Khamis, 28 Mei 2015

Mampu Buat Punya Lah.

Hai dan selamat petang.



Hari selasa petang, lepas habis kelas geotechnical engineering, Om keluar daripada kolej, sebab nasi dan lauk pauk memanggil di telinga. Hahahahaa. Tengok tengok, kenapalah ramai sangat orang dekat depan kolej. Ada yang terjerit jerit. Om punyalah berlari nak tengok apa yang berlaku, hahahahaa. Rupanya JPAM buat aktiviti selamatkan mangsa daripada bangunan.


Disebabkan percuma dan JPAM macam bagi peluang mencuba, Om joinlah. Om tak tahu nama betul aktiviti ni. Macam flying fox, hmmm aktiviti lasak selalu ada. Om pun cubalah, konon nak tengok Om ni masih takut tak pada ketinggian ke tak. Ketinggiannya dalam 50 meter, level 5 bangunan kolej Om belajar. Tinggi tapi tak adalah berdebar mana. Ayat berlagak gila. Dengan pakai jacketnya, Om redah jer. Janji dapat rasa. Hahahhaaa. 







Aktiviti lasak macam tu, Om rasa banyak jer perempuan yang join. Bukan setakat best tapi menguji mental jugak. May be kalau tak ada rezeki jadi Jurutera, Om nak guide orang belajar aktiviti macam ni. Hihhii. In shaa Allah, korang mampu buatlah. Belum cuba belum tahu.

Rabu, 27 Mei 2015

Toturial : Scroll Box For Blog Archive.

Hai korang semua !

Om nak ajar korang semua, macam mana buat scroll box for blog archive.

Korang tahu tak, apa tu blog archive?

Mesti tak tahu kan, babap kang !


Itulah blog archive, alaa korang punya entri yang lama lama tu.

Mesti korang punya panjangkan, jadi boleh cuba dan kemaskan blog korang.

Tak adalah nanti loading lama sangat.

1. Log in > Dashboard > Template > Edit HTML > Tick Expand Widget Templates

2. Tekan Crtl F dan cari kod ini :
<div id='ArchiveList>

3. Sebelum korang jumpa kod yang di atas, mesti korang jumpa kod yang bawah ni :
<div class='widget-content'>

4. Gantikan kod <div class='widget-content'> ini dengan kod yang ini :
<div class='widget-content' style='overflow:auto;height:200px'>

5. Korang preview dulu, kalau menjadi baru SAVE okay.

Selamat Mencuba.

Dah menjadi tu, komenlah ye ^^.

Wordless Wednesday. #15




Jangan takut untuk berada di atas !
Dan
Jangan angkuh bila di sana,
Bimbang kamu rebah ke bumi. 


Isnin, 25 Mei 2015

When I'm Gone.



When I'm gone.
When I'm gone.
You're gonna miss me when I'm gone.
You're gonna miss me by my hair.
You're gonna miss me everywhere.
You're gonna miss me when I'm gone.

When I'm gone.
When I'm gone.
You're gonna miss me when I'm gone.
You're gonna miss me by my walk.
You're gonna miss me by my talk.
You're gonna miss me when I'm gone.





Kangkung Goreng Belacan.


Assalammualaikum wbt.

Punyalah teringin nak makan kangkung goreng belacan, sampai termimpi. Haahaaaha. Alhamdulillah dapat juga. Dulu memang tak reti nak masak sebab otak ni dah set awal awal, tak reti masak! Sejak merantau ni, alhamdulilah daripada tak pandai kepada pandai memasak. Kalau nak tapau pun hari hari, habislah duit nak oi. 

Kangkung ni sebelum nak masak, kenalah bersihkan betul betul. Dikhuatiri ada penumpang pulak. Om cadangkan rendam kangkung yang dah dipotong tu ke dalam air garam, ala bubuh jer garam sikit ke banyak ke. Its up to you, babe. Rata rata mesti dah pandai masak sayur ni. Tapi Om peduli apa, Om nak kongsikan jugak resepi. Lain orang lain cara, tak gitu~~~ hihihiii.

