Jumaat, 27 Mac 2015

Apa Yang Ada Dalam Dompet Anda.


Assalammualaikum.

What I have in my wallet? Actually, that's is all the important thing. My color of wallet is chocolate. I dont know why I choose that color. May be chocolate is my favourite food. Im buy at Masjid Jamek. It is only 10 ringgit, not expensive right? Hehehee. Semua orang ada walletkan, mahal atau murah, its depends to yourself. Macam aku, aku student , belum sampai masa untuk beli wallet yang mahal. Murah tu mampu.

Dalam wallet Aku ada,

1) Kad pengenalan.
2) Maybank ATM card
3) Cimb ATM card
4) MBO card
5) Aeon Big card
6) Watsons Card
7) SSPN card
8) Lrt Card
9) Each A Cup card
10) gambar mak
11) gambar abah
12) gambar adik
13) gambar aku
14) duit Syiling RM1
15) beberapa keping tiket wayang.
16) Duit!!!

So that's all!

Khamis, 26 Mac 2015

Hukum Tukar BB1M kepada Wang.

Assalammualaikum ^^

Geram jugak dengan follower widget, tak elok elok dari semalam. Sakitnya tuh disini~~~ Biarkan jerlah nanti lama lama elok lah widget tu. Tak kuasa nak pikir, hehehee.



Alhamdulillah, hari ni aku dah dapat dah Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M). Lama juga aku berteka-teki bila agaknya dapat baucer. Bila dan bila, sebabnya tahap nak shopping ni dah meronta-ronta. Hehehee. Dengan baucer ni bolehlah beli novel ke, buku masak masak ke, buku motivasi ke.

Niat nak tukar baucer kepada duit memang terlintas. Yelah, aku ni pun belajar bidang yang tak guna buku sangat. Jadi rugilah kan. Tadi pun kat Kolej, ada tiga orang cina duduk depan kolej, promosi tukar baucer kepada duit. Dengar dengar, ada yang tukar dapat RM180 jer. Rugi gila. Baucer RM250 dapat tukar sebanyak tu, rasa tak adil sangat.

Aku pun terpikir pikir samaada nak tukar atau nak simpan. Aku amik jerlah no handphone orang cina tu. Senang sikit bila tergerak hati nak tukar, terus call. tadi, aku google cari tempat tukar baucer dengan kuantiti yang sama.  Tup tul terbaca hukum tukar menukar ni.

Scary juga, aku tak nak tambah tambah dosa ni. Bahaya. Korang boleh refer link ni, KLIK SINI ! ! ! Jadi hukumnya adalah Riba jika apa yang ditukarkan itu tidak sama dengan kuantitinya. Macam kes RM180 tulah. Riba tu, tolong jauhkan. Gunakan baucer tersebut dengan bijak okay.




Rabu, 25 Mac 2015

Aku geram !

Assalammualaikum.

Aku tak faham betul dengan follower widget ni. Memanjang problem! Stress~~~~
Please, korang kalau tahu share link kat kotak komen untuk selesaikan masalah tu. Sakit hati !


Tips Memilih Sotong Segar.

Assalammualaikum ^^



Korang ada masalah bila beli sotong yang tak segar? Ni aku nak kongsikan sedikit tips untuk korang semua. In Shaa Allah berguna nanti tau. Aku kongsi tips yang double double berguna untuk korang. Boleh guna tips ini semasa membeli sotong.

1) Badan sotong baru lebih bulat dan pejal.

2) Matanya bulat dan tidak berkedut.

3) Kulit luarnya tidak tertanggal.

4) Kulit kedua (putih) tiada lebam merah jika kulit pertama tertanggal.

5) Tiada cairan keluar di kawasan lehernya.

6) Baunya tidak kuat.

7) Dakwat tidak keluar.

8) Jika badan terluka tiada kesan hitam.

9) Tantakelnya mengembang dan mengeras.

