Isnin, 31 Ogos 2015

Boat Noodle at Times Square.


Assalammualaikum.

Hai semua. Selamat hari merdeka kepada semua rakyat Malaysia. Disebabkan hari ini cuti merdeka, jadi aku pun bercadang pergi ke Times Square. Mulanya niat untuk membeli belah dan melepaskan rindu dekat tempat lepak ni. Biasalah tahun lepas, memang selalu datang TS. Setiap minggu datang. Tahun ni agak kurang sikit lepak lepak kat TS. Akhirnya, terbantut sikit niat tu. Hihhihihi.

Kawan kata Boat Noodle dah ada cawangan baru dekat TS. Apa lagi terus call kawan, tanya dekat mana Boat Noodle tu. Lah rupanya dekat depan escalator, agak tersorok sikit lokasinya. Kalau korang nak datang tu, pandai pandailah cari dekat level 2. Susahlah nak bagi petunjuk. 



Biasalahkan, dah makanan sedap dan murah. Mesti ramai pelanggan. Tengoklah tu. Ingat datang terus masuk. Ini tak. Korang kena tulis nama dulu. Kena beratur, jangan berangan tak beratur. Ramai jugaklah tadi. Kebetulan terjumpa Adel Asha. Aku pun tak pasti siapa Adel Asha ni. Korang boleh tengok dekat instagram. Nak kata artis, bukan. Entahlah. Aku tak pasti. 

Menu dekat Boat Noodle ni boleh tahan murah jugaklah. Setengah orang bila tak biasa dengan suasana KL mesti kata mahal. Macam aku, dah terbiasa. Dah tak kesah. Standardlah dengan GSTnya lagi. Dh nafsu nak makan, nak halang pun tak boleh. Kalau korang nak jimat, jangan makan dekat sini.Pergilah makan dekat Mcd atau Kfc. Hihihihihiiii.




Taraaa... 8 mangkuk untuk aku seorang. Rasa macam tak cukup lagi tu tapi kesian tengok ramai pelanggan yang beratur semata mata nak makan Boat Noodles. Sedap memang sangat sangat sangat sedap. Siapa yang pernah pergi tu, mestilah tahu. Hihhihi. 

In shaa Allah, nanti nak dating dekat sini. Hihihihihihiii


Knock knock,
Om Kedek Kedek~~~

Ahad, 30 Ogos 2015

Site Visit at Puncak Niaga, Wangsa Maju.

Assalammualaikum.

Lama juga tak menaip. Aku rindu tapi apakan daya, kekangan masa mengatasi segalanya. Ya, pagi tadi, aku dan kawan kawan pergi lawatan sambil belajar di Loji Pembersihan Air Puncak Niaga di Wangsa Maju. Ada yang tahu tempat ini? Berhampiran dengan traffic light sekolah menengah. Kalau tak silap.

Disebabkan rumah tak jauh daripada loji ni, jadi aku pergi sendiri tanpa menunggu kawan kawan yang lain. Kawan aku semua kebanyakannya duduk di hostel di Puchong. Jadi agakjauh sebenarnya untuk mereka datang ke loji. Alhamdullilah, tak sampai 15 minit, aku sampai di loji Puncak Niaga. 

Pak cik Sulaiman bagi sedikit penerangan keselamatan untuk kami semua. Yelah, tempat orangkan, kita ni sebagai tetamu, mestilah kena tahu peraturan dan adab adab. Tak naklah memalukan nama kolej. Secara langsungnya, dapatlah juga menjaga nama baik lecturer yang ada dengan kami semua pagi tadi.




Tengok gambar di atas tu, dah macam sisa pembuangan kita je kan. Hihihihi. Sebenarnya itu adalah tanah yang terapung setelah proses coagulation and flocculation. Tanah tanah ni nanti akan melalui proses clarification by daf. Untuk info lanjut, bolehlah korang semua google. Bila tanah tanah tu dah terbuang, air tersebut akan melalui proses filter. Dimana air ini dijamin bersih sebelum digunakan. 




Nampak tak? Air yang kotor tadi tu dah jadi bersih. Air yang bersih ni nanti akan dimasukkan kedalam storage tank dan seterusnya di hantar kepada para pengguna melalui paip paip. Sebenarnya, air yang kita gunakan dirumah sekarang ni adalah daripada sungai gombak dan empangan. Air dari sungai Gombak mestilah kotor kan? Sebelum kita guna air yang bersih, orang orang dekat loji ini akan pastikan air yang kita gunakan itu adalah selamat. 


