Ahad, 29 November 2015

Sebelas Soalan Tag By Rrai.

Assalammualaikum.

A very big thanks to Rrai 
Sebab tag Om dengan 11 sebelas soalan, terima kasih ye.

Here, I'm answer your questions :

1) Your first impression when you visit my blog.

Jealous! Hahahaha, jealous sebab belog rrai comel sangat. Belog Om ni biasa biasa je. Tak ada yang menarik pun, hiasan pun terhapeh hapeh. Om bagi 10 strawberi untuk belog Rrai.

2) Orang yang paling dikagumi dalam dunia blog ni and why?

Tak ada rasanya.

3) Your most favourite singer from Malaysia.

Dato' Jamal Abdillah. Teringin nak jumpa. I wish.

4) Your color theme of your blog and why you choose the colour.

Sebenar tema color belog ni adalah kelabu sebab om minat kelabu tapi background memang susah nak dapat. So I choose pink. Om tak berapa minat sangat pink ni. Nampak keperempuanan sangat. In shaa Allah akan ditukar tak lama lagi.

5) Most beautiful memory you will never ever forget.




6) Haiwan yang paling ditakuti and why?

Buaya, sebab buaya ganas. Hahahahha itu je.


7) Do you believe in second chances.
I don't believe second chances. I don't know why. I think, I'm always give second chances to the person that always break my heart.  Yes, I know human will make mistakes again. You must appreciate if another person give a second chances to you. 

8) Have you become stranger with someone once you called friends?

Hahahaa, Rrai. Why you ask me this question? Situasi ni memang selalu terjadi. Rasanya dah lali. Mungkin Om terlalu baik sampai orang pijak kepala Om ni. Om selalu ikut je kata kata diorang, buat itu buat ini. Tapi bila salah faham terjadi, ha mula berperang. Dah minta maaf pun still dia tak nak tegur. Om tak kesah pun, janji urusan Om dengan dia dah selesai. Tak nak tegur ke apa ke, itu dia punya hal. Dia muslim dia akan tahu dosa tak tegur selama 3 hari. Biarlah dia. Om doakan yang baik baik untuk dia. Gituww.

9) If you get a chance to be a hero/heroin, what movie you want to be and why?

If I get a chance to be a heroin, I will be Katniss Everdeen. The heroin of hunger games. I like her character and expression. 

10) Your favourite flower.

I really like  red rose. It is a symbol of love. 

11) Coffee or tea.

Both but the most I like is coffee. Especially, mocha. I'm coffee lover.





Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM

Assalammualaikum.

Siapa tak kenal HH dalam dunia blogging? Angkat tangan cepat. Om memang suka terjah belog HH dan sambil membaca entri HH yang menarik terutama SEO. Om masih newbie lagi, jadi Om banyak refer belog HH. Om nak ucap terima kasih kepada HH sudi berkongsi tips dan entri yang menarik.

Korang kalau nak join, klik banner tau.

Jumaat, 27 November 2015

I Got Liebster Award.

Assalammualaikum.


Hai semua. Terima kasih kepada Nurul Mustafa yang comel kerana sudi tagged belog Om ni bagi Liebster Award. Bagi yang tak tahu apa itu Liebster Award, boleh klik SINI. Om dah terangkan segalanya disitu, harap korang akan klik dan memahaminya. 

Jadi soalan yang Om kena jawab adalah : 

1) Tell me about yourself (paling kurang 6)


gedik gila, nak letak gambar bagai ><

Om suka makan pedas pedas, tak Johorian kalau tak makan pedas pedas. Okay ayat poyo gila.
Seorang manusia yang selalu tak cukup tidur, hmm korang?
Peminat setia Running Man sahaja!
Kacukan melayu riau, Indonesia. Jadi keluarga besar memang banyak dekat sana.
Hobi, memang suka kumpul kasut banyak banyak.
Pencinta aktiviti sukan lasak dan travel.