Sebenarnya, penting juga tau memilih sotong yang segar, ini untuk pastikan lauk yang korang masak tu sedap, lazat dan bermutu. Bagus untuk kesihatan juga. Jadi, selamat mencuba.

P/s : Korang ada tips lain untuk memilih sotong segar? Boleh komen di bawah yer, muahh ciked!

Selasa, 24 Mac 2015

Apa Perasaan Jika Tidak Mempunyai Kekasih?

Assalammualaikum ^^


Selamat Pagi, Entri yang menarik untuk korang baca. Hehehee. Tengok jer tajuk entri boleh meroyan aku dibuatnya. Aku cuba bagi entri yang terbaik abad ini. Baiklah mari kita mula.

Boypreng? Girlpreng? Aku rasa sudah jadi trend terkini. Alangkan budak 10 tahun pun dah tahu boypreng girlpreng, inikan pula kita yang berusia. Kalau aku, aku tak panggil boypreng atau girlpreng, aku suka panggil dengan panggilan kekasih. Orang yang engkau kasih. Kau ada kekasih? Kalau ada baguslah tu, kot kot jodoh kau. Ehhh aku? Hmmmm

Okaylah, aku tak ada kekasih pon. Entahlah pengalaman lalu mengajar aku untuk lebih berhati hati. Hehehee. Aku rasa umur yang sebaya dengan aku, mesti ada kekasih malah ada yang dah berkahwin. Siapa tak suka disayangi, dikasihi, dicintai kan? Semua orang nak. Orang gila kalau tak gila mesti dia nak. Itu semua fitrah.

Mana tidaknya bila orang lain sibuk bersms, dating dating bagai. Kita pulak habiskan masa dengan tidur, makan, tengok tv dan sebagainya. Seharian kita bersendirian, tanpa kekasih.

Bagi aku, mulanya aku sibuk nak cari pasangan. Nak yang ni nak yang tu. Hari hari sibuk pikir pasal pasangan. Tapi, bila di pikirkan disudut negatif, banyak sangat negatif, bagi aku lah. Nanti bila ada kekasih, tak dapat bagi masa , tak dapat nak study sungguh sungguh. Mana taknya sibuk melayan kerenah kekasih. Tak tahu lah bagi korang.

Aku okay jer kalau tak ada kekasih. Tak ada hal. Mungkin belum sampai masanya lagi. Ini biarlah fokus pada study, practical yang tak lama lagi kene buat. Senang jer nak elak rasa sunyi, cepat cepat buat keje. Jangan di ikutkan perasaan.

Selagi mana engkau percaya pada Jodoh, selagi itulah kau tahu batas batas agama. Jodoh ada tak kemana. Allah dah persiapkan, tak di dunia , In Shaa Allah di akhirat. Manusia hidup berpasang-pasangan. Tunggu dan sabar. Buat apa yang Allah suruh , tak yah buat apa yang Allah tak suka.

" Sehebat Mana Cinta, 
Tetapi Tanpa Jodoh KetentuanNya,
Tiada Daya Jua Untuk Bersama.

Dan Walau Kau Tak Punya Sesiapa,
Tatkala Sampai Masa 
Yang DitentukanNYA,
Dia Yang Kau Tunggu Dalam 
Doa Akan Tiba Jua.

Bukan Sebagai Kekasih Sementara,
Tetapi Kekasih Abadi Yang 
Memimpimmu Ke Syurga ^^. "


Isnin, 23 Mac 2015

Baru 62 Followers !


Assalammualaikum ^^.

Alhamdulillah, baru aktif kembali 3 bulan yang lalu setelah setahun mendiamkan diri. Aku rasa bersyukur sebab usaha untuk 3 bulan ini membuahkan hasil. Follower meningkat dengan cemerlang akhir akhir ini. Alhamdulillah, terima kasih banyak banyak kepada followers yang mengikuti blog yang tak seberapa ni .

