Sabtu, 31 Januari 2015

Revert to Classic Template.

Assalamualaikum..
Here is my toturial.
Please, follow my steps, OK!

1. Pergi Template.

2. Scroll till bawah
3. ualls will se just like macam kat atas.. Tekan button yang dah digaris petk merah tu.

4. Paste kan kotak yang disediakan.. Done.
 



Selamat Malam Sayang!

Assalammualaikum.

Tak jawab salam dosa. Aku masih tidak tidur lagi, sedang melingkar di atas tilam dan mula memsibukkan diri dengan entri entri yang mengarut. Besok, sabtu. Nothing to do tomorrow. Just watching Running Man.



" Ke hadapan, sayangku.

   Selamat Malam, tidurlah arjuna beta,
   mimpikan yang indah saja,
   nanti bila kau buka mata,
   semudah tak serupa.
   Lenalah kau diulit mimpi. 

Jumaat, 30 Januari 2015

Tips Menggayakan Gincu Gelap.



Assalammualaikum.

Bersua lagi kita ya. Entri petang ini, aku nak kongsikan sedikit tips untuk wanita wanita yang suka pakai gincu. Suka pakai tapi takut untuk mencuba yang lain. Maksudnya disini, korang dah biasa pakai gincu berwarna lembutkan, jadi tak salah untuk cuba gincu berwarna gelap. Aku sendiri pun cuba untuk nampakkan kelainan.

Gincu gelap boleh membuatkan seolah-olah korang cuba kelihatan seperti Rihanna. mungkin korang cuma tidak tahu tentang warna yang sesuai untuk korang, atau korang sengaja memilih gincu gelap untuk nampak semula jadi. Apa pun alasan korang, berikut adalah panduan untuk korang menggayakan gincu warna gelap.

Sebelum itu, korang wajib kenal pasti warna gincu yang terbaik untuk korang. Terdapat empat warna 'undertones' iaitu merah jambu, coklat, biru dan merah. Korang perlu kenal pasti yang mana satu sesuai untuk korang, okay!

1) Lakukan cubaan pertama

Selepas korang menentukan warna 'undertones' yang mana yang terbaik untuk korang, lakukan cubaan pertama. Korang tidak perlu membelinya terus, tetapi pergi ke kedai kosmetik dan ambil 'tester' gincu dan calitkan sedikit pada bibir korang dan lihat jika kulit korang nampak lebih cerah atau tidak. Jika wajah korang nampak letih, bermakna itu bukan warna yang sesuai dengan korang.

2) Calit gincu dengan berus bibir.

Cara terbaik memakai gincu gelap adalah dengan menggunakan berus bibir. Gincu jenis ini senang comot. Sapukan ia keseluruh bibir termasuk di hujung bibir.

3) Lip liner.

Sebaik sahaja korang selesai mencalit gincu, 'apply' pula 'lip liner' yang sama warna dengan gincu. Lukiskan bibir korang mengikut alur bibir.

4) Elakkan pengilat bibir (lip gloss).

Warna gelap telah membuatkan bibir korang menonjol, jadi elakkan memakai pengilat bibir. Korang tidak perlu menampakkan bibir korang berkilat. Ia akan kelihatan agak keterlaluan.

5) Pakai gincu gelap dengan penuh keyakinan.

Ha, ini yang paling penting, jika korang ingin menggayakan gincu gelap, pakailah dengan penuh keyakinan. Usah di layan rakan-rakan korang. yang memberi pandangan negatif pada warna gincu korang. Mereka mungkin sahaja tidak berani.


Korang buat korang dapat.  Selamat mencuba!

*cantik idok? *

Awak Tahu "Terompah Gergasi" ?


Assalammualaikum.

Selamat petang semua, anda sihatkah? In Shaa Allah, dipanjangkan umur untuk meneruskan lagi perjuangan hidup di bumi Allah. Sama samalah kita berdoa. As you know, sem 6 aku diwajibkan ambil kokurikulum. Biasalah, perkara penting untuk mengukuhkan lagi resume. Hehehee. 

Anda tahu Terompah Gergasi? Permainan tradisional kita, tak tahu mohon google yer. Sebenarnya, ini adalah assignment aku. Too annoying. But, what can I do? 40 marks takkan nak hilang gitu jer kan. 