2) Binatang peliharaan yang teringin nak bela.

Om tak suka bela binatang, tak kisahlah apa jenis binatang. Kucing pun dok belai belai kat kaki, Om dah geli apatah lagi nak bela binatang yang lain. Lagipun Om bukan jenis penyayang, hahahaaa sebab tu tak ada masa nak belai kucing apatah lagi bela.

3) Apa pendapat tentang saya.

Awak (Nurul Mustafa) memang lawa, rajin blogwalking. Nak kenal boleh? Hahahhahaha poyo gila.

4) Tempat yang paling nak pergi, list on.

Banyak sebenarnya tempat yang nak pergi, sekarang ni memang tengah simpan duit untuk travel to Indonesia. Om tak minat pergi negara 4 musim sebabnya negara diorang banyak guna duit. Nak bercuti ni kena lah save budget ye dok? Rasanya setakat ni, Om memang nak pergi Indonesia. Kalau nak keliling satu Indonesia. In shaa Allah tahun depan akan bermula.

5) Tempat favourite yang wajib pergi setiap kali hujung minggu.

Om pun tak tahulah kenapa setiap minggu Om nak pergi Tasik Titiwangsa, KL. Hahahahha, padahal banyak je tasik dekat KL ni. Tapi Om tetap nak pergi situ. Hahahaha, banyak kenangan dekat situ rasanya. Tempat yang biasa biasa memang sesuai dengan orang biasa. Hehehehe, mengarut je Om ni.

6) Macam mana korang tangani low confident dalam diri.

Pertama, Om berdoa, berzikir dan selawat ke atas Nabi banyak banyak, minta pada Allah buang anasir yang tak baik dalam diri. Kedua, setkan dalam kepala, semua orang ada low confident, semua orang tak yakin, sampai bila tak yakin dan terus dirundum dengan low confident, try keluar daripada zon selesa. Ketiga, make up sebenarnya membantu untuk  tingkatkan confident. Nipis nipis je sudah tak perlu mekap tebal tebal , betul tak?

________________________________________________________________

Buat sementara ni, Om tak dapat nak tag sesiapa untuk Liebster Award, maaf sesangat tau. Om tahu korang tak kesah kan? Okay sayang korang semua. #muahhciked 


Segmen December Award & School Holiday Contest By Izzat Azhar

Hi Guys! Segmen Monthly Award by Izzat Azhar datang lagi, tapi kali ni ada sedikit kelainan. Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join!!

Segmen December Award ni agak berbeza dengan previous monthly award which is November Award sebabnya, kali ni Segmen ini besertakan dengan Contest dan bila sebut contest mesti ada hadiah kan dan hadiah hadiah yang ditawarkan oleh para para sponsor boleh dikatakan agak lumayan.


Haaa kan. Banyak jugak Hadiah yang ditawarkan kan? So apa lagi. Jom join bantu member sama member. Sambil tu boleh cuba cuba nasib kan. Mana tahu kut kut melekat satu hadiah tu. Untung! So yeah, Goodluck!

Mini Giveaway by Myra & Ina.

Hai assalamualaikum, 


klik banner

Syarat Penyertaan

1. Follow blog  Ina.
2. Wajib follow Instagram (jika ada) @flowery.dot
3. Like fanpage 

Senarai Hadiah

Sweatshirt 2x di Flowery.dot


 Shawl Hanis Zalikha 2x

Crispy choco jar 2x

Necklace 2x di flowery.dot
Pemilihan Pemenang

Blog;
Top Refferal & Random

Instagram; 
1. Like paling banyak
2. Tag paling banyak
3. Random

* Jika peserta melebihi 100 orang, hadiah akan ditambah

Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie



Assalammualaikum.

Hai korang,

Klik banner untuk join. 

Misi kembara Si Citam



Assalammualaikum.

Hai korang, ayuh join segmen

misi kembara si citam.

Klik banner untuk join okay.