In Shaa Allah, lagi 3 bulan lagi, aku nak sangat follower cecah seratus. Usaha sebaik mungkin untuk dapatkan ia. Hehehee. Terima kasih sangat sangat. ^^

JJS - Jalan Jalan Sore.

Assalammualaikum ^^

Hari Ahad biasa aku tengok tv dari bangun tidur sehingga ke petang. Hehehee dengan tidak mandinya, ahadkan mood malas dah sebati dalam diri. Along dah balik dari Langkawi, jadi mulut ni tercakaplah,

" Along jom pegi main belon buih sabun kat tasik ? ".

Hahahahahaa, gatal benor aku cakap begitu. But his answer my question. " Petang nanti aku bawak, ni aku nak keluar hantar barang dulu ! ".
Alhamdulillah, respon yang memberangsangkan. Lama jugak aku tak jalan jalan dekat tasik. Tasik Titiwangsa, tasik di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Lagipun, rumah Along tak jauh dari Tasik. Dekat jer, kalau lari tu penat jugaklah.



Taraaa.... Itulah yang aku maksudkan belon buih sabun. I don't know the real name of the game. Sukahatilah aku nak letak nama apa kan. Itu anak sedara akak ipar aku, bulat nama dia. Al maklum, aku belum bersedia jadi makcik. Hahahahahaa. Umur masih muda. Tunggu dah matang sikit. In Shaa Allah ada lah nanti anak buah. Hehehee.

Hari ni memang ramai orang. Ahad kan. Nak parking pon susah. Petang petang biasanya suhu panas tu kurang sikit, ni tak panasnya macam tengahari. Naik meleleh peluh kat ketiak. Geli wweihh.



Kunun kunun nak buat video main buih tu tapi tangan ada dua jer tak cukup, mana nak main buih tu, mana nak buat video, so I decide to snap a picture only. Walaupun gambar tu tak seberapa, at least ada terpapar jugak kat blog yang terindah ini.


So if you want to play that bubbles , please come to Tasik Titiwangsa. I'm not sure the price of the bubbles. Hehehee. Sebab akak ipar aku yang belikan. Aku memang suka pau dia. Hahahahahaa. Patutnya aku yang nak main ,aku yang bayar. Aku memang kedekut. Hehehee.



Hehehee. Itu aku! Senyum senyum kambing gitu~~~ okaylah sampai disini sahaja. Bye bye.

Ahad, 22 Mac 2015

Dia Mengganggu Tidur Ku !


Assalammualaikum penduduk bumi ^^.

Semalam, hari sabtu 21 mac 2015 kan. Jujur, bila si kecik ni call (sheril), arghhh rasa malasnya nak bangun, mandi dan siap siap hantar barang si kecik tu. Si kecik ni telfon dalam pukul 9.30 pagi.

" Je, nanti datang pukul 11 pagi dekat lrt sri rampai tau". Aku dengan suara ala ala rock menyapa " k k k k " . Panggilan berakhir dengan begitu sahaja. Hahahahaha.. si kecik ni call memang on the spot aku jawab. Mata melilau cara telefon. Bertuah betul sikecik ni. Kang tak pegi, kecik pula hati, paru paru, jantung sikecik ni. Gagahkan jua lah.

Disebabkan masa terlalu suntuk, aku dengan tak makeupnya, tak berbedaknya, sarung tudung, belit sikit, terus pegi lrt setiawangsa. Aku rasa pukul 10.45 pagi dah macam 12 tengahari, masha Allah panasnya, meleleh ketiak. Panas jerebu! Tak suka keluar waktu macam ni. Kalau pakai makeup, confirm dah cair habis.


Apa pun tak boleh, redahkan jua panas panas begini. Demi sikecik , aku sadokan diri. Kah kah kah, sawit~~~~~ Nasiblah setiawangsa dengan sri rampai tak jauh, kalau jauh boleh menangis dalam hati. Si kecik sikecik hang, buat cheq makin sayang dekat hang. Hahahahaha... tolong jangan kembang ye si kecik.


