Ahad, 30 Jun 2013

7 Jenis Kawan Yang Tidak Boleh Dibuat Kawan

Assalammualaikum w.b.t.

Hai awak..awak..awak sekalian, bertemu kembali. Ciss,merepek je Sufi niey. Macam mana dengan kehidupan awak,awak,awak semua? Harap baik-baik aja ya...

Secara tiba-tiba,semangat untuk menulis blog datang kembali. Dan seperti biasanya,internet macam kura-kura menari. Terlalu lembap. Sakit jiwa yang teramat sangat. Rasa macam nak baling aje laptop ini ke dinding. Sabar je la.

Semua orang di dunia ini memiliki kawan. Seorang kawan sudah cukup untuk melengkapi kehidupan tanpa kawan hidup terasa sepi dan sunyi. Ehh sepi dan sunyi,sama kan? Apalahh... Tapi,korang perlu tahu jenis kawan yang tidak boleh dibuat kawan.

Tajuk entri kali ini sebenarnya,aku ubahsuai. Tak percaya,tengok majalah UJANG. Aku,ambil isi-isi penting dan Sufi kembangkan agar  nampak lebih menarik.

7 jenis kawan yang tidak boleh dibuat kawan,

Pertama, TALAM DUA MUKA. Ehhh,bukan kuih talam tau ! Kawan macam ni depan kita punyalah baik, bak kata pepatah,pijak semut pun tak mati. Tapi,belakang kita bukan main lagi kutuk mengutuk kita. Siap memaki hamun lagi. Kawan macam ni seelok-eloknya,kita kene cover apa yang kita kata. Tak sampai 5 saat,zasss ! Berita tersebut akan sampai ke telinga pihak ketiga,keempat,kelima,keenam,ketujuh dan seterusnya.Harus dielakkan.

Kedua,KUAT TOUCHING. Mudah tersentuh bila kita kutuk ataupun bergurau dengan dia. Sekali-sekala touching tu okey la kan. Tapi kalau sikit-sikit nak touching,mana boleh tahan. Kalau setakat touching 5 minit tu okey la kan,then kembali pulih. Tpi,kalau sampai call,message pown tak nak angkat. Memang melampaulahh...

Ketiga,CAKAP BESAR. Pernah perasan tak,ada kawan kita yang suka cakap besar? Dia sorang lah yang paling hebat. Apa yang orang lain buat,mesti tak bagus dimata dia. Ada aje yang tak kena. Semua benda dia tahu daripada A sampailah Z.Orang yang jenis macam niey,dia tak boleh tengok orang lain lebih daripada dia. Ade aje yang tak kena.

Keempat,SUKA MENIPU. Memang dah berlambak dah,jenis macam ni. Susah sangat ke nak cakap benda yang benar. Kalau sekali-sekala,memang lah boleh dimaafkan. Tapi,kalau dah selalu,memang tak terpakai punya kawan.Kawan macam ni memang confirm tak dibantu,sebab dah di cop sebagai penipu.

Kelima,SUKA MENGUNGKIT. kawan macam niey,baik dibunuh terus. Dalam persahabatan,ada masanya kita mestila berkorban sikit. Tak perlulah nak berkira ataupun mengungkit.Kita yang ada duit niey,hulurlah sikit. Kawan bantu kawan. Bukannya kerja nak mengungkit aje.

Keenam,BATU API. Kawan yang macam ni,sangat-sangat dielakkan. Amat berbahaya. Kawan yang suka menghasut niey,memang sangat ditakuti. Mereka niey jenis tak nak mengalah dan nak menang aje. Dia akan pastikan kawan yang dia benci tu jatuh terduduk dan sampai tertindih tangga pulak tu.

Terakhir,TIKAM BELAKANG. Kawan yang suka tikam belakang,memang berlambak dekat dunia ni. Orang yang suka tikam belakang ni kita memang tak boleh expect gerak-geri dia. Diorang ni nampak je baik depan kita di belakang kita Allah je yang tahu macam mana perangai dia sebenarnya. Mengalahkan zionis jahatnya.

Apa-apa pun,Aku nasihatkan mencari kawan tu biar memilih sikit. Bukan apa,untuk kesenangan kita sendiri. Nanti tak de la,kita yang susah kan. hehehhe...

Ahad, 23 Jun 2013

Part time di tempat kerja lama.

Assalammualaikum w.b.t

Berakhirnya,midterm dengan penuh rasa bangga. hahahaha... Belum 2 bulan belajar di City U college,awal-awal da midterm. Tak rasa senak ke tu? Hamboii,otak niey masih tepu dengan maggi dan kemalasan mula menguasai diri.

Pejam celik,pejam celik. Tup tup..dah 2 minggu part time di Eon Big Wangsa Maju,belakang Wangsa Walk,kalau nak tahu. Takut sesat mencari pulak. Alhamdullilah,masa dapat dibahagikan dengan seadil-adilnya.

Satu jam 5 hengget,sapa tak nak kan? Orang kaya pown mesti nak jugak. hahahh. Tiap-tiap hari,mengadun roti yang tak jemu-jemu ku memandang. Lenguh macam mana sekalipun,kerja tetap kerja. Money always in my mind.

Hidup berdikari memang macam nie. Sampai satu tahap,keluarga di kampung boleh terlupa tau. Tak percaya sudah? Siapa suruh percaya kan... hahahah... Mak dan abah Sufi terperanjat bila dengar Sufi bekerja.... Hmmm saje je mak oii...cari duit poket lebih,sampai bila hidup kene orang tanggung.

Nak berjaya,kene belajar daripada bawah. Bukannya mudah. Banyak ujian dan kesabaran akan hadapi. Rasa dah merepek pulak. Hihihih...

Perasaan bangga akan hadir bila Sufi memakai baju ala-ala Chef. Perhh,rasa macam keje kat hotel. Padahal,tukang buat roti je. Berangan je lebih. At least,Sufi ada baju tu. Dan menjadi salah satu,baju kesayangan.


Tengok tu.! Senyuman bukan main lagi cun..hahah... Perasaan... Best keje kat sini tapi tak macam dulu.. Semua orang buat keje masing-masing dengan gurauan yang akan dimainkan. Sekarang ny,keje semua nye nak cepat dan mula rasa stress.

Semua keje kita yang buat sendiri. Tanpa bantuan orang lain. Ya Allah,kembalikan aku pada masa lalu. Ehh..jerebu dah melanda Kuala Lumpur. Masuk dalam rumah tau. Pakai mask bila keluar daripada rumah. Berhati-hati.

Bye..terima kasih kerana sudi membaca.



Rabu, 5 Jun 2013

Wordless Wednesday #3

Assalammualaikum w.b.t

Wordless wednesday. Hari untuk mengurangkan perkataan di entri sufi. Sufi,sekeping gambar dan kenangan.



Inilah kawan kawan kolej Sufi. 2 orang daripada Fakulti architecture dan engineering. 4 orang lagi daripada Fakulti Hospitaliti. Sufi kenal diorang niey,masa orientasi untuk pelajar baru. Harap kita berkawan sampai akhirat ye.

Sabtu, 1 Jun 2013

SEGMEN TOPUP 48 JAM BY DEDEQ [PART 1]

Assalammualaikum W.b.t

sekali lagi,sufi menyertai segmen. Kali ini,sufi menyertai Segmen Topup 48jam by Dedeq.

   

mehhh...ramai...ramai join....