Khamis, 30 April 2015

Blog Review 3 - Segmen Review Blog by Ombak Bergigi

Assalammualaikum.

Hye semua!

Dekat seminggu jugak tak post entri dan rasa bersalah sebab tak habiskan review. Om minta maaflah yer. Almaklum sibuk dengan final exam dan alhamdulilah baru tamat petang tadi. So happy holiday. Okay baiklah, om nak review blog pemenang Segmen Review Blog by OmbakBergigi. Tahniah buat pemenang 3 Blog Special.

Ni dia pemenangnya, jom terjah blog beliau. www.rafzantomomi.com

Rafzan Tomomi Story '15

Om baru tahu rupanya beliau salah satu pengikut instagram om. Hihihiii, patutlah rasa fimiliar nama beliau. Rafzan ialah nama beliau dan Tomomi adalah nama artis jepun, gabungan nama yang menarik. Beliau berusia 23 tahun, pangkat abang dengan Om. Sangat gilakan instagram dan easy going. Beliau aktif di blogger sejak tahun 2012 dan dah tentulah ramai pengikut. Anda tak percaya? haaa, pergilah terjah.



Wahh... pinky gitu blog Akak om sorang  ni. Hihihihiii.Om sangat cemburu dengan akak Aimi tau, sebabnya akak Aimi kita ni model. Tak caya terjah dan usha blog beliau. Om dah lah minta gila dengan modelling, tapi tak ade rezeki untuk sambung lagi. Akak Aimi kita juga merupakan pengedar produk Elken. Jangan segan segan tau kalau nak order produk Elken, boleh contact Akak Aimi. 

Blog yang terakhir untuk entri kali ni bertemakan hijau. Comel sungguh header blog Fiqa ni ha. Jelesnya om, hihihihii.Nama beliau ialah NurNadhira Afiqah Rosman, berusia 20 tahun. Maaf kalau salah yer. Om dengan Fiqa sebaya dan rupanya satu fakulti, kejuruteraan. Tapi Fiqa bidang Computer Engineering. Kan Fiqa? Hihihiii... Jom terjah blog beliau, http://fiqadira.blogspot.com/

Selamat Terjah ye ^^









Jumaat, 24 April 2015

Blog Review 2 - Segmen Review Blog by Ombak Bergigi.

Assalammualaikum.

Hai dan Selamat Petang.

Hari ni Om nak review blog lagi, Tahniah kepada pemenang. Om akan buat segmen lagi nanti, harap korang semua join dan memeriahkan segmen om. Hihihihiii.


Blog gegurl lagi om review, hihihiii. Http://deluhansis.blogspot.com Nama empunya blog ialah Nana. Pada sesiapa yang baru kenal nana, diwajibkan panggil Wolf. Wahhh gempaknya nickname Nana. Nana ni sebenarnya suka kpop, terutama Exo. Beware kepada yang kutuk kpop, Nana tak suka tau. Hihihiihiii.. Om suka background blog Nana, purple gitu. Om tak dapat kesan umur Nana, hihihii. Okay mari kita terjah blog Nana a.k.a Wolf.


awazans Pengedar sah shaklee COD Meru,Kapar,Klang,Section 7 Shah Alam

Jom terjah blog pengedar produk shaklee, http://awazans.blogspot.com/ Om suka header blog akak Awazan, maaf kalau om tersalah taip nama. Om tak dapat kesan nama sebenar empunya blog. Akak Awazan ni dah lama jadi pengedar produk shaklee sejak tahun 2012 kalau tak silap. Empunya blog sudah berkahwin dan kepada yang berminat untuk jadi ahli shaklee boleh hubungi Akak Awazan. 
Mobile/ Whatsapp : 0126524529
Emel : awaza_ns@yahoo.com 


Blog review yang terakhir untuk entri kali ni, http://www.jiakreatifelt.com/ . Ada berita baik untuk korang semua, empunya blog kali ni merupakan designer blog. Om suka dengan design akak Najiah. Cantik kemas dan berkualiti. Satu pakej yang diperlukan untuk pelanggan yang betul betul pentingkan kualiti seperti om. Hihihihi, apa yang pasti, empunya blog bernama Najiah binti Shaharain. Maaf kalau om salah. Boleh terjah blog Akak Najiah untuk toturial okay. In Shaa Allah ada rezeki lebih om nak tempah dengan Akak . Jom terjah serta follow . 