Tengok muka aku tu, sikit pun tak letak bedak. Hahahahahah. Dengan jerawatnya, dengan eye bag yang macam mata panda, tapi masih manis lagi senyumku itu, hahahahhaha. Ini masa teman si kecik, reserve meja dia dengan kekasih dia. Al maklum, sambut birthday kekasih dia. Dan aku jadi lalang, teman si kecik ni. Tak sampai hati nak tinggalkan sorang sorang dia tu kat sri rampai. Takkan lepas hantar barang terus balikkan. Si kecik ni pulak merengek nak ajak teman. Hasihhh serba salah pulak. Akhirnya, temankan jua. Hai aku ni cepat betul kasihan kan orang. Takpelah si kecik ni banyak membantu, tak salah tolong kawan. Lagipun, aku rak ada buat apa apa.


Cantik pula lampu ni. Biasalah decoration untuk trick pelanggan jengah kan. Ni kat U Cafe, Wangsa Walk. Aku tak pernah makan kat sini lagi lah. Menurut si kecik, makanan dekat situ sedap sedap dan harga berpatutan. In Shaa Allah, ada rezeki lebih nak makan kat sinilah. Sesorang jer, kita ni tak dok boypreng lagi. Hehehehehe... ramai kawan lelaki jak, itu pon tak de yang menarik perhatian daku. Daku ni memilih sikit, sikit jer tak banyak. Hehehehe... hang jika ada usaha nak kat cheq, In Shaa Allah cheq longgarkan sikit memilih tu . Kah kah kah.


* bersama si kecik *

Taraaa... Itulah si kecik yang aku maksudkan, her name is Sheril. Hehehee. Bertuah dia ni. Suka kacau tidur daku. Daku suka diulit mimpi, tapi bila hadirnya si kecik itu, mimpi daku berubah menjadi mimpi ngeri. Heheheee kidding jer shirel ^^

Jumaat, 20 Mac 2015

Sup Ayam Untuk Dia.

Assalammualaikum wbt ^^.

Salam jumaat semua. Seminggu juga tak menulis entri. Rindu pula~~~ Disebabkan, hari ni tiada kelas, jadi aku semangat untuk memasak hari ni. Yelah, aku hidup jauh dari mak. Kalau ada mak, jangan haraplah aku masak. Hanya membantu dan makan saja. Itulah aku, hahahaha.

Okay, hari ni aku masak Sup Ayam a.k.a Chicken Soup. Aku buat simple jer. Tak reti buat yang susah susah janji rasa sama. Takkan sup ayam rasa sup lembu pulak. Kah kah kah.


Bahan bahan:
1) 8 ketul ayam
2) 2 ulas bawang merah - ditumbuk
3) 1 ulas bawang putih - ditumbuk
4) 1 inci halia - ditumbuk
5) 2 biji kentang - dipotong
6) 1 batang lobak merah - dipotong
7) satu bungkus kecik rempah sup
8) sedikit daun saderi
9) 6 cawan air

Cara membuatnya :

- tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

- masukkan 6 cawan air bersama ayam, kentang dan lobak. Tunggu sehingga mendidih.

- larutkan rempah sup bersama 1 cawan air dan masukkan kedalam sup.

- perisakan dengan garam.

- siap dan boleh dihidangkan bersama sambal kicap.

Okay itu resepinya, selamat mencuba. Tak yah jadi perempuan kalau tak pandai masak. Kah kah kah.

Rabu, 11 Mac 2015

I Dont Know How I'm Feel.

Assalammualaikum dan zao an (selamat pagi).