Memaparkan IMG-20150829-WA0000.jpg

Memaparkan IMG-20150829-WA0003.jpg

Memaparkan IMG-20150829-WA0010.jpg

Jadi berakhirlah lawatan sambil belajar dengan gambar fakulti. Hihihihi. Majoriti lelaki yang pegang fakulti engineering. Sedih sebab tak ramai kawan perempuan. Bila kita belajar engineering, kawan kita memang ramai lelaki tapi bila kita belajar nursing, kawan kita majoriti perempuan. Depends on yourself to choose what your want. If you want to be an engineer, just go and grab it. 

In shaa Allah. 



Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com



Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

Ahad, 23 Ogos 2015

Hey Brother, Why Do You Want Me To Talk?


Hey brother, why do you want me to talk?
Talk and talk and the real things get lost.

Talk and talk and things get out of hand.
Why not stop talking and think?

If you meet someone good, listen a little and speak.
If you meet someone bad, clench up like a fist.

Talking with a wise man is a great award. 
Talking with a fool? A waste.


Jumaat, 21 Ogos 2015

Rahsia Mata Wanita, Shhhhh....


Assalammualaikum.

"Orang kata, kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Mata juga mengungkap pelbagai makna. Contohnya, dari mana datangnya cinta? Kalau tidak dari mata. Dari mata turun ke hati. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata. Mari kita singkap rahsia mata wanita, shhhhh....

1. Saiz Mata Kecil
Orangnya peramah, banyak cakp dan kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kealm kabut akibat mulutnya. Dia juga bersikap periang tetapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya.

2. Saiz Mata Sedang.
Orangnya sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan dan bertanggungjawab.

3. Saiz Mata Lebar.
Orangnya cukup berahisa, otak kurang cergas, pemarah, bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tetapi boleh setia.

4. Mata Selalu Berkedip.
Pemaaf, senang dibawa bincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

5. Mata Jarang Berkedip.
Wanita ini istimewa, bijaksama, baik pekerti, setia, bertanggungjawab, dan membahagiakan.

6. Mata Redup. 
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan tapi kurang sahabat.

Dia. Kawan Kau ?

Assalammualaikum.


Dia. Kawan kau?

Bila orang tanya pertanyaan tersebut, apa yang kau jawab? Kau nak jawab ya? Padahal, hari hari makan hati. Mungkin sepanjang tempoh berkawan itu, kau tak sedar mulut kau terkeluar kata kata yang tersinggung. Kau tak sedar dia juga makan hati. Lumrah manusia, mana ada yang sempurna. Sedangkan orang bercinta pun ada pasang surutnya inikan aku dan kau yang tengah berkawan.

Aku banggalah kalau aku ada kawan yang sama sama susah senang. Siapa tak bangga? Ini tidak, kawan susah sikit, ha mula lari lintang pukang. Maksud aku, tak nak bantu sama selesaikan masalah kawan dia tu. Kata kawan rapat? Ini tengah susah, semuanya lari. Yang rapat terus tak rapat. Yang tak rapat makinlah tak rapat. Kawan jenis apa ni?

Itu baru susah, lagi perit. Okay, kau dahlah tengah susah. Dia, kawan kau tu, tolong kau. Kau sangka dia ikhlas. Kau tengah susah waktu tu, kawan kau pulak tolong kau, gembiralah kan. Bila kau susah mesti dia ada. Kau tak ada duit, dia tolong kau. Kau tak datang kelas, dia tolong kau ajar subjek yang kau tak datang tu. Kau tak makan, dia belanja kau makan. Orang kata, bagusnya dapat kawan macam ni. Kalau aku? Gila tak nak ada yang kawan macam tu. Siapa tak nak ada kawan yang macam tu, memang bodoh! Bahagia hanya seketika. Fahamkan maksud aku? Kau sangka kawan kau yang selama ni tolong kau, ikhlas tolong kau. Ikhlas kerana Allah taala, itu kau sangka. Tapi tapi dan tapi. Kawan kau yang tolong kau tu, rupanya nak kau balas balik budi budi dia yang dia tolong kau tu. Faham maksud aku? Nak nak, keadaan tak berpihak pada kau. Kau pulak betul betul susah, dia tu kawan kau lagi lagi susah. Kau rasa, apa yang perlu kau buat? Kau nak tengok je ke? Takkan kau nak tengok  tanpa buat buat sesuatu. Mestilah kau cakap dekat dia, "Aku pun tengah susah wei." Kalau dia faham keadaan kau, ya  dia kawan  yang baik. Tapi kalau dia tak faham keadaan kau, esok lusa tengok muka kau pun dia tak nak. Ni lalu sebelah, jalan dabik dada, jeling mata lagi. Kau whatsapp dia tanya Khabar semua, tak balas juga. Kau rasa? Perit wei perit. Lama lama kau sedar, kawan yang tolong kau, makin hari makin buat "taik" dengan kau. Kau je yang mesra dengan dia. Dia? Anggap kau ada takda. Kalau ada adalah. Kalau tak ada pun tak ape.

