Jumaat, 27 Februari 2015

Tips Menanam Keyakinan Diri.

Assalammualaikum ^^


Hari ni, aku nak kongsikan sedikit tips menanam keyakinan diri. Selamat mencuba ^^

1) Percaya pada diri. Katakan korang boleh !

2) Jangan takut dan teragak-agak melakukan sesuatu yang positif dan baik. Buang rasa malu yang tidak bertempat.

3) Lihat kelebihan diri dan kaji serta baiki kekurangan yang ada. Pastikan korang tahu apa yang korang inginkan dalam hidup.

4) Sentiasa berfikiran positif. Badan perlu sihat dan minda sentiasa cergas.

5) Sentiasa bersedia. Jangan bertangguh tangguh daripada mencuba dan melalukan sesuatu yang korang belum tahu atau mahir atau belum berani melakukannya.

6) Hargai diri. Hargailah setiap anugerah yang Allah anugerahkan dan berterima kasih kepada Allah.

7) Tabah dan cekal menghadapi sebadang halangan atau musibah.

Jangan Kecewa Jika Sudah Mencuba.

Assalammualaikum dan salam Jumaat.

Kecewa? Semua orang ada perasaan ini dan mesti pernah mengalami. Mungkin ada yang kecewa dengan cinta, keluarga, pekerjaan dan sebagainya. Tapi jangan terlalu kecewa, cuba positifkan diri.

Berilah kemaafan terhadap diri sendiri. Bukan ke kita dituntut untuk memaafkan orang lain? Halau perasaan kecewa jauh dari sudut hati. Jika pernah tersungkur , Bangun dan cubalah sekali lagi. Jangan koyak koyakkan azam tapi buatlah azam yang berterusan.

Cuba korang teliti kelemahan dan punca yang menyebabkan korang kecewa. Better korang jujur dengan diri sendiri ketika bermuhasabah.
Jangan nafikan realiti. Kalau korang itu kelemahan dan kesilapan korang, akui hakikat itu. Jangan terlalu ego ^^.

Ingat, kita perlu maafkan diri kita sebab kita kenalah mengasihi diri kita sendiri. Jangan terlalu zalim dan terlalu manjakan diri. Allah tidak akan memarahi hambaNYA yang gagal jika hambaNYA sudah berusaha dengan gigih.

Kecewa tidak akan membawa kemana Mana

Segmen www.sitisharini.com

Assalammualaikum ^^

Jom join, syaratnya semudah gosok gigi ><


CLICK BANNER TO JOIN!


Assalamualaikum semua=)

Cik Siti sedang melancarkan segmen bagi mewar-warkan penghijrahan storybyciksiti.blogspot.com ke www.sitisharini.com .

Jemput join semua ye. Thanks!! =))
Tarik tamat: 15/03/15

Khamis, 26 Februari 2015

Awak Jangan Perasan Cantik Okay?

Assalammualaikum ^^

Perempuan yang cantik akan menggedik dengan lelaki,

Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa biasa saja,

Perempuan yang cantik akan suka membuka auratnya,

Perempuan yang perasan cabtuk akan mula make up tebal tebal,

Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki

Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling cute,

Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat.

Jadi, awak jangan jadi perempuan perasan cantik yer? Begitu juga saya ^^


Rabu, 25 Februari 2015

Review : Maybelline BB Stick.

Assalammualaikum. ^^

Hari ni berbesar hati buat review, tak silap yang pertama kali. Aku memang suka makeup, dulu hanya pakai bedak tepek tepek kat muka. Disebabkan menjangkau usia 20-an, penjagaan dan kecantikan wajah perlu dipandang serious. Sangat~~~~ kah kah kah.

Maybelline BB Stick ni product pertama yang aku guna, murah dan sesuai dibawa kemana sahaja. Aku google sikit maklumat sebelum review. Almaklum aku ni masih orang baru dalan dunia blogging. Masih mentah lagi ^^


Maybelline Clear Smooth BB Stick (dari keterangan produk) adalah produk yang menggabungkan manfaat daripada penjagaan kulit, makeup, sun block dalam satu kemasan stik. Produk ini mengandungi salicylic acid dan mineral clay. Ia sesuai untuk jenis kulit berminyak, sensitif dan acne prone. Bagusss kan?

