Ahad, 19 Oktober 2014

Zaman Itu....

Assalammualaikum.

Fuhhhh... petang yang nyaman. Mendung, maghrib tak lama lagi menjengah. Angin pula meniup bak sepoi bahasa. Nyaman sekali. Cehhwahh..

Aku nak cerita zaman kecik kecik aku dulu, sepuluh tahun yang lepas. Aku ingat ingat lupa. Dah sepuluh tahun berlalu kan. Ada yang ingat, ada yang dah lupa.

Zaman tu lah zaman yang paling best. Zaman yang tak perlu nak pikir tentang masa depan. Tapi itulah, zaman tu dah berlalu. Tinggalkan kenangan jer.

Apa yang aku ingat, kawan aku masa kecik dulu tak ramai. Aku lebih suka main dengan adik aku. Dia muda dua tahun dari aku. Ingat lagi, main pondok pondok kat depan rumah, habis beras mak, aku buat eksperimen. Daun daun dijadikan sayur. Siap ade periuk, kuali, tin tin buruk pun ada. Lucu.

Bila tak dapat main pondok pondok, panjat pokok pun jadilah. Pokok ceri memang jadi mangsa lah. Sampai patah dahan aku kerjakan. Paling tinggi aku panjat, tak silap pokok ketapang. Tinggi aku panjat. Mak jolok dengan buluh pon, tak kan sampai punya lah.

Basikal dengan aku memang tak boleh dipisahkan. Hahaha. Boleh dikatakan aku budak yang lasak. Budak yang ngarok, tak dengar kata. Hahaha.

Macam macam boleh buat masa dulu tu. But now, aku dah besar. Yang lepas jadikan kenangan. Arghhh rindu kot.

Coklat Homemade Again.

Assalammualaikum.

Memandangkan hari ni, aku tak pergi mana mana. Tak lepak pon. Masa banyak habis dengan entri blog. Sebab aku gian nak menulis blog yang usang ni ha. Hari ni, aku melantak coklat yang aku buat semalam.

Favourite katakan. Mana boleh jauh. Sikit sikit nak makan. Daripada simpan, baik aku habiskan. Along bukannya nak makan sangat pon. Dia tak suka makan coklat sangat. Aku yang buat aku yang habiskan. Hahahaa.

Sabtu, 18 Oktober 2014

Aku Alah.

Assalammualaikum wbt.

Deepavali nak dekat dah, korang dah buat preparation ke? Hahaha. Aku bila cuti ni , memang makan dan tidur lah jawabnya. Nak balik kampung, memang malas tahap cipan. Macamlah johor tu jauh sangat. 5 jam dah sampai dah. Entah aku memang malas nak balik, bak kata Along, balik bila perlu sahaja.

Aku dah melalut jauh dari topik asal pulak kan. Sebenarnya, aku boleh dikatakan spesies alah. Alah pada barang barang kemas, jam tangan. Aku memang tak boleh pakai barang barang tu semua, nanti mula lah naik gatal gatal kat tangan, kat leher ke, kat telinga ke.

Mak kata, aku ni memang orang yang tak berharta. Beli barang barang kemas tapi simpan dalam box jer. Tak pernah nak pakai. Anting anting ada lah beli dua pasang. Tapi satu pun aku tak pakai. Pakai sehari dah naik alah. Allah. Kesian. Kan kan?

Nak pakai jam tangan pun tak boleh. Beli jer tapi tak pakai. Sayang kan. Simpan buat hiasan jer lah.

Satu ayat aku nak bagi tahu.

Hmmm.

Okay bye.

Jumaat, 17 Oktober 2014

Terima Kasih Abah.