Selamat Terjah. 




Khamis, 23 April 2015

Who's Laughing Know?


Assalammualaikum.

Read For Awhile.

So you think you know me know?
have you forgotten
you would make me feel when
you dragged my spirit down
but thank you for the pain
it made me raise my game
and i'm still rising.

who laughing know?

Lala Pedas.

Assalammualaikum.

*gambar hiasan*

Hari ni Om berbesar hati nak kongsi resepi.  Sharing is caring, sharing is loving. Hihihiii tak gitu? Baiklah mari kita mula.

Bahan:

  • 1/2 kilo lala ~ cuci bersih tau !
  • 1 sudu besar cili giling
  • 5 biji cili api ~ di ketuk
  • 3 ulas bawang putih ~ di ketuk
  • 1 inci halia ~ di ketuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 helai daun limau purut ~ di hiris halus
  • sedikit sos tomato
  • sedikit kicap manis
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis
Cara-cara:


  1. tumis bawang putih, halia dan cili giling sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis, cili api dan limau purut.
  3. Kacau sebati.
  4. Masukkan lala dan sedikit air.
  5. akhir sekali perisakan dengan garam.
  6. siap untuk dihidang.
Siapa cakap masak itu susah? kalau om campak campak bahan dah siap, janji boleh  makan dan sedap. Hihihiiii. Selamat Mencuba.

Blog Review 1 - Segmen Review Blog by Ombak Bergigi

Assalammualaikum wbt. 

Hi semua dan selamat pagi kepada yang baru bangun.

Seperti yang dijanjikan hari ni Om nak tunaikan janji. Ehhh lupa, TAHNIAH kepada pemenang. Baiklah, Om mulakan dengan 3 Blog Terawal yang join Segmen Review Blog by Ombak Bergigi.

Coretan Murni Alysa

Jom terjah dan follow blog Akak Murni Alysa, http://www.murnialysa.blogspot.com/ 
Sebenarnya, Akak Murni adalah ibu kepada dua orang anak. Tak percaya? Boleh terjah blog Akak Murni. Akak Murni juga adalah ahli shaklee. Shaklee? Korang tahu tak? Shaklee ialah satu produk kesihatan dan pemakanan, tengok header blog Akak Murni pon dah tahu. Hihihii. Blog yang berlatar belakang warna biru menarik perhatian untuk om tukar template lagi. Om suka blog Akak Murni, cukup kemas dan rapi. Kepada yang nak beli produk shaklee bolehlah hubungi Akak Murni kita ni. Jom terjah !

small gulz with a big heart

Taraaa, cantiknya header blog Tiqa Miyaka, http://tiqaamiyaka.blogspot.com/ , ha apa lagi pergilah terjah. Tiqa Miyaka sudah pon bertunang. Perghhh tunangan orang sudah. Hmmm om bila lagi ni. Om terjah blog beliau, om baca satu persatu entri blog beliau, dan om dapati Tiqa dah berusia 23 tahun? hmmm betul ke? Maaf kalau tersilap. Tiqa pangkat akak dengan om, hihihiii.. Baru tahu. Om pasti yang Akak Tiqa ni satu bidang dengan om, iaitu Bidang Kejuruteraan, kan Akak? Hihihiiii. Apa kata follow dan terjah blog Akak Tiqa, ;)

♕CatatanHati93♕Story♕

Blog terakhir untuk entri kali ini, Catatan Hati 93. http://catatanhati93.blogspot.com/ Pasai pa header blog beliau shantek sangat. Aiyooo geramnya, header blog om simple sesimple habis. Geramnnya. Untuk pengetahuan semua, nama beliau ialah Nur Khairiah Arwanie, Akak Wanie. Sedap nama Akak.  Akak Wanie berusia 22 tahun dan berasal dari Pahang. Akak nak ikan patin sekor, masak lemak okay :) hihihiii... Blog beliau dah mempunyai 662 pengikut, dah ramai dah tu ^_^  Akak Wanie ni suka share toturial dan review tau, boleh terjah blog beliau. Nanti boleh review blog om ye kak hihihiii... 