8 manfaat dalam 1BB Stick
~ shine free. Formula mineral clay membuatkab wajah bebas minyak seharian.
~ Last all day. Tahan peluh dan sebum selama 12 jam.
~ Clears. Menyamarkan noda hitam.
~ Refines. Menyamarkan pori pori wajah.
~ Conceals. Menutupi ketidaksempurnaan kulit.
~ Evens. Meratakan warna kulit.
~ Smoothens. Membuat kulit wahah halus dan lembut.
~ Protects. SPF 21 PA +++ melindungi kulit daripada pancaran UVA dan UVB.


Cantikkan product ni. Simple, kecik dan mudah dibawa. Macam lipstick kan. Jangan risau product ni takkan menambah beban dalam handbeg korang. Biasanya product ni dijual di kedai kedai kecantikan macam Watsons, Gardiane. The Face Shops not surelah ada ke tak. Hari tu aku beli RM19.80, promosi member card. Harga asal dalam RM23 something. Trylah usha usha.


Aku guna yang 02 natural. Ingat nak beli yang gelap tapi rasa tak sesuai. Cara pemakaiannya product sangat senang, ha tengok macam aku buat tu. Gariskan ke muka korang lepas tu sapukan kasi sekata, jangan tak sekata pulak. Boleh gune pakai gari atau berus. Nak sekata kan, ha gunalah berus. Sapu sapu jer. Kang tak cantik. Kah kah kah.

Overall, aku suka product ni. Murah dan membuatkab wajah aku nampak segar gitu~~~ chantek bukan? Kah kah kah selamat mencuba ^^



Wordless Wednesday. #15

Assalammualaikum ^^


Tips Mengurangkan Sakit Tekak.

Assalammualaikum dan selamat pagi ^^



Lepas mandi semalam, terus rasa sakit tekak. Sangat sangat perit. Minggu lepas, sakit ulser dekat tepi lidah. Sampaikan tak boleh nak makan, mengunyah pon sakit. Ini mungkin disebabkan jerebu. Semalam duduk duduk dekat depan air pancut KLCC, terasa mata pedih sampai nak mengeluarkan airmata. Tak tahan panas padahal matahari tak ada pon. Bahang jer terasa. Lagi memeritkan, jalan kaki 10 minit pon dah berpeluh peluh. Cuaca agak teruk sekarang ni.

Sebelum tido aku dah minum air masak tapi masih lagi sakit tekak. Bangun pagi ni pon terasa lagi sakitnya. Ini tips mungkin dapat mengurangkan sakit tekak, In Shaa Allah.

1) Banyakkan Minum Air Masak - minum air dengan banyak mampu mengelakkan tekak kering dan sakit. Air boleh buang toksin dalam badan. Air sangat penting dalam tubuh badan.

2) Kumur dengan air garam - sakit tekak akan menyebabkan demam teruk.  Kumur dengan air garam mampu mengurangkan sakit tekak. Larutkan 1- 2sudu garam ke dalam air dan kumur 6-7 kali.

3) Minum Air Asam Jawa - ambil sedikit asam Jawa dan larutkan ke dalam air, tapis sebelum minum. Asam jawa mampu menyejukkan tekak korang.

4) Kurang Minum Ais - ais akan menambahkan lagi kesakitan bukan mengurangkan. Jadi jangan minum ais.

Aku dah cuba dengan air garam, alhamdulillah terasa kurang sikit. Jadi selamat mencuba ^\

Lirik Lagu : Wanita Terbahagia, BCL.

Assalammualaikum penduduk bumi ^^.

Disebabkan aku selalu dengar lagu ni, Wanita Terbahagia. Aku dok ulang ulang kat YouTube. Jadi ni liriknya.