Sabtu, 21 November 2015

Apa Itu The Liebster Award.

Assalammualaikum.


Korang tahu apa itu " The Liebster Award"

Bagi korang yang belum tahu apa itu Liebster Award adalah award yang ditujukan untuk blogger yang memiliki follower kurang daripada 400 followers. (aku ubah sikit, asalnya 200 followers) Tujuannya di sini agar para blogger saling mengenali satu sama lain melalui award ini. Korang dah faham?

Jadi, award ni ada peraturan tau :

1) Korang kena ucapkan terima kasih kepada orang yang telah mencalonkan. Korang kena letak link entri korang di blog mereka.

2) Korang wajib tampal atau tepek kasi ketat gambar "Liebster Award" di blog korang.

3) Jawab 6 pertanyaan yang ditujukan untuk korang.

4) Berikan 6 fakta tentang diri korang.

5) Calonkan 5-6 blog yang mempunyai kurang daripada 400 follower yang korang fikir layak dapta Liebster Award.

6) Reka 6 soalan baru untuk dijawab oleh calon terpilih.

7) Sila maklumkan kepada calon bahawa mereka telah dipilih untuk menerima Liebster Award.

_________________________________________________________

Jadi, hari ni aku berbesar hati nak bantu blogger yang followernya kurang 400 follower. Hihihihiii, niat baik ni tau. Lagi pun sambil sambil kenal blogger yang ada. Betul tak? Jadi di bawah ni aku calonkan 6 blogger, harap korang sporting tau. 

1. http://annalieyana.blogspot.com

2. http://itsmelyya.blogspot.com

3. http://emmemarinamohamad.blogspot.com 

4. http://nurriffah-islam.blogspot.com 

5. http://maizatulnadia.blogspot.com 

6. http://nampakjiwaterbang.blogspot.com

Aku dah calonkan 6 blogger di atas, hihihiihi Harap awak awak semua sporting tau, jadi jawab soalan ini :

1. Blog saya comel tak? 

2. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. 

3. Siapa awak pada masa 5 tahun akan datang?

4. Sila pilih : Api, Air, Tanah, Angin

5. Mimpi terbaru yang awak alami.

6. Blogger inspirasi awak.

Aku harap korang sporting ye. Hihihihiiii. 


Birthday Giveaway by Eina ~ Cerita Cantik Sihat



Assalammualaikum. 

" Happy Birthday Kak Eina "

Klik banner untuk join okay.



Segmen JOM KENALI FOLLOWER ANDA



Assalammualaikum. 

Selamat bersegmen semua, disebabkan segmen Mawar Assufi suruh cerita serba sedikit tentang diri daku, jadi daku berbesar hati nak bercerita, ceewahh. Lagi pun, syarat penyertaan tu. Heheheh. 

Menetap (negeri) : Buat masa sekarang ni, menetap di Shah Alam seksyen 27, In shaa Allah bulan 1 nanti akan kembali menetap di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Bak kata kawan aku, aku ni manusia nomad, manusia berpindah randah, hehehehe.

Kerjaya / Study : Setakat ni masih tersangkut dengan diploma civil engineering, In shaa Allah awal 2017 akan sambung degree in civil engineering. Kerjaya, hmmm alaa tengah buat practical jadi belum kerjaya lagi. Impian memang nak jadi engineer dan businesswoman. 

Sebab Anda Blogging : Entahlah dari mana datangnya minat berblogging. Sebenarnya aku dah aktif daripada 2010 tapi disebabkan ketiadaan laptop dan wifi jadi aku pun melenyapkan diri. Aku bergiat aktif semula pada hujung 2012 dan alhamdulilah masih aktif hingga hari ni. Rasanya penulisan aku untuk blogging tak adalah menarik,  jadi aku rasa minat blogging ni berputik bila aku mula berkomunikasi dengan hati. Maksudnya, aku menaip entri dengan mengikut kata kata hati, agak bercelaru jugak ayat aku ni. 