Aku tak pasti permainan ni asal dari mana, sungguh aku tak tahu sangat. Aku dah google tapj maklumat macam mengarut. Jadi aku abaikan. Terompah ni sebenarnya diperbuat menggunakan kayu. So, aku tak ada duit, aku guna kotak peti ais. Tak adalah membazir sangat kan. Heheheee. Permainan ni ada aturan. Takkan nak main redah gitu. Here is the rules.

1) There are have at least 3 persons.
2) Have two categories, man and woman. 
3) Every group will be provided Terompah and all of groups member must wear it.
4) The matches will started when the referee blew the whistle.
5) Group member have to decide the best strategy to win. Either they go to the finishing line by walking or running.
6) Every group is reminded do not cross the starting line before the whistle is blown.
7) All of group members must be cooperated each other.
8) when arrived at the finishing line, the last person of the team must ensure that all group members has passed the finish line.
9) The first group that finished line will be the winner. 

Sebelum main permainan ni, pastikan faham aturan dulu. Jangan redah jer. Ingat redah kasi pecah ke? Untuk lebih maklumat lagi boleh lah google yer. 






video

Khamis, 29 Januari 2015

Red Carpet Giveaway Bersama PapaGlamz.


Assalammualaikum.

Guys, jom kita meriahkan lagi giveaway papa glamz. Klik SINI untuk join. Mohh lah kita yer!! 

Rabu, 28 Januari 2015

Segmen Bloglist Feb - Jun by Cik Manis.


Assalammualaikum.

Guys, jom join this segmen. Moh lah kita memeriahkan majlis. Hehehe, saya sudah anda bila lagi, Hahahahahaa.

Untuk join , boleh klik " klik sini ! " dibawah banner! Klik di bawah banner, OK!








Header non-Transparent (PhotoScape)

Assalamualaikum.
Follow this Step okay .
selamat mencuba!

1)Firstly, Download Phoscape Download

2)Then cari Editor (photoscape)

3)Page Editor lebih kurang cam ni :


    4) Cari gambar yang berukuran header korang la yee.  Example : 720x300 or 900x372


5. Cari gambar yang nak dijadikan background.. Make sure gambar tu background dia kosong macam atas


6. Selalunya Gambar Anime banyak macam ni... Lepastu Insert gambar background 

7. tengok garis merah tu..  ( masukkan gambar )


8.Insert kan gambar...

9.Tengok garis garis bagai tu.. Pakai Paint brush and colour all background


10.Than masukkan tajuk blog yang anda nak tulis.. 


11.Kalau nak tambah effect just like gambar ni.. tengok ni.. 


So ni lah hasil nya.. Kalau nak letak garis garis tu pon just sama macam step ke 11.

That's all.

Wordless Wednesday #11

Assalammualaikum ^^


Sabtu, 24 Januari 2015

Tips Tutup Aurat Dengan Sempurna.

Assalammualaikum.



Alhamdulillah. Hati aku mula terbuka untuk berhijrah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Aku akan istiqamah. In Shaa Allah, Allah akan permudahkan segalanya. Bagi aku, fesyenlah sehebat mana, pakailah secantik mana, kalau tidak menutup aurat tak ada gunanya. Dunia ni sementara , lalai sikit, habis, syaitan menghasut. Allahurabbi.

Here, is my tips. In Shaa Allah, perkara baik Allah akan tolong kita. Niat dan terus berjuang. Allahu Akbar! 


1. Set dalam minda yang kita nak berada di paras no 8 di mana kita menutup aurat sempurna dengan handsock serta stokin.


2. Kalau ada baju seksi, simpan. Jangan buang sebab kalau gian nak pakai, pakai dalam bilik je. Jgn lupa, dgn family pun kena jaga aurat.


3. Kalau banyak baju yg tak mengikuti syarak, simpan pakai tidur je. Belilah baju yg longgar. InsyaAllah, ada ganjaran berbelanja utk aurat.


4. Tudung. Kalau mereka yg tidak bertudung, pakailah sebab rugi kamu tayang kecantikan kamu pada semua. Lagi cantik bila bertudung.


5. Bagi mereka yg sudah bertudung, labuhkan. Kalau jarang, inner neck banyak skrg jual. Aurat sebenarnya bukan hanya menutup rambut sahaja.


6. Bila bertudung, jangan pakai baju ketat, seluar ketat, sanggul tinggi. Salah tu sebab masih menampakkan susuk tubuh anda.


7. Bertudung tapi lengan pendek? Kalau ada pakai handsock dgn baju pendek, masih dikira nampak bentuk tangan. Aurat tu wahai Hawa.


