Sabtu, 20 Jun 2015

Back To Top Button.


Assalammualaikum.

Petang yang mulia ni, Om nak kongsikan toturial yang mudah semudah makan kacang. Ehh puasalahh, mana boleh makan. Haiyooo. Back to top button selalunya digunakan oleh blogger sebab ianya amat memudahkan pelawat jump ke atas blog semula tanpa scroll tepi bar. Button ini sangat sangat sangat sesuai diletakkan pada blog. Ikut cara di bawah okay :)

1) Sign in akaun blogger

2) Dashboard > Layout > Add A Gadget > Html

3) Copy paste kod di bawah pada ruang Html.

<a title="Back to Top" href="#" style="position: fixed; bottom: 5px; right: 5px;">
<img src='Url gambar button"></a>


4) Save dan lihat hasilnya. :)

Url gambar button boleh amik di bawah, Om cari kat google jer. Selamat mencuba. 


http://img267.imageshack.us/img267/7242/36935517.png


http://img857.imageshack.us/img857/4428/12543870.png


http://img853.imageshack.us/img853/6601/14069169.png

Ramadhan 3 - Sakitnya Berharap.

Assalammualaikum wbt.


"Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang lalu Allah timpakan ke atas kamu pedihnya pengharapan, supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain DIA. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepadaNya." - Imam Syafi'i

Khamis, 18 Jun 2015

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Assalammualaikum.

Alhamdullilah, Om dah sahur. Hari pertama puasa pada hari khamis. Pejam celik pejam celik, ehh dah puasa, ehh ehh dah raya. Awal juga tahun ni kita puasakan. Sebulan tu tak lama. Kejap jer. In shaa Allah, sama samalah kita perbaiki iman kita. Tundukkan pandangan, jaga nafsu, dan tingkatkan iman. Orang kata, bulan ramadhan ni kita patut berebut pahala, tak kira kecil atau besar amalan, janji ianya ada pahala. Tak nak dah dosa dosa ni.

Pada sahur yang pertama ini, Om nak ucapkn kepada 137 followers blog ini, silent reader dan kepada semua yang beragama islam, Selamat Berpuasa. Jom tingkatkan iman.


Ahad, 14 Jun 2015

Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy

Giveaway 2015, Jun 2015, Bicara Mummy

GIVEAWAY JUN 2015 OLEH BICARA MUMMY

Sempena bulan ulang tahun perkahwinan ke 3 tahun kami. 

Kami mengadakan simple giveaway yang mudah untuk di menangi. Hanya ikuti syarat Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy :

1) Buat satu blogpost entri 'Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy '

2) FOLLOW / Add :

3. Tinggalkan komen di sini



SENARAI HADIAH :






Tudung Bawal Gucci x 1 pemenang


RM10 WANG TUNAI) x 4 pemenang

Perfume tanpa alkohol yang MAMPU bertahan 4-5 jam x 1 pemenang

TARIKH GIVEAWAY :
5 JUN  2015 ~ 14 JUN 2015 (11.59 MALAM)



PENGUMUMAN PEMENANG:
19 JUN 2015
JAM : 3 PETANG 

Pemenang akan di pilih melalui random.org dan juga yag telah memenuhi kriteria yang di tetapkan. Semoga berjaya dan terima kasih kerana menyertai  ''Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy '




Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN

Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN

Pencarian bloglist bagi bulan Julai-Ogos 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 Jun 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.58 malam. Semua dijemput untuk sertai segmen mudah ini. 

Syarat-syaratnya : 

1. Follow blog CNAdd To Circle G+CikguNorazimah dan Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)  

2. Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN"  

3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.  

4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :





Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mei-Jun dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Julai 2015.


SENARAI PESERTA


Kredit untuk Kak Mialiana

Baju Muslimah

Aku Stresssssss !


AKU STRESS !


S
T
R
E
S
S
!

Cara Delete Attribution (Powered By Blogger).

Assalammualaikum dan hai semua.

Om nak ajar korang buang atau padamkan 'Attribution'. Korang tahu tak apa itu 'Attribution?'. Korang cuba scroll dekat bahagian bawah blog korang, hmm ada nampak tak Powered By Blogger. Perkataan tu sebenarnya korang boleh padamkan. Ikut cara cara dibawah :

1. Sign in Blogger > Template > Edit HTML

2. Cari kod di bawah,

<b:widget id='Attribution1' locked='true' title="type='Attribution'>

3. Bila dah jumpa, tukar perkataan true kepada false.

4. Kemudian klik preview, kalau tak ada error , klik save template.

5. Lepas tu buka blog korang dan scroll ke bahagian bawah sekali. Still ada lagi kan perkataan Powered by Blogger atau Dikuasakan oleh Blogger? Okay, klik pada button edit attribution tu (gambar spanar), then klik remove...

