Khamis, 20 Februari 2014

its gone

Assalamualaikum. ..

Fuhh... midterm belum selesai lagi. Tinggal satu paper jer lagi. Paper tu tentang bearing. Tak ada la susah mana, macam soalan matematik spm. Harap dapat full marks.

Sebenarnya, entri kali ni.. aku cuma nak cerita tetang beg dompet aku yang hilang pada isnin yang lalu. Menyedihkan tapi ini semua dugaan. Tuhan nak uji kita. Tuhan rindu dengan kita. Sebab itu dia uji lagi.

Siapa tak gila kalau beg dompet dia hilang secara tiba-tiba. Tak mungkin la kalau beg dompet tu keluar lari dari handbeg kita. Tak masuk akal langsung. Aishhh. Sabat jer la.

Hari isnin tu, lepas je jawab exam, aku dan tasha pergi Kl Sentral untuk ambil account statement cimb bank. Masa tu happy happy jer macam tiada masalah yang datang. Lepas tu, balik dari ambil statement tu terus la pergi makan kat foodcourt kl sentral. Still tak ada apa apa yang berlaku.

But... but... but...

Beg dompet tu hilang bila aku nak balik semula ke setiawangsa. Tup tup tengok hand beg, beg dompet aku tiba tiba hilang. Apa lagi... aku cari kat library kolej but still jugak tak de. Masa tu, satu sen pun aku tak ada duit.

Apa yang aku masa tu, balik daripada makan kat kl sentral tu, aku terus exam engineering math selama 20 minit. Habis jawab jee, aku peegi bursary bagi statement tu then aku study survey measurement kat library.

Yang pastinya.. aku tak peegi mana mana pun dan tak bukak handbeg pun. Aku sibuk study sambil tunggu next paper.  Pelik bukan. Siapalah yang mencurinya? Allah jer yang tahu siapa yang curi.

Tapi aku bernasib baik sebab keesokan harinya, mak call dan cakap beg dompet tu dah jumpe. Rupanya bangla yang jumpe dalam tong sampah di mentari court. Nun jauh di petaling jaya tu. Uishhh... aku tahu mesti budak kolej jugaak yang curi. Budak tu duduk kat blok A mentari court.


Tak ape la... buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat. Aku doakan yang baik baikuntuk si pencuri tu. Semoga pencuri tu dibagikan hidayah olehNya untuk bertaubat. Aminnn.... ya Allah. ...



Jumaat, 7 Februari 2014

Site Visit at Morib.

Assalamualaikum wbt dan selamat petang.

Rasanya sudah mendekati setahun bergelar mahasiswi kolej di Petaling Jaya dan sudah 2 tahun meninggalkan alam persekolahan, aku rindukan saat itu. Masa itu datang dan pergi,namun kenangan, sekali datang tak mungkin akan berganti. hahahhaha.

Sem 3, aku rasa masih berlenggang lagi. Tak macam kawan-kawan architecture aku, semuanya sibuk dengan studio design mereka. Aku? rasa macam biase jer, pergi balik kolej jarang dapat banyak assignment. Apa-apa aje la...

Minggu lepas, fakulti architecture, engineering dan built environment ada buat site visit di Morib,Banting. Bayaran sebanyak 160 ringgit malaysia, dan diwajibkan hadir. Mulanya malas nak pergi sebab tak ada duit sangat, cukup untuk tampung hidup jer. Tapi atas desakan Tasha, aku ikutkan jugak. Kawan, biaselah... aku ikhlaskan jugak.

Aku sangkakan kem site visit tu bosan sebab tempat penginapan itu langsung tak menarik perhatian. Katanya tepi pantai, tapi? hahaha, tertipu rupanya. Di kem, aku dah mula kenal senior engineering aku, yang sombong, yang gila-gila, yang pendiam, semuanya dah aku kenal. Tak sangka,Hafiz tu sebenarnya classmate aku waktu principle of electricity... hahaha.. aku yang tak perasan. Aku sedar yang aku ni seorang yang sombong dan mereka menganggap begitu.

Majoriti yang pergi site visit adalah lelaki, kali pertama aku sertai kem yang banyak lelaki daripada perempuan. hahaha. kelakar. Aktiviti yang menarik, jungle trekking tengah malam dalam kawasan paya bakau yang penuh dengan lumpur. Lumpurnya belum tahan dalam, bukan aras betis tapi paha. Gila! tapi aku suka sebab dari situ aku kenal dengan lebih rapat, nurul natasha bin abdullah dan juga erti kerjasama yang sebenar.

Bak kata Tasha, aku ni manusia yang tiada perasaan bila aku join flying fox dan aktiviti-aktiviti sebelum flying fox tu, rasa tak gayat dan relax bila aku aku sertai flying fox tu. hahaha. tasha tasha. Aku memang macam ni la weiii! Tasha ajar aku guna kayak, aku tak reti tapi dia ajar sampai aku reti guna. Lenguh tangan tapi best sebab tasha ajar.  hahaha. zaman aku sekolah dulu, mak abah tak bagi aku sertai kem yang lasak-lasak sebab aku ni lemah semangat dan mudah nampak makhluk halus dan mula masa tu aku histeria. aishhh nasib badan.

Malam terakhir di Morib, uishhh gilaa... best best best! Nak-nak kumpulan aku dan kumpulan 6,7,9, bergabung buat persembahan "flash box", aku pun tak tahu lah. Dan aku? Jadi pelakon untuk persembahan tu, popular kejap aku. Sekurang-kurang aku tak malu nak buat semua tu dan aku berani sahut cabaran si avatar tu. hahaha. aku suka waktu joget "gentleman" song. hahaha. kelakar dorh.

Melalui kem tu, aku dah kenal senior engineering aku, senior-senior bidang yang lain, pensyarah-pensyarah aku,, dan jugak classmate aku. Aku kalau boleh nak kenal dengan semua orang dan buang sikap penakut dan sombong aku ni.

Untuk tasha,  terima kasih sebab kau bukankan hati aku untuk sertai kem ni. Sayang kau dorh.

 student of architecture, engineering, foundation art and interior design.

 geng soabe

my lolipop, tasha.