Pernah Join Mana-Mana Blogger Club : Kelab Blogger Ben Ashaari tapi rasanya macam aku je yang tak aktif. Tapi aku ingat nak tubuhkan satu club blogger, in shaa Allah aku akan capai hajat itu. Doakan aku. 

Nyatakan Kelab Tersebut : Kelab Blogger Ben Ashaari.

Tag dua rakan blogger :

Perdu Cinta

Murni Alysa

Aku harap korang join juga segmen ni, klik banner untuk join. 



Toturial : Basic Coding HTML Tag.


Assalammualaikum.

Berita baik untuk "new blogger", malam ni aku nak ajar korang tentang basic coding html tag. Toturial kali ni amat amat mudah dan korang boleh letak dimana sahaja. Cehh. Hahahaa.

Toturial ini akan ajar korang tentang basic coding, sangat basic. In shaa Allah korang akan faham sebabnya mudah tau coding ni. Macam merapu je ayat aku ni. Tapi aku harap korang faham apa yang aku cuba sampaikan. 

1. Centerkan perkataan, gambar dan lain-lain.

<center> KOD ANDA </center>
preview:
KOD ANDA


2. Hitamkan perkataan.

<b> YOUR TEXT </B>
preview : YOUR TEXT


3. Garis di bawah perkataan

<u> YOUR TEXT </u>
preview : YOUR TEXT

4. Perkataan senget. 

<i> YOUR TEXT </i>preview : YOUR TEXT

5. Potong perkataan.

<s> YOUR TEXT </s>preview : YOUR TEXT

6. Editkan perkataan.

<font face="Arial" size="5" color="#F781D8"> YOUR TEXT </font>
* gantikan warna merah

7. Letak gambar.

<imgsrc="URL IMAGE" width="100" height="100" />
*gantikan warna merah dan hijau


Okay. Ini sahaja yang aku mampu, any request sila PM di FB ataupun email aku okay. Paling senang, request di shoutbox tau.

Jumaat, 20 November 2015

8th Anniversary GiveAway!




Assalammualaikum.

Klik banner untuk join tau.

Kot kot korang boleh menang hadiah "EPHYRA SKIN BAR"

Sedikit Pesanan Yang Tak Seberapa.


Assalammualaikum.

Pertama, kepada pemenang contest: saya nak hadiah, In shaa Allah, hadiahnya akan sampai dirumah cuma lambat sedikit je. Untuk pemenang review dan bloglist, in shaa Allah esok aku akan review belog yang menang satu persatu. Maaf sesangat ye korang. Aku ingat dapatlah habiskan masa sedikit dengan belog tapi tak dapat jugak. Argggh too sad. 

Kedua, terima kasih kepada yang sentiasa kunjung belog aku. Korang peneman setia belog ini. Disebabkan terlalu sibuk dengan latihan industri, belog aku ni agak usang sedikit. Sehari belum tentu aku dapat laungkan masa. Terdetik jugalah dekat hati, "Apa khabar belog aku" hihihihi Terima kasih tau korang. In shaa Allah, tamat je latihan industri aku akan fokus sepenuhnya dengan dunia blogging. 

Ketiga, buat pengomen tegar yang selalu komen entri aku, haii patik minta maaf banyak banyak sebab tak balas komen korang. Serba salah jadinya, hanya mampu tengok dan tak mampu balas. Teruk betul aku. Hati pembaca belog pun tak reti nak jaga. Maafkan aku.

Keempat, itu jelah pesanannya.

Jumpa di entri yang seterusnya. #muahhciked

GIVEAWAY: 100 followers celebration by Zanna Ghazali.


Assalammualaikum.

Klik banner untuk join. ><

Selasa, 17 November 2015

Semakan Keputusan UPSR 2015

Assalammualaikum.