Assalammualaikum.
Hari raya haji hari tu, Abah suruh balik kampung. Tapi aku betul betul malas sebab 5 hari jer cuti. Bukannya lama mana pun. Kebetulan, along pergi kursus naik pangkat kat perak dan akak ipar aku pulak nak beraya kat kelantan. Pikir punya pikir, balik je lah. Ni lah masa nak bersama dengan mak, abah, adik adik. Nanti dah bekerja tak ada peluang pulak nak bersama.
Nak jadikan cerita, satu hari tu. Aku nak ronda ronda kampung dengan adik aku. Tapi kena tunggulah turn bawak moto. Haissh.. biasalah aku ada abang yang suka berjalan kesana ke sini. Padahal pusing pusing tempat yang sama jugak.
Tunggu punya tunggu, jam dah tunjuk pukul  6.30. Dah nak maghrib. Tak kan nak brjalan jugak. Padahal aku dah siap siap. Dah bertudung, dah mandi bagai. Last last tak jadi lah pulak.
Abah perhatikan aje. Geleng geleng kepala abah ni. Aku geram, duduk tepi jalan, menghadap rumah. Tengok rumah mak abah aku. Haishh.. itulah hari yang paling aku bengang tahap nak cekik orang.
So, tengah lepak lepak, abah datang join sekali. Adik adik semua. Mak aku jer tak nak. Kotor duduk tepi jalan. Hahaha. Sweet doh sebab abah join. Hahaha...
Walaupun hari tu, hati aku sakit disebabkan abang aku yang sorang ni punya pasal. Tapi ada abah yang selalu ada untuk aku. Terima kasih abah.





Happy 3K Follower on Instagram

Assalammualaikum wbt.

Siapa ada instagram? Rasanya rata rat semua ada instagram kan. Laman sosial yang boleh aku kongsi gambar gambar menarik aku. Menarik lah sngat.

Jadi, semenjak dapat handphone baru ni, barulah giat aktif dengan insta. Selama ni, tak pernah nak aktif pon. Hidup segan mati tak mahu katakan.

Kat sini, aku nak ucapkan terima kasih pada yang follow insta aku. Terima kasih banyak banyak. Sokongan anda amat berharga untuk aku. Cheewaah..

Happy Birthday Nadiah Khasirat

Assalammualaikum.

Semalam birthday classmate kau. Dah 19 tahun dah. Aku nak nyanyi untuk kau naddy.

Happy birthday to you~~~
Happy birthday to you ~~~
Happy birthday to nadia ~~~
Happy birthday to you~~~

Allah selamatkan kamu~~~
Allah selamatkan kamu~~~
Allah selamatkan nadiah khasirat~~~
Allah selamatkan kamu~~~

Apa yang nak aku katakan. Kita kenal hanya dalam kelas. Luar kelas, aku aku kau kau. But, aku harap kau jadi engineer sama macam aku nanti. Happy dengan apa yang kau buat sekarang. Dan paling penting, aku doakan kau sihat selalu. Aku support kau k.

Sorry, aku curi gambar.

Bercinta buang masa.

Assalammualaikum.

Ehem ehem, sebut pasal status. Ada yang tak percaya yang aku masih bujang. Diorang pelik kenapa sampai sekarang, aku tak pernah cerita pasal kesayangan atau boyfriend. Nak nak yang si tanya tu pulak, kawan spm dulu.

Bila balik kampung, mesti kawan tanya. " Eh raja kau tak ada boyfriend ke? " hurghh, apa kebende punya soalan lah. Siap ada yang perli aku tak laku. Apelah diorang ni. Sepatutnya diorang ni mendoakan. Ni idok, diperlekehkan pulak.

Ada sebab kenapa sampai sekarang membujang. Umur aku masih muda, banyak lagi benda yang aku nak buat. Tak kanlah bila habis diploma terus kahwin. Kau rasa? Kau nak hidup berlaki? Umur kau baru setahun jagung, masih mentah.

Kau lain aku lain. Aku tak nak bila bercinta ni, semuanya terganggu. Studies kau, hati kau. Semuanya kene jaga. Aku jenis manusia yang tengok siapa aku yang dulu. Mak abah aku bukan orang senang. Nak itu nak ini, semua dapat. Tak. Kene cari kene usaha. Itu aku. Aku belajar hidup susah tu macam mana.