What you must need:

1) sayur kangkung (dibersihkan)
2) bawang putih - satu ulas (ditumbuk)
3) bawang merah - 3 biji (ditumbuk)
4) belacan - sikit (ditumbuk)
5) lada kecil - depends (ditumbuk)
6) ikan bilis - depends (ditumbuk)
7) sedikit air
8) garam dan gula

Cara cara :
  • tumbuk bawang putih, bawang merah, belacan, lada kecil dan ikan bilis.
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  • masukkan sedikit air , kemudian masukkan kangkung
  • masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu.
  • sedia untuk dihidang.
Memasak bukan pilihan, paksaan tapi tanggungjawab kepada diri sendiri. HAhahahaha. Selamat mencuba.


Sikit Soalan Hang Tanya !

Assalammualaikum dan selamat malam.

Om nak jawab soalan dibawah dengan seikhlasnya. Silalah baca. Gila kalau tak baca! Baca cepat. HAhahahhaa.


1) Nama penuh?
    * Rahsia

2) Sesuatu yang boleh membuatkan anda berubah?
    * personaliti
    * gaya

3) Sesuatu yang boleh membuatkan anda hilang mood dengan tiba-tiba?
    *May be my mood will lost if I see longkang atau dinding yang berlumut hijau hijau. Yakkk!

4) Seseorang yang anda benci?
    *Sepupu yang annoying nak mampus! nama rahsia...

5) Seseorang yang anda luahkan segalanya?
    * Dinding bilik, its know everything.

6) Kali terakhir anda menangis?
   * Malam semalam rasanya, acah acah berlakon, ha gitu~~~~

7) Tempat yang anda paling nak pergi dengan boyfriend anda?
    * maaf, tak ada boyfriend.

8) Warna kegemaran?
    * kelabu, pahadal baju banyak warna biru dan maroon.

9) Nombor kesukaan?
    * 3 sebabnya tarikh lahir bermula dengan nombor 3.

10) Hari Jadi?
      * ada pulak soalan ni, 3 jun 1995

11) Warna mata?
      * biru (contact lens) , of courselah black!

12) Warna rambut?
      * maaf, pakai tudung sekarang ni, tak ingat rambut warna apa.

13) Makanan kegemaran?
      * mee bandung

14) Panggilan manja?
      * ntah!

15) Lagu kegemaran?
      * Jika kau rasa getarnya - Slam.

16) Jenama baju kegemaran?
      * Pop soda , FOS , TopShop.

17) Minuman kegemaran?
      * All type of coffee, cappuchino, mocha, latte and others.

18) Drama tv kesukaan?
      * Tak minat drama, kbye!

19) Nama boyfriend?
      * Kan udah ku bilang tadi, aku tuh nggak punya boyfriend! ngertik dong!

20) Are you single or taken?
      * Waduhhh ditanya lagi! nggak ada cowok, ya haruslah single.

21) Seseorang yang ada dalam hati anda sekarang ni?
       * nothing, its zero!

22) Apakah yang anda suka pada seorang lelaki?
      * mata
      * gaya
      * janggut
      * aura

23) Nama orang yang anda suka?
      * Mukhriz.

Ahad, 24 Mei 2015

1st GIVEAWAY by Blog Princess Mimi

Assalammualaikum wbt.

Malam yang gelap gelita dan ditemani kipas angin yang berpusing dengan kelajuan maksimum, Om dah join giveaway yang pertama buat blog beliau. Siapakah beliau? Hahahaha.. Ianya adalah secret....

Syaratnya sangat mudah, semudah kipas angin yang berpusing, cuma perlu tekan suisnya sahaja. Buahahahahaaa.. 

Dengan lafaz kipas yang berpusing, Om nak tag kawan blogger Om:

Klik banner dibawah untuk join. Jangan malu malu. Hadiah yang sangat menarik buat anda. Rugi kalau tak join dan marilah bersama sama bagi sokongan kepada para blogger.