Selamat terjah okay.


Rabu, 22 April 2015

Pemenang Segman Review Blog By Ombak Bergigi (tamat awal)


Assalammualaikum.


Alhamdulilah, tamat sudah Segmen Review Blog by Ombak Bergigi.
Om minta maaf sebab tamat segmen ni awal sehari,
minta maaf banyak banyak yer.
Terima kasih kepada yang join, walaupun tak berapa meriah, 
Om tetap rasa bersyukur. Thanks. :)
Jadi sekarang Om listkan senarai pemenang.
Semua blog dibawah akan Om follow, 
harap bersabar okay.

Sepatutnya ada 13 pemenang tapi disebabkan halaman blog tersebut
tidak wujud. Om tak terpaksa buang. Minta Maaf yer.
hmmm... macam macam.
Takpe , lain kali om buat segmen join lah yer. 
In Shaa Allah.

3 Blog Terawal
1. http://www.murnialysa.blogspot.com/2015/04/segmen-review-blog-by-ombak-bergigi.html

2. http://tiqaamiyaka.blogspot.com/2015/04/segmen-review-blog-by-ombak-bergigi.html

3. http://catatanhati93.blogspot.com/2015/04/segmen-review-blog-by-ombak-bergigi.html

3 Blog Tengah2
4. http://deluhansis.blogspot.com/2015/04/segmen-review-blog-by-ombak-bergigi.html

5. http://awazans.blogspot.com/2015/04/segmen-review-blog-by-ombak-bergigi.html

6. http://www.jiakreatifelt.com/2015/04/segmen-review-blog-by-ombak-bergigi.html

3 Blog Special
7. http://www.rafzantomomi.com/2015/04/segmen-review-blog-by-ombak-bergigi.html

8. http://www.aimisyahirah.com/2015/04/segmen-review-blog-by-ombak-bergigi.html

9. http://fiqadira.blogspot.com/2015/04/segmen-review-blog-by-ombak-bergigi.html

3 Blog Terakhir
10. http://lonafreak.blogspot.com/2015/04/segmen-review-blog-by-ombak-bergigi.html

11. http://norshamimi.blogspot.com/2015/04/segmen-review-blog-by-ombak-bergigi.html

12. http://halimatussaadiah-itus.blogspot.com/2015/04/segmen-review-blog-by-ombak-bergigi.html

Tahniah !

Om akan reviewkan bermula esok, secara bergiliran harap bersabar okay.
3 blog akan direview dalam satu entri.

Minta maaf jika om tersalah sepanjang berblog.
TERIMA KASIH SEMUA YANG SUDI JOIN :)



Isnin, 20 April 2015

Segmen Review Blog by OB - 5 Hari Jer !!!

Assalammualaikum. 

Hai semua. Hari ni dapat idea baru pula, 
OB nak buat segmen 5 hari sahaja ! 
Rugi kalau tak join. 



Caranya mudah :

1. Follow [ BLOG ] OB.

2. Buat entry bertajuk " SEGMEN REVIEW BLOG BY OMBAK BERGIGI ".

3. Letak banner dekat entri.
(klik banner, bawa/drag ke entry anda dan paste)

Nota Gigi: Bila dah klik banner, copy Url HTML (website/Blog), 
takpon boleh copy image dan paste ke entri anda.

4.  Backlink kat ke sini, * jangan lupa * 

5. Publish !

6. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen.

Special Untuk Anda :

3 Blog Terawal , 3 Blog Tengah2 dan 3 blog Terakhir akan direviewkan.

Satu Blog Special (random) akan direviewkan juga.

Mudahkan? Jom meriahkan segmen OB. Selamat Bersegmen.

Tarikh Tamat : 23 April 2015 jam 11.59 malam.




Sakae Sushi, Yakk !!



Assalammualaikum.

Selamat malam buat semua yang sedang membaca entri aku yang tak seberapa ni. Semalam, aku keluar dengan kawan kolej, nama dia Awin. Awin ajak pergi temaan tukar baju dekat Avenue K. Hihihiii janji jam 3 dah ada kat KLCC, tapi disebabkan masalah sikit. Dekat jam 4 baru sampai. Janji melayu kan. Bukan taknak tepati dah masing masing pun lambat.