Bagi aku, aku dah lalui pengalaman ni dengan seseorang. Dia rasa aku pun rasa. Indah atau sebaliknya, aku dengan dia je yang tahu. Aku sayanglah hubungan tu, hilang macam tu je. Tapi aku nak buat apa? Effort aku dah tunjuk, tapi tak ada respons. Baik aku pergi. Tak ada lah hari hari makan hati.

Apa yang aku nak katakan, belum tentu kawan yang tolong kau waktu susah, akan kekal disisi kau. "Baik baik makan keladi, keladi itu ada miangnya, baik baik makan budi, budi itu ada hutangnya." Sebelum kau rasa, apa yang aku rasa. Baik kau hati hati. Takut nanti termakan kau. Kau yang sakit, dia okay je. Kalau niat dia tu betul, In shaa Allah dia kekal di sisi kau sebab apa? Yang benar tak pergi dari sisi kau. Percayalah.


Isnin, 17 Ogos 2015

Toturial : Burung Twitter Terbang Terbang Terbang Dan Terbang.


Assalammualaikum dan Hai semua. 

Kepada para blogger yang mempunyai Twitter. Korang mesti kenal burung di atas tu kan? Hihhihihi. Tipulah kalau tak kenal, babap karang. Kali ini aku nak ajar korang letak burung twitter ni dalam belog korang. So follow the step okay.

1) Sign in Blogger > Design > Add A Gadget > Edit Html

2) Copy kod bi bawah  dan pastekan di dalam kotak edit html.

<script type="text/javascript" src="http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/tripleflap.js"></script><script type="text/javascript">var birdSprite="http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/birdsprite.png";var targetElems=new Array("img","hr","table","td","div","input","textarea","button","select","ul","ol","li","h1","h2","h3","h4","p","code","object","a","b","strong","span");var twitterAccount = "https://twitter.com/OmbakBergigi";var tweetThisText = "Twitter - techGyo http://www.techgyo.com/";tripleflapInit();   </script><a id="theBird" href="https://twitter.com/OmbakBergigi" target="_blank" style="display: block; position: absolute; width: 64px; height: 64px; background-image: url(http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/birdsprite.png); background-attachment: initial; background-origin: initial; background-clip: initial; background-color: transparent; z-index: 947; left: 0px; top: 587px; background-position: 0px 0px; background-repeat: no-repeat no-repeat; "></a><a id="theBirdLtweet" href="http://twitter.com/home?status=Twitter%20-%20techgyo%20http%3A//www.techgyo.com/" target="_blank" title="tweet this" style="position: absolute; background-image: url(http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/birdsprite.png); background-attachment: initial; background-origin: initial; background-clip: initial; background-color: transparent; width: 58px; height: 30px; z-index: 951; left: 49px; top: 583px; display: none; opacity: 0; background-position: -64px 0px; background-repeat: no-repeat no-repeat; "></a><a id="theBirdLfollow" href="https://twitter.com/OmbakBergigi" target="_blank" title="follow me" style="position: absolute; background-image: url(http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/birdsprite.png); background-attachment: initial; background-origin: initial; background-clip: initial; background-color: transparent; width: 58px; height: 20px; z-index: 952; left: 54px; top: 613px; display: none; opacity: 0; background-position: -64px -30px; background-repeat: no-repeat no-repeat; "></a>




3) Korang ubah tanda merah tu tau dengan link twitter korang, jangan lupa ini sangat sangat penting.

4) Save dan lihat hasilnya. Dah dapat tu, jangan lupa komen  tau. 