Jujur ku mengakui
Pantas ku beri
Seribu pujian buat kamu
Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia
Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Kamu ku yakin tahu
Ku yakin sama
Tujuanmu dengan tujuanku
Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia
Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Okay korang, selamat mendengar ^^

Selasa, 24 Februari 2015

First Date With Her.

Assalammualaikum.

Akhirnya, dapat juga dating dengan Shirel. Plan plan tapi tak jadi. Haish. Jadi tadi habis exam, makan makan dekat Tnb canteen pastu terus pergi KLCC. Buy something.






Tak ada mood nak taip panjang panjang. Ni lah first date kitorang, kang lama lama lepak boyfie shirel marah pulak. Kah kah kah.

Blogwalking Journey With JJAJJA.

Assalammualaikum.

Jom join blogwalking ni.

Syaratnya semudah gosok gigi jer ^^.

Klik SINI SINI .





Tips Study Last Minute.

Assalammualaikum penduduk bumi ^^.

Second day exam hari ni. Alhamdulillah, paper Fluid Mechanics aku jawab dengan jayanya. Ni kejap lagi paper, Structural Analysis. Okay get ready.

Sebenarnya, aku bukan jenis yang suka study last minute. Esok exam, hari ni baru study. Aku bukan jenis yang begitu. Ikut pengalaman aku, confirm masa exam, aku terngango, tengok kiri kanan sebab tak tahu nak jawab ape. Apa yang aku belajar hilang macam tu. So better study one week or two week before exam, okay!

Here the tips for you that's always study last minute. Hehehee. Tapi ingat jangan amalkan selalu. Nanti korang jugak yang susah.

1) Switch Off Your Phone.
Ini yang paling penting! Take note. Kalau dah sibuk dengan telefon, memang takkan belajar, termasuk aku. Kalau tak nak off, log out semua media sosial macam FB, Twitter, Instagram, Wechat. Dah jauhkan telefon buat seketika. Jangan hiraukan dulu, focus pada study.

2) Satu Jam Sebelum Peperiksaan.
Pastikan sebelum exam, curi masa selama satu jam. Nak lebih pon boleh. Tiada masalah ini atas diri korang sendiri. Nak berjaya usaha kan.  In Shaa Allah, masa ini akan cukup untuk korang review apa yang korang study. Dont worry okay.

3) Jangan Buat Note!
Ha yang ni. Please jangan buat note masa study last minute, ni yang akan buat korang lagi stress. Ini bukan caranya, just list down the important point.

4) All Is Well.
Setkan dalam minda, semuanya baik baik saja bak kata omputih " all is well " . Ini tidak akan buat korang rasa gelabah dalam peperiksaan. Jangan gelabah tau!

5) Tumpukan Pada Subjek Yang Susah.
Kalau korang dah faham subjek yang senang jadi jangan ambil masa yang lama untuk memahaminya. Nanti akan buang masa. Tumpukan pada subjek yang korang rasa susah. Macam aku subjek paling susah buat masa ni Reinforced Conrete Technology dan Reinforced Conrete Design. Itu subjek paling susah. Rasa nak jer drop the subject.

6) Beri Penekanan Kepada Apa Yang Lecturer. Tekankan.
Ni yang paling berkesan sebab 50% soalan exam keluar dari apa yang lecturer tekankan. Tapi jangan terlalu focus sampaikan tak baca semua. Baca lah sikit sikit maklumat maklumat yang lain.

7) Doa.
As a Muslim, perbanyakkanlah doa. Minta kepada Allah supaya apa yang kita belajar tu permudahkan. Ini paling penting tau!

 



Selamat Mencuba ^^

Isnin, 23 Februari 2015

Segmen: Blogwalking Bersama Ayu Insyirah.

Assalammualaikum.

Jom join segmen Ayu Insyirah. 

Syarat-syaratnya semudah gosok gigi ^^ 

Jom serbu!

Klik SINI SINI SINI untuk join.


Anda ditag:




Kehilangan Bukan Melemahkan.