Ingatkan nak lepak dekat RoofTop Avenue K tapi tutup pulak. Katanya ada event sedang dijalankan. Too annoyed ! Puas jugak lah pusing pusing kat dalam KLCC. Window shopping kejap. Usha usha kasut, baju. Akhirnya apa pun tak beli. Hihihiii. Aku tak ada mood nak shopping semalam. Dah niat dalam hati cuma nak temankan jadi no need to buy something! hihihihiii thats me. Niat kene betul.


Bila tempat lepak tu tutup, maka aku dan Awin pergi ke NU Sentral. Awin nak tukar earphone. Jadi aku bercadang untuk memenuhi keinginan nafsu makan. Walaupun sebelum keluar, dah puas meratah lauk dekat rumah. Hihihihii. Dah settle tukar semua tu, aku macam biasalah. Tak habis habis dengan MCD murah. Time dinnerkan, mestilah murah. Bukan kedekut tapi berjimat. 



Maaflah ye, lighting kat MCD NU Sentral tak berapa nak cun. Lepas jer makan, ingatkan nak duduk lepak dan sembang sembang. Tapi tak ! kitorang tawaf satu NU, hihihiii,, dah lenguh barulah terpikir nak cari tempat untuk rehat seketika. Kebetulan Awin nak makan lagi, jadi dia ajak lah aku masuk Sakae Sushi. Aku bukan allergic tapi geli. Geli bila sushi tu masuk dalam mulut. Sushikan ade yang mentah, walaupun rebus sekalipun memang aku tak makan.


Untuk pertama kalinya, aku masuk restoran tersebut. Decorasi memang cantik, hijau macam alam sekitar tapi baunya, Ya Allah, tak tahan, busuk gila, bau dia macam dalam toilet. Busuk. Disebabkan nak teman Awin makan, kena lah tahan dan respect dia bila tengah makan. Hahahahaa. Kalau tak confirm Awin ajak aku keluar sebab mulut aku pot pet pot pet tak tahan dengan bau. Maaflah, aku ni jenis cerewet sikit. Hihihii..

Nampak tak Awin punya makanan, padahal dekat MCD tadi dah makan. Tak sampai dua jam, makan lagi. Takpe duit habis dekat makanan. Aku rasa macam jalan jalan cari makan pulak. Hahahahha apa pun tak boleh.



So, dear my future husband, tak payahlah nak date or makan kat Sakae Sushi. Aku tak suka, walaupun makan itu terlihat sedap disebabkan bau yang meloyakan tetap nampak tak sedap. Hahahahaaa. Yakkk!

Sabtu, 18 April 2015

I Know I'm Not Good Like You !

Assalammualaikum.

Kadang-kadang aku rasa sentap dengan kata kata member. Member semeja yang belajar dengan kau hari hari. Ye aku tahu, aku tak pandai nak cakap dalam bahasa inggeris sehebat kau. Tapi janganlah sampai merendahkan perasaan member kau ni.

Nak dijadikan cerita, aku berkawan dengan seorang pelajar Thailand. Nama dia Suki. Dia architecture student. Dah lama duduk Malaysia Suki ni, tapi dia tak berapa pandai nak cakap melayu. Jadi aku ajarlah sikit. Suka atau tak, aku kenalah cakap bahasa inggeris dengan dia. Selama ni dia faham jer apa yang aku cakap. Kadang English aku ni teruk dia masih boleh faham apa yang aku nak sampaikan. 

Aku bengang bila aku tengah sembang dengan Suki, member aku ni datang dan terus cakap pada Suki, "You understand the crazy woman say to you? Her english is very low! Totally broken." Kau rasa? Panas tak? Marah tak? Tak boleh ke dia ni cakap elok elok. Suki pandang aku dan aku rasa down gila waktu tu. 


Sampai sekarang aku tak berani nak cakap in English, sebabnya mood aku berubah 360 darjah. Tak tahulah rasa macam tak nak cakap sampai mati. Bukan sebab takut tapi sebab malu. Malu diejek member sendiri. Sekarang ini aku tengah belajar cari keyakinan diri bila berckap in english. Hihihihiii sampai bila nak malukan. I will try my best, chaiiiii yokkkkk !!!