8. Bertudung labuh tapi tidak pakai handsock atau stokin? Aurat perempuan adalah semua kecuali muka dan tapak tangan.


9. Kalau ada family yg tidak bertudung, ajak mereka sekali. Tak salah ajak mereka berubah. Tak lah kamu rasa kekok kan?


10. Solat jaga tapi tidak menutup aurat. Alhamdulillah jaga solat, tapi jangan lupa menutup aurat pun wajib. Mungkin ada salah dalam solat.


11. Bila nak berubah, dekatkan diri pada benda baik. Macam majlis ilmu, dengar bacaan Al Quran, jaga solat, kawan dgn kawan yg baik.


12. Bila dah berubah, istiqamah. Buat selalu sebab bila kita selalu buat, kita akan rasa kekok bila tak pakai labuh, baju longgar.


13. Ada yg gunakan cara ni, iaitu buat jadual. Buat minggu ni mula pakai baju longgar. Minggu seterus , tudung pulak. Boleh gunakan.


14. Set dalam minda, mati itu pasti. Tak kan nk berubah bila nak mati sebab kita tak tahu ajal kita bila. Banyakkan ingat mati dan istighfar


15. Dekatkan diri dengan Allah dan buat solat taubat nasuha. Kembali kepada Nya dan pohon petunjuk Nya. InsyaAllah, Dia Maha Pengampun.


16. Bila keluar,
tanya pada diri "Adakah Allah redha dengan pemakaian aku?" "Cukup tak aku menutup aurat aku semua?"


17. Bila berubah, pekakkan telinga dengan cacian sebab tak mudah untuk ke Syurga kan? Mengadu pada Nya, insyaAllah indah akhirnya.


18. Bila menutup aurat kawan hilang? Allah nak tunjukkan pada kamu siapa kawan, siapa lawan. Dia akan gantikan dgn yg lebih baik, insyaAllah

Yang sulit , minta dipermudahkan .Yang mudah , minta dilancarkan . Yang buruk , minta dijauhkan . Makbulkan ya Allah . Semoga Allah pinjamkan sedikit kekuatan untuk kita terus tabah menjalani kehidupan untuk harini dan akan datang .

Hawa,  Jadilah bidadari Syurga di dunia dgn seindah perhiasan solehah kamu. Semoga bermanfaat. Renung renungkan dan selamat beramal.
:')

Jumaat, 23 Januari 2015

" Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali "

Assalammualaikum.

To all blogger, jom join this segmen!



*klik banner untuk join.


♥ Tarikh tutup : 31 JANUARI 2015
♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peserta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain.
♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari.
♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :)


Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)




Asia Jaya, A Place to Remember!


Assalammualaikum.

Hari jumaat penghulu segala hari. Cik abang dah balik solat jumaat ye? Soleh gitu~~~ Tak pergi solat jumaat, aku ketuk kepala kau! Besar manjang kau tahu. Hahaaaha. Dan seperti biasalah, aku tak ada kelas hari ni. Best~~~ Boleh tengok running man dari pagi sampai malam. Nak berjalan pon, aku malas! Bazir Wang ringgit dan tenaga saja. So I need a rest. Rest lah sangat.

Actually, gambar kat atas tu dekat Lrt Asia Jaya. Credit by Shirel. My classmate. I dont know, may be this place I cant come anymore. Because tak lama lagi dah habis belajar dah. Menghitung hari detik demi detik. Bak kata Rossa. Hurghhh... Too many memories.

Lrt Asia Jaya. Hampir dua tahun aku ulang alik dari Setiawangsa. Aku dah hafal dah setiap station. Dah tahu akan port station mana yang paling ramai. Dan disini, aku kenal siapa kawan dan siapa lawan. Hahahaa,

Apa yang penting, di tempat ni bermula era transformasi untuk aku. Yeay! Kbai.

Khamis, 22 Januari 2015

Sabar Itu Indah.

Jika dilihat hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Disitulah noktah segala takbir.

Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai keadaan
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar.

Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Allah.

Ujian itu penebus dosa
Meningkat darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang Esa
Bagai ombak...
Penghias samudera.

Assalammualaikum,

Puisi yang terdapat dalam buku "Segalanya Tentang Hati". Aku simpulkan disini, sabar dari segi bahasa bermaksud menahan atau mengekang. Dari segi praktiknya, sabar bererti menahan atau mengekang diri daripada rasa keluh-kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tak disukai.