How's your day? Have a great day today okay.  Kerja tu elok elok, belajar tu rajin rajin. Jangan ponteng kelas macam aku ni. Entahlah aku malas nak pegi cocuriculum hari ni. Rakan kelas yang terlalu ramai adalah faktor utama. Biasalah, aku senior tak kuasa nak join junior. Kah kah kah.


Dua tiga hari ni, rasa macam "I dont know how I feel". Macam ada sesuatu yang tak kena. Ehhh memang ada pon, dengan hal rakan kelas buat hal dengan pensyarah. Lepas tu, pensyarah tak nak mengajar. Apa yang pensyarah ajar hari tu tergantung macam tu jer. Geram ! Tak nak belajar, silalah keluar. Jangan ganggu pelajar lain yang nak belajar. Geram geram geram.

Hati pulak buat hal. Kerja nak sedih sokmo. Kerja dengar lagu putus cinta jer. What's happen? Stress~~~ Hati celaru sikit dua tiga hari ni. Cuma bengang dengan hamba Allah bernama Adam. Tapi nama dia bukan Adam. Kenal dah setahun 4 bulan. Dia ni orang kata, bukan orang kata tapi aku yang kata, suka sangat main tarik tali. Maksudnya, tentang perasaan, kejap sayang kejap tak. Just make me confusing. Setahun memang tak cukup untuk berkenalan. Tapi dia macam tak bersungguh sungguh. Kau rasa?

Aku dah banyak kali hilangkan diri, aku tak nak dia ni main perasaan aku. Tapi dia masih lagi cari aku. Sebulan aku hilang, nanti dia mesej takpun telefon. Lepas tu, dua minggu aku hilangkan diri lagi, ehh dia tetap mencari. Apa masalah dia? Bila tak jawab tak balas sms, dia pot pet pot pet kata macam ni macam tu. Alahaiii stressnya~~~~

Allah tu sayangkanku, Allah tunjuk yang dia tu bukan lelaki yang baik baik. Kalau dia ni lelaki yang baik, mesti dia tahu, perasaan perempuan bila dipermainkan. Mana tahu terjadi pada adik dia ke, kakak dia ke ha tak pun mak dia. Hukum karma tetap wujud. What's you give, you gets back. Allah tu maha adil. Jadi, aku nampak moment dia yang tengah hangat dipasaran bercerita tetang his girl! Kau rasa?

Jujur, aku bengang sebengang bengangnya. So, I dont know how I feel. Nak sedih? Nak marah? Takkan nak gembira pula? Benda dah jadi, dengan langkah bijak, aku block semua tentang dia. Buang segalanya. Buat apa pikir, merugikan masa, tenaga dan jiwa. Dia ingat aku bodoh dan terus hanyut dengan tarik tali dia tu. Sorry aku tak bodoh.

Jadi hikmah untuk perkara ni, jangan mudah ternoda. Amboiii hikmah bukan main lagi. Nak bercinta? Ini bukan masanya lagi. Just finished your diploma, get the awesome pointer and have a great job. Setelah itu baru pikir pasal cinta cinta. Kan?

Tentang hati, rawat ia kembali. Zikir dan kembali mencintaiNYA. Renung renungkan~~~~

Isnin, 9 Mac 2015

Happy Woman's Day!

Assalammualaikum ^^ Dan selamat malam.


Disebabkan dapat bunga waktu singgah KL Sentral jadi masih sempat lagi untuk ucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia. Thanks #dove give me this flower, you make me feels happy today. 

Here, I will answer all your question. #dove

Siapakah wanita yang paling anda bargai dalam hidup anda?

Emak, Zaharah Binti Liman. She is the best woman that I had. I love her so much. 

Apa kata anda tujukan penghargaan kepada mereka? 

I know today is not moms day but today is Woman Days. Here, I will do the best for you.
Mak, kecantikkan seorang wanita tidak terletak pada pakaiannya, penampilan luaranya atau cara dia menyisir rambut.

Tapi kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, kemana Mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemayam.

Selamat Hari Wanita, Mak. 

