti Zalora mengkhianati Om. Om pernah dengar juga lah Zalora ni penipulah, Zalora itulah, Zalora inilah.

Alhamdulillah, Zalora dah tingkatkan servis diorang. Ishhh, servis teruk mesti viral ye dok? Zaman sekarang walapun RM1 tetap nak dituntut, duit tetap duit, kan? Secara teorinya, hahahaa Zalora tak pernahlah tipu, servis diorang ni berjalan dengan lancar. Sudah terbukti. Cuma Om nak cuba servis pemulangan barang, iaitu tukar saiz atau barang rosak.

Om dah order kasut, kalau saiz tak sesuai, Om nak tukar, Om nak cuba servis pemulangan barang. Manalah tahu tak okay ke kan? Kalau tak mencuba memang tak tahulah.

Apa-apapun pandai beli pandai tanggung risiko dan rugi. Think before buy!

Sabtu, 9 Januari 2016

Alhamdulilah, Tersenarai Juga.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, Yeay... akhirnya Om dapat juga jadi salah seorang bloglist blogger terkenal, dan terlajak comel iaitu Kak Lyssa.

I'm the first.

Thank you kak Lyssa sebab anjurkan segmen tukar bloglist. Dapat jugalah Om merasa jadi bloglist kak lyssa walaupun sebulan sahaja Om tetap rasa bersyukur. Heheheheh

Nanti buat segmen tukar bloglist lagi tau.

Klik SINI untuk baca,

Jumaat, 8 Januari 2016

Tagged Question By Adiba Rusli.

Assalammualaikum.

Setelah sekian lama entri ini jadi draft, Om publishkan juga. Hihihiih. Maaf ya Adiba sebab ambil masa yang lama untuk menjawab soalan Adiba.
Terima kasih juga sebab sudi tagged Om. Nanti tagged lah Om lagi. In shaa Allah Om jawab dengan segera.

Selamat membaca.

1. Tell you my feelin' right now.

Erghh... alhamdulillah Om kenyang. Sedap juga Yong Tau Foo dekat pasar malam Jelatek. Mai datang.

2. If I have a chance to travel around the world, with whom you will go?

In shaa Allah, ada peluang Om nak travel dengan keluarga Om sebabnya keluarga Om bukan jenis yang suka pergi travel. Jadi kalau sekali dapat travel, ha memang lama. Sampai sebulan kot. May be.

3. State one weird things that I have done in 2015?

Rasanya tidak ada.

4. If I a social media icon, who you wanna be? and why?

Instagram sebabnya orang akan kongsikan kisah hidup mereka melalui gambar, suka, sedih, kecewa, marah dan sebagainya.

5. Favourite color?

I like grey!

6. Favourite pets?

I'm not interested with pets, sorry :(

7. Complete this sentence that start with " I think I should... "

I think I should married ! Hahahaha.. Tak lah.. I think I should seeking a job sebabnya penat sudah menganggur. Om tunggu panggilan kastam atau imigresen.

8. End this sentence with " ...........world will disaster"

If you lost my phone the world will disaster!

9. Do you thiink you brilliant enough? why?

brilliant? congak matematik pun makan masa yang lama. hahahah

10. Give me 2 bad habits that people doen;st know about it.

* suka makan ais.
* kuat tidur.

Segmen Blog Review By Little Miss Snowflake

Assalammualaikum.

Blog Lissa dah cantik sangat dah. Top 7 pencarian blog terkemas 2015 kot.
Kipidab lissa !

Toturial : Letak Facebook Dalam Blog.

Ombak Bergigi

Assalammualaikum.

Selamat petang semua. Hari ni Om nak ajar korang cara letak FB dalam blog. Ha macam Om punya, kat atas tu. Rajinkan tangan korang add FB Om tau. In shaa Allah Om akan terima korang. Om tak sombong lah. Hehehehhe..

1) Klik https://www.facebook.com/badges/

2) Dah klik? Klik Profile Badge tu tau.

3) Nanti akan keluar macam gambar bawah.

4) Korang klik pada kotak merah yang Om tanda tu.

5) Siap!

6) Korang klik pada layout. Nanti FB tu ada dekat layout korang. Korang ubahlah nak letak bawah ke atas ke. Ikut kesesuaian blog korang.