Jumaat, 17 April 2015

Safi, Make Me Feels Beautiful.

Assalammualaikum.

Semenjak guna product safi, aku nampaklah perubahan. Dah masuk zaman 20an kecantikan kenalah diambil berat dan bukan dipandang ringan. Alhamdullilah, dekat 2 bulan guna produk safi memang ketara perubahan tu. Bukan tak berani nak makan supplemen yang memutihkan dan menganjalkan kulit, tapi itulah sekarang produk tiruan pon dah berlambak , so tak berani.


Pelembap Muka Safi, salah satu produk yang aku suka. Dulu bekas produk ni tak cantik, warna pon tak menarik minat aku untuk beli. Rasanya bekas produk ni baru diubahsuai kot. Cantik, aku suka aku suka. Warna bekas lembut , lawa tahu tak. Geram rasa nak gigit. Harga pon murah dan berpatutan untuk aku yang bergelar pelajar. As long as boleh save budget dan paling penting halal disisi agama. Nak cantik kenalah bijak, tapi jangan sampai bodoh tak tahu nak beza yang murah berkualiti dengan murah yang tak berkualiti.

Ala sekarang ni, kau bukak jer Instagram,banyak orang jual produk. Murah dan siap bagi testimoni. Boleh kalau kau nak beli, thats your choice. Nanti bila dah guna produk yang murah tak berkualiti tu, ha mulala kulit muka mengelupas sana sini, muka bertukar jadi kemerah merahan macam udang kena bakar. hahahahaa.. kat kampung aku, ramai makcik makcik atau hakak hakak yang muka merah merah sebabnya salah pakai produk. Apa pun tak boleh.

Aku cadangkan korang yang sebaya dengan aku, gunalah produk safi. Murah dan berkualiti. In Shaa Allah, for next entri I will share another produk thats I used for my skin. Apa apa pun thanks SAFI because make me feels beautiful. Muahhh cikeddd.


Khamis, 16 April 2015

Mak, Uda Dah Pandai Masak.

Assalammualaikum.



Bismillahirahmanirahim, good afternoon to my ehem ehem at Terengganu. I think today is the best day in my life. Why? Hahahahaha.. Untuk yang pertama kalinya, aku masak Nasi Lemak. Aku rasa bangga sebab aku belajar sendiri tanpa mak ajar. Ya dulu masa zaman sekolah, hujung minggu mesti mak masak nasi lemak, nasi lemak mak memang favourite. Terbaik dari rumah. Mak ajar tapi aku tidur. Who want to wake up in early morning? Memang tak lah masa tu. Pagi pagi nak bangun, chillah hujung minggu apa salahnya bangun lewat. Hehehehee.

Memang orang akan gelak, ala baru masak nasi lemak dah kecoh. Ni bukan pasal pandai masak atau tak. Aku nak  cakap yang perlahan lahan aku dah berubah. Dulu tak reti masak, sekarang dah pandai masak. Kau rasa masak ni, just campak campak then siap? Its all about skill and taste ! Terserah nak gelak atau tak. Ya memang rasa menyesal sebab tak dapat belajar masak dari Mak. Bila dah merantau ke tempat orang baru rasa menyesal. Siapa nak masak untuk kau? kalau bukan diri kau sendiri. Ini untuk orang yang merantau saja, lainlah yang masih berkepit bawah ketiak. Minta itu ini mak buat. Hahahahahaa.


Ada tak ciri ciri seorang chef? hahahahaa, annoying. Kat dapur rumah Along lah aku belajar masak, dari tak pandai, dari rasa yang tak sedap dan Alhamdullilah its change slowly. Jujur aku kata, rugi sangat sebab tak belajar dengan mak dulu. Menyesalnya. Sekarang ni  bilaa berjauhan dengan mak buat aku rasa menyesal gila !

In Shaa Allah dah habis pengajian nanti nak balik kampung nak belajar masak dengan mak. Sebabnya semua masakan mak sedap sedap belaka. Harap dapat masak sesedap air tangan mak. Hari ni masak nasi lemak. Aku amik masa satu jam, lama tak? hahahahaa.. Alhamdulliah, rasa sedap gila. Tapi Nasi lemak mak tak boleh dikalahkan lah. Hehehhee..