Kelik jangan kelik! 


Photobucket

Semester Akhir Kejuruteraan

Assalammualaikum wbt.

Semalam dan hari ni, kerja nak mereput dalam bilik. Bangun, mandi, masak, makan dan merayau kat google selama berjam-jam. Bila wifi lambat mulalah meroyan, stress sorang sorang. Om pun tak faham dengan keadaan Om ni. Esok dah mula minggu kedua untuk semester akhir di tahun akhir bagi diploma kejuruteraan. Minggu pertama, kelas kejap ada kejap tak ada. Om pun tak faham kenapa, pelajar sabah dan sarawak ambil masa satu minggu untuk balik ke semenanjung. Seminggu itu sebenarnya minggu pertama untuk semester akhir. Bagi Om, sangat sangat mengganggu dan menyusahkan pelajar yang lain. Come on, this is college not school! Even in goverment university, first week of semester is going fast as well. Enam semester pun tak reti nak ubah sikap. Hidup juga orang spesies begini. >_<

Empat bulan mendatang, rasa macam sekejap jer. Pejam celik pejam celik, ehh dah raya, ehh dah midterm, ehh dah final. Masa berlalu dengan pantas. Om ni pun tak yakin untuk memulakan sesi praktikal di dunia pembinaan yang sebenar. Hahahhaa gitu~~~ Madam dah suruh mula cari tempat praktikal.Om rasa masih awal lagi, hold dulu. Nandi dah last minit baru kelam kabut nak cari. Biasalah engineering student, setakat cari tempat praktikal apalah sangat. Berlagak gila ayat.


Subjek tak nak kalah hebat, dengan kelasnya hari hari. Allah. Cukup malas kalau kelas tu banyak teori. Tak minat nak hadap. Om memang lemah nak menghafal. Sangat lemah. Annoying tapi subjek sejarah SPM, okay jer dapat B. Spesies apakah ini? Apa yang Om harapkan untuk semester akhir, Om nak dapat 4 flat lagi. Walaupun agak susah untuk dapatkan, tapi tak salah kita mencuba. Hendak seribu daya Taknak seribu dalih. Tak gitu. Selagi ada usaha kita usaha, bak kata pepatah Usaha Tangga Kejayaan. 

Jumaat, 22 Mei 2015

Lirik Lagu Kun Anta Dalam Bahasa Melayu.

Lirik Lagu Kun Anta - Humood AlKhudher

Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina,
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir,

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,

La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)

Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum,
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni,
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana,
Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni,

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,

La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x)
Kun anta tazdada jamala

Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum,
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,

La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)  


Maksudnya,
Ketika ingin bersaing dengan mereka,
aku telah meniru apa yang ada pada mereka
Lalu aku mula menjadi seperti orang lain, supaya aku boleh berbangga
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan
Namun aku dapati yang aku perolehi hanyalah kerugian. Itulah yang nyata.
Tidak..Tidak...
Kita tidak memerlukan harta, agar bertambah cantik.
Permata kita ada di sini, di dalam hati yang bersinar-sinar
Tidak..Tidak...
kita bukan di terima orang lain dengan apa yang tidak ada.
Kita diterima adalah kerana perbuatan (akhlak) kita.
Itulah kecantikan kita. Yang sangat tinggi dan mulia
Jadilah diri kamu sendiri

pasti akan bertambah lagi kecantikan yang sedia ada
Sungguh aku menerima mereka, dan aku tidak perlu meniru perwatakan mereka
Melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.
Aku akan menjadi diriku sendiri. Seperti diriku sepenuhnya. Inilah aku.
Sifat qanaah sudah cukup untuk ku. Itulah keyakinanku
Aku akan menjadi diriku sendiri, mengikut kemampuan diriku.
Aku tidak perlukan orang lain untuk menerimaku
Aku akan jadi seperti diriku.
Apa yang aku inginkan. Untuk diriku dan bukan untuk keredhoan mereka.

Khamis, 21 Mei 2015

Blog Review 4 - Segmen Review Blog by Ombak Bergigi.