Assalammualaikum and hello :)



First paper of midterm exam today. Hahahahahaa.

Sebelum ni aku pernah dipertemukan dengan seorang hamba Allah iaitu seorang Hawa. Dia seorang yang cantik. Aku dan dia rapat disebabkan aku selesa dengan gaya dan tingkah laku dia. Dia sempoi, tak memilih orangnya.

Setahun rapat dengan dia, satu perubahan mula berubah dalam diri aku. Dulunya, aku seorang yang tak mementingkan penampilan diri. Aku jenis pakai apa yang selesa. Dulu ya memang tak reti bergaya. Zero. Alhamdulillah, rapat dengan dia, sikit sikit aku belajar tu semua. Bukan itu sahaja, banyak lagi yang dia ajar, tak mampu nak cerita.

Banyak perubahan yang drastik dalam diri aku, malas untuk aku huraikan. Kah kah kah. Betul lah kata orang, kawan baik pon tikam kita dari belakang. Macam aku. Tempoh setahun bukan satu jangka masa yang senang untuk kenal hati budi. Ya bukan bukan.

Dijadikan cerita, dia mula berubah sikap bila hadirnya orang ketiga. Dia lebih percaya pada orang ketiga tu. Disebabkan salah faham, aku mula kehilangan dia. Sedih. Apa nak buat, bincang baik baik tapi masing masing ego. Akhirnya sehingga kini, tak mampu nak bertegur sapa. Yes, aku rasa kehilangan. Bohonglah kalau tak rasa.

Tapi lama kelamaan, aku cuba untuk positifkan diri. Mungkin Allah pertemukan aku dengan dia hanya untuk berubah. Walaupun sekejap tapi aku bersyukur.

Kehilangan tu bukan melemahkan malah menguatkan. Aku belajar sesuatu, bila kita hilanh seseorang, itu bukan mengajar kita erTim lemah atau kecewa. Tapi mengajar kita untuk kuat. Kuat untuk menghadapi kehilangan itu.

Dan aku redha kehilangan dia.

Ahad, 22 Februari 2015

Ready for Midterm Tomorrow.

Assalammualaikum.

Rasanya dah cukup puas bercuti selama 10 hari. Sudah terlebih lebih cukup melepaskan rindu pada mak, abah dan adik adik. Beginilah hidup seorang perantau. Yang jauh dirindui. Tak gitu.
Tak terlambat rasanya untuk ucapkan Gong Xi Fa Cai . Hehehee.

10 hari bercuti, bukannya cuti yang relax, makan dan tidur. No no no, tidak sama sekali. As a student, we must know our responsibility. Kan kan. Pada siapa yang tak tahu tanggungjawab dia as a student, mohon ketuk kepala dengan tukul.

Bercuti bercuti jugak, jadi belajar tu penting. Bukan setakat focus pada final tapi kepada midterm jugak. Nak berjaya kene usaha lebih okay. Alhamdulillah, tadi aku berkesempatan belajar dekat Perpustakaan Negara Malaysia buat kali kedua jika tak silap lah. Agak ramai jugak tadi, tapi aku suka tempat bucu, yang ada plag, package untuk bersandar. Hehehee.


Siap berlunjur kaki lagi gitu, hahahahahaa. Dah jenis kuat bersandar, memang beginilah. Okaylah, to all my classmate, good luck for exam tomorrow. Do your best okay.

And

I am ready for exam tomorrow.

Rabu, 18 Februari 2015

Wordless Wednesday. #14

Assalammualaikum ^^


Khamis, 12 Februari 2015

Ayam Masak Pedas.

Assalammualaikum.

Here, the first recipes for you all guys.
Simple, easy and not take the long time.
Jangan malas dara dara sekalian.
Tak perlu keluar banyak duit untuk resepi ni. 
Hehehee
Selamat Mencuba. 