Taraaaa !!! Nasi lemak dah siap. Looks yummy right ? Jemput makanlah, tapi buat mak , " Mak, uda dah pandai masak. "

Rabu, 15 April 2015

Lelaki Octopus !



Assalammualaikum dan salam rabu.

" This love has taken toll on me, she said goodbye, too many times before. Her heart breaking in front on me, i have no choice, cause i wont say goodbye anymore. " Dari malam semalam sampai sekarang, lagu Maroon 5 - This Love , aku dok ulang ulang ulang dan terus ulang. May be ini lagu legend dan will improve my english. Hehehehehe.

Back to the topic today, "LELAKI OCTOPUS" means lelaki sotong. Hahahahah. Kau tahu kan. Bohonglah kalau kau tak tahu. Mari sini, aku liku kepala kau ! Sebenarnya lelaki sotong dikategorikan lelaki yang ala ala perempuan gitu. Spesies diorang ni tak sama dengan pondan. Kalau pondan, 100% ubah dari atas sampai kebawah dan sampai luar dalam diubah. Mengalahkan perempuan. Aku pernah terjumpa, dan aku panggil pondan tu akak. Hahhaha. Tapi bila dia bersuara mengalahkan buluh perindu. Suara macam petir guruh, haishhh hidup orang begini.

Aku suka lah dengan lelaki octopus sebabnya dia faham hati wanita. Faham yang maksudnya bila tengah mood down, dia kan prihatin dan tanya macam macam untuk buat mood ceria kembali. Ni daripada pengalaman aku. Tak tahu lah korang semua.

Bila part shopping, biasalah perempuan kan, satu shopping mall kau nak terjah. Tak cukup sehari nak shopping. Sama macam lelaki octopus ni, kau ajaklah dia. Mesti dia tahu tempat shopping yang murah, yang cantik, yang best best. Kadang kadang diorang ni pakar dalam tawar menawar. Hahahaha. yes, im not one of person yang suka tawar menawar. Aku tak reti nak tawar menawar ni. Baguslah lelaki octopus ni, sangat sangat.

Kau jangan cakap, lelaki octopus ni lagi expert in cooking. Kau ada? Kau cakaplah nak makan ape, ha dia ajarkan kau. Terdiam aku. Macam kawan aku ni, dia pandai masak, pakar kemas rumah, kiranya kalah perempuan. Aku sendiri pon surrender sebabnya aku tak pandai masak macam dia. Setakat untuk tekak sendiri tu boleh lah. Untuk bertiga, berpuluh memang tak reti.

Kiranya lelaki octopus ni sesuai dengan perempuan yang kasar, maksudnya perempuan tomboi. Kontra gila. best kawan diorang ni, baik dan faham hati kau sebagai wanita. Ni aku bercerita berdasarkan pengalaman, tapi tulah kawan aku ni dah sambung degree at Indonesia. Sms pun dah jarang, semuanya dah jarang. In Shaa Allah, we will keep in touch again ^^.


Toturial : Cara Delete Blog.

Assalammualaikum.

Following the instruction below okay ^^.

Step 1) login into your blogspot account.

Step 2) Click arrow "Drop Down List" --> Select setting.



Step 3) Once pop up this page, select "Others".



Step 4) Click " Delete Blog "



Step 5) Finally, save setting.

Selamat mencuba.

Tips : Menyimpan Biskut Dan Kek.




Assalammualaikum.

Selamat pagi, sayang. Gigi kau kuning kuning. Mngkin kau lupa berus gigi. Senyum kau macam kambing. Nafas kau bau kuda. Jangan marah jangan marah. Nanti tikus meradang. Llalallalalalaa.
Lagu viral ni, tiba tiba pulak nyanyi.

Pagi ni aku nak kongsikan satu tips yang berguna untuk korang. Selamat mencuba.

Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum di simpan. Sebaik-baiknya potong kek tersebut menjadi seurang-kurangnya 6 bahagian dan balut setiap bahagian dengan wraping plastic atau kertas timah. Simpan kek dalam bekas kedap udara dan letak pada ruangan beku dalam peti sejuk.