Assalammualaikum dan hai semua.

Sebelum memulakan review terakhir ini, Om nak minta maaf kepada pemenang 3 blog terakhir bagi Segmen Review Blog by Ombak Bergigi. Sebenarnya Om dah siap dah taip entri ini tapi tak ingat nak publish. Minta maaf bebanyak yer. Baiklah om mulakan.

Life is Awesome...

Cantik tak header empunya blog kita ni, terjah SINI ! Lona Freak, Om ingat blog itu blog lelaki, lahh rupanya blog perempuan. Hihihii.. Nama empunya blog is Lona. Tengok header pun dah tahu. Lona sudah mula blogging sejak tahun 2009. Perghhh lama tu... Lona ni salah satu pengomen yang rajin komen entri Om. Tak caya, usha usha lah. Jangan malas sangat. Lona jugak rajin kongsi entri tentang kesihatan. Tak jemu Om baca. Jom terjah!


Watever I Like To Write

Background bunga ros merah, buat mata Om terpukau sebentar. Wah... adakah Shamimi minat bunga ros? Kak Sha jer yang tahu. Nama penuh Kak Sha ialah NorShamimi Binti Md Yusop dan berasal dari Segamat, Johor. Satu negeri dengan Om. Hihihi. Kak Sha sekarang ni bekerja di sebuah syarikat pembekalan paip, belum berkahwin lagi tapi hatinya sudah dipikat oleh capital MNL. Siapakah itu? Hihihiiii... Jom kita support blog Kak Sha. Klik SINI !

Blog terakhir untuk review kali ini,

halimatussaadiah-itus.blogspot.com

Blog yang bertemakan Hello Kitty, betapa sempoinya empunya blog. Om rasa Kak Saadiah memang suka hello kitty. Kak Saadiah sudah mula berblogging sejak 2011. Setahun awal daripada Om. Om tak dapat kesan umur dan pekerjaan Kak Saadiah. Dah dah jom terjah, klik SINI !

Terima kasih kepada semua pemenang. 

Ayam Masak Lomak Cili Api.


Asalammualaikum dan hai semua!

Om keliru dengan nama masakan ni. Ada yang panggil masak lemak cili api dan ada juga yang panggil masak lemak cili padi. Mana satu ni? Peliks. Tapi lantaklah itu hanya nama, yang penting perut kenyang hati pun senang. Petang ni, Om masak ayam masak lemak cili api, kaw kaw pedas. Terletak banyak cili pulak. Biasalah orang Johor, kalau tak pedas tak sah. Pedasnya tu boleh sampai tahap keluar peluh dekat muka. Fuhhhh, terangkat!

Baiklah, bahan-bahannya mudah. Tak susah mana. Lagi pun masakan ni mudah sangat, untuk Om lah. Tak tahulah korang. Mungkin ada yang kata susah. But If you not try, you dont know about that. So try it.

What we need is :
  • Ayam 6 ketul (untuk dua orang makan)
  • santan 1 kotak
  • 12 biji cili api - blend
  • Kunyit hidup sikit - blend
  • bawang besar 1 biji - blend
  • bawang merah 1 biji - blend
  • bawang putih 1 ulas - blend
  • serai 1 batang - diketuk
  • lada merah - hiasan
  • kentang 2 biji - belah 4 (ikut korang)
Lets start!
  1. Blendkan bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili api dan kunyit.
  2. Masukkan yang diblend tadi dalam periuk bersama santan, ayam, serai dan kentang.
  3. Bila ayam dan kentang dah masak, perisakan dengan garam.
  4. Hiaskan dengan lada merah.
  5. Siap untuk dihidang.
Selamat Mencuba!

Rabu, 20 Mei 2015

Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh.

Assalammualaikum dan hai semua !

Om nak khabaq ni, jomlah meriahkan segmen blogwalking Parihh. Syaratnya mudah , semudah ombak menghempas pantai. Rugi kalau tak join, jangan menyesal tau nanti. Hadiahnya.... Jom meriahkan segmen Parihh..