" Ayam Masak Pedas "

1) 4 ulas bawang kecik
2) 2 ulas bawang putih
3) 1 batang serai
4) 15 batang lada kering



* bahan tadi diblend sehingga halus*


* ayam untuk digoreng *


* goreng ayam separuh masak *


* tumis bahan yang diblend tadi, gunakan sedikit minyak, tumis sehingga pecah minyak *



*  nak sedap, boleh letak sos cili, sos tomato dan sos tiram *
* jangan banyak banyak *
* perisakan bersama garam dan sedikit gula *


* masukkan ayam yang digoreng td, 
ke dalam bahan tumis *


* gaulkan bersama, okay *


* boleh lah letak bawang sebagai hiasan *
* siap *

Taraaaaa!!!!
Siap sudah bah, selamat menjamu selera.







Tips Mencuci Wajah.

Assalammualaikum.

Setiap hari muka korang akan terdedah pada kekotoran, macam habuk. Ingat senang ke cuci muka, bukan mudah semudah gosok gigi tau. Cuci muka tak cukup dengan mencuci muka dengan menggunakan air paip. Takkan air kopi pulak kan.

5 cara terbaik untuk pencucian wajah yang sempurna. Cantik persis sang putewi gitu~~~

1) BASUH TANGAN 

sebelum mencuci muka, basuh tangan korang terlebih dahulu kerana tangan yang bersih dapat membantu memudahkan proses penanggalan kekotoran pada muka.

2) BACA DOA

Sebagai umat Islam, kita digalakkan membaca doa dalam setiap perbuatan. Ambil air bersih dan berselawat tiga kali sebelum menyapu pada seluruh muka.

3) TANGGAL SOLEKAN

Gunakan tisu lembap tanpa alkohol Dan sapu ke seluruh wajah. Tekan sedikit agat kekotoran tanggal dengan mudah. Fokus pada tempat tempat penting seperti bawah mata, kelopak mata, bibir dan tepi hidung.

4) MINYAK PEMBERSIH

Artis korea antara gadis yang gemar gunakan minyak pembersih sebelum mencuci muka. Korang boleh gunakan minyak zaitun yang ada Kat pasaran. Ratakan minyak pada tapak tangan dan sapu ke seluruh wajah selama 4 minit. Kalau rajin, lakukan urutan ringkas untuk melancarkan perjalanan darah.

5) BASUH MUKA

Selesai semua cara cara diatas, ha boleh korang membasuh muka dengan menggunakan air suam terlebih dahulu. Lepas tu, cuci muka dengan air sejuk untuk menutup pori pori.


Jeng jeng jeng, barulah bersih muka tu. 
Tantekk takkn iteww?? 
Mulus tulus bulus gitu~~~
Nak cantik? Amalkan tips ni

Rabu, 11 Februari 2015

" First Mini Contest by Si Kosong "

Assalammualaikum ^^

Jom join segmen kawan kita ni.

Syaratnya semudah gosok gigi je tau :)

Klik SINI SINI untuk join. 

Selamat menjoin. Hehehee.



Awak, Kawan Yang Paling Baik Pernah Saya Berkawan.

Assalammualaikum。

Salam sadis untuk kau. Semalam saja terjah terjah blogger yang meningkat naik. Entri yang menarik diorang tulis, memang terbaik lah. Macam aku, sedang sedang saja. Tiada yang menarik perhatian pembaca. Aku cuba luahkan apa yang aku rasa dan alami. Yela. Hidup jangan dipandang ringan. Semalam juga, aku dapat sikit hikmah dari blogger famous, tak semua cerita peribadi kita ditulis atau dipaparkan disini, di blog.Tak semua k.

Jadi, disini aku cuba hadkan mana yang patut. Aku nak luahkan yang perlu sahaja. Heheheee. Berbalik pada tajuk entri, ini kali pertama aku jumpa kawan sebaik dia. Nama dia Sheril. Sheril Tumbelina. Badanya kecik, comel dan baik  sangat. Dia banyaklah ajar aku berubah jadi manusia yang baik.