Ahad, 8 Mac 2015

3 Perkara Yang Ingin Dikatakan Kepada Bekas Kekasih.

Assalammualaikum ^^

Perghh tajuk entri, sangat sangat susah nak katakan but I will try my best. Kah kah kah.

Semua orang pernah alami bila orang yang kita sayang (boyfriend) minta putus. Sakitnya tuh disini~~~~ Well nak kata hubungan tu layu ditasik madu, hmmm tak mungkinlah sebab tak ada apa apa masalah pun sepanjang hubungan tu. Nak kata aku buat hal, tak mungkin jugak. Sebab aku busy dengan diploma aku. Tapi entahlah tak mahu pertikaikan lagi. Past is past. Apa yang berlaku, aku jadikan iktibar dan hikmah. Allah tahu yang terbaik buat aku dan dia.

Jadi apa yang mahu aku katakan kepada dia.

1) Terima Kasih.
Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup aku ni. Terima kasih sebab mengajar aku supaya lebih berhati hati memilih pasangan.

2) Bahagilah bersama Si Dia.
Aku harap dia bahagia dengan dia punya pasangan. Dont make the same mistakes, may be she will be ur wife.

3) Aku Tak Nak GetBack!
Mati hidup kembali, aku tak nak getback. Kah kah kah.

So until now, aku decide untuk tidak bercinta. Just wait my true love, dan bercinta lepas nikah. Yeayyyyy....

Review : The Lazarus Effect.

Assalammualaikum ^^

Hari ni aku nak review cerita terbaru, THE LAZARUS EFFECT. Semalam aku tengok dekat Wangsa Walk. Firstly, I think this movie is horror story but it is science fiction movie. Hahahahahaa tapi aku tengok dengan tutup mata. Kelakar. Alhamdulillah berjaya habiskan menonton cerita tersebut.




David Gelbs directs this movie starring Olivia Wilds, which tells the story of a team of medical students who finds a way to bring the dead back to life. It all starts when the team is doing research on human brain and accidentally kills of their own. They successfully bring her back to life, without realising the dire consequences that will soon follow. Now the team struggles to keep their undead colleagues in the lab, not wanting her to create havoc on the world even if they have to do this while fighting to stay alive.


Language : English
Genre : Horror
Running Time : 1 Hour and 23 Minutes
Cast : Olive Wilde, Mark Duplass, Evan Peters,  Sarah Bolgers.
Director : David Gelbs
Rating : 3.5/5

So apa kata korang pegi tengok cerita ni. Bagi aku cerita ni, hmm boleh lah, best jugak. Tapi sedikit pening dengan jalan cerita yang tak brape menarik.

Jumaat, 6 Mac 2015

Tudiaa... Sempoi Habis !

Assalammualaikum ^^

Jumaat lepas, aku join event karoke dekat Midtown Jalan Semarak. Tempat ni baru bukak lagi. So masih tak ramai yang tahu. Disebabkan ada masa kelapangan, aku join event ni. Orang kata, kita bermusafir ni kenalah ada kawan baru. Boleh dikatakan, aku dapat kawan yang tak sebaya. Dalam 22 keatas. Best jugak kawan dan lepak dengan diorang. Sempoi..









Ramaikan? Semuanya jenis sempoi. Jenis yang suka buat lawak. Dan yang hobi yang sama dengan, KARAOKE! ADA kesempatan lagi, In Shaa Allah akan lepak lepak lagi ^^

Khamis, 5 Mac 2015

Telor Masak Sambal.


Assalammualaikum ^^

Yeay, finally here the second recipes. Simple and easy. Bila tak ada kelas, inilah masa untuk masak. Tak yah nak membeli. Hahahahahaa. Masak sendiri lagi sedap, terjamin kualiti. Kah kah kah.