Senang kan? Selamat mencuba.

Khamis, 7 Januari 2016

Senarai Peserta Segmen #BOTW

Assalammualaikum.

Terima kasih sebab korang masih sudi lagi join segmen Om yang tidak seberapa. In shaa Allah, kalau segmen ini dapat sambutan, Om akan ganjakkan tarikh sebabnya segmen lepas ada yang tidak dapat join. Kesian gila. Haishh tapi nak buat macam mana. Past is past ye dok?

Check link blog korang tau. Om harap korang rajin-rajin blogwalking.

19.
20.

21.
22.
23.
24.
25.

Segmen #BOTW.

Assalammualaikum.

Bulan lepas Om adakan segmen pencarian bog terkemas 2015, Alhamdulillah sangat memberangsangkan. Sambutan hangat kot segmen tu, sampai Om tak tahu nak pilih blog mana yang paling paling kemas. Ya, mungkin sekarang ada blogger yang bersedih sebab tidak dapat award daripada Om. Tapi korang yang tidak dapat award tu, ha Om ada anjurkan lagi segmen.

SEGMEN #BOTW

#BOTW? Korang tahu? Okay, #BOTW ialah Blog Of The Week.
Apa yang menarik?

*Segmen ini khas untuk blogger yang tidak dapat award
untuk segmen bulan lepas.
*Siapa yang tidak join segmen bulan lepas, korang boleh join.
*Pemenang akan dapat award.
*Pageviews korang akan meningkat.
*10 blogger terawal layak ke pusingan seterusnya.
*Segmen ini diadakan dua kali sebulan.
*Pemenang segmen lepas pun boleh join.

Syarat penyertaan:

1) Follow blog OmbakBergigi , http://ombakbergigis.blogspot.com

2) Buat satu entri yang bertajuk,

" Segmen #BOTW 1.0 by Ombak Bergigi "

3) Copy code di bawah dan paste di ruangan html post korang.

Hai guys! Om buat segmen lagi. Korang nak join Segmen ni ? 10 blogger yang terawal layak ke pusingan seterusnya.

Korang tahu #BOTW? #BOTW ialah singkatan daripada Blog Of The Week.

Apa yang menarik?

KLIK BANNER UNTUK JOIN !.

4) Sila komen entri link korang di bawah.

10 blogger terawal layak ke pusingan seterusnya!

Segmen terbatal jika tidak cukup 50 penyertaan.

TARIKH TUTUP : 11/01/2016

Rabu, 6 Januari 2016

Untuk Apa Bersedih.

perpisahan

Assalammualaikum.

" When someone comes into your life, Allah sends them for a reason.
Either to learn from them or with them till jannah... "

Om rasa mesti korang pernah alami situasi perpisahan.
" Clash, break up, or putus. "
Mungkin itulah perkataan yang sangat menyiksa jiwa. Mungkin kita merasakan ini adalah satu 'musibah' yang sangat besar, yang sangat
menyeksakan dada, yang mudah sekali untuk menjatuhkan butiran air mata.
Om pernah rasalah situasi ni.

" Kita takut apabila kita berpisah dengan dia, kita tidak akan ada sesiapa lagi.
Kita takut apabila kita melepaskan dia kita tidak dapat menemui yang sama seperti dia dan kita merasakan hanya boleh bahagia dengan dia sahaja. "

Tapi ada je yang terpaksa putuskan hubungan atas dasar keluarga
yang tidak merestui, tidak sama taraf, perbezaan agama, faktor jarak dan pelbagai alasan. Apa yang paling baik bagi Om adalah mereka yang memutuskan hubungan cinta sebab ingin menjaga agama dan maruh diri dari dosa cinta.

Bila dah putus, mestilah diiringi dengan air mata, sedih, murung dan rasa kecewa. Even tak banyak, mesti ada juga sedikit perasaan tu. Bohongah kalau tidak ada perasaan tu. Haishhh kental betul Tapi Om tak rasa itu pelik, normal sebagai manusia. Mana ada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan.

Tapi kenapa perlu bersedih lama-lama?

Ask yourself my dear, jangan menangis sebab benda bodoh!