Apabila hendak menikmati kek, keluarkan lebih awal dan nyahbekukannya untuk dihidangkan pada tetamu. Dengan cara ini kek akan tahan lebih lama. Kek yang telah dipotong keping keping boleh juga dipanaskan dalam gelombang macro sekadar beberapa saat sahaja. Kek yang lama dipanaskan dalam gelombang macro akan menyebabkan kek kering dan keras.

Untuk biskut pula simpan biskut dalam bekas kedap udara. Taburkan sedikit gula pasir kasar agar biskut kekal garing. Apabila biskut telah lemau, panaskan semula dalam ketuhar selama beberapa minit, selepas itu sejukkan. Ia akan garing semula. Tapi bukan untuk biskut yang telah disalutkan coklat ye!

Selasa, 14 April 2015

Kau Suka Lelaki Yang Macam Mana ?

Assalammualaikum.

Topik yang agak meroyan malam ni. Hihihiii. Sebabnya ada hamba Allah bertanya kepada aku, " Kau suka lelaki yang macam mana ? " Seriously, when she ask me like that, i just krikk... krikk... krikk...
Hahahahaha... Soalan yang boleh buat aku tergelak, tersenyum serta terpikir. Alah, semua perempuan mesti ada lelaki idaman malaya. Begitu juga saya, bak kata omputih , Prince Charming.

Sebelum tu, nah gambar aku setepek !



Mari sambung....

Aku agak memilih sikitlah. Taknak lah yang lepas terjadi kembali. Tidak mahu tidak mahu. Hahahhaha. Memilih untuk kebaikan tak pe kan? Jangan sampai obses untuk memilih. Tak salah kalau nak pilih. Depends on yourself. Citarasa manusia kan berbeza-beza. Kau lain, aku lain, dia lain, mereka lain. Tak gitu?

Aku suka lelaki yang pandai masak. Macam abah aku, pandai masak. Sedap sedap pulak tu. Haishhh rindunya. Rata rata lelaki dalam keluarga aku, maksudnya abah dan abang abang aku memamg reti memasak. Entahlah, nak kata mak ajar , tak pulak. Tak pernah nampak pon kat dapur. Mungkin pengalaman tu. Yang pastinya, abah memang pandai masak. Bukan apa. Senang untuk aku nanti, kot kot lepas kahwin nanti, dia yang masak, aku goyang kaki jer. Hehehehehee...

Aku suka lelaki yang berjiwa alam. hahahahhahaa... aku berjiwa alam sikit. Dulu masa zaman sekolah, aku pernahlah terlibat dengan aktiviti camping. Duduk dalam hutan 3 4 hari, bermalam kat situ, bermandi manda kat situ. Jadi, aku nak lah lelaki yang aku suka tu berjiwa alam juga. Mudah untuk berkongsi pengalaman. Tak gitu?

Aku suka lelaki yang lemah lembut dan agak pendiam. Ni tak boleh bla. Entah, bagi aku pasangan ni kenalah ada kontra sikit. Ada lebih ada kurang. Baru syok. Lelaki yang lemah lembut tu bukannya yang lelaki jadi perempuan, bukan bukan, mohon dijauhkanlah. Mak kata, lelaki yang bersopan santun. Ala susah nak gambarkan. Macam ala ala ustadz gitu, sopan jer. Tak berkasar, tutur bicara tu jagalah. Yelah, aku ni memang jenis yang pot pet pot pet. Mestilah nak lelaki yang pendiam. Bukannya bisu okay.

Cukup setakat itu sahajalah lelaki yang aku suka. Nanti tak terhabis pulak kau baca. hehehehee. Tapi, kita pilih macam mana sekali pun, kalau rasa tak selesa bersama. Tak guna jugak memilih tu. Keselesaan bersama itu yang penting. Jadi pikir pikirkan.

Giveaway By Kameq Deanna

Photobucket

Assalammualaikum.

Marilah kita bersama sama memeriahkan giveaway.

Syarat-syaratnya semudah gosok gigi ^^

Jom Jom Jom..

Klik Banner untuk join.

Selamat Bersegmen.