Kau tak rasa sayu ke? Bila kau brcinta, masa kau akan tertumpu pada dia. Mana masa kau untuk mak abah kau? Aku pikir, aku makin besar. Mak abah aku makin tua. Aku tak nak nanti kehilangan mereka buat aku rasa kesal. Sebab aku nak mak abah aku happy dulu. Rasa duit titik peluh aku kerja. Rasa bangga bila anak mereka dah berjaya.

Bila dah bercinta ni, semua aktiviti nak dilakukan bersama. Ke sana ke sini, semuanya nak teroka. Nanti bila dah kawin, kau tak rasa indah nya perkahwinan lepas nikah. Sebab kau dah rasa waktu kau bercinta.
Nk bercinta tu boleh tapi biarlah berpada. Tak perlu nak havoc. Sederhana. Lepas nikah nanti baru pikir everything what you want to do.

Jadi, aku lebih selesa dengan aku sekarang. Makan tido tengok tv. Makan tido tengok tv. Selesa nyaman aman. Duit poket pon tak terbazir. Masa aku banyak habiskan kat rumah. Hati tak sakit. Kan kan kan.

Stop lah sibuk mencari pasangan. Ye jodoh kena cari tapi tak semestinya full time cari. Cukup masa carilah puas puas. Jodoh kita tak lari dari kita k.

Dah lah. Malas nak cerita pasal jodoh ke kesayangan ke. Bazir waktu kau jer. Nah, aku belanja gambar sejibik. Sayang kau yang tengah baca ni.

Khamis, 16 Oktober 2014

Coklat Homemade

Assalammualaikum.

Hari ni terfikir nak buat coklat homemade. Tapi barang barang ada yang belum beli lagi. Coklat compound, sepatutnya memang wajib wajib ada tapi aku terlupa pulak nak beli.

Akak ipar dah mula menunjukkan keseronokan, siap whatsapp tanye, barang dah beli ke belum. Dia kata nak tolong belikan. Tapi aku segan kalau akak ipar aku yang belikan. Yelah, dia dah bekerja, aku ni pelajar lagi, duit cukup cukup untuk hidup sehari hari. Cheewahh ayat. Aku nak gelak, hahahaha...

Punya lah seronok akak ipar aku nak buat coklat homemade ni, dia siap hantar gambar acuan lagi. Hahahaa. Lawak lawak. Okay aku tahu tak lawak. So no need to laugh.

In Shaa Allah, malam esok akan berlancarnya kursus coklat homemade dirumah. Hahaha. Okay bye. Itu jer entri kali ni.

Should we go?

Assalammualaikum.

Hye you alls. Hye everybody. Hye awak. Hye dia. Hye hye and hye. Terasa lama tak update entri, lama sangat. Lama lama lama.

Straight to the point, apa pendapat korang bila workshop architecture melibatkan engineering? Tak rasa pelik atau patut ke terlibat? Apa faedah bila kami (engineering student) sertai? Adakah ini salah satu skop pekerjaan kami nanti? Hmm

Apa yang aku nampak sepanjang setahun bergelar pelajar kejuruteraan, fakulti aku majoriti pelajar arkitek dan kebanyakkan kami tiada hak untuk bersuara apatah lagi untuk membangkang. Aku rasa pelajar arkitek merendahkan kemahiran kami. Dengan erti kata lain, memboikot. Mungkin ada yang tak perasaan tapi itu lah hakikatnya.

Sepatutnya, apa jua aktiviti architecture tak perlu babitkan engineering. Dah terpampang kat banner, workshop architecture kan, so why we are must join the workshop? Tertanya tapi tiada siapa yang nak jawab.

Pelik lah. Kenapa every year the leader of faculty must architecture student? Vice leader pon sama, architecture student yang pegang. Yang aku tahu, engineering student only ajk. Kenapa eak? Adil ke ni?

Mungkin disebabkan kami minoriti, kami tiada hak untuk membantah. Ikut telunjuk diorang. Aku dah nak habis belajar dah, satu workshop engineering pon tak penah buat.

Aku pelik. Kenapa architecture student yang perlu dibanggakan? Why not us? Why? Why? Why? I need your answer.