Selamat pagi semua. Aku rasa gementar pula hari ni sebabnya keputusan UPSR diumumkan sebentar je lagi, 17 Nov 2015 jam 10 pagi. Hihihihi, macam aku pula yang ambil keputusan.

Sebenarnya, adik aku yang ambil keputusan. Harap harap dia dapat keputusan yang cemerlang. 

Jadi kepada yang ada adik adik atau anak anak yang ambil keputusan UPSR tu, boleh semak keputusan dengan cara di bawah. Senang dan mudah.

Check Result UPSR 2015 SMS


Buat adik uda,

"Good luck, apa jua keputusan, terimalah dengan ikhlas."

Ahad, 15 November 2015

Toturial : Letak Favicon.

Assalammualaikum.

Hihihihhii. Hari ni aku nak kongsikan toturial belog sebanyak yang boleh. Yelah aku nak lepaskan geram sebab jarang sangat update entri, maaf ye semua. Hari ni macam terlebih seronok pulak. Padahal petang nanti nak balik Shah Alam, rasa tak nak balik pulak. 

Okay, aku nak ajar korang cara letak Favicon. Apa itu favicon? Favicon adalah ikon kecil yang muncul di sebelah url blog korang pada menu bar korang. Yang aku punya, bentuk matahari. Hihihhihi. Ikut step di bawah ye :

1. Sign in akaun blogger korang.
2. Dashboard > Template > Edit HTML

3. Dengan menggunakan ctrl + F (tekan serentak pada keyboard), cari kod
</head>


4. Copy dan paste kod di atas kod yang korang cari tadi.

<link href='Url gambar' rel='shortcut icon' type='image/x icon'/>
<link href='Url gambar' rel='icon' type='image/x icon'/>

5. Klik preview, kalau tak ada error, klik save.

Korang boleh search di sini http://glitter-graphics.com/

Tutorial : Marquee / Ayat Bergerak .

Assalammualaikum.

Selamat tengahari semua. Tahniah kepada pemenang contest: saya nak hadiah, jangan lupa tuntut hadiah dengan sponsor tau. Nomber telefon sponsor aku dah sediakan. Jadi korang tinggal contact je. In shaa Allah, habis aku practical nanti aku akan adakan GiveAway lagi. In shaa Allah.
Jadi tengahari ni, aku nak buat toturial "AYAT BERGERAK" Aku akan ajarkan satu persatu. Harap korang faham lah ye. 

1. Untuk Marquee Code Asas. (dari kiri ke kanan)

<marquee> Ayat Korang </marquee> 

Preview:
Ayat Korang

2. Untuk Ubah Pergerakan Perkataan. (left,right,up,down)


<marquee direction="right"> Ayat Korang </marquee>


Preview:
Ayat Korang
3. Ubah kelajuan marquee.


<marquee scrollamount="2"> Ayat Korang </marquee>


Preview: Scroll Amount 2
Ayat Korang
Preview: Scroll Amount 6

Ayat Korang

Jadi, korang ubahlah sikit sikit ye. Nak laju ke nak perlahan ke. Korang cuma ubah yang warna merah tu. Pastu korang dah ubah, jadi nak letak dimana? Ha korang letaklah di sidebar korang. 

Senang tak?

Kalau tak jadi, silalah comment dibawah. In shaa Allah aku akan bantu korang.
Any request for toturial? Sila email : sufiamukhriz@gmail.com

Sabtu, 14 November 2015

Senarai Pemenang Contest: Saya Nak Hadiah By Ombak Bergigi.

Assalammualaikum.


Alhamdulilah, terima kasih kepada yang join contest saya nak hadiah, walaupun hadiah tak seberapa. Terima kasih banyak banyak ye. #muahciked



Sebelum korang tahu siapa pemenangnya, sila semak lucky number korang di SINI SINI SINI SINI Dah ingat number lucky korang? Ingat tau, jangan tak ingat sebab aku letak pemenang berdasarkan number lucky korang.