Photobucket

Selasa, 19 Mei 2015

Pedofilia

Assalammualaikum dan hai semua!

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kes seorang pelajar, Fitri Azmeer Nordin yang disabit bersalah kerana memilik gambar dan video pornografi kanak kanak. 

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memahami apa itu pedofilia demi menjaga keselamatan kanak-kanak di negara ini.

Sumber : Says.com


Sejauh mana anda tahu apa itu pedofilia?

Secara kasar nyer pedofilia adalah satu orientasi seksual dimana seseorang itu mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun ...

Pedofilia dijelaskan sebagai keinginan seseorang untuk memenuhi nafsu seksual dengan melibatkan kanak-kanak. Sering kali pedofilia datang daripada golongan lelaki dewasa yang tertarik dengan kanak-kanak lelaki mahupun perempuan secara seksual.

Meskipun seseorang itu hanya mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak, walaupun tanpa menyentuh mereka, dia masih dianggap sebagai pedofilia ...

Ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak melakukan perkara yang boleh menarik perhatian pedofilia terutama sekali di laman sosial ...

Kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan seksual mungkin akan mengalami trauma seumur hidup mereka ...


Sumber : Google.com


Sambal Udang Ombak Style

Assalammualaikum wbt dan hai semua.

*google image*

Om nak kongsi satu resepi yang mudah dan sedap iaitu sambal udang untuk orang bujang masak.Cong ceng cong ceng dah siap, hahahaaa. Untuk pelajar ipts/ipta pun boleh, takyahlah tapau tapau tu. Masak sendiri jer kat rumah. Hari hari masak dah pandai. Nanti boleh masuk MasterChef Malaysia, tak gitu...

Jadi, bahan bahannya adalah :

  • Udang putih 30 ekor saiz sederhana 
  • Cili giling 3 sudu - nak lebih ikut sukahati koranglah ^^
  • Bawang besar 1 (dihiris)
  • Bawang merah 2 (dihiris halus)
  • Bawang putih 2 ulas (dititik)
  • Santan 1 kotak kecil ( guna suku je)
  • Perahan asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya. 
Cara cara:

  1. Bersihkan udang (om suka buang kepala dia, sebab kalau ada kepala dia om tak selera)
  2. Tumis bawang putih sampai naik bau.
  3. Tumis hirisan bawang merah pun sampai naik bau.
  4. Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak (api perlahan jer!)
  5. Masukkan perahan asam jawa.
  6. Masukkan udang dan hirisan bawang besar.
  7. Taburkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Masukkan santan, biar hingga mendidih sekejap dan angkat.
  9. Sedia untuk dimakan. ^^
** nak lagi sodap, bawang putih tu tumbuk dengan belacan yang dibakar dalam setengah ibu jari.

Perghhh terangkat, terbaik dari dapur !

Selamat Mencuba !

Isnin, 18 Mei 2015

Trend Bawa Sweetheart a.k.a Kekasih Tidur Rumah.

Assalammualaikum dan hai semua.


Tajuk entri yang menarik untuk korang baca hari ni. Rugi tak baca tau. Om nak kongsi apa yang Om tahu daripada pembacaan Om. Di zaman moden kini, ramai yang menjadikan trend membawa perempuan tidur di rumah (lelaki), walaupun keluarga (lelaki) semua ada di rumah. Ada yang kata elok, ada yang kata tak manis.

Apa yang Om tahu, trend ni bukan baru lagi. Sebenarnya, trend ni adalah kurang sihat. Yelah, walaupun kelihatan sopan, sebab membawa pasangan untuk dikenalkan kepada ibu bapa. Memang tak salah, tapi itu bukan platform untuk tidur di situ. Sebab apa? Sebab perempuan tu kan masih di bawah tanggungjawab ibu bapa dia. If anything happen, siapa yang susah?