Ahad, 16 Ogos 2015

Senarai Peserta Segmen 'AKU PUNYA BELOG ENGKAU YANG PANAS' by OmbakBergigi.

[Klik Gambar Untuk Ke Segmen]

Assalammualaikum dan hai semua. Okay baiklah, entri ini adalah senarai peserta untuk segmen 'AKU PUNYA BELOG ENGKAU YANG PANAS.' Untuk pengetahuan semua, saya akan update senarai peserta pada setiap malam. In shaa Allah saya cuba berikan banyak masa untuk segmen kali ini. Diharapkan, ramai lagi para blogger join dan support segmen saya. Korang juga dinasihatkan untuk saling blogwalking dan follow sesama kita semua okay. 

Check dibawah ini jika ada belog korang. Kalau tak ada tu, ha kantoi tak join lah tu. Om jemput semua para blogger join! In shaa Allah, Om akan updatekan hadiah hadiah yang menarik jika peserta terlebih had. Ngeeee...

Selamat bersegmen semua.























Isnin Moody.




Esok isnin, assignment banyak tak siap lagi. 
Biar gambar diatas menggambarkan
perasaan aku sekarang ni.
Okaylah bye. Aku nak buat keje,
Assalammualaikum.
Have A Sweet Sour Dreams and
"HAPPY WORKING"

Sabtu, 15 Ogos 2015

1st GIVEAWAY bt@Mawar_Assufi



Assalammualaikum dan hai semua.

Jom kita join giveaway Mawar Assufi. Syarat syaratnya sangat mudah. Tak susah mana pun. Klik SINI SINI SINI untuk join okay. 

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan ini, saya @Mawar_Assufi secara rasminya melancarkan 1st Giveaway by @Mawar_Assufi bermula dari 12 tengah malam 14 hb iaitu sekarang !

Syarat @ Cara Penyertaan :
1- Blogger menetap di Malaysia & Beralamat di Malaysia
2- Buat entry "1st GIVEAWAY bt@Mawar_Assufi"
3- Letak banner which links to this page.
4- Letak link sponsor dalam entry & : (No worries, only put LINK)
         LIKE FB PAGE : DwiNuri Scarfs (Kalau rajin LIKE. Admin ucap terima kasih daun keladi :)
         FOLLOW IG : @dwinuriscarfs_ (if ada, kindly mention ye if ada)
5- Hantar your link entry dalam kotak komen by mention :          - NAME :          - FB NAME  :          - BLOG NAME :

TARIKH TUTUP : 31th AUGUST 2015HADIAH PEMENANG 1st GIVEAWAY by @ MAWAR_ASSUFI

Toturial : Bentuk-bentuk Border.

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Hari ini aku nak terangkan kepada korang semua tentang bentuk bentuk border. Korang tengok tak dekat sidebar aku tu? Kan dah tak berbentuk petak, ha.... sebenarnya bentuk bentuk border ni boleh korang letak pada sidebar title, tajuk post dan macam macam lagi.

Jadi, dibawah ni adalah border border bersama kodenya. Korang boleh copy paste. Hihihihiii. Selamat bercoding.


 
-moz-border-radius-bottomright: 50px;
border-bottom-right-radius: 50px;

-moz-border-radius-bottomright: 50px 25px;
border-bottom-right-radius: 50px 25px;

-moz-border-radius-bottomright: 25px 50px;
border-bottom-right-radius: 25px 50px;

-moz-border-radius: 1em 4em 1em 4em;
border-radius: 1em 4em 1em 4em;

-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;

Jumaat, 14 Ogos 2015

Short Vacation at Terengganu part 1.

Assalammualaikum.

Amboi tajuk entri, tak nak kalah. Hihihi. Ya ya dan ya. Jumaat, sabtu dan ahad bulan lepas, aku pergi Terengganu. Tak lama pun, cuma tiga hari dua malam. Ehh dah macam bercuti pula. Sebenarnya, mari ke Terengganu bukannya bercuti a.k.a holiday. Bukan bukan. Niat datang ke Ganu sebab nak jumpa seseorang dan keluarga seseorang itulah. Hihihii. Nak rapat dan eratkan lagi silaturahim. Tak nak kalah ayat aku ni.