Pemenang untuk contest saya nak hadiah ni aku pilih berdasarkan anggaran yang korang buat. Follower aku pada hujung bulan oktober yang lalu adalah 283 follower. Jadi, aku terjah satu persatu peserta yang join dan aku senaraikan anggaran yang korang buat. Aku tak jumpa anggaran yang tepat tapi aku jumpa anggaran yang hampir tepat iaitu 280. 

Pemenang yang seterusnya akan dipilih 100% oleh en random.org Apa apapun kepada peserta yang join, korang jangan risau korang masih dapat hadiah tau. Sebabnya hadiah lebih banyak daripada peserta. Tahniah buat pemenang. Hihihihiihii.. Sila semak lucky number korang dan aku sertakan hadiah disebelah number korang. >< 


Pemenang Hadiah By OmbakBergigi
29) Novel English
31) Blog Review dan Bloglist
16) Bloglist dan Review

WHATSAPP: 01136223656
Pemenang Hadiah By NurZiana
14) Topup Rm10
34) Topup Rm10
36) Topup Rm10

WHATSAPP: 0135707812
Pemenang Hadiah By NoorDiana
8) Topup Rm5
18) Topup Rm5
WHATSAPP: 0124795574
Pemenang Hadiah By Syahindah MS
28) Topup RM5
19)  Topup RM5
WHATSAPP: 01358813462
Pemenang Hadiah By Hanis Masturina
17) Bloglist
6) Bloglist
12)
 Bloglist
15) Bloglist

24) Bloglist
WHATSAPP: 0193140559
Pemenang Hadiah By Murni Alysa
4) Topup RM5
21) Topup RM5
WHATSAPP: 0129817932
Pemenang Hadiah By Miss Banu
9) Blog Review
7)  Bloglist
13) Bloglist
30)
 Bloglist
32) Bloglist
35) Bloglist

WHATSAPP: 0132026865
Pemenang Hadiah By Cik Yaanie
10) Bawal Preloved Plain
11) Bawal Preloved Plain
22) 
 Bloglist
5) Bloglist
37) Bloglist

WHATSAPP: 01126861791
Pemenang Hadiah By KejuPenyet
20) Topup RM5
25)  Topup RM5
WHATSAPP: 0136462960
Pemenang Hadiah By Sayidah Napisah
2) Bloglist
26) Bloglist
33) Bloglist

WHATSAPP: 0172008642
Pemenang Hadiah By Mawar Assufi
29) Blog Review
31) Blog Review
16) Blog Review

WHATSAPP: 0142366915
Pemenang Hadiah By Amylia
1) 
WHATSAPP: 0126539060

Tahniah kepada para pemenang. Tiada sorang pun yang tidak dapat hadiah. Terima kasih tau join. Jangan lupa tuntut hadiah. In shaa Allah aku akan buat GA Anniversary Belog ni pulak nanti, jemputlah join ye >< 


Tahniah Follower ke #300.


Assalammualaikum.


Yeayyyy... Azam Oktober dah tertunai. Uishh gembira sungguh. Terima kasih kepada 300 follower yang sudi follow belog Ombak Bergigi yang semakin usang. Alhamdulilah, aku target sebulan 100 follower akan follow belog aku dan apa yang aku target itu berjaya juga akhirnya. Tidur lena lah malam ni. In shaa Allah hujung tahun ini, aku target aku nak follower aku cecah 500. Harap harap.

Seperti yang sedia maklum, follower yang ke #300 akan dimasukkan ke dalam bloglist dan aku akan review belog beliau. Nak tahu siapa dia? Jom terjah belog beliau: http://fardiyah.blogspot.com


Taraaa... cantik tak header belog fardiyah? Dah tentulah cantik. Hehehhee dan sebenarnya aku berkenan kalau banner belog aku ni, fardiyah yang buat kan. Aku memang suka doodle sebabnya fardiyah memang expert dalam bidang doodle ni. Jadi kalau boleh banner aku itu nanti bergambarkan doodle yang comel yang dirreka oleh Fardiyah.