6. Selesai.

Selamat mencuba :)

p/s: dah jadi tu, komenlah yer, jangan malas malas, babap nanti :)

Sabtu, 13 Jun 2015

Movie Review : Jurassic World.

Assalammualaikum Hai.


Jurassic World dah keluar di pawagam pada 11 June 2015. Om dah tengok pada hari khamis lepas, habis kelas jer Om terus pergi NU Sentral. Om suka tengok cerita Jurassic sejak cerita yang lama lama dulu dimainkan di televisyen. Disebabkan kesuntukan masa pada masa itu, Om pergi sorang sorang. Kononnya nak layan perasaan yang terhapeh hapeh. Baiklah korang kena tau jalan cerita dia macam mana.


Filem sains fiksyen ini berkisarkan tentang dunia binatang yang telah pupus iaitu dinosaur. Filem yang diarahkan oleh Colin Trevorrow in bakal membawa penonton kembali ke dunia dinosaur dan kemunculan filem ini menandakan hampir 22 tahun telah berlalu selepas kemunculan filem siri ini yang pertama.
Director : Colin Trevorrow.
Genre : Aksi/ Pengembaraan / Fiksyen Sains.
Duration : 2 hours 5 mins
Rating : 4/5

p/s : Om malas buat assignment, meh komen sini ><

Buang / Delete Subscribe Atom.

Assalammualaikum.

Easy toturial for you all. Easy to do. Kadang perkataan Subscribe Atom ni sungguh menyemakkan dalam blog korang. Bagi Om subscribe ni macam tak ada fungsi jer. Kalau korang tak tahu apa itu subscribe atom, ha boleh tengok gambar kat bawah. Kotak merah tu tau.


1. Sign in Blogger > Template > Edit HTML

2. Cari kod dibawah

<!-- Blog Feed Links -->

3. Korang akan jumpa kode macam bawah, tengok gambar untuk lebih faham.


4. Padamkan kod yang dikotakkan seperti di gambar atas, 

<b:include data='feedlinks' name='feedLinksBody'/>

5. Preview dan save. Mudahkan.

p/s: jangan lupa komen, jangan malas malas tau !


Jumaat, 12 Jun 2015

Jom Timbang Berat Blog.

Assalammualaikum.

Toturial yang mudah pada petang ini. 
Korang ingat badan kita je ke yang kena timbang.
Hihihii. Blog pon ada tau. 


Blog Om 12.75 saat, nasiblah tak berat sangat.
Kalau korang suka letak
banyak widget tu sampai berselerak
kiri kanan blog, baik korang
kurangkan.
Itu faktor utama kenapa orang jarang
nak jengah blog kita.

Korang boleh klik SINI
untuk timbang blog korang.

Selamat Mencuba.

p/s: dah dapat tu, komenlah ye, jangan malas malas ^^.

9 Kebaikan Bersedekah.

Assalammualaikum.


Apa itu Sedekah?

Sedekah ialah pemberian yang diberikan oleh seorang Muslim kepada sesiapa sahaja secara sukarela tanpa dibatasi oleh jumlah yang tertentu. Apa yang paling penting, ikhlas. Sedekah tak semestinya bila kita kaya. Sedekahkan Al-Fatihah kepada orang tua kita pon dah dikira sedekah. Paling mudah, senyum. Senyum itu sedekah. Tak perlu keluarkan modal, cuma bagi senyuman pada orang, itu pun dah cukup manis. Apa yang kita lakukan dah tentu ada kebaikan begitu juga dengan sedekah.

1) Kita akan dapat memadamkan kemurkaan Allah swt.

2) Orang yang bersedekah pada setiap hari akan didoakan balasan yang baik oleh malaikat.

3) Sedekah dapat membersihkan harta dan mengikis kekotoran yang menghinggapi harta.

4) Orang yang bersedekah akan masuk syurga melalui pintu khusus iaitu Pintu Sedekah.

5) Sifat sombong, takbur dan bangga diri dapat dihapuskan.

6) Sedekah dapat menghapuskan dosa.

7) Harta orang yang bersedekah akan diberkati oleh Allah.

8) Jika rajin bersedekah, kita akan dapat melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.

9) Allah swt akan melipat-gandakan pahala kepada orang yang bersedekah.