Nak beli tiket kat mana? Dulu dekat pudu kan? Sekarang dekat TBS ( Terminal Bersepadu Selatan ) pun ada. Tak susah dan tak jauh. Tak jauh lah sangat, dari Setiawangsa ke TBS ambil masa 1 jam macam tulah. Menaiki train ya kawan kawan dan pembaca ku sekalian. Kadang train ni ada masa cepat dan kelajuan yang tinggi , kadang tak ada laju mana pun. Korang berlari kejar train tu pun sempat lagi. Poyo je aku ni.


Jadi nanti bila kat korang nak ke Terengganu, korang boleh beli tiket dekat TBS. Aku ingatkan 5 jam je masa untuk sampai ke sana. Rupa-rupanya, dekat 8 jam juga. Lenguh punggung nak sampai ke terminal bus. Mana taknya, puas tidur dalam bus, bangun bangun masih tak sampai lagi. Kiranya, Terengganu is the first places that I travelled alone. Hihihihii. Dont be afraid babe!








Bukan main lagi Akak sebelah aku tu, scroll Facebook. Nasib baik tak tembus telefon tu. Bus Mara Liner memang tak ada orang sangat, hari tu pun tak sampai sepuluh orang. So you can choose that seat. Yahoooo... Nasib baik tempat duduk tu ada penghadang kat tengah tengah kalau tidak dah lama aku baring atas kerusi tu. Ya ada yang kata tidur dalam bus memang tak nyenyak. Bus gegar gegar macam naik kudalah, kepala sakit nak sandarlah dan sebagainya. Alhamdullilah, lena juga aku tidur walaupun berbantalkan beg sandang aku tu.

Alhamdullilah, sampai juga di Terengganu. Tepat jam 5.45 macam tulah sampai. Encik seseorang pun dah tunggu dekat terminal. Rindu. Mana taknya, setahun sekali jumpa. Dah macam Hari Raya pulak. Hahahahaa... Okaylah, kisah ini aku tunda esok okay. Part 2. Bye bye.






p/s : jangan lupa baca entri esok ya... Short Vacation at Terengganu part 2.

Selesai Satu Beban.

Assalammualaikum.

Salam Jumaat kepada semua umat islam. Cik abang tu baru balik solat jumaat ke? hmmm alhamdulillah sejuk mata memandang. Tergetar juga jiwa ini. Poyo~~~~~ Bergetar lah sangat. Perut aku ni daripada tadi berdondang sayang. Nak makan sedap sedap tapi itulah malas. Teruknya aku ni. Kejap lagi, aku nak goreng telur dan makan bersama nasi yang berulamkan kicap. Sedapppp. Inilah makanan kegemaran aku. Janji kenyang perut. Dasar pemalas!


Alhamdulillah, satu masalah sudah selesai. Rasa beban tu hilanglah sedikit walaupun tak banyak tapi boleh rasa lega lagi. Tengok gambar dekat atas tu, itu sebenarnya surat "REPLY FORM". Tak lama lagi aku dah mula sesi latihan industri selama 3 bulan. Ingatkan 6 bulan tapi 3 bulan sahaja. Lecturer kata, 3 bulan tak cukup untuk belajar civil dalam bentuk praktikal. Nak lagi umphhh cuba 6 bulan praktikal tu. Bagi aku cukuplah dengan 3 bulan, hihihihi. Aku tak nak lama lama. Aku nak cari pekerjaan tetap selepas praktikal. Apa yang aku harap aku dapat diserap terus kat tempat praktikal aku tu. Senang dah, tak payah susah susah cari kerja yang baru.

JM Jurutera Perunding Sdn Bhd itulah tempat praktikal aku yang terletak nun jauh daripada rumah aku di Setiawangsa. Rumah dekat Setiawangsa, tempat praktikal dekat USJ 16, Subang. Tak nak jauh pulak? Ini kalau ulang alik naik motor, mereputlah. Penat satu hal, duit minyak satu hal. Pening!

Kalau korang tahu bilik sewa area Pangsapuri Sri Tanjung, emailkan maklumat kepada aku tau. Nasib baiklah akak kat tempat praktikal tu ada offer bilik. Itu pun belum tentu dapat lagi. Arghhh pening lagi. Mana nak cari bilik area tu. Tadi pun pergi, Along yang bawakkan. Nasib baik dia tahu company ni. Kalau tak, dah tersesat dah.

Harap harap, akak tu tolong aku cari bilik sewa. Doakan akak tu ye. Biar dia dapat cari bilik untuk aku. heheheheh. Okaylah bye.

p/s: Om nak buat 2 in 1 contest lah, agak agak ada yang nak join tak?