Toturial : Total Post dan Total Comment Di Blog.

Assalammualaikum.

Selamat malam semua. Hari ni Om nak ajar korang cara letak total post dan total comment. Korang tengok gambar di bawah ok.

Ikut langkah di bawah ;

1) Sign In > Layout > Add Gadget > Html/Javascript

2) Copy code di bawah.

3) Pastekan di dalam ruangan html/javascript

4) Warna merah tu tukar tau.

5) Save.

Siap sudah. Simple kan? Any request for toturial, boleh comment di bawah.

Isnin, 4 Januari 2016

Yeayy.. Boleh Convo.

Assalammualaikum

Alhamdulillah,
Om sudah menamatkan pengajian di City University College Science and Technology dalam bidang kejuruteraan awam (diploma in civil engineering). Akhirnya penat lelah yang berliku sepanjang diploma, sudah pun berakhir. In shaa Allah, hujung bulan ni Om convo.

Mak abah Om tidak dapat datang sebab ngah Om nikah pada tarikh yang sama. hhuhuhu sedihnya. Tapi along dengan akak ipar sudi nak gantikan tempat mak abah. Lagipun diorang banyak bagi support. Tak sabar!

Om harap semuanya berjalan dengan lancar.

Ahad, 3 Januari 2016

Sebelum Dan Selepas.

Assalammualaikum.

Selamat petang korang. Om ni tengah tengok gambar-gambar Om dalam facebook. hahahahha... Tergelak besar wei. Dulu Om orangnya agak gelap gelita jugaklah. Kalau Om pakai baju sekolah memang confirm dari jauh tak nampak muka. Nampak gigi je. Dulu, Om memang beri komitmen yang sepenuh untuk pasukan bola jaring.

Tolong jangan gelak tau !

Taraaa, hitamnya OM! Gambar ni diambil semasa Om di tingkatan 4. Waktu ni Om ada kelas ERT (ekonomi rumahtangga). Tergelak kejap, tak sanggup nak tengok gambar lama. Dulu berat Om cecah 55kg, tapi sekarang 45kg pun agak susah nak jejak. I don't know why. May be, I'm stress.

Gambar ni lagilah Om tak rela nak tatap lama-lama. Ini rasa tahun 2012. Om dekat majlis sepupu Om. Itu adik Om, jarak kitorang hanya 2 tahun. Tak jauh sangat dan ya, sekarang Om tak nampak sangat macam kakak. Sebab apa? Sebab dia lebih besar daripada Om hahahaa...

Mesti korang ada gambar-gambar lama. Om nak bandingkan Om yang dulu dengan Om yang sekarang. Dulu zaman tak matang lagi, semua perkara nak ambil kesah. Sekarang, hmm dah tak kesah sangat. Korang kongsikanlah gambar lama korang. Om nak tengok juga.

Hmmm 2016 ni, Om rasa macam tak percaya bila tengok dan tatap lama-lama gambar Om. Dulu, orang nak berkenalan pun zero peratus. Om ni memang sombong, zaman sekolahlah. Muka ketat je! Susah nak senyum. Tapi rasanya Om sama je macam dulu, susah nak bagi senyuman. Sebab apa?
Kalau Om bagi senyuman dekat korang, korang terus cair punya lah.

Hahahaha.. see! I told you, so many different! Kawan intake kolej dulu ada kata, muka Om ni 'stock-stock minah glamor' hahahaha.. Penipu besar dia tu. Tapi kalau Om glamor satu hari nanti, apa salahnya. Betul tak? Jadi, kalau korang ada gambar lama dan sudi nak bandingkan, ha komenlah entri tu ye. Biar Om jengah.

Ingat!

'Cantik di muka tak penting, biar hati yang cantik'

Dear EN.BERDIKARI,

" Mesti dulu, awak hitam macam saya juga kan? Mesti awak tak kacak macam sekarang, tak sado macam sekarang. Betul tak? Saya harap awak tak cair macam ice cream bila tengok senyuman saya. Please jangan cair! "

Tips Untuk Dapatkan CPUV Nuffnang.

Assalammualaikum.

Selamat pagi sayangku, apa khabar dirimu?