Banyaknya kebaikan bersedekah. Renung-renungkan dan selamat beramal.



Khamis, 11 Jun 2015

Separuh Malaysia Separuh Indonesia.

Assalammualaikum dan selamat malam.

Minggu malas jatuh pada minggu ini, minggu kedua dalam bulan jun. Tak tahulah kenapa Om makin hari makin malas. Malas nak pergi kolej, malas nak update blog dan malas nak mandi (gila tak mandi, bau busuk kot) . Hahahahaa. Simptom apakah ini. Alhamdullilah, malam ni semangat nak menaip dan tajuk entri pun agak menarik untuk korang baca. Teruskan membaca okay.


Sebenarnya jiwa Om ni separuh Malaysia dan separuh Indonesia. Sebab apa separuh-separuh? Tengoklah muka kat atas tu, mirip mirip macam perempuan Indonesia. Ini belum lagi Om pakai tudung yang macam orang Indon pakai tu, confirm 100% macam orang Indon. Abah Om orang Indonesia, Mak orang jati Johor. Kampung Abah pun tak jauh daripada Johor, cuma ambil masa 2jam untuk sampai di sana. Kalau korang pernah pergi Batam, Kepulauan Riau, ha itulah kampung Om. Alhamdullilah, keluarga besar masih ramai lagi di sana. Itu pun masih ada lagi yang belum Om kunjungi. Ramai sangat adik beradik Abah, sepupu Om jangan cakaplah, memang ramai. Kecik kecik pun ada lagi tau. Nenek pun ada lagi, itulah satunya nenek Om yang ada, itu pun jumpa 5 6 tahun sekali.


Tengok, itu baru sikit. Baru 3 adik abah berkumpul. Kalau pakat ramai ramai datang, memang tak muatlah rumah. Entah bila nak sambut Edul Fitri dengan keluarga besar kat sana, ni pun gambar tahun 2011, lama sudah. Memang berbeza bila beraya dekat kampung abah. Meriahnya lain macam tak sama. Harap tahun depan dapat raya kat sana. Hopefully.

Bila jiwa dah separuh Indonesia, ha mulalah berangan nak kahwin dengan orang sana. Hahahaha. Tapi nak yang hensem, bekerjaya, ada ke? Macam macamlah Om ni. Kalau dapat apa salahnya. Om pun dah berjiwa Indonesia, tak salah rasanya. Mak memang tak nak, cukup pantang kalau Om gurau nak kawin dengan orang sana. Mak marah sampai tak nak tegur. Hahahahaa. Tak tahulah mak Om tu. Dah jodoh, elak macam mana pun tetap bersama. Mak kata selagi boleh elak, elakkan. Banyak keburukan daripada kelebihan nanti. By the way mak, I'm fall in love with Terengganu people, cukup masa, ekonomi stabil baru tunjuk dekat mak. Hihihihii.

Om memang cukup pantang kalau orang, rendah rendahkan orang Indonesia depan Om. Om memang marah. Boleh tahap memaki. Ada yang pernah kena maki sebab sesukahati kutuk. Benci betul. Pernah kawan Om perli, "alah belum tentu anak orang Indon boleh berjaya, tengoklah kat negara dia belajar pun susah, miskin, nak makan pun kena mengemis!" Bila kawan Om kata macam tu, tak lengah Om terus balas direct on the spot. Kaw kaw and until now tak bertegur sapa. 

Hidup ni kita kena usaha, jangan sesukahati nak hembur. Nak kata pun pandang pandang. Jangan sampai sakitkan hati orang. Alhamdullilah, Om dah buktikan kat kawan Om tu, Anak Orang Indonesia pun boleh berjayaa !

Jumaat, 5 Jun 2015

1st Giveaway by Murni Alysa.


Photobucket

Assalammualaikum.

Kehadapan Kak Murni Alysa yang sama
scroll bar dengan Om,
Om dengan berbesar hati paru paru jantung
serta buah pinggang telah menyertai
GIVEAWAY pertama akak.

Untuk pengetahuan Kak Murni Alysa,
saya mahu mencuba vitamin-c ini kerana
Om mudah dan senang stress,
stress yang sampai tumbuh uban.
sadisnya~~~~
In shaa Allah jika Om menang 
giveaway Kak Murni Alysa,
Om akan terus mengambil vitamin-c
sebagai makanan tambahan.

Om menyeru kepada semua,
marilah bersama sama
kita memeriahkan GIVEAWAY Kak Murni Alysa.
Marilah kita memartabatkan 
dunia blogging dan saling membantu
dalam bidang ini.

gitu~~~~~

Dengan sukadukamukanya Om
maklumkan,
Om tag
dua rakan blogger dibawah ini :



Good Luck!