Khamis, 13 Ogos 2015

Fakta Mengenai Anak Ketiga !

Assalammualaikum.

Hai semua. KL hujan lebat malam ni. Sejuk. Ini adalah masa yang paling sangat paling sangat dan paling sangat sesuai untuk tidur. Feels like at Korea. Sejuk gitu~~~ Hihihhihii..

Ya aku anak ketiga daripada enam beradik. Anak tengah tengah. Siapa anak ketiga bolehlah angkat kaki. Hihihi Tepuk tangan sikit. Kita kan geng. Korang boleh baca fakta di bawah ni. Okay bye. 




Belog Berwajah Baru Lagi !

Assalammualaikum dan selamat petang.

Hai semua, harapnya korang sihat senantiasa. Aku macam biasa, sihat Alhamdullilah dan masih bernafas lagi di muka bumi Allah yang luas ini. Korang buat apa je hari ni? Takkan tidur? Takkan makan? Takkan tengok tv? dan takkan baring dalam bilik dan menghadap telefon dan check atau update status? Tak kan kot? Hihihihii...


Taraaa... inilah muka aku yang ayu. Sangat ayu. Paling ayu. Terayu. Ada ke terayu? Hari ni hari khamiskan, jadi kelas aku mula dari jam 8 pagi hingga 10 pagi. Kelas seterusnya pada jam 2 petang hingga 5 petang. Kelas petang aku tak datang sebab malas. Malas. Tahu malas? Pelajar sem akhir memang begini, semuanya malas buat. Malas buat assignment, malas datang kelas dan Alhamdulillah rajin cantikkan blog hari ni. Hihihhihi.

Kalau korang perasaan, blog aku yang dulu tu agak usang bagai dimamah anai anai, yang layu tak bersiram. Ha gitu. Masih bertemakan warna biru dan kelabu. Entahlah, kenapa aku pilih warna ni lagi. Nak pilih warna pink nampak macam ayu ayu gitu. Haishh tak minat. So i choose the best colour to you all see my blog hari hari. 

Pilihan warna yang betul mampu meningkat trafik blog korang. Tak percaya? Cuba pilih warna yang sedap mata memandang. Tak ada lah bila nanti datang je blog korang dan tengok suasana blog korang, rasa macam layu..... layu..... selayu.... layunya a a..... Hihihihii. Korang kena bijak dan kreatif lah ye. Practice makes perfect.



Cantik tak belog aku? Cantik senyum tau, tak cantik klik X tu. Sila berangkat daripada belog saya yang cantik begini. Haishhh perasaannya. Hahahahaha. Jadi aku harap, blog korang yang hampir hampir layu tu silalah tukar template dan cantik cantikkanlah belog korang. Bila belog korang menarik mesti ramai yang singgah dan follow blog korang. Tak nak percaya? Sudah! Full stop. Kbye.

p/s: ngantok... nak tido kejap.

Toturial : Add A Gadget Atas Header.

Assalammualaikum dan selamat petang.

Dengan berbesar hati, petang ni aku nak ajar korang cara tambah add a gadget atas header. Bila korang klik blog aku mesti ada iklan nuffnang atas header kan? Haaa ni yang nak kongsikan dengan korang ni. Ilmu kan kena kongsi kongsi. Sharing is caring tak gitu?

Tengok gambar dekat bawah ni, ha macam tu lah. Atas korang punya header boleh lah letak iklan nuffnang tu. Lagi bertambah tambah cantik belog korang. Biasanya ikut pada template korang, setengah template, ia memang ada dengan sendirinya. Jadi korang tahu tak macam mana caranya? Hihihihiii. Jom follow the step okay.


Korang dinasihatkan untuk backup template korang ye.

1. Pergi ke Dashboard > Cari Template > Tekan Edit Html

2. Tekan Ctrl + F dan cari kod ini :

<b:section class='header

3. Dah jumpa kan? Ayat macam bawah ni.

<b:section class='header' id='header' maxwidgets='1' showaddelement='no'>

4. Korang gantikan kod di atas dengan kod di bawah ini.

<b:section class='header' id='header1' preferred='yes'>

5. Tekan preview tau.

6. Kalau tak ada apa-apa. Boleh save.


Senangkan? Ha kalau dah jadi tu, jangan lupa komen komen kat bawah ye.