Ya dia ajar aku jadi lagi baik dari yang sebelum ni. Dia kata, sabar bila orang kutuk, rasa tak puas hati dengan kita. Dia juga kata, abaikan apa yang tak penting, cuba pupuk rasa tidak melawan dalam hati atau diri. Jujur, aku bukannya mudah untuk dengar nasihat orang lain. Aku bukan macam tu. Nak tunduk bila ada yang kutuk. Jujur itu bukan aku. Tapi disebabkan dia ni, aku cuba belajar belajar belajar berubah.



Aku banyak pengalaman berkawan. Kawan pijak kawan. Kawan tikam kawan. Aku dah rasa pahit manis berkawan. Jatuh bangun tersungkur semua aku dah rasa. Sampai pada satu tahap, aku sendiri rasa kurang keyakinan untuk berkawan. Aku tak pernah lagi jumpa kawan macam dia ni. Bila classmate aku tak datang, dia siap bagi assignment apa kene buat, kenapa tak datang, I means dia yang bersungguh untuk bantu kawan.

Tapi kenapa, orang sebaik dia, mudahnya orang lain pijak dia, kutuk dia dan ada yang tak puas hati dengan dia. Salahkah dia baik? Aku cakap ni, sebab something happen to her. Kesian sangat. Nak aje aku bukak aib minah tu, tapi aku tak nak buat macam tu, lagi teruk aku dapat. Takpe, kita tutup aib orang, In Shaa Allah, Allah tutup aib kita. Ingat! Jangan niat macam aku ni.



 Sheril Aniezan Saini, awak kawan yang paling baik yang pernah saya berkawan. Terima kasih. Xie Xie Ni. Ni saya puji awak, awak jangan kembang kembang tau. Dont do that.

Wordless Wednesday #13

Assalammualaikum ^^


Selasa, 10 Februari 2015

Aku Anak Nelayan.


Assalammualaikum.

Jujur, aku katakan, aku anak nelayan. Aku dibesarkan dengan duit titik peluh seorang nelayan iaitu Abah aku. Abah aku tak seperti ayah, papa korang. Kerja di pejabat, berkerjaya. Boleh dikatakan cukup untuk tampung hidup korang. Makan cukup, pakaian cukup malah kemahuan dan kehendak korang, ayah korang masih mampu untuk dapatkan apa yang korang nak. 

Abah aku, manusia yang cukup sederhana. Dia tak nak anak dia dibesarkan dengan kemewahan. Dia mahu, semua anak dia belajar cara dapatkan kemahuan atau kehendak dengan sendirinya. Tapi aku bangga, abah aku nelayan. Penangkap kehidupan laut yang boleh dikatakan cukup berpengalaman. Sampai aku sendiri pon , teringin nak timba pengalaman tu. 

Kau tahu, nelayan tak mewah. Ada ikan, ada lah duit. Bila musim tengkujuh, nelayan bercuti, 2 3 bulan cuti. Risau bila cari rezeki di musim tu, takut maut yang ditimpa. Yang paling best, korang takkan rasa makan ikan yang fresh dari laut. Mana yang duduk bandar, to get the fresh fish is not easy. Bilalah dekat gaint ke tesco ke, korang tak rasa ikan yang betul betul fresh dari laut. 

Alhamdulillah, apa pun pekerjaan abah aku, aku bersyukur. Aku tak pernah malu. Terima kasih Abah. 



Ahad, 8 Februari 2015

Segmen Bloglist February by Ombak Bergigi.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Baiklah aku mulakan dengan Bismillahirahmanirrahim.
In Shaa Allah, akan memberkati first segmen aku.
Petang ni, 31 Januari 2015, hari Sabtu Jam 5pm.
Aku gatal gatal buat segmen bloglist.
Aku nak list semula bloglist dan In Shaa Allah
Akan aku papar di sidebar.

Tujuan aku buat segmen ni,
sambil aku bloglist
Aku nak terjah dan follow
Blog blog yang lain dan yang
Paling penting aku nak
Meramaikan lagi kengkawan blogger.
In Shaa Allah moga dipermudahkan.
Jom sama sama meriahkan segmen
Ombak Bergigi ^^.