Terlupa pula, follower ke #300 aku ini bernama Fardiyah tapi keluarga Fardiyah panggil Hanun. Tapi korang boleh panggil Diya. Ringkas dan sedap nama awak. Hihihihi. Diya ni tua setahun je daripada aku, that's mean Diya berusia 21 tahun. Diya kiranya satu fakulti dengan aku, fakulti pembinaan. Kalau aku, lebih kepada kejuruteraan. Diya pula lebih kepada Senibina (architecture). Rupanya, Diya sedang menyambung Degree di IUKL. Tak jauh dari rumah aku tau. 

Lagi menariknya, Diya terima tempahan doodle. Okay aku nak tempah nanti. Jadi kepada korang yang berminat untuk Diya reka doodle korang, ha boleh lah email kepada Diya, far_diyah94@yahoo.com

Diya, tahniah  dan terima kasih tau sebab masih sudi follower belog OM yang usang ni. #muahcikedd

Apa tunggu lagi, jom terjah!







Jumaat, 13 November 2015

Giveaway Duit Saku Dari BBL


< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Tepuk tangan sikit!

Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.

Hadiah duit saku dari BBL

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang


Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

#Masukkan blog BBL dalam Bloglist Korang

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti


BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

Khamis, 12 November 2015

Contest Officially Tamat.


Assalammualaikum. 

Alhamdulillah, dengan ini aku umumkan Contest: Saya Nak Hadiah sudah pun tamat. Terima kasih kepada yang join. Sila nantikan pemenang contest ini ye. Sila semak lucky number korang di SINI

Rabu, 11 November 2015

Contest : "SAYA NAK HADIAH"




ASSALAMMUALAIKUM

Terlebih dahulu, Om nak ucapkan jutaan Terima Kasih kepada rakan rakan blogger yang sudi sponsor hadiah untuk contest om. Contest diadakan untuk mencapai target 300 follower pada penghujung bulan 10 ini. hihihihihi. In shaa Allah, akan capai target. Jom bantu om!

Untuk makluman kepada sponsor, sponsor boleh join contest ini tapu tak boleh pilih hadiah dibawah nama anda sendiri. Pilihlah hadiah yang lain ye. Sponsor pun wajid ikut syarat-syarat. No pilih kasih. Hahahahhahaa

Syarat-syaratnya:

1) Wajib ada blog dan warganegara malaysia!

2) Follow/ join/ like dan masukkan url blog dalam bloglist sepertimana yang tertera:


FOLLOW BLOG:



LIKE FANPAGE:



FOLLOW TWITTER:





MASUKKAN BLOG NI DALAM BLOGLIST:


3) Buat satu entri bertajuk "CONTEST: SAYA NAK HADIAH"

4) Letak banner di atas dan backlink ke entri ini. Tak tahu nak buat? Klik INI ! Sila letakkan link instagram, twitter dan facebook anda untuk tujuan penyemakan kerana penyertaan yang tidak tepati syarat akan dibatalkan dengan serta merta. 

5) Sila jawab soalan ini dan tulis no hadiah yang menarik perhatian anda.

 "Adakah belog Ombak Bergigi akan mecapai target 300 follower pada hujung bulan oktober?" Ya atau Tidak.
Jika Ya, sertakan anggaran follower.
Jika Tidak, sertakan juga anggaran follower.

6) Komen link penyertaan anda di entri ini ! Di cbox atau entri lain tidak akan dilayan.

*Om longgarkan syarat syarat diatas jika korang tiada media sosial seperti instagram, twitter, fanpage. Pada yang ada tu, sila penuhi syarat ye.... 

TARIKH CONTEST BERMULA PADA 11 OKTOBER 2015 - 11 NOVEMBER 2015 !