Bangun-bangun, dah pagi dh. Matahari dah nak atas kepala dah tu, cepat bangun. Hari ni Om nak pergi mandi sungai dekat Sungai Legong, Selayang. Sambil siapkan makanan untuk berkelah, Om berbesar hati nak kongsikan tips. Tengok tu, SABRINA tidak sabar untuk membaca. Hehehehe Om bukan blogger otai yang mudah dapat cpuv. hihihihi

Korang kalau tak tahu apa itu CPUV Nuffnang, korang boleh baca di SINI !
Sudah baca? Baiklah, mari kita teruskan.

Tips untuk dapatkan cpuv :

#letak iklan nuffnang dengan betul.

In shaa Allah, Om akan ajar newbie cara daftar iklan Nuffnang. Jangan risau tau newbie's. Sebenarkan pemasangan iklan nuffnang dengan cara yang betul sangat mempengaruhi earning CPUV. Pastikan iklan nuffnang korang tidak tersorok. Kalau tersorok macam orang lain nak nampak. Disebabkan, Om jenis yang tamak, Om suka letak lebih daripada satu iklan nuffnang tu. Kalau korang perasan, iklan om berada di sidebar dan juga di atas header. Tak susahkan buat duit?

#rajin click-click iklan blogger lain.

Ha, ini tak semua blogger rajin click iklan orang lain. Sila hentikan sikap kemalasan korang tu. Mari sama sama kita bantu blogger yang lain. Lagi satu, jangan nak menggedik tangan tu, click iklan nuffnang korang sendiri. En.Nuffnang boleh tahu tau. Jujur okay?

#traffic maintain dan tinggi.

Untuk pastikan traffic blog kita maintain dan tinggi, bukan senang tau. Om sendiri pun masih tidak expert lagi bab-bab traffic ni. Om akan pastikan traffic Om lebih daripada 50 per hari. Biasanya traffic ni, berkaitan dengan pageview & unique visitor. Pageview tu mudah je untuk dapat, makin korang rajin blogwalking makin tinggilah pageview orang. Yang paling susahnya nak capai unique visitor tu padahal benda inilah yang dipandang oleh company pengiklanan. Nak capai 100++ pun susah inikan pula beribu-ribu.

#rajinkan diri update entri blog.

Kepada yang malas update entri tu, Om sarankan selalulah update. Om jenis yang banyak buah fikiran, kejap-kejap udpate entri. Ada sesetengah blogger macam Om ni, dalam sehari sampai 5 entri dia update. Ada sesetengah lagi, satu hari satu entri. Korang janganlah update entri yang sama, cuba buat yang lain. Beri kelainan, contohnya kongsikan tips ke, ajar toturial ke, review ke.

#update survey.

Rajin-rajinkanlah diri korang untuk update survey di web nuffnang. Survey ni penting sebab dari situlah advertiser tahu, kategori blog korang, kekerapan korang update blog, pelawat blog korang siapa dan lain-lain lagi. Di mana nak update survey tu?

Sign in Nuffnang > Klik Manage Blogs > Survey > Update Survey

Pilih yang mana patut korang update ye.

#hantar tiket pada Nuffnang.

Ha, bab ni Om pakar. Om geram sebab 2 tahun tak dapat CPUV. Om hantar tiket nuffnang yang mengandungi unsur merayu-rayu, menagih simpati kononnya.. Tapi berjaya tau.

Meningkat juga lah cpuv Om. Puas di rayu, akhirnya dapat juga. Bila korang dah selesai update survey, ha apa lagi hantar tiket kepada nuffnang. Bukan tiket wayang ye. SUpport tiket ni, pelbagai fungsinya, antaranya, korang boleh tanya, "kenapa blog korang masih lagi tidak dapat cpuv, sedang saya ni rajin orangnya" hahahahaha.. Bila korang hantar tiket sebegitu rupa, pihak nuffnang akan sedar diri tentang wujunya korang.

Itulah serba-sedikit tips yang mampu Om kongsikan. Om harap korang pun dapat CPUV. Om sarankan korang ikuti tips yang Om sediakan. Nak duit, kenalah rajin usaha.

Ingat!

Usaha Tangga Kejayaan.

Tak gitu EN.BERDIKARI ?

SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com

Nak join Segmen ni ? 50 blogger yang terawal dan mengikut kesemua syarat akan terpilih ! First come . First serve ! :D

Caranya mudah sahaja !

SYARAT WAJIB

1. Buat SATU entri bertajuk --->  SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com
2 . Kemudian , ikut step seterusnya di blog Lyssa ye ----> http://www.lyssasecret.com/

**Boleh tambah ayat korang sendiri mengikut kreativiti masing-masing**

Sabtu, 2 Januari 2016

Tak Tahu Nak Letak Tajuk!

Assalammualaikum.

Aku rasa kekeringan idea untuk tajuk entri ini. Hihihihi, biarlah. Korang kalau sabtu ahad selalu lepak dekat mana? Rumah? Jalan-jalan? Disebabkan 3 bulan lepas Om tinggal  di Shah Alam, jadi Om tidak ada masa nak berjalan-jalan di sekitar Masjid Jamek, KL. Sabtu ahad oun, Om banyak habiskan masa di rumah. Tidur dan makan!

Jadi, hari ni, Om ajak adik Om jalan-jalan di sekitar Masjid Jamek, KL. Disebabkan Om tiada lesen kenderaan, Om naik LRT. Tetapi, harga tambang LRT dari setiawangsa ke Masjid Jamek berharga 2.90MYR untuk seorang. Sebelum tambang lrt naik, tambang lrt ke Masjid Jamek hanya MYR1.80. Urghh kadang berkira juga nak juga kenderaan awam. Walaupun naik MYR1.10 tapi Om tetap berkira! Tak kira!

Sampai di Masjid Jamek, ingat penuh dengan umat manusia tapi tak ramai sangat. Om tak rasa bersesak, berlanggar bahu. Tak pun! Pelik? Mana diorang pergi ni? Disebabkan hari ini, hari sabtu, Om singgah cuci mata di Pasar Malam Masjid Jamek, masih tidak berlanggar bahu lagi. Hihihihi.. Om ni memang suka kumpul sarung bantal. Beli lah 3. Corak bunga-bunga, hmmm perempuan sangat. Rasanya tadi tak banyak membeli pakaian pun, duit banyak habis di makanan. Ya, Om kuat makan. Nak itu nak ini. Rambang mata kot bila berada di pasar malam. Semuanya nampak sedap Arggh... tak boleh kontrol nafsu makan.

Aiskrim pasu yang tidak berapa pasu. hahahaaa. Pusing-pusinglah di pasar malam tapi macam tak ada fungsi je di situ. Om pun ajaklah adik om pergi ke Dataran Merdeka, KL. Om nak lepak-lepak di situ. Mana lah tahu terjumpa EN.BERDIKARI Om. Wahhh gitu.

Hari ni Om dress up dah macam preman (samseng* indon word) tetapi masih comel kan? hihihihiii. Om rasa inilah tempat lepak yang paling Om suka. I don't know why. Nanti nak dating dekat sini dengan EN.BERDIKARI. hahahahaa.. Om memang suka jadi model, paksa adik Om ambil gambar walapun muka dia tu minta penampar. Dia dah jadi peneman hari ni, dia pun kena jadi my photographer. Kalau gambar Om tak cantik, Om paksa dia ambil gambar cantik-cantik. hahaahaa peduli apa. I'm your sister !

Kan dah kata! Adik Om ni memang suka rosakkan gambar. Stress betul. Dia suka sangat ambil gambar Om, bila Om tak bersedia. Benci tahu tak! Kalau korang nak tahu, di sekitar Dataran Merdeka ni banyak muzium tau. Muzium tekstil, Perpustakaan, Galeri Seni. Korang kalau berjiwa sejarah, marilah datang. Om boleh jadi korang punya guide. Korang nak pergi mana, Om boleh tunjukkan.

Yes, I love KL. This place like my second house. Om banyak kali pergi Dataran, tapi tak tergerak hati nak bergambar dekat I Love KL. Korang kalau nak bergambar, wajib beratur tau! Jangan gedik gedik nak potong barisan. Nanti ada pakcik perhatikan gelagat korang. Ingat tu. Tapi yang bagusnya, tiada bayaran dikenakan. Ala ambil gambar je pun.