Kan lebih elok kalau lelaki atau perempuan itu membawa ibu bapanya untuk dikenalkan dengan bakal besan. Itu lebih selamat. Kalau dah akad nikah tu, terserahlah nak bermalam berapa malam di rumah mak mertua. Pilihan di tangan anda, sebab hubungan kekeluargaan dah sah. Ini tidak, belum ada hubungan yang sah, dah beria-ia nak tidur rumah pasangan. Kononnya nak kenal keluarga pasangan dengan lebih rapat. Tapi lepas akad nikah, tak bersungguh pula.

Bagi Om, boleh nak kenal kenal tapi tak perlulah tidur di rumah pasangan. Tak manis orang pandang. Tapi itulah, sekarang ni nak cakap banyak pun, kita yang disalahkan. Masing masing dah boleh fikir mana baik mana buruk. Better think carefully.


Wallahualam.

Simple RM100 Giveaway Byijeni


Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau.
 Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)

 
Hadiah Giveaway :-
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015

Khamis, 14 Mei 2015

Finally...

Assalammualaikum dan Selamat Pagi semua.
Alhamdullilah, keputusan peperiksaan semester 6 sangat membanggakan. Tak sia sia 3 4 hari belajar sampai ke subuh, sampai sakit sakit badan. Alhamdulillah... Subjek pun tak nak kalah hebat juga. Pening kepala pun ada waktu tu. 5 semester mengidamkan sangat nak 4 flat, tapi semester 6 juga yang dapat. Terima kasih kepada diri sendiri yang berusaha sungguh sungguh untuk dapat keputusan yang sangat baik ni. Terima kasih sebab belajar dapatkan sesuatu dengan usaha sendiri. Selagi ada usaha, In Shaa Allah, Allah akan permudahkan.

Terima kasih Allah sebab bagi peluang untuk terima kejayaan ni. Terima kasih kepada mak abah yang selama ni berusaha bagi yang terbaik untuk anak perempuan dia seorang ni. Terima kasih kepada pensyarah yang mengajar subjek subjek tersebut. Walaupun subjek tersebut sangat kental untuk belajar, but them try the best for teach me. Thanks dan terima kasih kepada kawan kawan, tanpa korang, Om tak semangat dan tak kan kerja keras macam nie.

In shaa Allah, keputusan nie akan kekal begini untuk semester akhir. Apa yang penting, tetap istiqomah, berusaha, bertawakal. Usaha tangga kejayaan, prinsip nie yang Om pegang sejak dari UPSR. Mimpi indah malam nie ^^.

p/s: mimpi belajar kat jepun malam nie, hihihihiii...

Selasa, 12 Mei 2015

Cara Terbaik Atasi Kecewa.

Assalammualaikum dan Hye semua !


Kembali bersua. 12 hari di kampung, alhamdulillah dapatlah meluangkan masa dengan keluarga terutama mak abah. In shaa Allah ahad ni Om akan balik ke Setiawangsa semula. Om dah rasa rindu dengan bilik Om dan juga anak jiran Om, Aryan. Rindunya dekat Aryan. Dua tiga hari kebelakangan ni, rasa sakit hati dengan perkhidmatan cyber cafe kat kampung. Selalu bermasalah, kadang kena pergi ke kampung lain untuk guna internet. Stresslah begini~~~ Menyusahkan semua pihak terutama pelajar. Mohon ambil tindakan dengan segera, ^^.

Berbalik pada tajuk entri, Cara Terbaik Atasi Kecewa. Mungkin pada ketika ini, ada hati yang sedang kecewa. Ada hati yang tengah terluka dan mungkin juga ada hati yang tengah merana. Siapa yang mahu perasaan kecewa hadir dalam hati? Apatah lagi menjadi lemah dengan perasaan ini. Kadang merasa lemah dan tidak tenang mampu menitiskan airmata setiap masa.

*muka kecewa ke ni?* hahahahha

Kan cinta ada pasang dan ada surutnya. Ada bahagia dan ada kecewa. Ada suka dan ada duka. Tak semua percintaan akan merasa bahagia. Kadang perkahwinan ada juga asam garamnya. Manusia macam kita tak lepas daripada melakukan kesilapan. Nobody perfects.