Kalau kau mampu menahan diri waktu kau lakukan ketaatan, tinggalkan maksiat , In Shaa Allah, kau semakin indah akhlak. Sabar tu ada dihati. Kalau kau hati baik, wajah kau nampak cantik. So bersabarlah.

Yes, be patient! Do good, you will become good and feel good. Kau buat baik, kau akan jadi baik dan kau akan rasa ketenangan. Ingat, sabar itu indah.

Renung renungkanlah dan selamat beramal. 

"Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"


Assalammualaikum,

Third segment. Hai bloggers, jom join this segmen. Kot kot tersenarai bloglist ke, kan. Selamat menjoin dan berblogging. 





بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)



First and Simple Giveaway oleh Cik Iman

Assalammualaikum.

Aku tanya apa khabar? Aku tanya apa khabar semua? 

Actually, this is my second giveaway that I joined. Thanks to http://sayajual-awakbeli.blogspot.com sebab tag blog om, thanks a lot.

Okay guys, jom meriahkan giveaway Cik Iman. Klik banner okay.



Anda di tag !

Rabu, 21 Januari 2015

Wordless Wednesday #10

Assalammualaikum ^^


Selasa, 20 Januari 2015

Hati Milik Yang Berkuasa.



Assalammualaikum.

Kadang apa yang ada dalam hati kita patut luah ditempat yang sepatutnya. Jika disimpan, dipendam, beban yang akan terasa. Apa jua yang ada dalam hati, mengadulah di tempat yang sebetulnya. Ya, bersujudlah mengadu kepadanya. Tuturkan setiap bait dari mulut dengan ikhlas. In Shaa Allah dipermudahkan segalanya.

Hati bukan milik kita. Hati milik yang berkuasa, iaitu Tuhanmu. Di situ tempat dimana Tuhanmu tahu setiap isi. Sakitnya, sedihnya, geramnya dan semua perasaan , Tuhanmu yang tahu.

Title Blog Bergerak.

Assalammualaikum.
Here is toturial about "Title blog bergerak"
Selamat Mencuba, ya sayangku.

BLOGSKINS

1. Tekan CTRL + F
2. Type <head>
3. Copy code bawah ni selepas code  <head>


<script type="text/javascript">
//Created by Title bar Maker (http://www.bosiljak.hr/titlemaker)
function tb8_makeArray(n){
this.length = n;
return this.length;
}

tb8_messages = new tb8_makeArray(3);

tb8_messages[0] = "Replace";
tb8_messages[1] = "With";
tb8_messages[2] = "your words."
tb8_rptType = 'infinite';
tb8_rptNbr = 5;
tb8_speed = 100;

tb8_delay = 2000;
var tb8_counter=1;
var tb8_currMsg=0;
var tb8_tekst ="";
var tb8_i=0;
var tb8_TID = null;
function tb8_pisi(){
tb8_tekst = tb8_tekst + tb8_messages[tb8_currMsg].substring(tb8_i, tb8_i+1);
document.title = tb8_tekst;

tb8_sp=tb8_speed;
tb8_i++;
if (tb8_i==tb8_messages[tb8_currMsg].length){
tb8_currMsg++; tb8_i=0; tb8_tekst="";tb8_sp=tb8_delay;
}
if (tb8_currMsg == tb8_messages.length){
if ((tb8_rptType == 'finite') && (tb8_counter==tb8_rptNbr)){
clearTimeout(tb8_TID);

return;

}
tb8_counter++;
tb8_currMsg = 0;
}
tb8_TID = setTimeout("tb8_pisi()", tb8_sp);
}
tb8_pisi()</script>


Red : Gantikan dgn word korang, tanya aku bila korang problems, jangan memalu.

Ahad, 18 Januari 2015

Jangan Ingat Senang!

Assalammualaikum.

Siapa kata civil engineering senang? Celah gigi jer! Aku rasa nak tumbuk muka kau lelaju tahu tak! Sesedap rasa kau berkata. Dah nama engineering, this is all about of calculation. Add maths, fizik and so on. Aku terus terang, siapa yang dapat D untuk mathematics better menyerah kalah sebab in degree nanti, lagi triple susah. Kau kena study hard. Hehehee.

Khamis lepas, belajar Geo Technical Engineering. Subjek ni berkaitan tanah. 30% teori dan 70% calculation, madam kata, formula madam tak kan bagi ! Yessszaa thanks a lot madam. Nampaknya sem ni kena struggle habis habisan. Tak boleh memain dah. Mana yang tak sedar lagi, mati lah korang dalam exam nanti. Terngango dan garu kepala okay. Hehehee.