Mencantikkan Scroll Bar Blog.

Assalammualaikum dan selamat malam.
Mata ni padahal mengantuk tapi
masih bersemangat menaip toturial
untuk hangpa semua.

Malam ni Om nak ajar 
cara mencantikkan scroll bar blog.
Korang tahu apa itu
scroll bar blog? 
Lihat gambar dibawah : 


Anak panah yang Om tunjukkan pada
gambar di atas itu adalah
SCROLL BAR.
Sebelum tu, toturial ni untuk pengguna google chrome
SAHAJA!!!!
korang pun dah tahu, jom mulakan.
Bismillah.

1. Sign in Blogger > Template > Edit HTML

2. Cari kod di bawah, Ctrl F dan pastekan ke dalam kotak find, enter! 

]]></b:skin>

3. Copy code dibawah dan paste sebelum/di atas code yang korang cari tadi !

::-webkit-scrollbar {height:12px;width: 12px;background: #FF1493;}::-webkit-scrollbar-thumb {background-color: #67C7E2;-moz-border-radius: 10px;border-radius: 10px;}


4. Sekarang korang boleh tukar: 

Warna background scroll bar: #FF1493
Warna scroll bar: #67C7E2
More warna? TEKAN SINI

5. Preview dan save.

p/s: dah menjadi tu, komen komen lah yer, selamat menerai.


Rabu, 3 Jun 2015

Happy Birthday to Me.

Assalammualaikum. Hai semua.


3 Jun 2015, hari ini genaplah umur Om 20 tahun. Dah masuk zaman 20an. Mak kata zaman yang bukan boleh dibuat main main. Keputusan pun kenalah mengikuti pada diri sendiri. Jangan terlalu bergantung pada orang lain. Mula berdikari iaitu berdiri di kaki sendiri. Umur sudah 20 takkan masih bergantung pada mak abah? Come on, lets start change your life.

Birthday? Apa yang menarik? Om tak pernah rasa pengalaman "suprise". Om tak pernah alami apa itu sambut hari lahir. Maksudnya di sini, makan makan kat luar, dapat kek hari lahir dan mungkin dapat hadiah. Om tak pernah rasa semua itu. Mak abah pun tak ajar sangat sambut hari lahir, mak kata cukup dengan berdoa dan bagi "Al-Fatihah" buat diri sendiri. Itu dah cukup meriah.

Alhamdulillah, tahun ini agak berbeza sedikit. Along dan kakak ipar belikan kek hari lahir. Kek biasa jer, tiada pun lagu hari lahir. Hihihi. Kelakar pula. Umur 20 baru dapat tiup lilin. Apa pun tak boleh. Terima kasih walaupun tak seberapa, Om bersyukur dengan apa yang ada.





Happy Birthday to Me,
Shen Ri Quai Le,
Allah Selamatkan Kamu,
Selamat Ulang Tahun Kelahiran.
#OmbakBergigiTurns20


Isnin, 1 Jun 2015

Finish It !

Assalammualaikum.

Punyalah semangat main coding coding, kejap kejap tukar template, hahahaa. Nak blog nampak cantik punya pasal lah ni. Terakhir aku post entry jumaat lepas mungkin, kalau tak silap. Semalam dengan cirit biritnya dengan demamnya, dua hari mereput dalam bilik. Nak angkat kepala pun tak boleh dan lagi sadisnya, aku tak dapat ikut pergi Genting Highlands. Sadis bukan?


Disebabkan kepala ni agak pening pening lalat, aku cadangkan untuk tidak hadir kelas estimating costing. Memang tak datang pun. Lagi pun, satu kelas empat orang jer, lima orang termasuk pensyarah. Sikit bukan? Sehingga sekarang ini, aku rasa macam pening pening lalat lagi, rasa mahu tidur, tapi apakan daya, aku hanyalah insan yang lemah. Sakit ke tak sakit ke, assignment kena siapkan. Itu adalah tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Kalau tak nak rasa tanggungjawab itu ada, baik tak yah ambil diploma. Bohong kalau hidup ini tidak ada tanggungjawab. Sangat bohong. Awal awal lagi, aku dah tampalkan assignment apa yang kena buat, yang kena hantar. Senang kerja. Lagi teruknya, siap tampal, bila cuti raya, bila praktikal. Hahahhaha. 

Apa apa hal pun, as a student, we should finish our work quickly, as soon as possible. Tak gitu?