Namun perasaan kecewa tidak juga dalam masalah percintaan atau jodoh. Ada juga yang kecewa dengan masalah lain. Boleh jadi dengan tindakan ibu bapa, kawan kawan atau jiran. Pendek kata perasaan kecewa membuat perasaan kita remuk rendam.

Om pun pernah rasa kecewa. Ada jugalah kecewa dalam percintaan, tapi bila dipikirkan semula, Om tergelak, sebab bodohnya masa tu. Yalah cinta ni lumrah kehidupan, semua orang nak rasa mencintai dan dicintai. Hahahahaaa, alhamdulillah perasaan kecewa dalam percintaan tu dah lama Om usir jauh dari hati.

Om nak kongsi sedikit cara untuk kuatkan kembali hati yang tengah kecewa tu. In shaa Allah cara ini akan dapat membantu korang semua.

1) Membaca Surah Yasin.

Sebenarnya surah Yasin ni banyak manfaat, salah satunya mampu mengatasi rasa kecewa. Mungkin ada yang jarang membaca al-quran dan membuka kita ni. Inilah penyebabnya hati kita terganggu dan tidak merasa tenang. Jomlah mulakan amalan ini. Kalau yang haid tu, boleh dengar guna MP3.

2) Solat Sunat Tahajjud.

Tak salah bangun dan melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat ini adalh untuk menguatkan jida dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasullah dan para sahabat.

3) Elakkan Dengar Lagu Tema Kekecewaan.

Ini penting, tolong hindari dari suasana yang boleh buat korang sebak dan terkenangkan kenangan lalu, Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta dan kecewa. Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarkan dahulu luka itu sembuh :)

4) Sentiasalah Ingat Allah.

Sebagai muslim, kita kenalah sentiasa ingat Allah. Yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah maha Mengetahui. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Selamat Mencuba ^^


Ahad, 10 Mei 2015

Mother's Day Everyday




Assalammualaikum, Hye semua !

Hari ini hari Ibu kan? Om terbaca satu post dekat moment wechat Om, post tu berkata "Hari Ibu ialah Hari Mother Church/Ibu Gereja Kristian. Siapa nak sambut, silakan. Siapa takut rosak akidah, jangan sambut". Terkejut juga Om baca. Om ni pegangan agama tak ada lah hebat mana, cukuplah mana yang ada. Sekarang ni masih istiqomah dalam tunaikan ibadah. Kita ni pun hidup di dunia tidak lah lama, mungkin kejap lagi dah pupus. Om terfikir sejenak, tak salahkan kalau kita sambut hari Ibu hari hari. Bila Om baca post tu, Om takutlah terpesong akidah. Om anggap hari Ibu itu hari hari, dan bukannya hari ini sahaja.


Itu mak Om, Zaharah Binti Liman namanya. Sama tak muka kami berdua? Like Mother Like Daughter tak gitu? hihihihii. Thanks mom cause grow me up with my siblings until now. Thanks cause always have when I really need someone to cool down my emotions. Thanks too cause support me along my education. Thanks Mom, without you I have nothing ! I love you everyday.

Jadi, cepat cepat hubungi Ibu anda! Hari Ibu bukan hari ini sahaja tau! Hari Ibu adalah Hari Hari !

New Header.

Assalammualaikum. Hye semua.

Hari ni Om tukar header baru. Header yang bertemakan melancong. Om tak pernahlah melancong ke luar negara. Disebabkan teringin, itu yang jadikan inspirasi untuk header blog Om ni. Walaupun tak seberapa Om cuba hasilkan yang mudah sahaja. Memang nak sangat header yang gempak gempak, senada dengan background. Tapi itulah Om cuba belajar dari bawah. Hihihii. Mana tahu satu hari nanti ada yang sudi nak bagi header free untuk Om. *kidding*

Note: maaf tak sempat nak publish segmen review blog by Ombak Bergigi. ^^