Create your own banner at mybannermaker.com!

Syarat syaratnya semudah gosok gigi :)

1) Follow blog ni.
2) Follow +ombak bergigi
3) Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist February by Ombak Bergigi"
4) Tinggalkan link blog di ruang komen.

Segmen akan tamat jika peserta melebihi 20 peserta.

Jom sama sama kita meriahkan ssegmen ombakbergigi ^^

Happy Blogging guys.



A Day With My Best Friend.

Assalammualaikum.

Maaf lah terhilang pulak dari blogging. Seminggu tak ada entri yang menarik, rasa bersawang pulak. As a student, memang banyak assignment. Ni pon ada yang tak siap lagi. Aku curi sedikit masa untuk taip entri ni. Alhamdulillah berjaya publish dan korang tengah membaca kan. Xie Xie Ni ( terima kasih awak )

Berbalik pada tajuk entri, Alhamdulillah, akhirnya dapat juga jumpa kawan baik aku sorang ni. Dekat 9 years aku berkawan baik dengan dia ni, lama gilerr. Lama jugak tak jumpa, aku tak ingat kali terakhir jumpa dia ni bila. Lupa, lost contact pon ada. Masing masing cari semula contact, dia ni kerja nak tukar no, nasiblah aku ni tak tukar nombor.

Disebabkan masing masing ada masa, kitorang decide nak lepak lepak semalam kat KLCC. Aku ajak dia pegi CAREER CARNIVAL, masih ada lagi hari ni. Ha pegilah meriahkan. Dah pusing pusing dalam carnival tu, kitorang tengok wayang kat TGV Cinema KLCC. Tak silap cerita Jupiter Ascending. Not bad this story.

*dekat dengan pasar seni *

So disebabkan banyak masa lagi, kitorang habiskan waktu petang dengan jalan jalan sekitar Pasar Seni. Singgah Masjid Jamek kejap then terus lepak kat Dataran Merdeka. 

Biasalah kitorang berdua ni, gossip gossip sikit. Lama tak jumpa kan, memang macam ni. Satu hari tak cukup nak bersembang. Pot pet pot pet cerita itu cerita ni, nasiblah dia ni belajar kat UTeM Melaka, dekat nak datang KL. 




* poyo sangat *


* HAHAHAHAHAA *

Terima kasih sebab lepak lepak semalam. Layan perangai kawan kau sorang. Alhamdulillah aku bersyukur, jauh mana kita pergi, kita tetap berhubung. Kan. In Shaa Allah, semoga persahabatan ni kekal ke Jannah, Amin. 


* DATARAN MERDEKA *


* sun set *




Senarai Peserta Bloglist OmbakBergigi

Assalammualaikum.

Saya memohon maaf tak sempat nak update senarai peserta, 
alhamdulillah hari ni ada kelapangan masa. 
Terima kasih kepada yang join, walaupun
tak ramai, Alhamdulillah.

Okay, ini senarai list peserta ye :)
Rajin rajinlah singgah blog diorang yang sporting tu.
Jangan lupa follow diorang tau.

In Shaa Allah, untuk bertindak adil, saya akan letak 5 blog di bloglist saya selama seminggu
dan 5 blog yang seterusnya.

Rabu, 4 Februari 2015

Wordless Wednesday #12

Assalammualaikum ^^


Ahad, 1 Februari 2015

Mata Berpinor!

Assalammmualaikum.

Macam biasalah hari Ahad, my works is makan dan membuta. Aku tak ada kawan nak ajak melepak. Aku tak ada duit nak shopping. Duit ala ala kadar jer aku ada. Nak buat part time aku risau nanti tak focus dengan study. Aku tak nak merosakkan pointer. Sungguh aku tak nak.

Dan seperti biasa, besok isnin so aku kena check beg. Kot kot ada assignment ke kan. Bukak fail mata berpinor tengok calculation.

Stress!

Stress!

Stress!