In my class, 70% unpopular oleh lelaki. Perempuan hanya 4 orang termasuk aku. Aku sedar, aku terlalu kerdil dalam bidang engineering. Lelaki macam diorang ni sangat sangat diperlukan bagi syarikat construction. Jangan harap perempuan macam aku kerja dekat site. Mungkin 5 tahun akan datang, aku duduk rumah Hahaaaha. 

In Shaa Allah, ADA rezeki next year sambung degree dekat uniten. Aku nak amik bahagian structure engineering iaitu bahagian design bangunan. Gempak gitu. Besar pangkat besar tanggungjawab. Hari tu tanya dengan madam yang amik structure.

" She said, be patient with ur clients. Then, all responsibility you have get and solve properly. Bahagian ni sangat sangat susah, apa yang awak belajar degree nanti, itu yang banyak digunakan. Moga awak kuat hadapi "

Jadi, jangan ingat engineering ni senang. 


Sabtu, 17 Januari 2015

Aku Belajar Dari Kesilapan.

Assalammualaikum.

Selamat malam kepada yang sudah tidur. Selamat pagi kepada yang belum tidur, teruskan mengonline. Hehehee. Maharaja Lewak berakhir dengan Kumpulan SYJ kecundang di minggu ke 9. Aku rasa SYJ tersingkir sebab undian. Itu sahaja. Persembahan okay okay. Aku tengok pon tak gelak sangat. Paling kelakar group virus. Hmm, full stop untuk MLM.

Sebelum teruskan membebel, aku belanja satu gambar malam ni. Kasi kuat sikit entri hari ni.



Baiklah Tuan Puan sekalian, berbalik pada tajuk entri. " Diam Bukan Mengalah " Aku bercadang dan bertindak diam lepas ni di dalam kelas malah diluar kelas. Aku rasa tak semua orang akan suka aku dan tak semua akan terima kekurangan aku. Ya aku terasa dengan kawan aku sendiri! Disebabkan teguran aku, aku ditibai oleh kawan aku tu dan konco konconya. Salahkah aku untuk menegur? Salahkah aku untuk perbetulkan?

Disebabkan teguran aku, aku dihentam macam tu sekali. Dalam kelas, konco konco kawan aku tu perli dan ulang ulang balik teguran aku. Sentap dan terasa. Nak kata teguran aku menyakiti hati kawan aku, rasanya tak. Aku boleh beza teguran tu menyakiti ke tak. Jadi untuk perbetulkan silap aku, aku meminta maaf kepada kawan aku. Tapi, tiada respons. Kawan aku diam membisu. 

Aku dengan kawan aku tu satu kelas, satu course malah satu kolej. Aku tak nak nanti bermasam muka. Aku salah atau tidak, aku minta maaf, mungkin teguran aku menyakiti hati dia.

Jadi, diam lagi baik. Mengalah lagi lagi baik. Kesalahan yang kita dah buat, mungkin kita tak sedar, cuba tanya dimana silapnya. Besar atau tidak, selesaikan dengan cara yang baik. Kita kadang tak tahu apa yang kita buat tu betul atau tak. Bertafakurlah. Kurangkan mana yang sepatutnya dikurangkan dan tambahkan mana yang perlu.

Lagi satu, salah atau tidak apa yang kita buat. Belajar meminta maaf dan memaafkan. Tak susah jadi orang baik. Kita buat kita dapat.

How To Use Blogskin.

Assalamualaikum. First at all, Sesaje nak buat tuto ni for sesape yang baru kat blogskin.

  1. Pergi kat BLOGSKINS
  2. Tengok gambar bawah :- 
    Klik gambar untuk lebih jelas.
    3. Scroll sampai nampak button macam kat bawah ni .
     4. Klik Blogger Main.
    5. Download. Process. Save kat note Pad.
    6. Tukar Template blog to Clasic template ~
  3. 7. Scroll Template sampai bawah till jumpe bende macam kat bawah ni :3

  4. 8. Nanti keluar macam ni...

    9. Just Copy and then paste kan.. Preview, Save. Done :))

Harga Passport Dah Jatuh.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, harga passport dah turun sejak semalam. Berita baik untuk tahun 2015, BRIM aku nak mohon, tapi aku masih tak cukup kelayakan lagi. Harap nanti dapat baucer buku 1 Malaysia. Tangan pon dah gatal gatal , rasa macam tak lama lagi dapat. Itu pon kalau ada.