Giveaway Jom Santai Aje Bulan April 2015


Photobucket


Assalammualaikum. 

Marilah kita bersama sama memeriahkan segmen di atas. 

Jom jom Jomm..

Klik banner di atas untuk join.

Tarikh Tamat : 30 April 2015.

Selamat Bersegmen.

Isnin, 13 April 2015

Moral Of The Day.

Assalammualaikum dan Salam Maghrib.



Keletihan juga hari ni. Masa terkejar-kejar. Semalam dapat tidur 5 jam sahaja, sebabnya study untuk test Reinforced Concrete Design. Alhamdulillah dapat jawab dengan jayanya. okay, taknak cerita lebih lanjut apa yang terjadi harini. Aku rasa hari ni memang banyak moral yang aku kena belajar, belajar dan  belajar lagi.

Pertama, jangan salahkan orang lain diatas kesalahan sendiri !

Kau dah buat salah tapi kau  jadikan orang lain bahan kesalahan kau. Patutnya kau dah salah, apa salahnya kau mengaku. Senang dan mudahkan. Ini memang jenis manusia yang suka buat aku sakit sakit hati. Aku tak faham kenapa orang yang macam ni tak boleh nak terima kesalahan sendiri. Bagi aku, tak susah pun mengaku. 

Kedua, alasan bodoh untuk ponteng kelas !

Aku bukanlah jenis yang suka nak datang. Kadang kadang nak jugak ponteng. Takkan nak full attandace. Ya bagus kehadiran penuh sebab nanti akan effect pada kau punya resume or sijil diploma kau nanti. Bodohnya pulak, kau dah lah ponteng kelas berminggu-minggu dengan alasan " saya sakit, madam " , " hujan lebat sangat madam" , "tayar moto pancit, madam" dan bla bla bla. Padahal dalam moment wechat, " Yeay, dapat jugak tengok wayang hari ni". Kau rasa ? Aku nak penampar jer orang macam ni. Susah ke nak bagi alasan yang munasabah? Susah ke nak cakap , "saya malas madam " ? susah sangat ker. Sakit hati kita. 

Ketiga, hilangnya rasa tanggungjawab !

Ha yang ni, sebagai manusia, nilai murni ni kena ada dalam diri. Tak kira tua muda miskin kaya, kena ada. Sebab ape ? sebab tanggungjawab tu membentuk siapa kau untuk masa akan datang. Kalau kau student, tapi tanggungjawab tak ada, buat apa kau belajar. Tak tahulah bila kau bekerja nanti. Kelas datang lambat, banyak ponteng, assignment submit lewat. Entahlah.

Aku bukannya sempurna sangat. Kelas datang assignment buat, tak tak. Aku dah tanam semangat nak ubah latar belakang keluarga. Aku tak nak kesusahan menyelubungi.  Alhamdullilah, aku rasa moral moral yang aku belajar hari ni tidak ada dalam diri. Alhamdullilah, akan aku kekal. Tapi buat kau, ubahlah. 

Al-Kisah Study

Assalammualaikum dan Selamat Pagi. 



Hampir tiga minggu  juga menghilangkan diri di dunia diari online. Mohon maaf kepada yang mencari, maaf yer. Sebenarnya, aku sedikit sibuk dengan penngajian. Seorang pelajarkan, sibuk dengan assignment, final exam. heheheheh. Untuk pengetahuan semua, final exam untuk second last semester in pada 25 April dan empat hari sebelum exam bermula, pada hari itu jugalah fakulti aku hantar kitorang pergi lab engineering di UTM, Jalan Semarak. Bayangkan, minggu exam adalah minggu pergi lab. Macam dah tak ada minggu yang lain. Bengangnya.

Al- kisah study, semalam sibuk buat slide untuk presentation tengahari ni. Sampai sakit sakit badan. Buat keje non stop ! Walaupun hanya duduk dan memikir, ia tetap suatu pekerjaan yang meletihkan. Boleh bikin badan anda mereput. Hehehehehee. Tengahari ni presentation about water supply pipeline in Malaysia dan ada sedikit calculation yang harus dibentangkan. Hope, i will try my best. 

heheheh. okaylah sampai disini, salam gst ye !