Dah puas bergambar, ajaklah adik Om balik rumah. hahahaa kesian dia. Adik Om ni nak lepak lama-lama, dia nak balik malam. Turutkan je lah. Duduk kejap sambil-sambil tunggu maghrib. Selepas maghrib baru balik.

Om taip entri ni panjang-panjang. Om masih tak ada idea nak letak tajuk. Hahahahaa. Teruk betul. Kalau korang ada tajuk, komenlah ye.

Dear EN.BERDIKARI,

" Bila awak dah jumpa jalan keluar dari hutan Amazon tu, ayuh kita dating di Dataran Merdeka. Nak atau tak nak pergi, saya tetap paksa. Tak kira! Nah lah, simpan gambar saya elok-elok tau. "

3 Sebab Kenapa Single Itu Seronok.

Assalammualaikum.

Ya, bertemu kembali dengan blogger bernama unik iaitu "Ombak Bergigi". Tepuk tangan kuat sikit. Om tahu korang belum tidur lagi dan sedang menghabiskan masa korang dengan baca entri Om. Kantoi! Amboi tajuk? Lenguh tak baca? hihihihi.. Terasa sentap tak dengan tajuk entri Om pagi ni? Om yang sedang menaip ni pun sentap juga. Huarghhh (kesat airmata). Teruskan berpura-pura Om.

Hari ni 2.1.2016, Om baru berusia 21 tahun pada tahun. Birthday Om lambat lagi. Dua hari sebelum puasa nanti. 21 tahun? Kawan Om ada yang dah bertunang, ada yang sedang bahagia dengan suami dan ada juga yang dah merasai naluri seorang ibu. Om bila lagi? Tahun ni 21, tahun depan 22 dan tahun seterusnya 23. Meningkatnya tahun tapi masih tak jumpa EN.BERDIKARI (bakal suami) Om.

Ala, Om tak risau pun tentang EN.BERDIKARI tu. Mungkin sekarang ni dia tengah sesat di hutan amazon orang lain. Nanti bila dia dah jumpa jalan keluar, dia akan jumpa Om. In shaa Allah jodoh tu pasti. Jadi, untuk apa korang kusutkan kepala untuk fikir tentang jodoh korang? Sedangkan usia masih setahun jagung? Baik, korang campakkan perasaan fall in love jauh ke dalam lautan india pasifik. Biar perasaan itu lemas di kedalaman lautan tu.

Come on girls, keep calm and love being single!

Jangan sedih kalau korang tiada pasangan. Jodoh Allah tu pasti, jangan risau tau. Marilah lupakan seketika bab bercinta. Gapai dulu impian dan cita-cita. Kepada yang sedang belajar dan ada angan angan untuk bercinta, baik hentikan angan angan itu, takut pelbagai musibah datang. Hihihihihi..

Hak nak bercinta itu hak korang. Nak dengar nasihat Om teruskan. Tak nak dengar tak apa, Om tak kecil hati pun. Ini 3 sebab kenapa Om kata single itu seronok

#bebas dari komitmen.

Ya! Tiada komitmen! Korang nak pergi mana-mana pun tak perlu susah payah minta izin dengan kekasih korang. Memang bukan semua, tapi ada je sesetengah pasangan kalau nak pergi tandas pun nak kena whatsapp minta izin 'cayang, ayang nak pergi toilet jap boleh tak?' Muntah hijau ! Bohong lah kalau korang tak alami situasi ni. Om dulu pun pernah. After breakup, Om terus pikir, bodohnya aku!

#work hard, play hard.

Korang mesti pernah dengan perkataan 'work hard, play hard' kan? huhuhuhu. Ini antara kelebihan bagi korang yang masih single. Nak tahu sebab apa? Sebab korang boleh luangkan masa untuk diri sendiri. Korang juga boleh capai impian belajar/bekerja dengan lebih fokus tanpa gangguan atau masalah peribadi.

#Jimat kos.

hahahahah, yang ini tak boleh blah. Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan korang boleh dijadikan simpanan atau digunakan aktiviti yang korang inginkan seperti melancong ke luar negara. korang tidak perlu risau keluarkan bajet untuk hari hari bermakna kekasih korang. Om pun agak berkira sekarang. Sebanya ekonomi Om pun tak kukuh ladi. Yes, I'm fresh graduated!