Bahan bahan :
  - 3 biji telur
  - 2 ulas bawang merah
  - 1 ulas bawang putih 
  - 15 biji lada kering
  - sedikit halia
  - sedikit belacan 
  - garam secukup rasa
  - air 

Cara memasak : 
  - blendkan bawang merah, bawang putih, lada kering, halia dan belacan.

  - panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend tadi sehingga pecah minyak 


  - pastikan guna api kecil tau.

  - setelah pecah minyak, bolehlah letak perisa, garam dan air asam jawa. Kacau sekata.

  - dah kacau sekata, boleh lah pecahkan telur ke dalam sambal tersebut. 

  - telur tadi tu, jangan pecahkan bertindih tau.

  - matikan api dan bolehlah makan bersama nasi.

Kah kah kah. Selamat mencuba, practice makes perfect. Tak yah jadi perempuan kalau tak pandai masak. 

Rabu, 4 Mac 2015

5 Fakta Menarik Tentang OmbakBergigi.


Assalammualaikum ^^

Nah aku senaraikan dengan ringkas 5 fakta menarik tentang aku. Kah kah kah.

1) Asal nama Ombak Bergigi adalah ilham dari Abah aku. Dia nelayan dan bekerja di Laut, tak kira waktu. Ombak melambangkan berani. Bergigi pula diilhamkan dari diri aku sendiri. Aku suka ketap gigi. Dari situ terhasilnya nama
"Ombak Bergigi"

2) Nama OmbakBergigi dah lama digunapakai sekitar tahun 2011. Masa tu aku tukar nama Facebook dari nama sebenar kepada nama itulah. Sehingga sekarang aku guna nama Ombakbergigi untuk semua laman sosial. Tak percaya boleh search di Fb, twitter dan instagram.

3) Aku suka kumpul kasut dan aku ada satu bantal busuk. Ahahaha. Bantal ni tak boleh jauh dari aku. Siapa sentuh ketuk kepala!

4) An Ice Cracker ! Kau tahu? Okay aku memang suka gigit ais. Boleh dikatakan hari harI. Tak sah kalau tak gigit. Kah kah kah.

5) Aku suka asam dan benda masam !

Isnin, 2 Mac 2015

Aku Maafkan Kamu.


Assalammualaikum ^^ penduduk bumi.

Bila dapat tahu ada orang bukak aib kita rasa macam Allah susah nak gambarkan. Nak nak yang bukak tu adalah kawan kita. Orang kata bagai talam dua muka, depan baik belakang Allahurabbi. Pot pet pot pet jaja sana sini cerita, padahal kawan dia tu.

Sometimes rasa malangnya kawan dengan kau. Tapi apa boleh buat, kekurangan kita jangan tunjuk pada sesiapa, malah pada kawan baik juga. Takut nanti bila salah faham sikit, dijajanya cerita luar dalam kita. Jujur, berkali aku kena begini, aku lebih berhati hati memilih kawan dan lebih berhati hati dengan apa yang dituturkan. Takut juga bila terbuka aib orang.

Tapi tak apa lah, manusia tak ada yang sempurna. Masing masing ada kekurangan ada kesilapan. Buat dia, aku maafkan kamu tak perlu kita bertemu cukup kau tahu, ha gitu~~~

Ingat,

Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan terindah. Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.

Dan ingat juga,

Bersabda Rasullullah,

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (HR. Bukhari & Muslim) .


Good Luck For Your Result, SPM 2015.

Assalammualaikum. ^^

Pararappapaa, hehehee. Here I would like to say " GOOD LUCK " to all of SPM 2014 students and also too my younger sister. 


Besok hang po hang po semua dah dapat result sudah. Siapa yang gelojoh tu, ha boleh lah check result by sms. Kacang kacang kacang. Klik SINI SINI SINI untuk semak result spm korang. Untuk my little sister, apa pun keputusan tu terima dengan ikhlas. Masa depan bukan terletak pada result spm okay.

Just chill like me ^^