Bagi yang suka melancong, ini peluang baik untuk korang renew passport dan bagi yang baru merancang melancong, segerekanlah membuat permohonan. Peluang sekali. Mana tahu tahun depan naik harga lagi.


*aku pon ada*

Bayaran passport antarabangsa MALAYSIA bagi 5 tahun sudah dikurangkan sebanyak RM100. 
Passport tempoh 2 tahun sudah dimansuhkan. Nanti jangan gatal sangat nak buat 2 tahun punya. Ketuk kepala nanti. 

Ini senarai harga terkini bagi passport tempoh 5 tahun, untuk lebih faham lagi boleh layari laman web jabatan imigresen Malaysia.

1) Permohonan biasa (13-59 tahun) - RM200
2) Warga Emas (60 tahun ke atas) - RM100
3) Kanak kanak (Bawah 12 tahun) - RM100
4) Siswazah Luar Negara (bawah 21 tahun) - RM100
5) Warga OKU - Percuma

Tak lama lagi tamat tempoh passport aku. In shaa Allah ada rezeki renew. Boleh lah bercuti kat kampung, tak pon melancong. Terakhir melancong tu pon masa tahun 2013, ini bukan melancong, I means balik kampung. Al maklum kampung Abah kat Indonesia. Setahun sekali tak balik memang rugi. 




Jumaat, 16 Januari 2015

Good Morning.

Assalammualaikum.  

" Mornings are refreshing like friendship, it may not stay all day long, but for sure it comes forever every day. Good morning MY DEAR. Do U know what is MY DEAR... M-Myself Y-Yield D-Deeply & E-Emotionally to A-An R-Rare person, that is U."



*depanrumah*

Bangun tidur, rasa macam mulut tu bengkak jer. Ishhh rupanya jerawat 3 4 ketul. Annoying gila. Ranum pulak tu, rasa macam nak pecahkan jer.Jap lagi, basuh tenyeh tenyeh dengan pencuci muka confirm hilang.  Hahaaaha.




Day 4 of this week, Thursday. Kepada pekerja, kerja sungguh sungguh. Jangan makan gaji buta. Jangan nak make up jer, pergi kerja lawa balik kerja pun lawa. Nampak sangat kerja betulkan make up. Kepada surirumah tangga, kemas rumah bersih bersih. Tak nak debu debu. Basuh baju elok elok. Jangan nak membuta jer. Dan kepada aku, pergi mandi! Kejap lagi ada kelas. Hahahahahaa. 

Good Morning, Thursday and have a great day. Mulakan langkahmu dengan Bismillah. 

Khamis, 15 Januari 2015

Aku Tak Reti Menanam.

Assalammualaikum.

Puas juga tidur, lena tidur depan slidedoor. Berangin gitu~~~~ 
Dah siap mandi, terus duduk kat balkoni tengok train lalu. Dah macam tak ada kerja, nak bersenam rasa malas. Susah betul nak hilangkan penyakit malas ni. Dah sebati dalam diri. Petang macam ni kalau kat kampung, confirm dah merayap keliling kampung naik moto. Lamanya tak balik. 

Langit cantik petang ni, awan kepul kepul bergerak dengan perlahan. Wahhh, cantik gitu~~~ Tak caya pegi selfie. Confirm cantik. Serious, aku tak tipu. Tengok gambar bawah ni, cantikkan, biru jer. 




*peace*


*tren lalu*


Berbalik pada tajuk entri, aku tak reti menanam. Mak kata, tangan panas tak boleh tanam nanti tak tumbuh. Mak aku kata lah. Aku abaikan, tak nak pikir sangat apa yang mak kata. Annoying gila. Pertanian adalah perniagaan. Tak dapat menanam banyak banyak ,  sikit pon dah okay.

Tak ada lah masa tu terbuang. Kan. Mana yang ada tanah luas luas tu, baik belajar menanam. Bagus giler. Buang peluh sikit. Jangan nak malas sangat. Nanti penuh lalang kat tanah tu. Heheehe

Pokok pokok ni semua idea akak ipar aku. Nak menanam katanya. Alhamdulillah,, pokok ni semuanya tumbuh dengan cepat. Aku tak sabar nak tengok buah lada. Nanti boleh petik, boleh buat sambal belacan. Hahahahahaa.

Ingat tau, pertanian adalah perniagaan.


  

*Pokok Petola*



*Pokok Lada*


*Bunga Ros India*



*Pokok Lada*



*Pokok Cactus*