Om mampu buat, kenapa tidak untuk korang? Sampai masa, pergilah cari pasangan. Buat yang sedang belajar, pikirlah baik baik ya. Jodoh tak kemana.

Buat EN.BERDIKARI om tu Om nak pesan,

"Saya harap awak masih sesat lagi di hutan Amazon, datang pada saya apabila saya betul betul bersedia. Saya tak risaukan awak, apa yang saya risau dan takut ajal yang melamar saya. Awak, hati hati dekat hutan tu. Lama-lama sikit sesat tu. Jangan lupa bunga taik ayam saya! Nah, gambar saya, saya risau awak haus dengan kerinduan."

Segmen Awak Orang Mana?

Assalammualaikum.

Yeay, Sekali lagi RRAI, kawan blogger yang paling Om sayang buat segmen. Nak tahu segmen apa? Ha korang boleh klik banner di atas tau.

kode warna: #CFF09E

orang mana: Kota Tinggi, Johor (Tanjung Sedili).

Om nak cerita serba sedikit tentang bandar Kota Tinggi. Korang tahu Kota Tinggi? Bandar Kota Tinggi terletak di laluan Sungai Johor. Jarak antara Kota Tinggi dari bandar Johor lebih kurang 42km, 1 jam perjalanan menggunakan bas awam. hihihiii. Kota Tinggi merupakan daerah yang banyak kelapa sawit. Korang pergilah.

Selain itu, Kota Tinggi juga merupakan tempat kegiatan perikan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Kampung Om tu. Jemput datang. Antara tempat menarik yang boleh dilawati di Kota Tinggi ialah Air Terjun, Makam Sultan Mahmud Mangkat di Julang, Makam Laksamana Bentan, Makan Cik Siti 99 suami, dan sebagainya.

Kiranya bandar Kota Tinggi adalah bandar sejarah, penuh dengan berbagai sejarah. Korang boleh berkunjung ke perkampungna orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi, satu-satunya petempatan kaum ini di dunia.

Penuh dengan sejarah bukan?

Jumaat, 1 Januari 2016

Apa Itu CPUV dalam Nuffnang?

Assalammualaikum.

Bertemu kembali. Hihihihi..

Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka. Terima kasih Mr.Nuffnang. Sebenarnya, Om dah lama tunggu En.Nuffnang ni bagi CPUV.

Apa itu CPUV?

CPUV adalah singkatan kepada Click Per Unique Visitor. CPUV ni bukan mudah tau untuk dapat. Korang wajib update nuffnang korang. Disebabkan Om dah lama berblogging, Om pun merayu-rayu dekat nuffnang supaya nuffnang ni bagi CPUV. Kalau nak tunggu CPC, 10 tahun pun belum tentu boleh cash out.

Teringin jugalah nak cash out. Cemburu tengok blogger hebat, selalu cash out. Om ni blogger yang tak hebat? Haishh sadis. Pengiklanan akan beli sejumlah bilangan trafik daripada pengunujng unik (UV) blog korang. Kempen ini juga akan tamat apabila kuota atau jumlah trafik UV telah dicapai.

Contoh:
Pengiklan dari Dettol akan bayar korang untuk setiap 1 UV dengan nilai 0.10MYR dengan had maksima sebanyak 500 UV atau sebanyak 50MYR ssepanjang kempen berjalan.

Tetapi, ada juga pengiklanan yang membayar mengikut tempoh masa, katakan selama seminggu. Selama seminggu itulah hari iklan CPUV dari Dettol (contohny) akan kekal berada di dalam blog korang dan pihak iklan kana bayar sebanyak mana UV yang ada ketika kempen berjalan.

Semasa iklan CPUV ini berlangsung nilai UV yang hadir dalam blog adalah lebih, maka Nuffnang akan berikan bonus ini. Bonus ini dibayar oleh Nuffnang dan bukan pengiklan. Take noted!

Jadi korang dah faham?

Om harap korang boleh tunggu entri untuk tips dapat CPUV nuffnang tau. Tunggu jangan tak tunggu :)